Memaparkan catatan dengan label pictures. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pictures. Papar semua catatan

Isnin, Januari 25, 2010

TAMPAL LOBANG & TAMBAH LAMPU MINI DEWAN 24/01/2010

Ranau 24/01/2009 : Kelmarin belia Kg. Silou telah menampal lobang di lantai Mini Dewan Kg. Silou secara gotong royong dan bahan yang digunakan untuk pembaikan telah di kumpulkan secara “rukut-rukut”.

Penduduk terpaksa melaksanakan kerja tersebut secara serta merta kerana keadaan lantai Mini Dewan yang berlobang dan membahayakan semasa bermain sukan badminton.

Penambahan lampu dalam dewan juga telah dilaksanakan secara “rukut-rukut” memandangkan ramai pengguna merungut tentang keadaan dalam dewan yang kurang memuaskan dan kurang terang apabila melaksanakan aktiviti seperti pertandingan badminton.

image

 

 

 

 

 

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN MINI DEWAN KG. SILOU RANAU

Sabtu, Ogos 01, 2009

DR GEORGE CHAN TERKEJUT LAPORAN PENAN KEKURANGAN MAKANAN

image KUCHING, 31 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan terkejut dengan laporan berita yang mendakwa kira-kira 3,000 penduduk kaum Penan di beberapa penempatan di Ulu Belaga di Bahagian Kapit kini menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan.

image "Saya sangat terkejut... ini tidak mungkin. Jika tiada sesiapa membantu mereka, kaum Penan masih boleh hidup dan mereka boleh mendapatkan makanan serta haiwan di hutan," katanya kepada pemberita.

image Dr Chan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita Jumaat yang memetik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun bahawa kira-kira 3,000 penduduk Penan di lima penempatan berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana kebun mereka dimusnahkan bintang liar dan kini mereka mengharapkan bantuan kerajaan bagi mengelak daripada ancaman kebuluran.

image Entulu bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan enam anggota Parlimen ke Lusong Laku baru-baru ini dan dimaklumkan beberapa ketua kaum Penan mengenai masalah itu dan bergantung kepada ubi kayu, sagu liar dan hasil hutan tetapi kini bekalan tidak mencukupi.

Lima penempatan terbabit ialah Long Abit, Long Kajang, Long Tanyit, Long Malin, dan Long Lidem.

Sementara itu, Anggota Parlimen Ulu Rejang Datuk Billy Abit Joo yang turut terkejut dengan laporan berita itu berkata "kekurangan bekalan makanan tidak bermakna kaum Penan kebuluran."

Terdapat kira 1,000 orang Penan di enam penempatan, katanya.

image"Kaum Penan sering menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan kerana kebun mereka musnah tetapi tahun ini mereka mengalami masalah tanaman padi tidak menjadi kerana tanaman mereka musnah teruk akibat serangga dan monyet," katanya.

Katanya hasil tuaian Penan masih boleh bertahan sehingga tujuh bulan.

image image "Masyarakat Penan akan berkongsi hasil tanaman, memburu binatang dan mencari makanan di hutan seperti sagu sebagai makanan ruji. Mereka tidak akan kebuluran," katanya.

Sabtu, Julai 25, 2009

PERANG KHANDAK DI FELDA GUGUSAN SAHABAT?

imagePERANG.... Rakyat 13 buah kampung memprotes penggalian parit ini yang seolah-olah mengisytiharkan Perang Khandak dengan mereka.

image DALAM.....Parit ini cukup dalam sehingga lebih tinggi daripada Ketua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid yang menjadi saksi perbicaraan kes rasuah Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah yang juga Pengarah Kinsajaya Sdn.Bhd.image KEJAM.... Perbuatan memutuskan jalan menuju ke sekolah Lok Buani adalah terlalu kejam kepada penduduk kampung yang tidak berdosa. Kenapa Felda masih menggunakan hukum rimba atau undang-undang penjajah?

image BANJIR.... Parit ini menyumbang kepada banjir kilat kerana ekosistem terganggu dan membahayakan jika kanak-kanak terjatuh ke dalamnya.image WILAYAH BARU.... Parit yang digali ini membentuk dua wilayah baru dalam satu negeri.image SEMPADAN..... Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedang menerangkan kawasan Felda dan kawasan yang telah diceroboh Felda.image PROJEK.... Papantanda projek bekalan air ini menimbulkan bantahan penduduk kampung kerana mendakwa sumber air mereka musnah.

image TENGGELAM.... Sebahagian kebun yang musnah akibat takungan air secara haram untuk membina loji air yang menguntungkan Felda tetapi malapetaka kepada penduduk kampung.

Saya dan Datuk Seri Najib mungkin bimbang sekiranya 'dendam' ibubapa ini diterjemahkan dalam bentuk undi protes sebagaimana keputusan beberapa pilihanraya kecil lalu. Moga dijauhkan Malaikat 44.

Sehubungan itu, saya merayu Datuk Seri Najib agar 'memecat' dengan SERTA MERTA semua pegawai yang terlibat dalam 'Perang Khandak' atau semua Wakil Rakyat UMNO dan BN dipecat lebih 44,000 pemilih berdaftar pada pilihanraya akan datang.

Bagi saya, tidak ada gunanya menjadi Wakil Rakyat BN sekiranya aduan saya tidak didengar Felda dan rayuan saya tidak diendahkan pemimpin.

Saya agak geram dengan tindakan Felda membina Kolam Takungan Air di kawasan kebun penduduk kampung sehingga mereka kerugian dan kehilangan sumber pendapatan kerana kebun mereka ditenggelami air.

Semoga Felda pandai bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Sabah yang menderita di Semenanjung Dent yang kononnya membawa kemakmuran dan rahmat kepada sektor pembangunan di Sabah.


Salam Hormat,
YB TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam

Isnin, Julai 20, 2009

GAMBAR POCONG ?

Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit

image KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4.

"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya

tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan tele-fon bimbit,"

"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.

"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.

"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut,"

Abdul Rahman Sabie, 25, seorang penduduk Felda Jengka 4, dekat Maran yang dapat merakam gambar pocong guna telefon bimbit

Ahad, Julai 19, 2009

MEMBASUH DOSA PEMIMPIN DENGAN PPRT?

image LAPAR.... Kanak-kanak ini kelaparan kerana belum bersarapan pagi walaupun sudah jam 1.15 petang kerana bapa mereka, Muhammal baru pulang daripada menjala ikan.

image BISKUT.... Setelah 46 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang belum menjamah sarapan pada jam 3.30 petang ketika kebanyakan orang sudah asyik menikmati Hi-Tea di Hotel terkemuka.

image BERASAP.... Dapur mereka hanya berasap jika Muhammal mempunyai hasil untuk membeli beras kerana kehidupan yang begitu melarat.

image WAJAH.... Wajah kemiskinan yang merantai kehidupan Jalilah belum mampu dilukiskan di kanvas kehidupan.

image BESAR... Keluarga besar Muhammal yang menjaring mimpi untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang merantai kehidupan mereka selama ini.

image SENYUM.... Jalilah masih mampu tersenyum sekalipun disula kemiskinan tegar di gubuk buruk yang menjadi sangkar kehidupannya selama ini.

image GABI.... Percayakah anda Jalilah dan keluarganya hanya mengalas perut mereka dengan air suam kosong sebagai hidangan makan malam kerana suaminya tidak memperoleh tangkapan ikan siang tadi.

image TANGKAPAN.... Jika nelayan sungai Segama seperti rakan Muhammal ini mampu menangkap sepuluh ikan lampan jawa sebesar ini sehari, mereka mampu keluar daripada penjara kemiskinan.

image SARAPAN.... Biskut ini adalah sarapan pagi mereka pada jam 3.30 petang kelmarin.

image WARIS.... Sampai bila bapa mewariskan anaknya dengan kemiskinan sedangkan kerajaan mewar-warkan Miskin Tegar Sifar pada 2010 iaitu enam bulan dari sekarang?

image TERPAL....Apakah layak saya menggelarkan diri saya Wakil Rakyat jika membiarkan Abdul Salleh sekeluarga hidup dalam kemiskinan sedangkan mereka turut menyumbangkan undi memenangkan saya pada pilihanraya umum lalu?

image ZING.... Bantuan 50 keping zing ini hanya untuk meringankan beban mereka sementara menunggu pembinaan rumah PBR mereka yang memakan masa yang agak lama.

image DAIF.... Kehidupan Wohraya begitu daif sehingga anaknya tidak dapat melanjutkan pelajaran menengah kerana dibelenggu kemiskinan.

image USANG..... Rumah keluarga malang Wohraya ini sudah terlalu usang dan akan menyembah bumi pada bila-bila masa.

image RUMAH.... Saya menunaikan Janji Datuk Nasrun yang disarkan di akhbar Cina ini untuk memberi sebuah rumah PPRT kepada Khairunnisa pada 2004 demi menjaga maruah UMNO.

image MARUAH....Saya terpaksa menyelamatkan maruah Nasrun untuk membela nasib keluarga malang miskin tegar Cina ini yang terletak hanya 100 meter di belakang rumah Nasrun.

image KANVAS.... Lukisan kemiskinan pada kanvas kehidupan bukanlah sesuatu yang indah untuk ditatap.

image ASAS.... Masih ramai penduduk luar bandar bergantung kepada air hujan sedangkan kerajaan membenarkan konsesi bekalan air membuang berjuta liter air sehari ke longkang kerana bekalan melebihi permintaan!

image TUMPAH.... Berapa baldi air mata yang harus ditumpahkan oleh rakyat miskin tegar untuk membasuh dosa pemimpin terdahulu yang hanya tahu berjanji namun gagal menunaikan janji?

image BERAT.... Tugas membasmi kemiskinan tegar bukanlah mudah, namun walau seberat mana, saya terpaksa memikulnya.

image UMNO.... Walau setia kepada UMNO namun permohonan rumah PPRT sejak 7 tahun lalu tidak pernah lulus.

image MEDIA.... Kenapa hanya akhbar Cina yang berani menyiarkan realiti kemiskinan sedangkan akhbar arus perdana seolah-olah kehilangan sentuhan?

image TURUN....Kerajinan Jabatan Kebajikan turun padang membantu saya mencegah kemiskinan tegar terus merantai kehidupan mereka.

image RUMAH.... Saya hanya dapat meluluskan rumah baru kepada keluarga miskin tegar ini, namun bagaimana mereka mahu mengeluarkan diri mereka daripada kemiskinan sedangkan mereka tidak mempunyai pendapatan?

image GEDUNG....Sungai adalah gedung harta bagi nelayan sungai, namun kerajaan gagal memastikan gedung harta ini daripada pencemaran.

image TELAGA.... Inikah balasan atas undi mereka yang masih bergantung kepada air telaga untuk kegunaan seharian?

Sekian, Salam Hormat!
YB TUAN HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam.