Memaparkan catatan dengan label majlis daerah ranau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis daerah ranau. Papar semua catatan

Ahad, Mac 25, 2012

22 PTI TERLIBAT PERNIAGAAN MENJUAL SAYUR DI KUNDASANG DIBERKAS

22 PTI jual sayur di Kundasang diberkas

KUNDASANG Mac 25, 2012:  Seramai 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen ditahan dalam ‘Ops Kutip’ yang dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar pekan Kundasang Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 13 orang merupakan warga Indonesia manakala sembilan orang lagi warga Filipina.

“Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Noor Abu Bakar di mana seramai 70 orang warga asing telah diperiksa.

Selasa, November 08, 2011

RANAU SABAH AND LONGMEN COUNTY OF HUIZHOU, GUADONG PROVINCE, CHINA BECOME FRIENDSHIP DISTRICTS

Ranau, China county become friendship districts

image KOTA KINABALU Nov 8, 2011: Ranau district and Longmen County of Huizhou City, Guangdong Province, China recently became friendship districts, following the signing of a memorandum on Oct 10.

The memorandum was signed in an elaborate ceremony held in Tiequan International Conference Centre at Longmen Hotspring Tourist Resort, in Longmen County, Huizhou City.

This historical ceremony marked the beginning of future cooperation between the two regions in the fields of economy and trade, technology and arts, culture and education, agriculture and livestock husbandry, tourism etc.

Sabtu, Februari 19, 2011

DAPATKAN KEBENARAN PBT SEBELUM LAKSANA PROJEK, - LAJIM

Dapatkan kebenaran PBT sebelum laksana projek, kata Lajim

18th February, 2011 BEAUFORT: Pemaju luar yang mahu melaksanakan sebarang projek pembangunan di daerah tidak sewajarnya bersikap membelakangkan Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kita bukan menolak sebarang pembangunan tetapi hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Daerah (MD) apa saja projek yang mahu dilaksanakan kerana MD adalah PBT yang diberi peranan untuk merancang pembangunan bandar,” kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Lajim Haji Ukin.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Daerah dan Teknologi Hijau dan Pencahayaan Lampu yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah pada Rabu, Lajim berkata, selain itu pemaju perlu mengambil kira kepentingan lain seperti mengutamakan keselamatan, impaknya kepada persekitaran dan masa depan projek itu sendiri.

“Setiap pembangunan yang dilaksanakan termasuk berbentuk komersil perlu memberikan keutamaan kepada masyarakat bukan semata-mata untuk kepentingan pemaju semata-mata,” katanya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Beliau berkata, projek komersil ini juga perlu mengambil kira keutamaan kepada masyarakat setempat dengan menyediakan kuota untuk dijual kepada bumiputera dan non bumiputera setempat yang berhasrat mahu membeli premis-premis tersebut.

Lajim menyarankan Majlis Daerah memperbaiki sistem dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan supaya tidak ada mana-mana pihak yang sesuka hati mengikut rentak mereka melaksanakan sebarang pembinaan bangunan tanpa izin terlebih dahulu.

“Banyak yang perlu diambil kira sebelum sesuatu pembangunan itu dilaksanakan iaitu MDB perlu mengambil kira berbagai aspek dari segi kepentingan persekitaran, alam sekitar serta impaknya kepada masyarakat agar pembinaan itu tidak akan mendatangkan sebarang masalah,” tegasnya.

Lajim berkata, bukanlah menjadi hasrat beliau untuk menghalang mana-mana pemaju luar untuk melaksanakan pembangunan di daerah ini tetapi sudah menjadi amalkan dalam budaya hidup di negara ini “bila masuk ke rumah orang biarlah bersalam”.

Khamis, Julai 01, 2010

PBT MESTI MENINGKATKAN PEMANTAUAN TERHADAP KAFE SIBER BAGI MEMBANTU MEMBANTERAS GEJALA PONTENG SEKOLAH

MBI Pantau Kafe Siber Jadi Pusat Ponteng Sekolah

IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan pemantauan terhadap kafe siber bagi membanteras gejala ponteng sekolah, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata MBI tidak akan bertolak ansur terhadap pengusaha kafe siber yang membiarkan premis mereka dijadikan tempat pelajar ponteng sekolah berkumpul.

"MBI menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kafe siber yang beroperasi sehingga anak mereka terlalu leka bermain komputer.

Picture1(13)"Kami tidak mahu pusat siber ini menjadi masalah kepada masyarakat. Pelajar digalakkan ke pusat siber hanya untuk tujuan akademik, bukan bermain permainan komputer dan berjudi. Ini boleh merosakkan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MBI Rabu.

Roshidi berkata MBI telah mencadangkan kepada pengusaha kafe siber supaya menyediakan buku kehadiran pengunjung sebagai usaha membendung masalah itu.

MBI, katanya telah membekukan sementara pengeluaran lesen pusat siber sementara usaha pemantauan berkenaan dijalankan dan semua pengusaha dinasihati mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Pemantauan melalui operasi akan diadakan dua atau tiga kali seminggu untuk mengawal pusat siber yang beroperasi selepas jam 12 tengah malam dan yang membenarkan budak-budak berumur 12 tahun ke bawah tanpa ibu bapa dan penjaga," katanya.

Roshidi berkata sehingga Mei lepas, 737 pemeriksaan premis telah dilakukan dan sebanyak 69 premis dikenakan kompaun.

Isnin, Januari 11, 2010

MDR RANAU MENDAPAT BANTUAN PERUNTUKAN 1 JUTA RINGGIT.

Majlis Penyampaian Peruntukan kepada PBT Ng Sabah

08.01.2010 - Bersama dengan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, En Jupirin Hj Ruhimin di majlis penyampaian peruntukan kepada semua PBT di Ng Sabah oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia Datuk Kong Cho Ha di Shangri La Tanjung Aru Resort Kota Kinabalu.

2. MDR Ranau mendapat bantuan peruntukan 1 juta ringgit.

----

Kong urges Sabah to rate local authorities

Ahad, Januari 10, 2010

LOCAL AUTHORITIES IN SABAH AND SARAWAK WILL RECEIVE SPECIAL FEDERAL ASSISTANCE GRANTS OF BETWEEN RM500,000 AND RM4.5MIL FROM THIS YEAR.

Sabah, Sarawak local authorities to get grants

image KOTA KINABALU: Local authorities in Sabah and Sarawak will receive special federal assistance grants of between RM500,000 and RM4.5mil from this year.

Housing and Local Government Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said the amount in grant would be based on the population, administrative cost, uniqueness as well as the status of each of the municipal or district.

“We hope the assistance will enable local authorities to act immediately to resolve whatever problems faced by the people,” he said at the distribution of grants to local authorities in Sabah here Sunday.

The annual grants had initially been allocated to local authorities in the peninsula but it is now extended to include Sabah and Sarawak.

Kong said that about RM34.56mil had been allocated for Sabah this year.

He urged local authorities to monitor and improve their services for ratepayers in their respective areas.

Sabtu, September 19, 2009

MASALAH HOSPITAL RANAU PERLU DITANGANI SEGERA, KATA EWON

RANAU, 18th September, 2009: Masalah kekurangan kemudahan dan kakitangan hospital daerah Ranau yang berlarutan sejak bertahun lamanya perlu ditangani segera bagi keselesaan merawat para pesakit yang kian hari kian bertambah ramai jumlahnya.

image Menurut Pengarah hospital berkenaan Dr Rameswaran Muthu, Hospital Ranau adalah hospital paling sibuk di negeri Sabah tetapi tidak mempunyai kelengkapan dan staf yang mencukupi.

Katanya, selain dari merawat pesakit luar, hospital ini mempunyai wad pesakit yang banyak (termasuk wad bersalin) serta melakukan khidmat rawatan pembedahan dengan hanya mempunyai tiga orang doktor sahaja.

Bagi menampung kesempitan tempat yang dihadapi Hospital Queen Elizebeth, Hospital Ranau juga sering dijadikan alternatif bagi membantu doktor pakar menjalankan rawatan terus seperti pembedahan dan sebagainya.

Katanya lagi, Hospital Ranau juga mengalami kekurangan kemudahan seperti katil pesakit yang pada masa ini hanya mempunyai 91 buah sahaja sedangkan keperluan minima harian adalah 110 buah. Selain dari itu ada di antara katil berkenaan yang sudah digunakan sejak 40 tahun yang lalu.

Tempat letak kenderaan bagi pelawat hospital ini juga menjadi masalah utama apabila dianggarkan 600 hingga 800 buah kereta keluar masuk ke kawasan berkenaan setiap hari.

Dr Rameswaran meluahkan permasalahan itu ketika berucap di majlis Lawatan Muhibbah pemimpin Barisan Nasional (BN) ke hospital ini, sempena hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang di ketuai oleh Menteri Pembangunan Luar bandar Datuk Dr Ewon Ebin.

Sehubungan dengan itu, Ewon dalam ucapan balasnya merayu pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia supaya memandang perkara itu dengan serius serta dapat memberikan tindakan sewajarnya.

Katanya, sebagai pemimpin peringkat daerah ini, saya merayu kepada Kementerian berkenaan supaya menambah bilangan doktor serta kemudahan yang diperlukan hospital Ranau dengan kadar segera bagi keselesaan pesakit dan kakitangan hospital menjalankan rawatan.

Beliau turut meminta pihak Jabatan Tanah dan Ukur serta Pejabat Daerah Ranau supaya menyegerakan mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang ada kaitan dengan permohonan tanah yang diperlukan hospital ini.

Sempena lawatan itu, Datuk Ewon yang diiringi ADUN Kundasang Dr Joachim Gunsalam turut membahagi-bahagikan sumbangan berupa kueh raya dan wang tunai kepada 94 orang pesakit di wad hospital berkenaan.

Pada majlis yang sama pemimpin BN juga menumbangkan kueh raya kepada kakitangan polis, bomba dan warga hospital, serta sumbangan wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit kepada persatuan Warga Emas daerah ini.

Jumaat, Ogos 28, 2009

PEMILIK TERNAKAN SUSAHKAN PENDUDUK

KOTA BELUD, Jumaat, 28 Ogos 2009: Sikap segelintir penduduk di daerah ini membiarkan ternakan mereka, terutama lembu berkeliaran menimbulkan masalah apabila perhentian bas yang baru siap dibina menjadi ‘kandang’ baru haiwan berkenaan.

Terbaru, perhentian bas di Jalan Lintas Kudat yang menghubungkan Kota Belud-Kudat berhampiran Kampung Jawi-Jawi yang mula beroperasi tiga bulan lalu, dikesan menjadi tempat ternakan itu berteduh daripada panas dan hujan.

Keadaan itu dengan sendirinya membuatkan kemudahan awam disediakan kerajaan sia-sia kerana ia sepatutnya dimanfaatkan rakyat dan bukan ternakan, sekali gus mencerminkan pembaziran wang rakyat.

Sikap penduduk setempat yang dipercayai membiarkan ternakan berkeliaran di jalan raya untuk mencari makanan turut menyumbang kepada perhentian bas menjadi kandang ternakan.

Seorang penduduk Kampung Jawi-Jawi, di sini, Saya Dogong, 55, mendakwa terpaksa menunggu bas di tengah panas terik matahari kerana perhentian bas berkenaan dipenuhi lembu ‘berehat’.

“Ada lembu berkenaan bertindak ganas menanduk atau mengejar individu yang cuba mengusir haiwan berkenaan, menyebabkan penduduk tiada pilihan kecuali menunggu kenderaan awam di tengah panas dan hujan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Tinjauan mendapati sekurang-kurangnya tiga perhentian bas di laluan Jalan Lintas Kudat menjadi sasaran tempat lembu berteduh iaitu di Kampung Jawi-jawi, Labuan, Wakap dan Sembirai.

Malah, beberapa kes kemalangan jalan raya dilaporkan berpunca daripada pemandu cuba mengelak lembu yang berkeliaran di jalan raya itu, selain ada kenderaan merempuh ternakan berkenaan.

Seorang penduduk Kampung Wakap, Amzani Basirin, 33, berkata tabiat buruk yang memandang mudah tanggungjawab ke atas ternakan itu wajar dihentikan demi kepentingan awam, terutama pengguna jalan raya.

“Lembu berteduh di perhentian bas bukan saja mencacatkan pemandangan, mengakibatkan kemalangan jalan raya dan pengguna sukar mencari tempat menunggu bas, malah ia turut menjejaskan sektor penternakan kerana haiwan berkenaan tidak produktif,” katanya.

Khamis, Ogos 27, 2009

RECYCLING COOKING OIL

SUBANG JAYA, 2009/08/27: To eliminate pollution in drains due to the disposal of used cooking oil from restaurants, the Subang Jaya Municipal Council is embarking on a six-month pilot project to collect the liquid for recycling purposes.

Council president Datuk Adnan Md Ikshan said the pilot project would involve 200 halal food premises in the USJ 9 commercial area.

The project, said Adnan, was a joint effort with USJ 9-based Palmera Sdn Bhd which was giving an incentive of 25 sen for every litre of used cooking oil collected.

"Palmera will place plastic drums at the back of outlets involved in the project and they will draw up a weekly collection schedule. It will then be sent to a factory in Singapore to be processed. There is potential for used oil to be turned into vegetable oil, bitumen and cosmetic products," Adnan said after chairing the council's monthly full board meeting.

The success of the pilot project would be reviewed after six months, said Adnan, adding that there were also plans of expanding the programme to other areas in Subang Jaya.

Meanwhile, the Selayang Municipal Council (MPS) announced that it would launch a three-month campaign to collect and recycle cooking oil from various stalls and restaurants.

Collection of the used cooking oil would be conducted in three phases starting with the council's stalls and night markets.

The second phase would involve collection of the oil from private restaurants and the final phase will be to draw up a collection schedule at all food premises in the municipality.

"Each outlet will be allocated a 25-litre drum to store the used cooking oil," said council president Datuk Zainal Abidin Azim.

He added that the drums would be collected by the companies appointed by the council and the used oil would be converted into biodiesel. -- By Dawn Chan and K. Harinderan

EXTRA RM62.8M FOR SABAH, S'WAK LOCAL COUNCILS

The Federal Government has agreed to extend annual grants to local authorities in Sabah and Sarawak beginning 2010,

this would involve an additional allocation of RM62.8 million as presently, such grants were given only to local authorities in Peninsula Malaysia.

"It is hoped that with the grant, this will enhance the quality of service provided to the people by the local authorities in Sabah and Sarawak,"

"This decision means that the Federal Government's contribution to state governments will increase from RM75 million to RM150 million,"

"It means that when it comes to interest of the people, we do not treat differently the states governed by BN from those ruled by the opposition,"

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak

Jumaat, Julai 31, 2009

SELESEMA BABI MEMBIMBANGKAN

image''Perkembangan H1N1 di Sabah yang berlaku sekarang ini telah menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak berikutan berlaku peningkatan kes jangkitan baru virus H1N1 khususnya di kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

image''Keadaan ini agak membimbangkan dan ia sesuatu yang amat mengejutkan kerana berdasarkan laporan, mereka yang dijangkiti adalah pelajar sekolah yang tidak ke luar negara, bermakna mereka dijangkiti virus ini di dalam negara,"

''Kalaulah mereka tidak ke luar negara tetapi dijangkiti H1N1, ia membahayakan kerana ia sudah menjadi wabak tempatan.

image ''Justeru, kita minta supaya Jabatan Kesihatan mengadakan siasatan atau kajian yang lebih menyeluruh supaya jangkitan H1N1 di Sabah dapat dicegah atau sekurang-kurangnya dikawal.

image ''Kita juga mahu pihak berkenaan menyebarkan maklumat pencegahan khususnya kepada ibu bapa memandangkan berlakunya peningkatan jangkitan virus ini di kalangan murid-murid sekolah,"

image ''Kita mahu pihak berkenaan memberikan maklumat dan nasihat supaya orang ramai terutama pelajar dilindungi daripada jangkitan wabak ini,"

 

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan

Khamis, Julai 09, 2009

PENDEDAHAN TERLALU KERAP DENGAN RADIASI MUNGKIN AKAN MENGGANGGU PERTUMBUHAN SEL OTAK DAN TUBUH BADAN KANAK-KANAK

MBI, PBT Pertama Periksa Kadar Radiasi Stesen Pemancar

image IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negara ini yang mengambil inisiatif untuk memeriksa kadar radiasi stesen pemancar telekomunikasi yang dipasang di sekolah di Bandaraya Ipoh.

image Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri telah mengarahkan MBI melakukan pemeriksaan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

image "Kita sedar ada sekolah di Ipoh mempunyai stesen pemancar sistem telekomunikasi, sedangkan kadar radiasi secara berlebihan mampu membahayakan kesihatan.

"Oleh itu setiap stesen pemancar tersebut akan diperiksa MBI dengan kerjasama SKMM. Jika tidak menepati spefikasi dan jumlah kadar radiasi yang ditetapkan, ia akan dirobohkan," katanya selepas merasmikan Forum Menilai Kesan Radiasi Radio-Frekunsi (RF) Sistem Telekomunikasi anjuran MBI dan SKMM, di sini Khamis.

Seramai tiga orang pakar turut membentangakan kertas kerja dalam forum berkenaan iaitu Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd Hussin Ali, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia, Mohd Yusof Mohd Ali dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Keselamatan Sinaran Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan, Dr M Prunthavany.

Dr Mah berkata antara spefikasi yang mesti dipatuhi ialah stesen pemancar perlu berada antara 15 dengan 40 meter dari aras bumi dan had kadar radiasi tidak melebihi 1,800 megahertz.

Beliau berkata sekiranya terbukti merbahaya, selain stesen pemancar itu akan dirobohkan, syarikat telekomunikasi terlibat boleh dikenakan tindakan lain seperti dikompaun dan disenarai hitam.

image Dalam kertas kerja yang bertajuk "Telefon Bimbit, Menara Pemancar dan Isu Berkaitan Kesihatan", Dr Prunthavany berkata walaupun sehingga kini tiada bukti kukuh bahawa radiasi telefon bimbit boleh menjejaskan kesihatan, namun kanak-kanak di bawah 15 tahun tidak digalakkan terdedah dengan radiasi dalam kuantiti tinggi.

image Beliau berkata laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga mengatakan pendedahan terlalu kerap dengan radiasi mungkin akan mengganggu pertumbuhan sel otak dan tubuh badan kanak-kanak.

Seorang peserta forum turut mendedahkan sebahagian sekolah di bandar raya ini dipasang dengan stesen pemancar sistem telekomunikasi dan beliau meminta MBI menyiasatnya.

Ahad, Jun 07, 2009

CABUTAN PROJEK PIA DAN PIAS DARI 16 JUN-2 JULAI

KOTA KINABALU, 5th June, 2009: Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) akan mengadakan cabutan pengundian bagi projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) fasa 11 bagi tahun ini yang akan diadakan bermula 16 Jun hingga 2 Julai.

image Pegawai Kemajuan Negeri, Haji Matusin Sunsang berkata, pengundian itu akan diadakan di enam bahagian di negeri ini yang merangkumi beberapa daerah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada para kontraktor Bumiputera.

“Ini terutamanya untuk kontraktor kelas F mendapatkan kerja kontrak dengan mengagihkan projek-projek kecil Persekutuan secara adil dan saksama di kalangan mereka melalui undian,” katanya.

Beliau berkata, bagi pengundian projek PIA dan PIAS kali ini ia didorong oleh bajet mini yang telah diumumkan sebelum ini dan Sabah menjadi penerima dana kedua tertinggi daripada Kerajaan Persekutuan, iaitu sebanyak RM25.5 juta bagi PIA dan RM59.5 juta bagi PIAS.

“Ini menjadikan jumlah peruntukan yang diterima bagi negeri Sabah bernilai RM85 juta,” katanya pada sidang media mengenai pengundian projek PIA dan PIAS fasa 11 di pejabatnya di sini, kelmarin.

Menurutnya, tumpuan projek PIA dan PIAS kali ini, menyasarkan projek yang berteraskan keperluan rakyat selaras dengan hasrat kepimpinan baru negara

Matusin berkata, untuk fasa 11 pengundian projek itu, ianya akan memberi keutamaan kepada para kontraktor yang tidak mendapat peluang dalam undian fasa 1 dan tidak mempunyai projek yang sedang dilaksanakan daripada mana-mana agensi.

“Ia sangat penting kerana projek-projek ini berteraskan keperluan rakyat negeri ini yang sentiasa mengharapkan kemajuan dalam pembangunan khususnya dari aspek infrastuktur asas dan awam,” katanya.

Berikut adalah jadual pengundian projek PIA dan PIAS yang akan bermula pada 16 Jun ini di bahagian Sandakan yang merangkumi lima daerah itu termasuk dua daerah kecil (Beluran, Kinabatangan, Tongod, Paitian dan Telupid) yang akan diadakan di Dewan Seri Lamag, Kinabatangan.

Bahagian Kota Kinabalu 11 (Kota Belud dan Ranau) pengundian akan diadakan pada 28 Jun di Dewan Masyarakat Ranau.

Selasa, April 21, 2009

NOTHING ESCAPES US NETIZENS

CERITALAH

By KARIM RASLAN

In more mature markets, the newspapers are the forum for debate and analysis, while the Internet is the news hub, churning out updates.

However, as a citizen and a reader, I expect the news media to give choices (the pros and cons) so that I can make up my own mind.

The Internet is democracy gone wild. It is unregulated and can, in certain instances, verge on the wholly insane.

However, the “Wild Wild West” of news and views where fiction becomes fact and mere speculation the touchstone for the truth is strengthened by the continued government influence on the mainstream media.

Now, with technology’s extraordinary advances, we can immediately counter-check what we read in the newspapers through our own WAP-enabled and/or Internet-ready hand-held devices.

It is estimated that the Internet penetration of Malaysian 18-21-year-olds is in the region of 70%-80%. This means that the vast majority of new and soon-to-be voters are highly familiar with alternatives to newspapers and TV.

Indeed, it’s arguable that for this sought-after section of the voting public, the alternative media may well have become the “mainstream”.

Indeed the growing fluency of Malaysians in various languages – most of us are bilingual if not tri- or quadri-lingual – means that what someone says in one language will be read across the nation within nanoseconds.

In short, there are no “racial and linguistic silos” left and Malaysian leaders have to come to terms with the increasing openness of the media landscape, especially if they wish to win middle-of-the-road, middle-class Malaysians or all races, most of whom feel uncomfortable with language that is disrespectful to one community or another.

Finally, ladies and gentlemen, you may sit in your palaces and official residences but rest assured we’re watching and judging your every moves on our computer screens, our iPhones, our Nokias and Blackber­ries.

endtigertrade banner

Nothing escapes us – the people of Malaysia – and nothing is sacred.

Isnin, April 13, 2009

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN KG SILOU DI MASUKKAN DALAM KAWASAN PERCUKAIAN PERKADARAN "RATING AREA" MAJLIS DAERAH RANAU

KG. SILOU RANAU, 12hb. April 2009 – Bertempat di Mini Dewan Kg. Silou telah diadakan mesyuarat membincangkan mengenai cadangan kawasan Kg. Silou di masukkan dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Ranau.

Menurut penjelasan oleh Ketua Kampung Kg. Silou En. Kahidin Bin Jamian, surat yang ditandatangan oleh beliau semasa lawatan penilaian oleh wakil Majlis Daerah Ranau (MDR) pada  9/04/2009 bukan surat persetujuan Kg. Silou untuk dimasukkan sebagai kawasan perkadaran Majlis Daerah Ranau, tetapi merupakan surat pengesahan bahawa wakil dari MDR telah melaksanakan tugas mereka di kawasan Kg. Silou.

Dan beliau mengharapkan supaya penduduk Kg. Silou terus menghubungi atau berjumpa dengan beliau jika ada apa-apa pertanyaan mengenai perkara ini.

En. Jupirin Hj. Ruhimin telah menjelaskan bahawa sepanjang pengetahuan beliau, beliau kurang pasti sekiranya kawasan Kg. Silou termasuk dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Ranau dan esok bersama ketua kampung Kg. Silou akan cuba mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Memandangkan belum ada kepastian, sekiranya kawasan Kg. Silou termasuk dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Ranau maka Ketua Kampung akan memaklumkan kepada penduduk kampung  mengenai perkara ini secepat mungkin selepas berhubung dengan pihak Majlis Daerah Ranau.

IMG_2762IMG_2766Sebahagian daripada penduduk kampung yang hadir.

 

IMG_2768Penjelasan daripada Ketua Kampung Silou En. Kahidin Jamian.

 

IMG_2783En. Jupirin sedang memberi penerangan kepada penduduk yang hadir.

 

IMG_2772IMG_2778  Penduduk kampung yang hadir sedang mendengar penjelasan oleh Ketua Kampung Silou.

Selasa, Mac 31, 2009

MAJLIS DAERAH RANAU BERI AMARAN KEPADA PEMILIK HAIWAN BERKELIARAN

jupirin hj ruhimin RANAU 30 Mac - Majlis Daerah Ranau (MDR) memberi amaran tindakan tegas termasuk menangkap dan melelong haiwan ternakan khususnya lembu yang dibiarkan berkeliaran di sekitar pekan berkenaan.

Pegawai Eksekutifnya, Jupirin Ruhimin berkata, masalah haiwan berkeliaran itu mengganggu lalu lintas dan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Tambahnya, tindakan tegas itu terpaksa diambil kerana masih ramai pemilik haiwan bersikap tidak ambil peduli dan enggan mematuhi amaran yang telah dikeluarkan oleh MDR sebelum ini.

''MDR akan menangkap dan melelong haiwan-haiwan yang berkeliaran jika pemilik tidak datang mengambil semula haiwan ini selepas notis iklan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu haiwan berkeliaran di sekitar pekan Ranau sehingga mengganggu orang awam terutama pemandu kenderaan.

Haiwan-haiwan itu juga dikatakan menyebabkan persekitaran pekan Ranau kotor kerana terdapat tompokan najis lembu dan sampah sarap daripada tong sampah yang diselongkar haiwan terbabit.

Jupirin berkata, masalah haiwan berkeliaran semakin sukar dibendung kerana MDR turut mengalami masalah kekurangan kakitangan.

''Masalah sekarang ini, kita susah untuk membuat tangkapan kerana kekurangan kakitangan. Kita belum dapat mengambil pekerja baru kerana faktor kemampuan bayaran gaji.

''Justeru, MDR meminta kerjasama pemilik haiwan ini jangan membiarkan ternakan mereka," ujarnya.

Beliau berkata, kebiasaannya haiwan-haiwan itu berkeliaran untuk mencari makanan kerana pemilik mereka memagar kawasan rumput terutama pada musim mengetam padi.

Bagaimanapun, katanya, MDR tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu demi memastikan imej pekan Ranau tidak terjejas.

Isnin, Mac 30, 2009

HAIWAN BERKELIARAN DI PEKAN RANAU

30th March, 2009

RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) di gesa supaya bertindak tegas terhadap para penternak ‘Keras Kepala’ (engkar), masih membiarkan ternakan berkeliaran ke kawasan pekan meskipun amaran sudah berulang-kali dikeluarkan.

Jurucakap pengusaha permis-permis perniagaan di pekan Ranau, meminta pihak berkuasa tempatan (MDR), supaya tegas menguat-kuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun (denda) semaksima kepada para pemilik ternakan yang engkar dengan arahan supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pekan.

“Pihak MDR perlu tegas dalam hal ini, kerana saya perhatikan tiada ternakan positif daripada para pemilik ternakan seperti lembu, kambing dan anjing malah masih membiarkan ternakan mereka berkeliaran siang dan malam di kawasan pekan, amat menjijikkan dan mencemarkan imej keceriaan pekan,”.

Menurutnya, keadaan membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan pekan bukan sahaja menganggu pengguna jalan raya, tetapi menjejaskan kebersihan pekan apabila terdapat tombokan-tompokan najis lembu dan sampah-sarap dari tong-tong sampah bertaburan kerana diselonggar oleh anjing-anjing yang berkeliaran menimbulkan bau tidak menyenangkan, mencemarkan udara dan persekitaran permis-permis perniagaan terutamanya restoran-restoran berhampiran.

Serombongan 18 anggota keluarga pelancong dari German yang secara kebetulan turun dari kenderaan (Bas Pelancongan) singgah di pekan Ranau, selepas melawat Taman Kinabalu, kurang selesa apabila melihat ternakan berkeliaran di kawasan pekan, mendorong mereka untuk terus mengambil gambar.

“Apapun ini semua bukan kelemahan pihak MDR, sebaliknya kelemahan orang kita terutama para pemilik ternakan,” jelas pemandu itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Ayau’.