Memaparkan catatan dengan label masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masjid. Papar semua catatan

Jumaat, November 11, 2011

“ALL THE 45 STUDENTS FROM THIS FIRST BATCH HAVE ALREADY BEEN SNAPPED UP (BY OIL AND GAS COMPANIES)… JOBS ARE JUST WAITING FOR THEM AND FUTURE STUDENTS,” - TUN AHMADSHAH ABDULLAH

First batch of 45 oil and gas graduates snapped up

Dani Shamsuddin (middle) showing his TAS Academy Excellence Student Award to fellow graduates.

KOTA KINABALU Nov 11, 2011:  “All the 45 students from this first batch have already been snapped up (by oil and gas companies)… jobs are just waiting for them and future students,” said Tun Ahmadshah Abdullah.

Khamis, Julai 28, 2011

“IF THAT ALSO THE SDO CANNOT IMPLEMENT, I WONDER WHAT BIGGER PROJECTS COULD BE DONE BY THEM,” - HAJIJI

State Devt Office under fire

TUARAN July 28, 2011: Sulaman assemblyman Datuk Hj Hajiji Hj Noor yesterday took the State Development Office (SDO) to task for failing to rebuild the Kampung Mengkabong mosque after dismantling the old one in December last year.

“When they took down the old mosque last December, the expectation of Muslims in Mengkabong would naturally be that the new one would be ready for the fasting month and Hari Raya Puasa this year.

“Now the fasting month is almost here, where are the Mengkabong Muslims going to go for their Tarawih prayers during the fasting month? Where are they going to go for their Hari Raya prayers?” he asked.

Hajiji, who was speaking to reporters after officiating at the Tuaran District Consumer Awareness Seminar at Kampung Gayang, said the new mosque project costs only RM1.2 million and there is no reason why it could not be built within half a year.

“We are not even talking about a RM12 million project, but only RM1.2 million. We are talking about only a village mosque. If that also the SDO cannot implement, I wonder what bigger projects could be done by them,” he said.

Hajiji, who is also the Local Government and Housing Minister, said what irked him most was the SDO’s decision to pull down the old mosque when they could not rebuild it in time for the fasting month.

“I am very, very disappointed. I took the trouble to speak to former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, who approved the project.

“That was a few years ago, and until today the project has not been implemented despite the old mosque having been torn down. How can I not be disappointed?”

Isnin, Jun 21, 2010

KEBEBASAN BERLEBIHAN PUNCA GEJALA SEKS

Kebebasan berlebihan punca gejala seks

KUALA LUMPUR: Kekurangan penerapan dan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata disebabkan itu, ajaran Islam tidak masuk ke dalam jiwa remaja menyebabkan mereka tidak takut melakukan maksiat.

“Kita kena kaji sistem pendidikan dari segi penerapan nilai Islam supaya anak muda kita berakhlak. Untuk menangani gejala keruntuhan akhlak anak muda mesti ada usaha bersepadu dari semua pihak.

“Kita memberikan kebebasan yang berlebihan kepada remaja hari ini dan saya menyarankan kita sekat sikit internet seperti yang dilakukan China dan Pakistan demi menjaga akhlak anak muda kita,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Kajian itu juga menyatakan, sebahagian besar golongan remaja berkenaan mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata remaja terbabit dengan gejala salah laku seks kerana tidak mendapat hidayah Allah walaupun mereka mengetahui hukum agama dan dosa melakukan zina.

“Sebab utama perkara sedemikian kerana remaja kita tidak menjaga solat dan kurang mengunjungi tempat seperti masjid atau majlis ilmu. Hukum Islam pada kelompok remaja berkenaan hanya menyentuh telinga saja dan bukannya jiwa mereka.

“Selain itu, cara ibu bapa mendidik anak dengan corak Barat turut menyumbang kepada masalah berkenaan disamping keengganan mereka mendengar saranan ulama untuk mengatasi gejala maksiat,” katanya.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, berkata kajian terbaru UPM itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai realiti remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Saya menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil tindakan dengan memantau aktiviti anak serta meningkatkan pengawasan lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis.

“Islam menyanjung tinggi remaja yang menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama dan bukannya hawa nafsu,” katanya.

----

Janin dalam mangkuk tandas hotel

Suami tangkap isteri berkhalwat
Pelacuran remaja meningkat

Ketulan Janin Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak

Pelajar Tingkatan Lima maut akibat pendarahan

Rabu, Disember 30, 2009

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM DI MASJID DAERAH RANAU

RANAU: Semalam kira-kira 900 orang dari beberapa kampung di daerah Ranau telah hadir pada majlis “FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM”.

Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Masjid Daerah Ranau. “FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM” adalah anjuran Kolej Islam Perak Darul Ridwan Dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS).

 

Khamis, Disember 17, 2009

"RAMAI KAWAN-KAWAN YANG MEWARNAI RAMBUT MEREKA, MENGAPA KAMU TIDAK TANYA MEREKA. JANGAN BUAT SPEKULASI."

Ahli Parlimen Kinabatangan Sah Kahwin Pelakon

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette, akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz pada hari Khamis menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.

Mohamad, Anggota Parlimen Sri Gading apabila ditanya berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Semalam, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Anggota Parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita hari ini masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".

"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.

Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di sini malam tadi.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."

"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi."

Jumaat, Disember 11, 2009

“KITA SERING TERDENGAR BUNYI TELEFON BIMBIT BERBUNYI DENGAN KUAT SEMASA SEDANG SEMBAHYANG, ... PERKARA SEDEMIKIAN ADALAH BERDOSA”

“Saya menasihatkan para jemaah supaya mematikan telefon bimbit, atau menukar ke mod senyap atau meninggalkan alat telekomunikasi itu dalam kereta ketika masuk ke dalam Masjid Negeri atau mana-mana masjid sekalipun,”

“Kita sering terdengar bunyi telefon bimbit berbunyi dengan kuat semasa sedang sembahyang, terutama sekali ketika solat Jumaat kerana keadaan ini akan menggangu tumpuan jemaah lain termasuk imam, perkara sedemikian adalah berdosa

Semua jemaah yang datang menunaikan solat Jumaat tidak dibenarkan membuat bising semasa khutbah Jumaat.

“Menghantar atau membalas sms, membuat atau menjawab panggilan telefon bimbit juga adalah dilarang kerana perkara ini akan menghilangkan pahala ke atas pelakunya,”

“Ini termasuk mereka yang membaca al-Quran dengan suara kuat dan boleh menggangu jemaah yang sedang menunaikan solat ketika itu,”

Juga mengingatkan para jemaah supaya tidak membuat pergerakan sebanyak tiga kali semasa sedang menunaikan sholat, sama ada ada pergerakan itu bertujuan untuk mematikan telefon bimbit kerana perbuatan sedemikian akan membatalkan sembahyangnya.

Penolong Imam Besar Masjid Negeri Datuk Asmali Bachi

Jumaat, Oktober 02, 2009

PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA

image

“PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA” ADALAH TAJUK KHUTBAH ON-LINE JAKIM UNTUK JEMAAH SOLAT JUMAAT HARI INI 2/10/2009.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai serta hidup kita dengan berbekalkan sumber rezeki halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: "Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara”.

Sabtu, September 05, 2009

MAKLUMAN PEMBATALAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN SEMPENAN BULAN RAMADHAN

ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA PENDUDUK KG. SILOU YANG TELAH DISENARAIKAN MENERIMA BANTUAN DALAM MAJLIS ESOK 6HB. SEPTEMBER 2009 BERTEMPAT DI MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU SEMPENA RAMADHAN TAHUN INI. TELAH DIBATALKAN.

MAKLUMAN DI TERIMA DARIPADA PEJABAT UPKR.N31 PAGINATAN RANAU OLEH PENGERUSI JKKK KG. SILOU RANAU.

SEKIAN HARAP MAKLUM

Rabu, Ogos 26, 2009

KADAR ZAKAT FITRAH DI SABAH DITETAP RM6.60

Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Sabah tahun ini ditetapkan pada kadar RM6.60 seorang, berkurangan 14.28 peratus atau RM1.10 berbanding RM7.70 tahun lalu.

Penurunan itu adalah yang pertama sejak tiga tahun lalu selepas kenaikan di antara empat hingga 48 peratus, iaitu daripada RM5 pada 2006 kepada RM5.20 pada 2007 dan RM7.70 tahun lalu.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata kadar itu diputuskan Majlis Tertinggi Muis berasaskan harga semasa satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras di Sabah.

Isnin, Ogos 17, 2009

MASJID PAGODA

RANTAU PANJANG: The RM8.8mil Sultan Ismail Petra Silver Jubilee Mosque, the first Chinese-style mosque in the country, is set to open its doors this Ramadan.

The mosque, also known locally as the Beijing Mosque, has a unique design that combines Chinese and Islamic architecture similar to the more than 1,000-year-old Niujie mosque in Beijing.

more

Khamis, Ogos 06, 2009

JANGAN JADIKAN MASJID ZON SELAMAT UNTUK PENJENAYAH

Masjid perlu sentiasa diimarahkan oleh umat Islam agar ia tidak terabai hingga menjadi kawasan kegiatan jenayah,

"Kita tengok kadang-kadang sesebuah masjid begitu terabai, bukan terabai dari sudut fizikal seperti berlaku kerosakan atau banyak sarang labah-labah, tetapi dari sudut kehadiran dan pengimarahannya oleh umat Islam.

image "Jadi, bila penjenayah ini masuk masjid dan tengok tidak ada orang jaga, dia (penjenayah) rasa ia bagaikan zon selamat untuk dia buat benda tak baik,"

image "Umat Islam perlu membuang stigma bahawa perkara ini merupakan tanggungjawab ahli jawatankuasa masjid, sebaliknya perlu bekerjasama dengan mereka dalam memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadat umat Islam sentiasa terpelihara daripada pelbagai kegiatan jenayah,"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom

Isnin, Julai 13, 2009

SEMAK ARAH KIBLAT KHAMIS INI 16/07/2009 JAM 5.28 PETANG

Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Khamis Ini

imageimage TAWAU, 13 Julai (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

imageKatanya pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini Isnin.

Kursus anjuran ILIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah itu dihadiri 44 orang peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Omar perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

Selasa, Julai 07, 2009

AJK MASJID/SURAU PERLU KREATIF

image Pihak pentadbiran masjid dan surau perlu bijak mengatur pelbagai aktiviti serta menyediakan perancangan yang mampu menarik golongan muda mendekati masjid.

Masjid dan surau bukan sahaja tempat bersolat tetapi juga sebagai wadah menggerakkan dakwah; pusat penyebaran ilmu dunia dan akhirat serta tempat menyatukan umat Islam.

Tanpa ilmu pendidikan sesuatu kaum itu tidak akan dapat merubah nasib bangsanya dengan lebih sempurna dan tidak akan mampu bersaing dengan bangsa lain yang semakin maju membangun dalam dunia yang serba canggih kini.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran

Jumaat, Jun 05, 2009

PUASA DIJANGKA BERMULA 22HB. OGOS (SABTU), SAMBUTAN HARIRAYA AIDILFITRI 20 SEPTEMBER (AHAD)

image PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

image Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.

image Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

image ''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

image''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.

Selasa, Jun 02, 2009

AKTIVITI YANG DI JALANKAN OLEH AJK MESJID NUR HIKMAH KG SILOU SEPANJANG BULAN MEI 2009

AJK Masjid Nur Hikmah Kg. Silou telah mengadakan beberapa siri ceramah sepanjang bulan Mei 2009 untuk mengimarahkan masjid dan penambahan ilmu untuk ahli jemaah mesjid.

Ceramah pertama pada 7/05/2009

IMG_3037 IMG_3042 IMG_3043 IMG_3051

-

Ceramah kedua pada 21/05/2009

 IMG_3240 IMG_3210 IMG_3214 IMG_3221

Isnin, Mei 25, 2009

PENDUDUK GESA PIHAK BERKUASA BERTINDAK

KOTA KINABALU 24 Mei - Penduduk Taman Friendship Fasa 3, Jalan Petagas, Putatan di sini menggesa pihak berkuasa mengatasi segera masalah anjing liar di kawasan tersebut yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Penduduk mendakwa, kehadiran sekumpulan anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan perumahan itu mengganggu kehidupan seharian dan menyebabkan mereka berasa tertekan.

Selain dibelenggu kebimbangan diserang haiwan tersebut, penduduk memberitahu, kehadiran anjing-anjing berkenaan menyebabkan persekitaran menjadi kotor dengan najis haiwan tersebut dan sampah yang diletakkan di dalam tong sampah berselerakan di hadapan rumah mereka.

Justeru, mereka berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan warga emas dan kanak-kanak.

Tinjauan Utusan Malaysia seawal pukul 6 pagi mendapati lebih 10 ekor anjing masih berkeliaran dalam kumpulan di sepanjang jalan di taman perumahan tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan keadaan menjadi lebih teruk pada sebelah malam apabila lebih banyak anjing berkumpul seolah-olah sudah 'menawan' jalan masuk ke perumahan terbabit.

Seorang penduduk, Shafie Mohamad, 57, berkata, kumpulan anjing liar itu bergerak bebas di hadapan rumah mencari makanan di tong sampah.

Katanya, bilangan yang banyak menyebabkan anjing tersebut tidak takut kepada manusia.

"Mungkin jika satu atau dua ekor, kita boleh menghalau anjing itu tetapi dengan jumlah yang banyak, ia tidak berkesan," katanya.

Tambahnya, kehadiran begitu banyak anjing mengundang bahaya kepada penduduk di sini terutama kanak-kanak sekolah ketika mereka pergi dan balik sekolah berdekatan.

''Anjing liar ini sangat aktif pada sebelah pagi dan malam. Sudah ramai yang dikejar oleh anjing liar tetapi sepanjang pengetahuan saya belum ada kedengaran penduduk yang digigit haiwan berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Anita Belape, 48, berkata, sebelum ini pihak berkuasa pernah menjalankan operasi menangkap anjing liar dan menyebabkan bilangan haiwan tersebut berkurangan.

Bagaimanapun, katanya, ketiadaan operasi susulan menyebabkan anjing liar tersebut semakin bertambah dari sehari ke sehari.

''Saya sendiri terpaksa menghantar anak ke sekolah walaupun jaraknya dekat kerana bimbang dikejar anjing liar.

"Oleh itu saya minta pihak berkenaan supaya segera mengatasi masalah ini, jangan sampai ada yang mati diterkam anjing liar baru tindakan diambil," tegasnya.

Seorang warga emas, Junara Latulele, 64, berkata, dia tidak dapat melupakan pengalaman menakutkan apabila dikejar sekumpulan anjing liar ketika menghantar cucunya ke sekolah tidak jauh dari taman perumahan itu.

"Nasib baik jiran yang ternampak situasi itu bergegas keluar dan melemparkan sesuatu pada anjing berkenaan. Jika tidak, saya tidak tahu nasib saya dan cucu.

"Saya amat berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak berkuasa tempatan secepat mungkin. Anjing ini selalu berkeliaran di kawasan laluan budak sekolah di sini," katanya.

Bagi Joesepin John, 27, aktiviti seharian penduduk akan terjejas jika masalah anjing liar itu dibiarkan tanpa ada penyelesaian.

"Saya bimbang anjing liar boleh membawa penyakit kepada penduduk di kawasan ini," katanya.

Selasa, April 21, 2009

NOTHING ESCAPES US NETIZENS

CERITALAH

By KARIM RASLAN

In more mature markets, the newspapers are the forum for debate and analysis, while the Internet is the news hub, churning out updates.

However, as a citizen and a reader, I expect the news media to give choices (the pros and cons) so that I can make up my own mind.

The Internet is democracy gone wild. It is unregulated and can, in certain instances, verge on the wholly insane.

However, the “Wild Wild West” of news and views where fiction becomes fact and mere speculation the touchstone for the truth is strengthened by the continued government influence on the mainstream media.

Now, with technology’s extraordinary advances, we can immediately counter-check what we read in the newspapers through our own WAP-enabled and/or Internet-ready hand-held devices.

It is estimated that the Internet penetration of Malaysian 18-21-year-olds is in the region of 70%-80%. This means that the vast majority of new and soon-to-be voters are highly familiar with alternatives to newspapers and TV.

Indeed, it’s arguable that for this sought-after section of the voting public, the alternative media may well have become the “mainstream”.

Indeed the growing fluency of Malaysians in various languages – most of us are bilingual if not tri- or quadri-lingual – means that what someone says in one language will be read across the nation within nanoseconds.

In short, there are no “racial and linguistic silos” left and Malaysian leaders have to come to terms with the increasing openness of the media landscape, especially if they wish to win middle-of-the-road, middle-class Malaysians or all races, most of whom feel uncomfortable with language that is disrespectful to one community or another.

Finally, ladies and gentlemen, you may sit in your palaces and official residences but rest assured we’re watching and judging your every moves on our computer screens, our iPhones, our Nokias and Blackber­ries.

endtigertrade banner

Nothing escapes us – the people of Malaysia – and nothing is sacred.

Selasa, Mac 31, 2009

MASJID PERLU ADA GELANGGANG SUKAN

Mufti Perlis KANGAR, 31 Mac (Bernama) -- Masjid-masjid di Perlis perlu mempunyai gelanggang sukan selain meningkatkan keindahan senitamannya sebagai langkah mempelbagaikan peranannya, kata Mufti Dr Juanda Jaya hari ini.

Menurutnya, selama ini masjid sering dipakejkan dengan tanah kubur sedangkan ia sewajarnya menjadi pusat masyarakat yang penuh dengan kegiatannya di samping peranan utama sebagai tempat beribadah.

"Apa salahnya, masjid mempunyai segala kemudahan riadah dan apabila tiba waktu solat, semua meninggalkan kegiatan riadah untuk solat berjemaah," katanya semasa menyampaikan taklimat mengenai rumusan forum bulan dakwah peringkat negeri Perlis di Galeri Diraja Istana Arau di sini.

Katanya, kegiatan jenayah boleh ditangani jika setiap masjid turut mengambil peranan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
"Inilah pentingnya peranan masjid. Ia bukan sekadar pusat untuk beribadah tetapi pusat masyarakat yang perlu sentiasa dimakmurkan," katanya.

Isnin, Mac 09, 2009

MAJLIS BACAAN YAASIIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT & CERAMAH AGAMA SEMPENA MAULIDUR RASUL DI MASJID KG. SILOU

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua Muslimin Muslimat sekalian.

Semalam 8/03/2009 bertempat di Masjid Kg. Silou Ranau, telah diadakan majlis bacaan Surah Yassiin dan Doa Selamat selepas solat Maghrib berjemaah sempena Maulidur Rasul.

Ceramah agama sempena sambutan Maulidur Rasul juga telah diadakan selepas solat berjemaah Isyak yang telah disampaikan oleh Ustaz Rohinin Sapie yang bertajuk “Rasullullah Sebagai Panduan Dan Teladan Hidup”.

IMG_2336Pengerusi Masjid En. Hasbi Jumin (kanan) bersama Ustaz Rohinin Sapie sedang menunggu masuk masa solat.

IMG_2340Pengerusi GDW Kg. Silou (kiri) bersama Tn. Hj. Mahmud

IMG_2325 Jemaah sedang membaca Surah Yassin di pimpin oleh Ustaz Rohinin Sapie.

 IMG_2329   Golongan kanak-kanak juga turut bersama dalam majlis bacaan doa. Turut hadir ialah Tn. Hj. Jalil Gabat (kopiah putih) dan Tim. Pengerusi Masjid Kg. Silou En. Wasnin Dahas.

IMG_2341 Sebahagian daripada jemaah yang sedang mendengar ceramah yang sedang disampaikan oleh Ustaz Rohinin Sapie.

IMG_2343  IMG_2356 Selepas selesai majlis ceramah jemaah masjid bersalam-salaman.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua Muslimin Muslimat sekalian.