Operasi Daulat: Lelaki bergelar 'Datuk Seri' dicari
LAHAD DATU 31/03/2013- Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

LAHAD DATU 26/03/2013: Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.
"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,"
Khalid giving his assurance on security as he speaks to residents in Lahad Datu.

SEMPORNA 16/03/2013: Pasukan keselamatan mencadangkan penempatan haram di beberapa kampung di daerah ini dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan dan aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.
GUNFIGHT: Cop recounts the moment Sulu terrorists killed his colleagues in Kampung Simunul on March 2. The blue house from where the first volley of fire had come from in Kampung Simunul on March 2.
Kota Kinabalu 23/12/2012: The public have the right to ask for the warrant card of a person who claims to be a policeman, so as to ensure they are dealing with a genuine police personnel or officer.