Penduduk Bimbang Tanah Kampung Dirampas Di Daerah Paitan, Sabah
SANDAKAN, 13 Julai (Bernama) -- Kira-kira 300 penduduk di Kampung Batangon Darat Paitan berada dalam kebimbangan berikutan ada cubaan pihak tertentu ingin merampas tanah di kampung itu yang mereka duduki sejak tahun 1970-an.
Ini disebabkan sudah tiga kali kerja mengukur tanah di kampung itu cuba dilakukan oleh pekerja syarikat swasta sejak bulan lepas yang mendakwa mewakili individu tertentu tetapi penduduk kampung berjaya menghalang mereka.
Ketua Kampung Batangon Darat, Arodat Tuba berkata penduduk kampung kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba merampas tanah di kampung itu yang berkeluasan kira-kira 200 hektar dan telah mereka duduki sejak sekian lama.
Katanya apa yang menghairankan, perkara itu boleh berlaku biarpun ia merupakan penempatan tetap penduduk kampung dengan mempunyai bilangan 48 rumah serta dilengkapi dengan kemudahan seperti gereja, balai raya dan tadika.
"Terdapat pihak yang berkepentingan dan inginkan keuntungan menyebabkan perkara ini berlaku tanpa mengambil kira nasib penduduk kampung," katanya kepada Bernama di sini.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang berkaitan iaitu Jabatan Tanah dan Ukur dan Pejabat Kecil Daerah Paitan supaya mengambil perhatian perkara tersebut.
Seorang penduduk kampung, Japari Oyeh berkata penduduk kampung terpaksa bertindak menghalang pekerja syarikat swasta yang ingin melakukan kerja mengukur tanah di kawasan kampung itu.
Mereka mendakwa mempunyai kelulusan untuk kerja-kerja mengukur tanah di kampung itu yang diluluskan sejak 1992 tetapi mereka gagal mengemukakan dokumen berkaitan, katanya.
Japari berkata kebanyakan kawasan tanah di kampung itu ditanam dengan pokok getah yang menjadi punca pendapatan utama penduduk kampung dan jika tanah kampung dirampas oleh pihak tertentu, penduduk kampung akan hilang punca pendapatan.
----
bolehkah syarikat2 swasta sewenang2nya merampas tanah orang kampung begitu sahaja tanpa dokumen?? diharapkan pihak2 yang berkenaan turun menyiasat perkara ini dan penduduk kampung teruskan mempertahankan tanah tersebut sehingga si dalang dibawa kemuka pengadilan.
BalasPadamdiharapkan pihak2 yang berkenaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan keras terhadap pihak yang terlibat..
BalasPadamjika tanah itu dirampas, dimana penduduk kampung nak tinggal. perkara ini tak boleh dibiarkan.
BalasPadamsaya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat membantu penduduk kampung berkenaan bagi menghilangkan kerisauan mereka. saya yakin masalah ini dapat diatasi dan kepentingan penduduk juga akan terbela.
BalasPadamSiapa pihak yang ingin merampas? Tidak perlu takut jika ada geran dan sah disisi undang2. Lagipun jika mereka bersatu tidak akan ada pihak yang berani menggangu.
BalasPadamTiada yang mustahil. kebanyakkan syarikat2 luar terlalu mudah memperolehi tanah di negeri ini dan jabatn tanah dan ukur pun boleh meluluskan permohonan mereka serta merta sedangkan kawasan tersebut sudah diduduki oleh orang-orang kampung sejak sekian lama.
BalasPadamperkara ini harus disiasat. jika betul pihak jab tanah dan ukur yang bersalah, semua individu terlibat harus mendapat tindakan sewajarnya.
BalasPadamkejadian seperti ini byk berlaku, kita tak boleh biarkan tanah2 kita dirampas sewenang-wenangnya.
BalasPadamperkara ini tidak akan terjadi. kepentingan rakyat haruslah dijaga. sekiranya tanah mereka diambil, dimana lagi mereka mahu memperolehi pendapatan untuk tampung kehidupan.
BalasPadamTidak mustahil untuk berlaku, tapi orang ramai perlu mengambil langkah berjaga2 dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan rampasan berlaku. Sediakan senjata sebelum musuh sampai!!!
BalasPadampihak-pihak yang berkuasa perlu membantu penduduk bagi menyelesaikan isu ini. saya yakin isu ini dapat diselesaikan.
BalasPadamdorang ni sesuka hati ja nak rampas tanah orang lain. tak ada etika langsung!
BalasPadamWell, if it's true then the villagers have the right to worry.
BalasPadampihak berkuasa haruslah menyelesaikan perkara ini. kenapa boleh pihak lain mahu merampas tanah penduduk tersebut. siasatan harus dilakukan untuk menangani masalah ini.
BalasPadamsemakin kita mahu menangani masalah ini, semakin menjadi2 plak berlaku.. mungkin mereka yang terlibat ni masih tidak takut dengan undang2. ..
BalasPadamSya tidak tahu kenyataan sebenar, tapi baik mendapatkan penyiasatan yang mencukupi dahulu sebelum membuat kesimpulan. Jika mereka tu betul betul orang asli dan tanah tersebut sah kepunyaan mereka, maka tidak boleh dirampas. Jika tanah tu kepunyaan kerajaan, maka mereka adalah penceroboh yang suka hati mendakwa tanah tu kepunyaan mereka.
BalasPadam