Rabu, April 18, 2012

MENGAPA PROJEK PERUMAHAN SPNB TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU LEWAT SIAP?

Taman Saujana Kinabalu

image

Fred Tuh Yit Yu - Inilah keadaan perumahan di Taman Saujana Kinabalu yang saya andaikan boleh masuk kategori projek terbangkalai sudah. SPNB cakap boleh siap dalam tahun 2009, sekarang sudah masuk 2012... Keadaan masih serupa macam tiada rupa akan siap. Dari PRU 12 sekarang hampir PRU 13 masih gagal disiapkan.

Berita yang saya terbaca SPNB sudah tidak mengurus projek-projek terbengkalai dan melantik syarikat lain menguruskannya. Tapi bukankah projek ini dimulakan oleh SPNB sendiri. Apa tindakan kerajaan dalam menangani masalah ini ? saya sudah 4 kali melawat kawasan pembinaan dan berjumpa itu kontraktor. Kontraktor pula menyalahkan pihak kerajaan (SPNB) syarikat yang diperbadankan di bawah kementerian kewangan. Dan SPNB sekarang sudah tidak mahu menjawab telefon.. Hotline sudah tidak berfungsi lagi... :( Kebanyakan pembeli di sana sudah kecewa dan tidak tahu di manakah mahu mengadu perkara ini. Kami berharap akan ada pihak berwajib tampil menangani masalah ini seterusnya menyiapkan projek tersebut dengan kadar segera.

Faimin Kamin - Terima ksh sdr Jaddah kerana tag saya. Saya cadangkan pembeli rumah yg terlibat menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menangani masalah ini. Saya akan membantu setakat mana bidang kuasa saya yg berkaitan kerana projek ini bukan dibawah bidang kuasa pejabat daerah.

Masidi Manjun - sekadar untuk makluman semua, saya sudah kemukakan masaalah ini dengan pengurusan SPNB dan jawapan mereka ialah kontraktor tidak ada kemampuan keawangan menyiapkan projek ini...terbaru pengurus besar SPNB Sabah memberitahu yang mereka dalam proses menamatkan khidmat kontraktor lama dan melantik kontraktor baru. cadangan Tuan DO baik, dan kita sama2 bantu membantu menyelesaikan masaalah ini dengan SPNB.

Masidi Manjun Datuk - Fred: Pejabat ADUN N.30 Karanaan telah mengatur satu perjumpaan antara wakil2 pembeli dan Pengurus SPNB Sabah pada 21hb April, jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat Pejabat Umno Ranau. Ini adalah perjumpaan awal & sdr Fred boleh membawa beberapa pembeli rumah yg lain...dialog atau perjumpaan seterusnya antara semua pembeli & SPNB boleh diatur selepas perjumpaan awal ini di tempat yg lebih luas & pada tarikh yg dipersetujui oleh kedua pihak.

----------------

Fred Tuh Yit Yu - Oke.. tuan-tuan/puan-puan yang dihormati sekalian , saya sudah buat group supaya kita dapat kumpulkan para pembeli dalam 1 group. Nama group tu Jawatankuasa Bertindak Taman Saujana Kinabalu. Harap pembentukan jawatankuasa ini kita boleh bentuk segera. Pandangan saya tidak bagus juga kita terlalu banyak mengomen tapi tiada tindakan susulan. So Komen-komen kita seharusnya disusuli dengan tindakan . Hentikan menyalahkan orang lain tapi mulakan dengan satu langkah bertindak dengan aman.

JAWATANKUASA BERTINDAK TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU

-----------------

image TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU

46 ulasan:

  1. Diharapkan SPNB akan berusaha menyiapkan projek perumahan ini seperti apa yang dijanjikan. Sudah tentu rakyat disana lama menunggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkembangan projek harus dipantau.

      Padam
    2. Sya sokong penubuhan badan bertindak kerana sya merupakan seorang pembeli yang didesak membayar itu dan ini dengan cepat pada awal pembelian dulu.. sya juga banyak berhubung dengan spnb tapi jawapan mereka kontarktor dari sarawak yang perlu dihubungi.. jadi amacam? pembeli macam kena tipu, nasib baik bukan sikap kita terlalu keras macam di semenanjung... tapi bagus juga kalau ikut cara mereka supaya pihak berkenaan tidak suka-suka pijak kepala kita.

      Padam
    3. Kalau tidak mahu kena pijak kepala kenapa tidak cari PEGUAM?

      Padam
  2. Kontraktor yang tidak mampu melaksanakan projek tersebut disebabkan tiada kemampuan kewangan perlulah melaporkan masalah mereka kepada pihak berkuasa supaya projek ini tidak terbengkalai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemberian tender harus diperketatkan untuk memilih kontraktor yang berkualiti.

      Padam
    2. Memang betul Ava, diharapkan tender akan diberikan kepada kontraktor yang memenuhi semua syarat dan berkelayakan tinggi.

      Padam
  3. Apa jadi?? kontraktor lebih dahulu menghabiskan wang daripada menyiapkan projek yang diberi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kemungkinan juga disebabkan kenaikan kos bahan pembinaan dan lain-lain faktor yang menyebabkan kontraktor tersebut kehabisan wang. Bagus cari kontraktor tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

      Padam
  4. Baguslah jika penjelasan sudah dibuat. sekurang-kurangnya pembeli mengetahui puncanya. Yang paling penting ada tindakan dan projek perumahan ni tidak terus terbengkalai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap projek ini akan diteruskan supaya boleh disiapkan setelah lama terbengkalai. Jangan biar rakyat tunggu lama lagi.

      Padam
  5. Saya salah seorang pembeli rumah yang malang ini. Lebih bikin panas, pembayaran pinjaman perumahan saya sudah berjalan sejak tahun lalu. Beban kewangan saya begitu besar ketika ini, saya terpaksa berulang-alik dari kampung ke tempat kerja. Lama sudah saya menunggu agar perumahan ini siap. Tolong pihak berwajib bertindak terus, lagi bagus, Pemaju wajib memberi pampasan ganti rugi mengikut harga pasaran rumah semasa kepada pembeli. Kalau tidak, adakah pemaju sanggup membayar denda lewat atas kelewatan penyiapan projek ini? Sudah lebih tiga tahun lewat projek ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar berkongsi, projek perumahan SPNB di Tawau yg juga terbengkalai, boleh dikatakan hampir selesai, SPNB telah membuat bayaran ganti rugi kepada pembeli baru2 ini... YB diaorng sda msuk campur, YB Hj Tawfiq. Dan di LD jgk ada projek SPNB terbengkalai, mereka sda ada jawatankuasa bertindak, sekarang ini dlm proses mencari jalan menyelesaikan masalah mereka. Saya mingu lalu, ada balik LD untk mengikuti perkembangan tersebut. Sebenarnya sya sda membli rumah projek SPNB ini di Lahad Datu dan d Ranau ini. Di LD, sya sudah mula byr pinjaman perumahan sejak tahun 2009 lagi. Saya anatara manusia yng paling malang membeli rumah SPNB ini. Sya harap di Ranau ini adalah jgk dibentuk Jawatankuasa Bertindak...

      Padam
  6. Masalah2 yang ada pihak SPNB harus segera menyelesaikannya. masalah2 seperti tu hanya akan menjejaskan imej kerajaan.

    BalasPadam
  7. Penjelasan harus diberi. Pampasan harus juga diberi.

    BalasPadam
  8. Seharus mengambil tindakan wajar untuk menyelesaikan projek dalam masa yang tersingkat.

    BalasPadam
  9. Kontraktor yang gagal menguruskan projek dengan baik harus dikenakan denda.

    BalasPadam
  10. Pemilihna kontraktor amat penting supaya projek dapat dijalankan mengikut jadual.

    BalasPadam
  11. Biasanya dlm perjanjian JualBeli rumah, terdapat clause penalty atau administrations costs untuk late delivery; kalau sy x silap 6% atau 8% setahun. Pihak SPNB kena la byr kpd pembeli2 penalty tersebut...soal SPNB mo denda/saman balik kontraktor asal hendaklah di selesai sendiri.

    Penalty mungkin dikira dari tahun 2009 sehingga projek siap (klu projek siap 2014, 5 tahun x 8%=40%), mungkin lebih klu dorang kira pakai "monthly rest"

    BalasPadam
  12. http://www.facebook.com/AntiSPNB join group ni...

    BalasPadam
  13. projek tersebut harus disiapkan segera, ramai pembeli akan rugi jika ia terus terbengkalai.

    BalasPadam
  14. Harap2 cepatlah diselesaikan penyiapan rumah ni. saya beli rumah ni guna pinjaman peribadi. 10% (RM12K++)saya sudah bayar. Potongan bukan baru bermula tapi dua bulan sejak buat pinjaman (2 tahun lepas). sengsara betul... gaji sudah dipotong, rumah tidak tau apa kesudahan... 9 tahun sudah saya menyewa... sengsara oooo.....

    BalasPadam
  15. Harap pembeli terbela nasib mereka. Kesian juga sudah bayar itu ini tapi rumah tidak pandai siap-siap.

    BalasPadam
  16. kontraktor salahkan SPNB, dan SPNB pula salahkan kontraktor.. siapa yang salah sebenarnya?? saya rasa lebih baik jika para pembeli dibenarkan mengambil tindakan undang2 terhadap semua pihak yang terlibat dengan projek perumahan ini..

    BalasPadam
  17. Cogan kata "Rumah Mampu Milik" memang indah didengar tetapi sehingga sekarang cogan kata itu telah bertukar menjadi "Rumah Susah Diduduki". Kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan SPNB sebenarnya sudah tidak releven lagi. Saya telah lama buang jauh jauh. Lama sudah. "Ini kalilah", "Ini Kalilah", "Ini kalilah....!!!!!. "Saya tidak mau lagi lain kali".

    BalasPadam
  18. ada sudah ura2 mau beli rumah disana..jadi pula macam ni punya kes nasib baik la...belum jadi hitam putih..sdh trhantuk baru trngada..ini macam pihak brkenaan mesti mmbuat sesuatu dgn segera..nnt ad urang mengamuk bw bakakuk...abis laa..

    BalasPadam
  19. Kami mahukan tindakan segera dari pelbagai PIHAK ( SEMUA ) terhadap projek perumahan MAMPU MILIK TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU yang masih terbengkelai. Sebenarnya kami mampu membelinya tetapi ada pihak yang lebih mampu membuatnya dan menyiapkannya dalam tempoh yang telah dimeterai tetapi sengaja barangkali untuk memperlambat-lambatkannya supaya ada bahan-bahan cerita. Biasalah orang kita. SPNB menganggap ia tidak terbengkalai tetapi sehingga sekarang masih belum menampakkan perubahan dan masih seperti beberapa tahun yang lalu dan tidak ada tanda-tanda akan siap. Gambaran fizikal begini membuktikan bahawa perumahan itu sebenarnya telah lama terbengkelai. Road show di tapak pembinaan sebelum pembinaan memang cantik dan menarik sehingga ada yang berduka tidak memiliki kertas projeknya. Malah Projek RUMAH MAMPU MILIK ini digempar-gempurkan di radio , iklan dan sebagainya, terpampang sini sana bersama dengan gambar-gambar pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan yang pada masa ini sangat-sangat diperlukan juga oleh rakyat. Situasi sebegini kadang-kadang membuatkan kita berfikir sesuatu apatah lagi keadaan ini dialami sendiri setiap hari dan bulan oleh pembeli projek ini sejak dokumen pembelian ditandatangani pada Dis 2007. Saya hampa. Mana...janji. mana bukti kemampuan. Persepsi ini mengubah pandangan...view...

    BalasPadam
  20. Ada lah di cadangkan supaya para pembeli mencari PEGUAM untuk membantu dari segi tindakan undang2 kepada SPNB.Kamu di pihak yg benar kenapa kamu tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang2 kepada SPNB?

    BalasPadam
  21. Mcm mana jgk, undang2 tu dorg buat sendiri. Orang di undang2 pun adalah orang dorg jgk... Memang xkan selesai... Kami bukan tdk terfikir pun, kes mcm ni bkn saja di sini berlaku, seluruh negara pun berlaku... Ini disebabkan oleh pemerintah negara kita sendiri. Berubah pemerintah, insyaAllah ini jgk akan berubah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra Mohd Zain.Nampak kata2 sdra ni macam sdra orang bijak tapi pemikiran sempit.Kalau kamu di pihak yg benar cari lah peguam yg berwibawa.Setelah saya baca abis nota sdra ni mcm terlalu negatif sb mudah percaya yang bukan2.Gara2 kontraktor di salahkan Pemerintah pula.Bukan macam sdra bini yg memerintah.

      Padam
    2. Hello Md Zain ikut lah cara PKR gi lah kamu semua pembeli rumah tu berarak.Pa nak takut berani kerana benar takut kerana salah ma.

      Padam
  22. Saya sd banyak kali emel org spnb ni..balik2 janji akan bagi update tapi sampai skrg emel pn sd x dibalas. Sy rasa bajet spnb ni sd abis. Cb kamurang tgk kes di semenanjung, berapa banyak rumah terbengkalai drg bikin?sana drg mmg hero..lagi2 klu di Selangor..skrg pula kerajaan kasi perkenal pula tu PR1MA (Perumahan 1Malaysia?)..di Sabah ada ka PR1MA? teda kn?yg ada SPNB bankrap..apa la maksud ni?..masalah ni x selesai klu kerajaan x msk campur..mana YB2 kita semua?di ranau saja ada 4 org YB yg kita pilih aritu lagi...ms ni la drg kena jg kebajikan kita..klu rs2 sd penat/malas mo krj, berenti jd YB..klu x pn kt pilih ja org lain ms PRU13 nnt..ramai ba org ranau yg berkelayakan ganti drg tu..ni kali la!...

    BalasPadam
  23. Banyak sda projek Perumahan SPNB yang terbengkalai di Sabah ini masuk news paper seperti Harian Metro. Beberapa bulan lalu Projek Perumahan SPNB Bandar Seri Gemilang Lahad Datu dan yang terbaru kelmarin dalam harian Metro Projek Perumahan SPNB yang terbangakaidi KK. Macam di Lahad Datu sudah ada tindakan dari SPNB selepas masuk news paper. Harap-harap kita di Ranau ini kita usaha bawa isu ini sampai masuk news paper. Mungkin dengan cara itu, adalah perubahan yang positif terhadap projek Taman Saujana Kinabalu ini....

    BalasPadam
  24. Apa-apa tindakan yang releven dan menjurus kepada kesegeraan kesempurnaan penyiapan Projek Perumahan Taman Saujana Kinabalu Ranau sangat-sangat dipersetujui dan dialu-alukan.Ini bukan kepentingan saya seorang tetapi menyeluruh kepada kepentingan seluruh komuniti Ranau dan orang perseorangan yang telah berhijarah dan berkahwin dan berkeluarga di Ranau. Kesemua niat-niatnya adalah baik. Saya sendiri tidak mahu menanggung kerugian. Dimaklumkan kepada pembeli-pebeli perumahan ini, saya telah membuat bayaran penuh kepada pinjaman sejak setahun lebih yang lalu. Beban ini berat saya rasakan, apatah lagi projek ini belum tentu bila siapnya. Tidak ada bayangan dalam minda saya projek ini akan siap dalam masa yang terdekat. Belum tentu akan siap. Inilah yang membuatkan fikiran saya buntu. Pejanjian terdahulu menyatakan bahawa dapat kunci dahulu barulah bayaran bulanan dimulakan. Saya telah melawat dan melihat ke tapak lot rumah yang telah saya beli. Apa yang menyedihkan rumah ini telah diduduki, telah menjadi tempat tinggal pekerja-pekerja perumahan ini. Bila saya bertanya dengan mereka bila projek ini akan siap, mereka mengatakan tidak tahu. "Tidak tahu boss". "Ingga ada bahan-bahannya boss". "Kami juga belum gaji", tambah mereka. Maknanya bila saya melihat situasi itu, saya dapat gambaran di dalam fikiran bahawa banyak masalah telah wujud di tapak projek ini. Tidak termasuk masalah-masalah yang lebih besar yang terdapat di luar kawasan projek seperti SPNB, Kontraktor dan sebagainya. Cadangan menubuhkan AJK adalah satu cadangan yang difikirkan sangat-sangat perlu dan berkesan bagi menangani masalah kelewatan projek ini. Kenapa saya katakan begitu kerana saya telah cuba-cuba merisik kepada guaman yang terdapat di Ranau untuk menuntut hak-hak kita, sememangnya boleh. Guaman mengatakan bahawa satu cakap harganya 2 ringgit. Maknanya kalau kita bertindak seorang bebannya berat. Kalau guaman dah bercakap 10 kosnya sudah RM20. Tetapi kalau kita bertindak secara berpasukan melalui AJK, katakan ahlinya 50 orang. Kalau guaman bercakap sepuluh, kos yang perlu dibayar ialah RM 20 dibahagi 50 sama dengan 40sen. Inilah kelebihan jika kita bertindak secara berpasukan. Apa lagi kalau ahlinya mencecah 150 orang. Maknanya boleh sudah mengalahkan seorang colan YB dalam PRU akan datang. Kita fikir-fikirkan bersama wahai pembeli-pebeli perumahan Taman ini. Sampai bila kita tunggu dan lihat. Kita lantiklah Encik Fred sebagai Pengerusi. Silou bah.

    BalasPadam
  25. Saya sokong kawan kita You Hee Nin tu..mungkin mula2 ni kita buat perjumpaan tidak rasmi dulu lepas tu kita tubuhkan pasukan bertindak..semua ajk dia dari pembeli rumah spnb ranau. sy rasa ramai yg mo join tu..sy d sandakn pn sanggup turun tu utk bagi sokongan.Utk jd pengerusi siapa pn boleh tapi yg penting dia sanggup jadi kepala kita la..jd jurucakap utk semua urusan rasmi dgn pihak berwajib..cuti raya x lama sd ni..mgkn kita buli atur satu perjumpaan..mcmana tu?

    BalasPadam
  26. Ya benar temanku Salad. Cadangan tuan bagus dan saya sokong. Sampai bila kita tunggu dan menunggu. Menunggu bulan jatuh ke riba. Satu perkara mustahil. Sampai qiamatpun tidak mungkin. Kita berkehendakan respon daripada sekalian pembeli-pembeli rumah terbengkalai TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU berilah respon anda. Berikan kerjasama yang padu, mantop diikuti dengan komitmen yang tinggi dan warak. Dimanakah anda semua. Bangun teman-temanku jangan terus lena dibuai mimpi-mimpi dan angan-angan kosong. Supaya kita boleh mengadakan pilihanraya memilih AJK Badan bertindak Projek RUMAH MAMPU MILIK TAMAN SAUJANA KINABALU RANAU sebelum PRU 13. Tujuannya Supaya kitapun dapat membuat pilihan yang tepat dan bijak sebelum PRU 13. Tuntut hak-hak kita. Jangan selepas PRU 13 baru bertindak. Ini kalilah. Jangan lagi fikir-fikir lain kali. Auh nopo moti oporoson tedung boh. Oporoson tedung. Ingga. Fikir-fikirkanlah dan bagaimana?

    BalasPadam
  27. bukan pihak SPNB ada bagi pilihan A, B dan C?? batalkan saja la pembelian dan ambil balik wang yang sudah dibayar.. cari la rumah lain atau buat rumah sendiri.. mana tau boleh siap sebulan atau seminggu..

    BalasPadam
  28. Villager... tiau lu, SPNBlah penyebab utamanya dan orang-orang SPNB yang berkepentingan. Mana boleh lantik-lantik kontraktor tanpa membuat pemantauan, turun padang berterusan.Boleh bah kalau lu tolong urus. Saya dah banyak habiskan kewangan dan pemikiran buntu dengan membeli rumah dalam projek ini. Kita sendiri tahu pemaju-pemaju lain spt Wong Groups mempunyai kemampuan yang terpuji. Projek siap on time. Ini pula sebahagian gov, tetapi dah lewat setengah abad lamanya. Niat saya dulu membeli rumah SPNB ini dng niat baik tanpa mengganggu pemikiran. Menyenangkan pemikiran kerana tidak membuat perancangan dan perangkaan bajet membina rumah sendiri. Dapat kunci duduk dan bayar bulanan. Bukankah senang. Tapi lain pula jadinya. Lebih membingungkan. Menyesal tidak terhingga. Memang kita akui juga harga rumah sekarang dah berapa?. Tetapi itu nilai pasaran dan tahun semasa. Perjanjian rumah ini telah saya meterai sejak tahun Dis 2007. Bayangkan dah berapa tahun. Lebih baik buat rumah di lot sendiri. Kemungkinan dah siap sejak tahun 2007 dibuat. Kawan-kawan yang tidak membeli membuat pilihan bijak kerana telah duduk di rumah sendiri di lot masing-masing. Janji tidak semestinya di tepati walaupun kitA TELAH bersumpah untuk menepati janji.

    BalasPadam
  29. Prestasi Kewangan negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Dengan mengambilkira kekayaan Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.


    Borneo Bullet

    BalasPadam
  30. spnb sila bertindak pantas.sy jga adalah pembeli malang.kesian bayaran bulanan da potong sejak 2008 tapi rumah xada.pengurusan anda kena cekap dan berubah. sila lantik pengurus baru. malang sungguh diriku.

    BalasPadam
  31. saya juga adalah pembeli rumah yang terbengkalai di Ranau ni. saya pernah cuba datang jumpa peguam saya yang berpejabatkan di Kota Kinabalu,bukannya apa cuma nak minta pendapat je...dengan pihak mereka macamna nak buat tindakan kpd pihak pemaju. apa yang mereka cakap, kalau kamu nak minta hikdmat kami kamu kena bayar tau...bukannya dlm jumlh ratus tapi ribu2....sakit hati juga bila kena ckp mcm tu tapi nasib baik juga tahap kesabaran saya masih utuh....lps dari pjbt peguam saya bergegas ke pejabat spnb pula. sampai d kaunter takde org jdi sya tunggu dengan sabar...muncul seorang perempuan dpn kaunter dan saya pun memberi salam, saya dipersilakan duduk. saya pun menyatakan hajat saya dgn mereka. staff spnb tu ckp tunggu sebentar, jadi sekali lagi saya jadi penunggu kat kaunter spnb. muncul lagi staff tu dengan membawa sekeping kertas lalu menghulurkan kertas tu dengan saya dan dengan kebijaksanaan dan kemanisan mulut bercakap dia menerangkan kpd saya bahawa rumah yang saya pohon tu udh siap dalam 85%..., bila saya tanya bila jangkaan menyiap rumah tersebut dia kata tdk pasti sebab masalahnya kontraktor tu dah balik serawak jadi kamu tunggu je ok....sampai bila nak jadi penunggu ni!!!? untuk pengetahuan pihak pemaju spnb gaji saya udah dipotong dalam rm 6 ratus lebih sejak awal tahun 2011 lagi. dahlah gaji tak besar kena menyewa rumah lagi, anak2 pn dah sekolah semua,jadi nak makan ape? tambah sakit hati lagi bila saya dapati semasa saya buat lawatan di tapak tersebut dan rumah yg saya beli dan dah mula bayar ni diduduki oleh pekerja warga asing. saya menyewa rmh rm 450 sebulan, jadi saya kena bayar 6 ratus ringgit pula dengan warga asing tu. seolah-olah saya ni diperbodohkan utk membayar rumah orang asing pula,oleh yang demikian wahai YB2 yang kami pilih tolong bantu rakyat yang tertindas ini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. begini sajalah saya ni baru sign agreement kelmarin beli rumah di taman saujana kinabalu..dan belum rasa lagi kesusahan,keperitan,kesengsaraan dan sebagainya..tapi berminat untuk beli satu rumah sebab belum ada rumah lagi di ranau..lagi pun sudah lima tahun saya tunggu keputusan baru lah.. dapat rezeki ini tahun..ok apa yang terjadi sebenarnya tentang perumahan ini..masalah datang dari pemaju,pembeli,kontractor,atau ada orang kuat di sana yang belum berpuas hati dengan pembelian tanah tersebut..,oleh spnb..tentu ada orang yang tidak mau melepaskan...nya,,,maksud saya responsibility itu kepada orang ramai atau rakyat...kerajaan sekarang..saya harap kamu faham peribahasa ini...tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi..macam mana kita buat sama orang lain..begitu juga akan orang lain buat sama kita suatu hari nanti...jadi jangan terlalu gembira apa yang kita dapat/kejayaan hari ini..sebab masih ada besok yang perlu/penting kita lalui lagi..percaya atau tidak terpulang kepada anda yang membuatkan masalah ini ...kerana anda akan merasainya tidak lama lagi, apa yang telah anda buat kepada sesama manusia..thank u..

      Padam
  32. Apa cerita suda ni perumahan? siap suda ka? kalau siap sya mau beli sbb nampak mcm masi ada lot yg available.

    BalasPadam
  33. Siapa yang tahu no tel contractor yg sedang dipertangungjawabkan untuk menyiapkan rmh ini??? Saya pembeli ni salah satu rumah tp saya mau request kasi pindah itu tiang elektrik p hujung sikit.. mana patut tanam tiang elektrik depan2 pintu masuk rumah..

    BalasPadam
  34. abdul hamid abu bakarRabu, Mei 01, 2013 1:58:00 PG

    saya adalah pembeli rumah di taman saujana. rumah saya lot tepi (corner lot). Rumah yang saya beli antara yg paling luas tanah dan harganya RM 131K. Lawatan saya baru baru ini ada sedikit kemajuan kerana saluran untuk sisa kumbahan sedang dibuat. Malangnya rumah yang saya beli mengalami keretakan dinding akibat pergerakan tanah. SPNB mesti membuat tembok penahan utk menghalang pergerakan tanah. Jika begini bila saya pencen nanti terpaksa menyewa lagi...

    BalasPadam
  35. Kalau brlaku prgerakan tanah d sana,alamat sampai hbis membayarlah rumah tu in progress....aduiiiii.....

    BalasPadam