Memaparkan catatan dengan label ewon ebin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ewon ebin. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 27, 2012

EWON EXPLAINS LOWER PERK FOR SABAH JKKKS

Ewon explains lower perk for Sabah JKKKs

Kota Kinabalu 25/10/2012: The monthly allowance for Village Development and Security Committee (JKKK) chairmen in Sabah is lower than in the peninsula because of differences in terms of the number of people holding the posts.

JKKK chairmen and headmen posts are held by the same person in the peninsula, while in Sabah the posts are held by two different people.

Rabu, Julai 11, 2012

BELIA, SISWAZAH MENGANGGUR JANGAN PILIH KERJA

Belia, siswazah menganggur jangan pilih kerja

Ewon (kanan) menerima cenderahati daripada Maryo.

RANAU July 9, 2012: Belia dan siswazah yang masih menganggur dinasihatkan supaya tidak merasa malu untuk menerima apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan walaupun tidak setaraf dengan kelulusan akademik yang diperolehi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin berkata sifat sesetengah masyarakat yang terlalu memilih kerja menyebabkan pertambahan pengangguran di negara ini meningkat dari masa ke semasa.

“Selain itu, keinginan dan harapan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerajaan atau swasta juga memberi impak kepada kadar pertambahan pengangguran.

“Negara kita sebenarnya mempunyai banyak peluang pekerjaan yang hanya menunggu kita untuk mentransformasikannya menjadi sesuatu kerjaya yang boleh menjana pendapatan,” katanya.

Khamis, April 26, 2012

BN HAS SUPPORT TO RETAIN ALL RANAU SEATS – CHAIRMAN

BN has support to retain all Ranau seats – chairman

RANAU April 26, 2012: The Ranau Barisan Nasional (BN) will have no problem in defending the Ranau parliamentary seat and the state seats of Paginatan, Karanaan and Kundasang if the outcome of their election dry run early this year is any indication.

Its chairman, Datuk Dr Ewon Ebin, who is also Paginatan assemblyman, said the result of the mock election showed that 21,974 or 63 percent of the overall 35,177 voters here are still supporting the BN.

Jumaat, Disember 02, 2011

KENAIKAN ELAUN PENGERUSI & ELAUN SETIAUSAHA DILULUSKAN SERTA ELAUN KEHADIRAN MESYUARAT & PENGENDALIAN MESYUARAT JKKK TELAH BERKUATKUASA DARI 1HB. JANUARI 2011 - EWON

Sistem pengendalian, penyampaian JKKK dan JKDB perlu dinilai

image 2nd Dec 2011 : KOTA KINABALU: Sistem pengendalian dan penyampaian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) dan Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) perlulah sentiasa dinilai dan ditingkatkan dari masa ke masa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, amalan budaya kerja secara berpasukan dan menjadi pemudahcara kepada masyarakat setempat perlu diperhebatkan.

“Ini sebagai salah satu kaedah untuk membawa perubahan pemikiran rakyat terhadap sesuatu program kerajaan,”

Ahad, Julai 10, 2011

Ranau RTD can register, transfer m-cycle ownership from Aug 1

Ranau RTD can register, transfer m-cycle ownership from Aug 1

Ranau July 10, 2011: The Road Transport Department branch, here, will be given the authority to register and transfer the ownership of motorcycles starting Aug. 1.

Its Director General, Dato Hj Solah Mat Hassan, said motorcycle owners need not go down to Kota Kinabalu just to get their bikes registered or ownership changed.

He is also thinking of expanding the services for other vehicles starting next year as the requirement is there, looking at the distance from here to the State capital and all.

However, the number of staff has to be increased, he said, at the 1 Community 1JPJ course closing ceremony at the Kg Lohan mini hall here.

Rural Development Minister, Datuk Ewon Ebin was present to close the ceremony.

Meanwhile, a total of 112 people aged 40 and above were given the opportunity to follow the course in order to obtain a motorcycle licence at a lower rate. Ewon urged all participants to abide by the road rules and regulation at all times for safety purposes. He said discipline, tolerance, and unselfish characteristics are necessary to avoid road accidents.

Ahad, Jun 19, 2011

NEW CONCRETE BRIDGE TO GIVE VILLAGERS ACCESS TO FARMS

New concrete bridge to give villagers access to farms

RANAU June 19, 2011: Villagers of Kampung Paginatan and Kampung Paus who normally used the hanging bridge to go to their farms, will soon be provided with a concrete bridge.

Public Works Department senior assistant director Ir Liew Vun Shin said the 110-meter bridge which will span across the Liwagu River near Kampung Nabutan, about 30 kilometers from Ranau town, is in the final stage of planning before construction begins in August this year.

“The main factor delaying the construction is the survey of the soil structure of the site location which has to be done using metal pilings up to 45 metres deep,” he said at a briefing for Rural Development Minister Datuk Dr Ewon Ebin and the residents of Kampung Vulanut yesterday.

Construction work would take one and a half years, he said, adding the survey needed to be undertaken first to ensure the soil stability of the area.

Meanwhile, Ewon said the RM14 million bridge financed by the State Government, would facilitate easy access to the residents of several nearby villages to their farms located across the Liwagu River.

Jumaat, Februari 11, 2011

PENGERUSI JKKK, JKDB PERLU JADI 'ROLE MODEL'

Pengerusi JKKK, JKDB perlu jadi 'role model'

1102_p2c_new

11th February, 2011 KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kesejehteraan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi ‘role model’ kepada rakyat yang mereka pimpin.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Ebin, berkata mereka perlu mengamalkan prinsip integriti yang tinggi dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Perkhidmatan yang berpegang kepada prinsip cekap dan amanah dengan sendirinya akan mendorong rakyat setempat untuk terus mendokong dan menghormati badan JKKK dan JKDB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan kursus pengurusan dan pentadbiran JKKK/JKDB bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Inanam di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau meminta pengerusi JKKK dan JKDB supaya tidak leka terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan kampung masing-masing.

“Isu-isu keselamatan seperti kehadiran pendatang tanpa izin (PATI), gejala lepak dan penyalahgunaan dadah perlu diberikan perhatian khusus dan dijadikan sebagai agenda tetap dalam mesyuarat bulanan JKKK dan JKDB,” katanya.

Ewon juga meminta supaya para belia dapat dilibatkan sama dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti JKKK danJKDB.

Menurutnya, program meningkatkan keterampilan dan jati diri seperti pelaksanaan kursus-kurus kemahiran dan peningkatan ekonomi perlu dipergiatkan.

Ini katanya, secara tidak langsung memberi ruang untuk mendekati golongan muda ini dan mengenal pasti keperluan dan aspirasi mereka.

Turut hadir pada majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad yang juga Adun Karambunai dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Bandar, Datuk Ghulam Jelani.

Jumaat, Oktober 22, 2010

PENDUDUK KAMPUNG BIMBANG KAWASAN TANAH DAN KAMPUNG MEREKA JATUH KE TANGAN ORANG LUAR MELALUI GERAN

Penduduk Kg Mangkadait tidak perlu risau: Ewon

21st October, 2010 RANAU: Penduduk Kampung Mangkadait kira-kira 80 kilometer dari pekan yang mendakwa kawasan tanah dan kampung mereka jatuh ke tangan orang luar melalui geran dinasihatkan supaya tidak terlalu risau dan menimbulkan perkara yang tidak diingini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata masalah berkenaan akan dikaji semula melalui mesyuarat bersama pejabat daerah Ranau dan Beluran, pengarah Jabatan Tanah dan ketua menteri untuk dapatkan penyelesaian terbaik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas bantahan penduduk kampung ke atas usaha sebuah syarikat untuk membuka kawasan tanah dan kampung mereka itu selepas mendapat persetujuan dengan pemilik geran terbabit.

Menurut penduduk kampung, pemilik geran berkenaan yang kebanyakannya tidak tahu kedudukan sebenar tapak tanah mereka, telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat itu untuk membuka kawasan itu termasuklah tapak kampung.

Ketua Kampung Mangkadait, Jeek Gampiling, berkata perkara itu membuatkan mereka risau akan kehilangan sumber pendapatan dan tanah adat yang nenek moyang mereka telah duduki sejak tahun 1918 lagi.

Katanya, untuk melindungi tanah adat itu dari dicerobohi orang luar, penduduk kampung membuat satu memorandum bantahan keatas pembukaan tanah itu yang diserahkan kepada Ewon dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat di balai raya kampung itu.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bernard Kimin, yang turut hadir di majlis itu, masalah tanah penduduk kampung itu terjadi apabila Kampung Mangkadait dan Miruru telah dipilih oleh Kerajaan Era Berjaya sebagai kawasan skim pekebun kecil tahun 1981.

Oleh kerana penduduk kampung pada masa itu masih sedikit maka tawaran telah dibuka kepada orang luar (rakyat Sabah) supaya memohon kawasan tanah di situ untuk diusahakan seperti penanaman getah.

Malangnya, tidak semua pemohon berkenaan membuka tanah tersebut pada masa itu dan borang permohonan pula tidak dibatalkan sedangkan ada kawasan tanah tersebut dibuka oleh orang lain (penduduk Kampung Mangkadait).

Akibatnya, apabila pemprosesan geran dilaksanakan maka terjadilah perkara di mana orang lain mengusahakan tanah diatas geran oran lain, tambahnya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Ewon meminta semua yang terlibat supaya tidak cuba menimbulkan masalah serius seperti bergaduh dan sebagainya kerana ia hanya akan menghalang proses penyelesaian.

Beliau turut mengarah pejabat daerah (Ranau dan Beluran) yang terlibat dalam pengeluaran geran tanah terbabit supaya menahan draf geran yang belum dikeluarkan untuk melakukan satu cadangan penyelesaian yang terbaik.

Pada majlis itu, Ewon turut menasihati penduduk kampung supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang atau mana-mana agensi yang sengaja mengeruhkan keadaan kerana penyelesaiannya hanya boleh dilakukan kerajaan.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Politik dan Sulit Kementerian Japirin Sahadi dan Dallius Ubin, Pegawai Perhubungan Kementerian Jafari Yadam, Pegawai Kemajuan Masyarakat Andrew Ladat dan pemimpin setempat.

Isnin, Ogos 23, 2010

22/08/2010 - MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN BANTUAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DI MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU

DSC04661 Semalam bertempat di Masjid Nur Hikmah Kg. Silou telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Bantuan Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak, sumbangan adalah daripada YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan juga merupakan Adun N.31 Paginatan Ranau.

Sumbangan ini telah di sampaikan oleh En. Japirin Sahadi Setiausaha Politik kepada YB Datuk Dr Ewon Ebin.

DSC04682 Seramai 44 orang telah menerima bantuan tersebut, 32 orang dari Kg. Silou dan 12 orang dari Kg. Kituntul Baru. Penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan orang kurang berkemampuan.

DSC04679 Dalam ucapan En. Japirin Sahadi, beliau telah menyatakan bahawa bantuan yang diberikan adalah untuk membantu meringankan sedikit sebanyak kos kepada penerima sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Turut serta dalam majlis ini ialah Pemaju Masyarakat En. Idrus Salim, Pengerusi JKKK & Masjid Kg. Silou En. Md. Hasbi Jumin dan timbalan pengerusi JKKK Kg. Kituntul Baru Pn Siti Aminah.

 

Ahad, Julai 11, 2010

SK TERTUA DAERAH RANAU, SK PEKAN RANAU, TERPAKSA BEROPERASI MENGGUNAKAN BANGUNAN HARAM KERANA TIDAK DIBERI PERHATIAN ?!

Sekolah tertua, uzur di Ranau perlu diberi perhatian

11th July, 2010

RANAU: Sekolah Rendah Kebangsaan paling tua daerah ini (SK Pekan Ranau) meminta pihak yang berwajib memberikan perhatian sewajarnya mengenai beberapa bangunan dan persekitarannya yang kini terlalu uzur, daif, ketinggalan zaman serta mengancam keselamatan.

Menurut guru besar sekolah berkenaan, Mostajah@ Zunaidi Dullah, tujuh daripada bangunan sekolah berkenaan diisytiharkan haram kerana tidak mendapat kelulusan jurutera Jabatan Kerja Raya daerah atas keadaannya yang tidak selamat.

Sebahagian daripada bangunan sekolah seperti dewan berhimpun dan kantin pula dibina atas daya usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara bergotong royong tanpa pelan pembinaan yang lengkap dan tidak didaftarkan.

“Manakala bangunan lainnya terdiri daripada bangunan papan yang kebanyakannya sudah mencapai umur lebih daripada 40 tahun malah ada bangunan yang dibuat sejak penubuhan sekolah itu lagi pada tahun 1936 tanpa pengubahsuaian yang sempurna,” katanya.

Beliau berkata sebahagian daripada dinding, bumbung dan atap sekolah berkenaan sudah terlalu uzur dan bocor-bocor.

“Pegawai Pelajaran Daerah sendiri mengarahkan supaya mengosongkan beberapa bangunan berkenaan kerana tidak selamat tetapi pihak sekolah tetap menggunakannya kerana tiada pilihan lain.

“Ini bererti, pihak sekolah terpaksa akan menanggung segala risiko yang mungkin berlaku kepada penggunanya yang terdiri dari 600 orang murid, 47 orang guru dan 6 orang kakitangan bukan mengajar sekolah terbabit,” tambahnya.

Menurut beliau parit yang mengalir di perantaraan bangunan sekolah berkenaan juga merupakan satu lagi masalah besar. Parit tidak bersimen itu akan banjir besar pada musim hujan manakala di musim kemarau ia akan membiakkan jentik-jentik yang membahayakan kesihatan.

Beliau berkata pagar sekolah juga tidak selamat kerana kebanyakannya sudah berlubang-lubang tanpa penyenggaraan. “Jarak antara bangunan pejabat pentadbiran sekolah dengan bilik darjah yang terlalu jauh juga mendatangkan masalah kepada guru-guru terutamanya pada musim hujan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penutupan sukan Olahraga Tahunan ke 27 sekolah itu yang dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin, di astaka khas sekolah berkenaan dekat sini.

Dalam ucapan perasmian, Ewon turut bersimpati dengan keadaan sekolah berkenaan yang merupakan sekolah paling tua, banyak berjasa serta banyak mengeluarkan graduan daerah Ranau.

Untuk itu katanya, beliau akan menyampaikan mesej penting warga sekolah itu kepada pihak berwajib dan berharap supaya hasrat mereka untuk menukar bangunan itu daripada sekolah papan kepada bangunan konkrit dapat direalisasikan.

Turut hadir hadir pada majlis itu Setiausaha Politik dan Pegawai Perhubungan Kementerian, Japirin Sahadi dan Jafari Yadam dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Agimin Rimin.

----

SK Darau hampir runtuh bahayakan keselamatan murid

Rabu, Mei 26, 2010

500,000 VISITORS AND RISING

500,000 visitors to National Park and rising: Pairin

Published on: Tuesday, May 25, 2010

imageTan Sri Abdul Ghani Gilong (5th. from right) hailing from Kg Lingkudau Ranau received the Luguan Kaamatan Award (Tokoh Kaamatan) from Pairin (3rd. from right) who is also Huguan Siou.

Ranau: More than half a million people visited the National Park last year and the number is expected to increase as the district has many more tourist attractions.

Deputy Chief Minister Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan said about 252,254 people were recorded coming to Kinabalu Park and another 278,300 to the Poring Hot Spring last year.

"I am sure many were not recorded and if the actual number could be obtained it would show an encouraging rise in the number of visitors to the district," he said at the Ranau Kaamatan Festival celebration at the Community Centre, Sunday.

Pairin, who is also the Infrastructure Development Minister, urged residents in the district to find ways and take advantage of the situation.

He suggested that they go for the homestay programme, which was a favourite among European tourists.

Apart from that, the production of unique handicrafts from the district could be boosted and he hoped the district Kemas and handicraft management in Kampung Matan here as well as together with the relevant agencies would work harder to get more people to become skilled handicraftsman.

Meanwhile, former Works Minister, Tan Sri Abdul Ghani Gilong hailing from Kg Lingkudau Ranau received the Luguan Kaamatan Award (Tokoh Kaamatan) from Pairin who is also Huguan Siou.

1.5x(11)!

Selasa, Januari 19, 2010

HUJAN LEBAT YANG BERTERUSAN SELAMA TIGA HARI DI DAERAH INI MENYEBABKAN BANJIR DAN MENGAKIBATKAN BANYAK KEROSAKAN KEPADA KEMUDAHAN AWAM SEPERTI JALAN RAYA, JAMBATAN, PAGAR KEBUN, TANAMAN, TERNAKAN DAN JAMBATAN GANTUNG.

Ewon: Banjir besar rosakkan banyak kemudahan kawasan Paginatan

RANAU: Hujan lebat yang berterusan selama tiga hari di daerah ini menyebabkan banjir dan mengakibatkan banyak kerosakan kepada kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, pagar kebun, tanaman, ternakan dan jambatan gantung.

Antara kerosakan besar akibat limpahan Sungai Liwagu termasuklah jambatan gantung di Kampung Sagindai Baru (kira-kira 35 kilometer dari pekan) menuju ke kawasan perkebunan penduduk kampung itu yang putus dan hanyut.

Menurut Pengerusi JKKK, Lidi Kiriman jambatan berkenaan yang baru dibina tiga tahun lalu itu hanyut apabila dilanggar oleh batang kayu balak yang dibawa arus deras pada pagi Sabtu lepas.

Manakala jambatan kayu milik Chua Chu Tong Plantation yang menghubungkan Kampung Lungkidau dengan jalan raya besar Ranau Sandakan bagi kegunaan mengangkut hasil kelapa sawit juga musnah akibat arus deras itu.

Ekoran laporan penduduk mengenai bencana itu, wakil rakyat yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin telah membuat lawatan segera bagi meninjau keadaan sebenar.

Pada lawatan itu, beberapa kawasan sawah padi oleh penduduk khususnya di kampung Sagindai, Matupang, Paginatan, Maringkan dan Belisuk telah diranapkan oleh arus deras sungai Liwagu.

Menurut penduduk kampung berkenaan, anggaran keseluruhan keluasan sawah padi yang musnah oleh banjir di situ ialah kira-kira 30 ekar.

Turut musnah akibat banjir berkenaan ialah tapak semaian kelapa sawit milik Syarikat Gadang Berhad yang menanam sebanyak 36 ribu bibit di Kampung Soborong, Paginatan dengan anggaran kerugian sebanyak RM600 ribu.

Bercakap kepada mangsa yang terlibat, Ewon berjanji akan membawa perkara berkenaan kepada pihak berwajib khususnya Jawatankuasa Bencana Alam Negeri dengan segera bagi membaiki atau memberikan pampasan yang sewajarnya.

Turut serta pada tinjauan itu ialah isteri Ewon, Datin Danna Ontol dan Pegawai Perhubungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Japari Yadam.

Selasa, Disember 08, 2009

JKKK PERLU BUAT PROFAIL KAMPUNG MASING-MASING BAGI MENGGAMBARKAN KEADAAN DAN KEDUDUKAN SEBENAR KAMPUNG

JKKK diarah buat profail kampung masing-masing

0812-p-9a

RANAU: Pemimpin peringkat kampung seperti ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dinasihat supaya menyediakan profail kampung masing-masing bagi menggambarkan keadaan dan kedudukan sebenar kampung dan penduduknya.

Profail kampung sangat penting terutama sebagai asas kerajaan untuk menilai dan merancang segala keperluan pembangunan yang perlu dilaksanakan di kampung berkenaan.

Tanpa penyediaan profail kampung yang lengkap dan terkini, pihak kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk menyediakan peruntukan bagi memenuhi keperluan sebenar yang dikehendaki masayarakat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin berkata demikian di majlis penyerahan watikah pelantikan 32 pengerusiJKKK peringkat kawasan DUN Paginatan, di Rumah Rehat Ranau, dekat sini.

Menurut beliau, sebagai mata dan telinga kerajaan, JKKK adalah agen sangat penting yang dilantik kerajaan untuk menjalankan tanggungjawab membuat perancangan pembangunan di kampung masing-masing.

Tugas JKKK adalah untuk mengenalpasti, merekod dan melapor segala kekurangan dan keperluan masyarakat di bawah jagaannya kepada kerajaan untuk diproses bagi tujuan kelulusan peruntukan dan pelaksanaan projek.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan JKKK bahawa setiap permohonan yang mereka ajukan tidak semestinya dapat diluluskan malah yang mendapat kelulusan pun tidak dapat dilaksanakan serta-merta.

“Ia perlu dinilai secara terperinci mengikut keutamaan dan keperluan mendesak. Itulah sebabnya setiap kampung perlu menyediakan profail bagi memudahkan kerajaan menilai keadaan sebenar,” tambahnya.

Katanya lagi, kelulusan peruntukan diutamakan kepada projek yang boleh memberikan menfaat masyarakat umum serta yang berpotensi menaiktaraf kehidupan dan ekonomi penduduk kampung.

Beliau menambah, tugas lain JKKK adalah untuk melapor mana-mana pencerobohan orang luar khususnya pendatang tanpa izin (PTI) di kampung masing-masing.

Katanya, mereka yang didapati melindungi PTI dalam apa cara sekalipun boleh dikenakan tindakan undang-undang yang telah disediakan.

Turut hadir pada majlis itu, wakil pegawai daerah Lasiman Kumbas, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Jefrin Majangki, Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit Kementerian Japirin Sahadi dan Dallius Ubin, Pegawai kemajuan masyarakat (CDO) Andrew Ladat dan Pegawai Perhubungan Kementerian Japari Yadam.

Khamis, Disember 03, 2009

PENDUDUK KG KIGIWIT, KODOP BARU DAPAT JALAN RAYA BARU

RANAU 3rd December, 2009: Pendududk Kampung Kigiwit dan Kodop Baru kira-kira 78 kilometer dari pekan kini dapat menarik nafas lega apabila jalan raya utama yang menghubungi kedua-dua kampung berkenaan dengan sekolah kebangsaan (SK) Nukakatan telah diperbaiki .

Peruntukan sebanyak RM190,000 telah diberikan kerajaan di bawah PIAS bagi membaiki jalan raya terbabit (sejauh 5 kilometer) yang sering menjadi masalah penduduk kampung kerana terlalu licin di semasa musim hujan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan Yupan Paddas, jalanraya itu kini sudah boleh dilalui kenderaan kecil berbanding sebelumnya yang mana kereta pacuan empat roda sahaja yang boleh masuk.

Katanya, keadaan jalan raya berkenaan sebelum itu bukan sahaja menghalang penduduk mengangkut hasil-hasil pertanian untuk dipasarkan tetapi juga untuk mengangkut masuk barangan yang agak berat ke kampung seperti tong gas dan peralatan sekolah.

Wakil rakyat yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin telah diamanahkan untuk melakukan upacara perasmian jalan raya tersebut dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di balai raya kampung itu.

Berucap dimajlis itu, Ewon meminta masyarakat supaya terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah kerana hanya BN sahaja yang dapat memberikan peruntukan sedemikian.

Katanya, kita perlukan sokongan padu rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang ditunjukkan pada pilihan raya lalu yang membolehkan Parti Barisan Nasional terus memerintah. Hasil sokongan itu, negeri kita menjadi tumpuan pembangunan dalam RMK-10.

Di majlis itu, beliau turut meluluskan peruntukan untuk membeli sebuah generator, mesin pemotong rumput, kerusi balairaya serta peralatan dapur dan sebuah mesin taip kepada penduduk kampung Kigiwit.

Turut hadir di maljis itu Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Jefrin Majangki, Pegawai Perhubungan Kementerian Japari Yadam, Pegawai kemajuan Masyarakat (CDO) Andrew Ladat dan pemimpin-pemimpin setempat.

Sabtu, September 19, 2009

MASALAH HOSPITAL RANAU PERLU DITANGANI SEGERA, KATA EWON

RANAU, 18th September, 2009: Masalah kekurangan kemudahan dan kakitangan hospital daerah Ranau yang berlarutan sejak bertahun lamanya perlu ditangani segera bagi keselesaan merawat para pesakit yang kian hari kian bertambah ramai jumlahnya.

image Menurut Pengarah hospital berkenaan Dr Rameswaran Muthu, Hospital Ranau adalah hospital paling sibuk di negeri Sabah tetapi tidak mempunyai kelengkapan dan staf yang mencukupi.

Katanya, selain dari merawat pesakit luar, hospital ini mempunyai wad pesakit yang banyak (termasuk wad bersalin) serta melakukan khidmat rawatan pembedahan dengan hanya mempunyai tiga orang doktor sahaja.

Bagi menampung kesempitan tempat yang dihadapi Hospital Queen Elizebeth, Hospital Ranau juga sering dijadikan alternatif bagi membantu doktor pakar menjalankan rawatan terus seperti pembedahan dan sebagainya.

Katanya lagi, Hospital Ranau juga mengalami kekurangan kemudahan seperti katil pesakit yang pada masa ini hanya mempunyai 91 buah sahaja sedangkan keperluan minima harian adalah 110 buah. Selain dari itu ada di antara katil berkenaan yang sudah digunakan sejak 40 tahun yang lalu.

Tempat letak kenderaan bagi pelawat hospital ini juga menjadi masalah utama apabila dianggarkan 600 hingga 800 buah kereta keluar masuk ke kawasan berkenaan setiap hari.

Dr Rameswaran meluahkan permasalahan itu ketika berucap di majlis Lawatan Muhibbah pemimpin Barisan Nasional (BN) ke hospital ini, sempena hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang di ketuai oleh Menteri Pembangunan Luar bandar Datuk Dr Ewon Ebin.

Sehubungan dengan itu, Ewon dalam ucapan balasnya merayu pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia supaya memandang perkara itu dengan serius serta dapat memberikan tindakan sewajarnya.

Katanya, sebagai pemimpin peringkat daerah ini, saya merayu kepada Kementerian berkenaan supaya menambah bilangan doktor serta kemudahan yang diperlukan hospital Ranau dengan kadar segera bagi keselesaan pesakit dan kakitangan hospital menjalankan rawatan.

Beliau turut meminta pihak Jabatan Tanah dan Ukur serta Pejabat Daerah Ranau supaya menyegerakan mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang ada kaitan dengan permohonan tanah yang diperlukan hospital ini.

Sempena lawatan itu, Datuk Ewon yang diiringi ADUN Kundasang Dr Joachim Gunsalam turut membahagi-bahagikan sumbangan berupa kueh raya dan wang tunai kepada 94 orang pesakit di wad hospital berkenaan.

Pada majlis yang sama pemimpin BN juga menumbangkan kueh raya kepada kakitangan polis, bomba dan warga hospital, serta sumbangan wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit kepada persatuan Warga Emas daerah ini.

Selasa, September 15, 2009

RM4 BILLION FOR ROAD CONSTRUCTION AND REPAIRS STILL NOT ENOUGH

Sabah still needs extra RM10b for new roads

RANAU, 15th September, 2009: Sabah is still in need of an additional RM10 billion to upgrade and construct new roads, said Rural Development Minister, Datuk Ewon Ebin.

He said although the federal government had approved RM4 billion for road construction and repairs in Sabah and Sarawak, the amount is far from sufficient.

“This is still not enough to meet the demand”, he said while acknowledging however that both the state and federal governments are committed in wanting to meet the people’s needs.

Speaking during a meeting with villagers of Kg Mansalu and Kg Tundagon here yesterday, Ewon stressed the need for better roads in the state for they form the basic channel for other types of development to be distributed particularly in the rural areas.

Also present were Ranau MP Datuk Siringan Gubat, Kundasang assemblyman Dr Joachim Gunsalam as well as state and federal government officers.

Earlier, Siringan approved an allocation of 50 chairs to Kg Mansalu community hall. The leaders also presented two pesticide sprayers and a grass-cutter each to the villages.

Khamis, September 10, 2009

ANYONE CAN JOIN ANY BN PARTIES

image “In line with the principle of democracy, the door to enter into any of the BN component parties is always open to Malaysians who wish to join the party’s struggle,”

… openness was BN’s policy and the people were free to choose which leader and party they wanted and one that they felt having the ability to lead and bring development to them.

Minister of Rural Development Datuk Ewon Ebin

Rabu, September 09, 2009

LAST CAMPSITE MEMORIAL GETS AUSSIE RECOGNITION

Kota Kinabalu, September 09, 2009: The Office of Australian War Graves has officially recognised the Last Campsite Death March Memorial at scenic Pialungan five miles (8.3km) south of Ranau which was unveiled on 27 August.

"I am very excited and very pleased," Lynette Silver said.

"It is good to know that the Australian Government is publicly supportive," she said.

"With the official recognition we now qualify for a grant. I'll apply for a special grant scheme operated by the Australian Government through the Office of Australian War Graves to enhance and improve whatever we want at the site," said Lynette, who has spent 16 years researching the Death March.

She managed to finally trace the landowners of the Last Camp Site to Dr Othman Minudin and wife Dr Lungkiam in February 2008, through the determined efforts of famed trekker Tham Yau Kong.

"Hopefully, we'll get good funding to put up the Information Pavilion which will house information boards and artifacts dug up at the campsite and a place (accommodation) for a full-time caretaker," she said.

The official recognition came less than two weeks after the unveiling.

"I spoke to the War Graves about it. Though they weren't able to send a representative to the unveiling, they were very interested in what I was doing and had been watching its progress. They assured me they can help once the memorial is an established fact."

The memorial with the names of 183 prisoners of war inscribed is a joint initiative between Lynette, Dr Othman and Dr Lungkiam who have donated the land.

The actual site would be preserved in perpetuity. It overlooks the valley where the Last Camp was sited.

The memorial's funding came entirely from relatives of the POWs and other interested members of the public.

Absolute proof of the campsite was found on 20 August 2008 when Lynette's husband Neil, using a metal detector, unearthed a cache of Australian Army Haversack adjustable brass buckles and a brass button pressed with the words: Australian Military Forces and a map of Australia.

"I am very pleased there has been substantial all round generosity from the Australian Government and Sabah Government in funding the fencing, generosity of the Othmans in giving up land, generosity of local leader (Datuk Ewon Ebin) in funding the repairs of a swing bridge leading to the campsite," noted Lynette.

Lynette's close local working partner Tham Yau Kong was "very happy" that Sabah was finally rewarded "with Australian Government recognition after five years of blood and sweat on the Death March project.

Tham recalled the most important part being meeting Dr Othman in the nick of time during a recee for the Death March Whitewater at the Liwagu River in February 2008," he said.

-

"To me that was a miracle because for years who the land owners were had been a mystery," he added.

"Initially we thought it was State land requiring official response but when that didn't happen I felt the urgency to locate the owners to discuss the importance of conserving the site," Tham recalled.

"Had I not found them in time to explain the historical significance, the land could have gone to the National Service Training Centre developers because they had offered to buy it outright just recently," Tham said.

"I and all my boys feel very honoured to have played a key role in this very beautiful ending and also to see that Lynette's heart's desire has been fulfilled.

"Getting the Australian Government recognition is really no joke," he said, and thanked Daily Express for all the coverage it has done since the days when Sabah Society initiated the 60th anniversary project they called "Retracing the Death March ' in 2005," Tham noted.

Meanwhile, Lynette said both the Last Campsite Memorial at Pialungan and the Allan Quailey Memorial at Sabah Tea have been listed in the Australian National Register of Memorials.

"This means they will be officially disseminating information on the two memorials in a widespread manner," said Lynette.

Isnin, September 07, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYERAHAN BANTUAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DI MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU

Kg. Silou Ranau, 6hb. September 2009: Semalam bertempat di Masjid Nur Hikmah Kg. Silou telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Bantuan Sempena Bulan Ramadhan Al MubaraK sumbangan daripada YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan juga merupakan Adun N.31 Paginatan Ranau.

Sumbangan ini telah di sampaikan oleh En. Japirin Sahadi Setiausaha Politik kepada YB Datuk Dr Ewon Ebin.

Seramai 31 orang telah menerima bantuan tersebut, 21 orang dari Kg. Silou dan 10 orang dari Kg. Kituntul Baru. Terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan orang kurang berkemampuan.

Dalam ucapan En. Japirin Sahadi, beliau telah menyatakan bahawa bantuan yang diberikan adalah untuk membantu meringankan sedikit sebanyak kos kepada penerima sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Turut serta dalam majlis ini ialah Setiausaha Perhubungan Adun N.31 Paginatan En. Jefry Adam, Pemaju Masyarakat En. Idrus Salim, Ketua Kampung Kg. Silou En. Kahidin Jamian dan Pengerusi JKKK Kg. Silou En. Md. Hasbi Jumin.

 

Ahad, Julai 26, 2009

HARDCORE POOR DOWN TO 14,000, SAYS EWON

image Kota Kinabalu, July 26, 2009: About 14,000 people in Sabah are still living in hardcore poverty but the number has been decreasing yearly,

This was due to the implementation of various poverty eradication programmes, including the Mini Estate Sejathera (Mesej), under the Ministry.

"At the moment we are trying our level best to achieve the target of zero poverty by 2010 we will work hard to achieve it,".

The State Government has set a target to achieve zero poverty in Sabah by next year.

Rural Development Minister, Datuk Ewon Ebin