Ahad, September 27, 2009

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN KOMPUTER SUMBANGAN SABAH ENERGY CORPORATION (SEC) & PELANCARAN PROGRAM CELIK ICT JKKK KG SILOU RANAU

Kg. Silou Ranau, 26hb. September 2009:

IMG_0811

Majlis Penyerahan Peralatan Komputer Terpakai Sumbangan Sabah Energy Corporation telah di laksanakan di perkarangan Masjid Nur Hikmah Kg. Silou yang di saksikan oleh En. Japirin Sahadi, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Keusahawanan Sabah, Datuk Dr. Ewon Ebin yang juga Adun N.31 Paginatan.

IMG_0866Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi JKKK Kg. Silou, En. Mohd. Hasbi Jumin, beliau telah merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) yang perihatin dan sudi menyumbangkan peralatan komputer kepada penduduk Kg. Silou, dan juga menyatakan bahawa salah satu tujuan dan matlamat program ini agar “orang kampung tidak takut kepada komputer” dan akan lebih terdedah kepada teknologi moden yang penting ini melalui kemudahan internet strymyx.

IMG_0872Sumbangan sebanyak 15 buah komputer dan 3 buah printer ini telah disampaikan oleh Tuan Hj. Harun Bin Ismail, Timbalan Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) kepada En. Hasbi Jumin. Dalam ucapan Tn. Hj. Harun Ismail telah menyatakan bahawa sumbangan ini adalah sebahagian daripada khidmat masyarakat SEC melalui ahli Kelab Sukan & Rekriasi Sabah Energy Corporation (KSRSEC) dalam membantu penduduk luar bandar untuk lebih terdedah kepada teknologi moden melalui pembelajaran penggunaan komputer yang positif dan mengharapkan sumbangan ini akan digunakan sebaiknya oleh penduduk Kg Silou.

IMG_0883Dalam ucapan melancarkan Program Celik ICT JKKK Kg. Silou, En. Japirin Sahadi telah mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha AJK JKKK Kg. Silou yang telah mendapatkan sumbangan peralatan komputer daripada Sabah Energy Corporation (SEC) dan amat berharap agar usaha seperti ini diteruskan. Usaha murni untuk mendekatkan golongan yang kurang terdedah kepada ICT ini adalah amat perlu. Dengan ujudnya program seperti ini dan dipantau oleh AJK JKKK kampung Silou adalah diharapkan dapat menangani gejala negatif terutama berkaitan dengan remaja yang selalu mengunjungi siber cafe di pekan yang mungkin terdedah kepada perkara kurang sihat.

IMG_0840 Ketibaan Tn. Hj. Harun Ismail disambut oleh Pengerusi JKKK En. Hasbi Jumin dan KK Kahidin Jemian

IMG_0844  Ahli Kelab Sukan & Rekriasi Sabah Energy Corporation (KSRSEC) sedang memasang komputer

IMG_0848 IMG_0853 IMG_0920IMG_0858 Tn. Hj. Harun bersama ahli Kelab Sukan & Rekriasi SEC (KSRSC) yang telah menjayakan program ini. Penduduk Kg. Silou mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada SABAH ENERGY CORPORATION SDN. BHD., Tn. Hj. Harun Ismail dan ahli-ahli kelab KSRSEC.

IMG_0881Ucapan perasmian Program Celik ICT JKKK Kg. Silou oleh En. Japirin Sahadi

IMG_0886Majlis penyerahan simbolik peralatan komputer oleh wakil SEC Tn. Hj. Harun Ismail kepada Pengerusi JKKK Kg. Silou En. Hasbi Jumin

IMG_0887Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. daripada JKKK Kg. Silou

IMG_0888Penyerahan cenderahati kepada perasmi program En. Japirin Sahadi

IMG_0889 Penyerahan cederahati kepada Timbalam Presiden KSRSEC

IMG_0890 Perasmian simbolik Program Celik ICT JKKK Kg Silou oleh En. Japirin Sahadi

IMG_0854IMG_0894IMG_0893  IMG_0919 IMG_0905Makan tengahari selepas selesai majlis perasmian.

Lagi Gambar di  Galeri Laman Web KSRSEC

2 ulasan:

  1. Tahniah...dan salam eidul fitri..

    BalasPadam
  2. Syabas kpd JKKK Kg. Silou. Di sini boleh lihat gambar http://ksrsec.co.cc/

    BalasPadam