Memaparkan catatan dengan label pejabat daerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pejabat daerah. Papar semua catatan

Khamis, November 22, 2012

WARGA PAKISTAN MILIKI MYKAD DAN LAYAK MENGUNDI ?

Warga Pakistan miliki Mykad dan layak mengundi

ABD RAUF BIN HAMSAH 640619-12-5057

pathlyn-mikat-crop KOTA MARUDU 21/11/2012- Ketua Mudanita Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Tandek, Cik Pathlyn Leosie Mikat yang ditemani oleh Naib Pengerusi John Charles Mitah Mikat telah datang ke Ibu Pejabat Polis, Kota Marudu untuk buat laporan berkaitan dengan seorang Bangsa Pakistan yang mempunyai Mykad bernama ABD RAUF BIN HAMSAH, No. Mykad 640619-12-5057, beralamat KG. Masjid, P.O.Box 42, Keningau dan didapati mengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) USUKAN dalam Parlimen P.169 Kota Belud.

ABD RAUF BIN HAMSAH 640619-12-5057 SPR

Rabu, April 18, 2012

MENGAPA PROJEK PERUMAHAN SPNB TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU LEWAT SIAP?

Taman Saujana Kinabalu

image

Fred Tuh Yit Yu - Inilah keadaan perumahan di Taman Saujana Kinabalu yang saya andaikan boleh masuk kategori projek terbangkalai sudah. SPNB cakap boleh siap dalam tahun 2009, sekarang sudah masuk 2012... Keadaan masih serupa macam tiada rupa akan siap. Dari PRU 12 sekarang hampir PRU 13 masih gagal disiapkan.

Selasa, November 08, 2011

RANAU SABAH AND LONGMEN COUNTY OF HUIZHOU, GUADONG PROVINCE, CHINA BECOME FRIENDSHIP DISTRICTS

Ranau, China county become friendship districts

image KOTA KINABALU Nov 8, 2011: Ranau district and Longmen County of Huizhou City, Guangdong Province, China recently became friendship districts, following the signing of a memorandum on Oct 10.

The memorandum was signed in an elaborate ceremony held in Tiequan International Conference Centre at Longmen Hotspring Tourist Resort, in Longmen County, Huizhou City.

This historical ceremony marked the beginning of future cooperation between the two regions in the fields of economy and trade, technology and arts, culture and education, agriculture and livestock husbandry, tourism etc.

Isnin, Oktober 17, 2011

ANGRY NATIVES GIVE BTN BOSS AN EARFUL

Angry natives give BTN boss an earful

hj-ibrahim-saad-btn-negeri-sabah (1) KOTA MARUDU (Sabah) Oct 17, 2011: The director of the Biro Tata Negara (National Civics Bureau), Ibrahim Saad, was taken aback when he heard the grouses of the people in Tandek here last Thursday.

In a meeting with the residents there, Ibrahim was jolted when he heard stories of the systematic land grabs, government lies about MyKad and the illegal immigrants, and the long delay in processing the natives’ applications for land titles.

Ibrahim went to the ground to feel the pulse of the people – and got a earful for his pains. Now residents here are wondering whether Prime Minister Najib Tun Razak will get an unvarnished report from Ibrahim about his “bruising encounter” with the villagers here.

Ahad, Julai 17, 2011

SINGLE MUM GETS TO OWN LAND

Single mum gets to own land

KOTA KINABALU: A single mother who lived in a one-room shack has now received a piece of land of her own, thanks to the efforts of her child’s teacher and school principal.

Rosnia @ Annie Marambal, 36, had lived in the one-room shack with her three children in Kampung Kandawayon in Kudat for three years and their living conditions turned worse when her husband died of electrocution in Jan this year.

She earns between RM10 and RM20 daily as an oil palm estate labourer or by helping villagers in their fruit orchards to support her children Fiona Tai Chong, 14, Norhayati Maratim, 11, and Frederik, nine.

Rosnia’s plight was first highlighted by The Star in May.

SK Parapat teacher Zahari Mohamad found out about the family’s bleak living conditions when he wanted to express his concern to Rosnia about Frederik who is a slow learner.

Zahari followed Frederik home one day and was shocked to see the family’s living conditions.

He then informed the school principal Suahib Onggong, who sought help from the local community, including the school’s staff and Parent-Teacher Association to collect funds to buy a piece of land for the family.

On Friday, Zahari and Suahib witnessed the handing over ceremony of a 0.4ha land in Kampung Rukom Darat to Rosnia.

Zahari said the land cost RM7,000, while RM10,000 was paid to carry out reclamation works.

“The reclamation job could have cost more but the contractor agreed to lower the price,” he added.

Suahib said the Kudat District Office had also given their approval to release funds to build a house on the land, located about 4 km from Rosnia’s old shack.

Ahad, Februari 27, 2011

MOBILE IC, BIRTH CERT SERVICES A BIG DRAW

Mobile IC, birth cert services a big draw

February 26, 2011 KENINGAU: About 1,000 people turned out yesterday to apply for identity card and birth certificate, and to register as voters when the relevant government agencies conducted mobile services in Kampong Merampong Apin-Apin here.

The crowd at the mobile service centre.

The mobile services, which involved the National Registration Department, Election Commission, Immigration Department, Native Court and State Islamic Affairs Department (Jheains), were monitored by District Chief, Native Chief, Native Chief representatives and headmen from Bingkor, Apin-Apin, Liawan, Sook and Nabawan.

The community leaders’ task was to ensure the people who registered for the documents and voting right are genuine locals living in the areas they represent.

Bingkor assemblyman Datuk Justin Guka, who witnessed the provision of the mobile services, expressed surprise at the response, saying it shows that many people in the district still do not have identity documents and have not registered as voters.

Justin, who is also Upko Keningau chief, said the organizing committee of the programme had made it compulsory for all community leaders to verify the application forms submitted to the government agencies.

He said this was to ensure no outsiders took the opportunity to apply for the documents and register as voters.

“I would like to thank all the departments and their staff involved in handling the services,” he said, adding that similar services will be provided at other areas.

Among those present to witness and assist in the programme were District Chief Majabin Dalinus, Apin-Apin Native Chief Alexander Kandau, Keningau parliamentary liaison officer Harry Otigil, Bingkor community development officer Stanley Bungkilau and Bingkor People Development Leader Unit staff.

Rabu, Julai 14, 2010

PENDUDUK BIMBANG TANAH KAMPUNG DIRAMPAS

Penduduk Bimbang Tanah Kampung Dirampas Di Daerah Paitan, Sabah

SANDAKAN, 13 Julai (Bernama) -- Kira-kira 300 penduduk di Kampung Batangon Darat Paitan berada dalam kebimbangan berikutan ada cubaan pihak tertentu ingin merampas tanah di kampung itu yang mereka duduki sejak tahun 1970-an.

Ini disebabkan sudah tiga kali kerja mengukur tanah di kampung itu cuba dilakukan oleh pekerja syarikat swasta sejak bulan lepas yang mendakwa mewakili individu tertentu tetapi penduduk kampung berjaya menghalang mereka.

Ketua Kampung Batangon Darat, Arodat Tuba berkata penduduk kampung kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba merampas tanah di kampung itu yang berkeluasan kira-kira 200 hektar dan telah mereka duduki sejak sekian lama.

Katanya apa yang menghairankan, perkara itu boleh berlaku biarpun ia merupakan penempatan tetap penduduk kampung dengan mempunyai bilangan 48 rumah serta dilengkapi dengan kemudahan seperti gereja, balai raya dan tadika.

"Terdapat pihak yang berkepentingan dan inginkan keuntungan menyebabkan perkara ini berlaku tanpa mengambil kira nasib penduduk kampung," katanya kepada Bernama di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang berkaitan iaitu Jabatan Tanah dan Ukur dan Pejabat Kecil Daerah Paitan supaya mengambil perhatian perkara tersebut.

Seorang penduduk kampung, Japari Oyeh berkata penduduk kampung terpaksa bertindak menghalang pekerja syarikat swasta yang ingin melakukan kerja mengukur tanah di kawasan kampung itu.

Mereka mendakwa mempunyai kelulusan untuk kerja-kerja mengukur tanah di kampung itu yang diluluskan sejak 1992 tetapi mereka gagal mengemukakan dokumen berkaitan, katanya.

Japari berkata kebanyakan kawasan tanah di kampung itu ditanam dengan pokok getah yang menjadi punca pendapatan utama penduduk kampung dan jika tanah kampung dirampas oleh pihak tertentu, penduduk kampung akan hilang punca pendapatan.

----

'Speed up our NCR land titles'

Selasa, April 06, 2010

KUARI BATU BEROPERASI DI KAMPUNG LOHAN DAPAT BANTAHAN DARI PENDUDUK

Kuari batu beroperasi di Kampung Lohan dapat bantahan dari penduduk

RANAU: Kewujudan sebuah kuari batu yang beroperasi sejak dua bulan lalu dekat

Kampung Lohan Ulu di sini, terus mendapat bantahan keras daripada penduduk kampung-kampung berhampiran.

Mereka mendakwa kegiatan kuari ini bukan saja mencemarkan kualiti udara di persekitaran, malah kebersihan air sungai Lohan berhampiran kilang tersebut juga turut terjejas.

image Jurucakap penduduk kampung terlibat, Wasimin Hj. Rashim memberitahu, surat bantahan rasmi penduduk, telah pun dikemukakan kepada pihak jabatan berkaitan termasuk Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Alam Sekitar dan Wakil Rakyat mereka namun belum ada tanda-tanda tindakan positif untuk menghentikan operasi kuari yang tidak direstui itu.

Menurut Wasimin bantahan terpaksa dibuat atas faktor kesihatan penduduk berhampiran kilang berkenaan yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumah dan tiada zon penahan (pemisah) antara tapak kilang dengan rumah perumahan.

“Kita mengambil perhatian serius berhubung perkara ini, dan merayu kepada yang berkenaan supaya prihatin dengan mengutamakan kepentingan dalam aspek kesihatan awam dan bukan meraih keuntungan,” jelas Wasimin sambil mendedahkan operasi kilang tersebut turut meningkatkan risiko kerosakan jalan raya berturap akibat laluan lori-lori mengangkut batu dari sungai Lohan menuju kuari.

“Kawasan pertanian dan kolam ternakan ikan air tawar termasuk sistem tagal di beberapa batang sungai turut terjejas” tambah Wasimin.

“Penduduk di sini, merayu kepada pihak berwajib supaya mengambil tindakan proaktif bagi mengatasi masalah ini dan jika sebaliknya, kami terpaksa mengajukan hal itu kepada agnesi lain termasuk ke pengetahuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)”, tegas Wasimin.

Sebelum ini, seorang jurucakap penduduk Kampung Lohan Ulu yang enggan namanya disiarkan, telah mengetengahkan masalah pencemaran air sungai Lohan (kabut) dan pencemaran bunyi bising akibat operasi kuari berkenaan melalui akhbar tempatan baru-baru ini, yang turut meminta Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat di kawasan tersebut supaya turut campur menangani masalah itu daripada berterusan demi keselesaan penduduk.

Ahad, Februari 07, 2010

TIADA LAPORAN KEROSAKAN AKIBAT GEMPA BUMI DI RANAU – DO FAIMIN KAMIN

Tiada Laporan Kerosakan Akibat Gempa Bumi Di Ranau

KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Tiada laporan kerosakan harta benda atau aduan daripada penduduk kampung sekitar daerah Ranau, Sabah berhubung kejadian gempa bumi lemah yang dikesan di daerah itu awal hari ini, kata Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin.

"Mungkin ia berlaku jauh dari kawasan pekan Ranau, apa pun kita berterima kasih kerana tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini," katanya, ketika dihubungi pada hari Ahad.

Daerah Ranau terletak di kaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur, satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di kawasan itu.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata kenyataan tersebut.

Selasa, Januari 26, 2010

“WHAT HAPPENED IN THE CASES OF ADORNA AND TAN YING HONG ARE NOT SOMETHING NEW IN SABAH, WE HAVE SIMILAR SITUATIONS, IF NOT WORSE. CERTAIN REPORTED LAND SCAMS RESULTED ENTIRE VILLAGES GOING TO CERTAIN INDIVIDUALS AND CORPORATIONS,”

Sabah must amend land laws to curb fraudulent transfers

KOTA KINABALU: Sabah must amend its Land Ordinance to curb fraudulent land transfers.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk V. K. Liew said that the Sabah Land Ordinance did not have the protection clause existing in the National Land Code section 340 (2) that provided that a title or interest could be defeated “if such acquisition was done by fraud, misrepresentation or through dubious documentation.”

Liew, who is Liberal Democratic Party president, said in a statement that the issue of protection for titled land needed to be incorporated in the state’s land ordinance to avoid fraud and other illegal transfers.

Last week, the Federal Court plugged a legal loophole in Malaysian land law that allowed unscrupulous individuals to transfer land titles to third parties with legal immunity.

In a landmark a five-man bench led by Chief Justice Tun Zaki Azmi unanimously decided to reverse the ruling in the Adorna Properties Sdn Bhd vs Boonsom Boonyanit case in 2000.

In deciding on the case of Tan Ying Hong v Tan Sian San & two others, the court ruled that transfers of property by fraudulent or forged documents were no longer legally valid under Section 340(2) of the National Land Code 1965.

Liew said that while the Federal Court ruling was persuasive, it was not decisive in Sabah.

“This is because in Sabah we have the land ordinance that is distinct from the National Land Code. It is dead silent about the principle of deferred indefeasibility of the title,” he said.

“What happened in the cases of Adorna and Tan Ying Hong are not something new in Sabah, we have similar situations, if not worse. Certain reported land scams resulted entire villages going to certain individuals and corporations,” he said.

He said in cases of fraud, forgery or misrepresentation, Sabah had to rely on Section 88 and 117 of the Sabah Land Ordinance to deal with registration and rectification.

He said the ordinance was too old and gave too much power to the Assistant Collector of Land Revenue who exercised the power in a “quasi judicial manner.”

Isnin, Januari 25, 2010

TAMPAL LOBANG & TAMBAH LAMPU MINI DEWAN 24/01/2010

Ranau 24/01/2009 : Kelmarin belia Kg. Silou telah menampal lobang di lantai Mini Dewan Kg. Silou secara gotong royong dan bahan yang digunakan untuk pembaikan telah di kumpulkan secara “rukut-rukut”.

Penduduk terpaksa melaksanakan kerja tersebut secara serta merta kerana keadaan lantai Mini Dewan yang berlobang dan membahayakan semasa bermain sukan badminton.

Penambahan lampu dalam dewan juga telah dilaksanakan secara “rukut-rukut” memandangkan ramai pengguna merungut tentang keadaan dalam dewan yang kurang memuaskan dan kurang terang apabila melaksanakan aktiviti seperti pertandingan badminton.

image

 

 

 

 

 

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN MINI DEWAN KG. SILOU RANAU

Rabu, November 11, 2009

DR. EWON: KADAR KEMISKINAN DI SABAH MASIH TINGGI

10-11-lead-2

KOTA KINABALU10th November, 2009:Kadar kemiskinan di negeri ini masih tinggi dan memerlukan tindakan bersepadu Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam melipatgandakan usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, ini dengan matlamat lebih ramai keluarga miskin dan termiskin keluar daripada belenggu kemiskinan tegar.

“Pelbagai pendekatan baru program pembasmian kemiskinan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) seperti Mini Estate Sejahtera (MESEJ), Program Pakej Sejahtera, Program Agropolitan, Peningkatan Ekonomi Setempat dan lain-lain program yang ada kaitan di antara tindakan makro dan mikro ada menjurus kepada peningkatan pendapatan dan dua hidup masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada persidangan Pegawai-Pegawai Daerah yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman di sini, kelmarin.

Dr. Ewon berkata, kementeriannya juga memberikan penekanan kepada pembaikan sistem dan mekanisme penyampaian serta pemantauan yang berkesan ke atas program yang dilaksanakan bagi memastikan kumpulan sasar menikmati faedah yang maksimum dan berkekalan.

Menurutya, KPLB Sabah sentiasa mengkaji keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan dari masa ke semasa namun ciri-ciri asas seperti pentingnya peningkatan daya pengeluaran dan pendapatan, penceburan dalam sektor moden.

Selain, aktiviti yang lebih produktif dan menguntungkan, pengwujudan peluang-peluang pekerjaan serta penyediaan kemudahan asas dan sosial untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat akan terus dikekalkan.

Katanya, Kajian Separuh Penggal RMK-9 (2006-2010) jumlah siling yang diperuntukkan kepada KPLB Sabah khususnya di bawah pembasmian kemiskinan adalah RM72.9 juta dan jumlah yang diluluskan pada tahun ini sahaja RM25.0 juta.

“Ini jelas terbukti bahawa peruntukan dan tindakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman amatlah tinggi dan tegas dalam usaha mensifarkan kemiskinan tegar menjelang 2010,” katanya.

 

Khamis, November 05, 2009

ORANG ASLI BANTAH LADANG KELAPA SAWIT MEREKA DIMUSNAHKAN

ROMPIN, 5 Nov (Bernama) -- Seramai 300 Orang Asli Kampung Tanam dekat sini Khamis mengadakan demontrasi kerana mendakwa ladang kelapa sawit mereka seluas 21 hektar dimusnahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah Orang Asli kawasan berkenaan, Othman Gundeh, 44, berkata pihak PTG dan Pejabat Tanah Daerah telah menceroboh serta memusnahkan ladang kelapa sawit mereka yang diusahakan sejak dua tahun lepas dengan alasan tanah itu termasuk dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk tanaman nanas.

Beliau berkata penduduk kampung kecewa dengan tindakan pihak berkenaan yang tidak berbincang serta tidak memberi sebarang notis kepada mereka sebelum memusnahkan tanaman tersebut.

"Pada 20 Okt lepas, mereka tiba-tiba masuk ke ladang namun kami berjaya menghalang tindakan mereka untuk memusnahkan kesemua 162 hektar tanah kelapa sawit yang diusahakan lebih 60 keluarga penduduk di lima kampung Orang Asli di sini," katanya.

Othman berkata, pihaknya pernah mengadu hal tersebut kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli namun tidak ada tindakan diambil.

Jumaat, Oktober 30, 2009

RANAU LAKAR SEJARAH DALAM PESTA DURIAN

29th October, 2009

DAERAH Ranau antara destinasi pelancongan terkenal di Sabah ‘Negeri Di Bawah Bayu’ ini , telah melakar satu lagi sejarah tersendiri bagi daerah itu apabila hasrat dan impian para pemimpin khususnya para pekebun buah-buahan seperti durian di daerah berkenaan menjadi realiti hasil permuafakatan serta kerjasama padu daripada semua pihak menganjurkan ‘Pesta Durian Ranau 2009’ baru-baru ini (24-25 Oktober).

Sesungguhnya, kejayaan itu merupakan satu catatan sejarah bagi daerah tersebut dalam usaha membantu para pekebun durian mempromosi klon-klon durian mereka yang sememangnya berkualiti kepada orang ramai dengan harganya yang berpatutan.

Daerah Ranau sejak puluhan tahun yang lalu, memang terkenal dengan pengeluaran durian berkualiti dengan klon-klon durian berkualiti, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya disebabkan usaha untuk membantu mempermosikannya belum terlaksana.

Menurut Pegawai Pertanian Kanan Ranau, Rodius Timbuong, daerah Ranau merupakan penanam terbesar di negeri Sabah dengan keluasan kawasan tanaman durian kini mencecah 1,427.1 hektar dan berpotensi mengeluarkan sebanyak 14,254,835 metrik tan buah durian dengan anggaran nilai RM64,146,757.00

Kenyataan itu makanya, telah mendorong semua pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bermuafakat dengan Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, Pejabat Fama serta agensi-agensi kerajaan yang lain untuk menganjurkan Pesta Durian buat julungkalinya tahun ini.

Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan sepanjang dua hari pesta tersebut yang bertemakan ‘Pelancongan-Pertanian Satu Perniagaan’ memberi banyak manfaat kepada penduduk terutama para pekebun atau penanam durian di daerah tersebut.

Antara acara yang diadakan sepanjang pesta itu yang dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Haji Masidi Manjun ialah, Pameran dan Jualan lebih 50 jenis (klon) durian berkualiti, pertandingan buah durian paling besar/ berat, Pertandingan Makan Buah Manggis, Pertandingan Makan Buah Durian Terbanyak, Pameran dan Jualan Anak Benih Buah-Buahan, Acara Makan Buah Durian Sepuashati, Pertandingan Mewarna Gambar Buah Durian dan Melukis Poster Durian kategori pelajar Sekolah Rendah & Menengah diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Dalam acara pertandingan Makan Durian Terbanyak telah disandang oleh peserta dari Kampung Tarawas, Asikin Sarikin berjaya menghabiskan 949 gram buah durian dalam tempuh 5 minit tempuh pertandingan, disusuli Amat Madusin dari Kampung Napong (800 gram) dan Abdl Halil dari SK. Sungai Damit Tuaran (700 gram) menewaskan 60 peserta lain. Peserta dari Kampung Patau Tambunan, George Jailis pula menjuarai pertandingan Makan Buah Manggis Terbanyak menghabiskan 1.2 gram daripada 5 kilogram buah manggis dalam masa 3 minit tempuh pertandingan.

Pemenang bagi Pertandingan Gerai Pameran dan Jualan Buah Durian disandang oleh Gerai DUN Paginatan, disusuli Gerai DUNKaranaan dan DUN Kundasang.

Masidi dalam ucapan perasmiannya, menyifatkan pesta itu berjaya mencapai objektifnya untuk mempromosi hasilan buah-buahan tempatan khususnya buah durian berkualiti keluaran daerah itu sekaligus menonjolkan daerah Ranau sebagai pengeluar durian yang utama di negeri ini sambil member peluang kepada masyarakat setempat memanfaatkan pesta tersebut melalui agro-pelancongan.

“Bertepatan dengan nama Ranau sinonim dengan pengeluar durian berkualiti dan dalam masa yang sama dapat menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri melawat ke beberapa tempat peranginan di daerah ini, seperti Taman Kinabalu ‘Taman Warisan Dunia’, Taman Kolam Air Panas Poring selain ke resort-resort berhampiran”, kata Masidi sambil memaklumkan terdapat pelbagai kemudahan penginapan sedia menanti pengunjung sama ada bermalam di resort-resort atau ke hotel-hotel dan Homestay yang menawarkan bayaran sewa berpatutan.

Masidi yang juga ADUN Karanaan menaruh berkeyakinan, cetusan ideanya untuk menganjurkan Pesta Durian itu selama ini yang kini menjadi satu kenyataan, akan menjadi acara tahunan seiring dengan sambutan Pesta Kubis di Kundasang dan Larian Gunung Kinabalu Antarabangsa, menjadi satu ikon daerah Ranau sebagai destinasi pelancongan yang utama bukan sahaja di Sabah tetapi di Malaysia dan antarabangsa.

Pegawai Daerah Ranau, Haji Faimin Kamin ketika ditemui, turut berasa bangga dengan kejayaan menganjurkan pesta tersebut dan mengharapkan ianya menjadi motivasi kepada para pekebun durian untuk terus mengusahakan kebun masing-masing dengan tanaman durian berkualiti.

“Pesta seumpama ini, adalah sebenarnya salah satu usaha kea rah membantu para petani di daerah ini untuk memasarkan hasil pertanian meraka khususnya buah-buahan tempata seperti durian bagi membantu meningkatkan sosio-ekonomi mereka”, jelas Haji Faimin.

Sabtu, September 19, 2009

MASALAH HOSPITAL RANAU PERLU DITANGANI SEGERA, KATA EWON

RANAU, 18th September, 2009: Masalah kekurangan kemudahan dan kakitangan hospital daerah Ranau yang berlarutan sejak bertahun lamanya perlu ditangani segera bagi keselesaan merawat para pesakit yang kian hari kian bertambah ramai jumlahnya.

image Menurut Pengarah hospital berkenaan Dr Rameswaran Muthu, Hospital Ranau adalah hospital paling sibuk di negeri Sabah tetapi tidak mempunyai kelengkapan dan staf yang mencukupi.

Katanya, selain dari merawat pesakit luar, hospital ini mempunyai wad pesakit yang banyak (termasuk wad bersalin) serta melakukan khidmat rawatan pembedahan dengan hanya mempunyai tiga orang doktor sahaja.

Bagi menampung kesempitan tempat yang dihadapi Hospital Queen Elizebeth, Hospital Ranau juga sering dijadikan alternatif bagi membantu doktor pakar menjalankan rawatan terus seperti pembedahan dan sebagainya.

Katanya lagi, Hospital Ranau juga mengalami kekurangan kemudahan seperti katil pesakit yang pada masa ini hanya mempunyai 91 buah sahaja sedangkan keperluan minima harian adalah 110 buah. Selain dari itu ada di antara katil berkenaan yang sudah digunakan sejak 40 tahun yang lalu.

Tempat letak kenderaan bagi pelawat hospital ini juga menjadi masalah utama apabila dianggarkan 600 hingga 800 buah kereta keluar masuk ke kawasan berkenaan setiap hari.

Dr Rameswaran meluahkan permasalahan itu ketika berucap di majlis Lawatan Muhibbah pemimpin Barisan Nasional (BN) ke hospital ini, sempena hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang di ketuai oleh Menteri Pembangunan Luar bandar Datuk Dr Ewon Ebin.

Sehubungan dengan itu, Ewon dalam ucapan balasnya merayu pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia supaya memandang perkara itu dengan serius serta dapat memberikan tindakan sewajarnya.

Katanya, sebagai pemimpin peringkat daerah ini, saya merayu kepada Kementerian berkenaan supaya menambah bilangan doktor serta kemudahan yang diperlukan hospital Ranau dengan kadar segera bagi keselesaan pesakit dan kakitangan hospital menjalankan rawatan.

Beliau turut meminta pihak Jabatan Tanah dan Ukur serta Pejabat Daerah Ranau supaya menyegerakan mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang ada kaitan dengan permohonan tanah yang diperlukan hospital ini.

Sempena lawatan itu, Datuk Ewon yang diiringi ADUN Kundasang Dr Joachim Gunsalam turut membahagi-bahagikan sumbangan berupa kueh raya dan wang tunai kepada 94 orang pesakit di wad hospital berkenaan.

Pada majlis yang sama pemimpin BN juga menumbangkan kueh raya kepada kakitangan polis, bomba dan warga hospital, serta sumbangan wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit kepada persatuan Warga Emas daerah ini.