Memaparkan catatan dengan label curi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label curi. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 06, 2010

SEORANG LELAKI MENEMUI SEBUTIR BOM GRENAD DALAM SEBUAH DEKODER ASTRO TERPAKAI

Lelaki Jumpa Bom Grenad Dalam Dekoder Astro

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang, di sini pada hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang.

"Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

"Melihat pada harga dekoder yang ditawarkan, dia kemudian terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata penjual dekoder itu kemudian meminta lelaki berkenaan untuk bertemu dengannya di satu kawasan berhampiran di Tesco Ampang.

"Dekoder itu diletakkan dalam sebuah kotak. Lelaki itu kemudian bertindak memeriksa dekoder itu apabila melihat sesuatu di dalam dekoder berkenaan.

"Dia terkejut dan panik apabila mendapati ia adalah sebutir bom grenad," katanya.

Abdul Jalil berkata menyedari kejadian itu, penjual dekoder kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

"Polis masih berusaha mengesan penjual dekoder itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," kata Abdul Jalil.

Jumaat, Ogos 28, 2009

BAHAN LETUPAN KILANG MALAYSIA DI JUAL PATI?

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Polis telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kilang membuat bahan letupan di Batu Arang, Rawang, susulan penemuan lima bungkusan berisi bahan letupan dan peledak di hutan Bukit Kiara View, Desa Sri Hartamas, pada 21 Ogos lepas.

"Memang baru-baru ini kita ada memeriksa kilang terbabit. Kita mahu tahu siapa yang membeli bahan letupan dari kilang itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kilang selalunya memang ada simpan senarai pembeli (bahan letupan) untuk tujuan rekod,"

Dalam serbuan pada pukul 3 petang 21 Ogos itu, polis menemui bungkusan bahan letupan terbabit disembunyikan di bawah lantai kayu di sebuah rumah kongsi yang diduduki pendatang tanpa izin warga Indonesia di kawasan hutan Bukit Kiara View, Desa Sri Hartamas.

"Itu bukan C4, sebaliknya bahan letupan yang biasanya digunakan untuk meletup batu di kuari,"

Polis sedang memburu dua lelaki Indonesia keturunan Flores yang dipercayai pemilik bom berkenaan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Isnin, Ogos 03, 2009

WASPADA TRANSAKSI NIAGA DI INTERNET

image KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2009: Pengguna disarankan lebih berwaspada ketika melakukan transaksi perniagaan termasuk perbankan online kerana banyak kes yang dilaporkan masih tidak dapat diselesaikan berikutan penjenayah siber sukar dikesan.

Penjenayah ini licik memanipulasi dan semakin bebas mewujudkan pelbagai penipuan melalui urus niaga di Internet untuk memerangkap pengguna.

image Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata setiap tahun pihaknya akan menerima aduan mengenai penipuan menerusi Internet dan tahun ini saja 200 aduan dilaporkan.

image “Sedangkan urus niaga secara bersemuka juga masih terdapat pihak yang menipu dan mengambil kesempatan, apatah lagi transaksi melalui alam maya (siber).

“Usah mudah terpengaruh untuk berurus niaga di Internet yang tidak diketahui kebenarannya, lebih-lebih lagi jika terpedaya dengan e-mel penipuan kerana sukar mendakwa mereka khususnya jika penipu ini beroperasi di luar negara,” katanya.

image Menurutnya, jika terdapat aduan mengenai jenayah siber, pihaknya akan mengemukakan aduan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk mengesan mereka yang terbabit.

image “Pihak yang melakukan penipuan ini juga semakin berani dan canggih kerana rata-rata mereka sukar untuk dikesan kerana bijak menukar identiti diri.

image “Bagi saya lebih baik pengguna mengelak daripada berurusan dengan pihak yang tidak dikenali terutama di alam siber kerana kita tidak dapat pastikan sama ada pengendali itu jujur atau sebaliknya,” katanya.

Sabtu, Julai 11, 2009

KARAM SINGH TV3 KENA ROMPAK

Karam Singh kena rompak RM100,000

image

 

 

imageKLANG: Wartawan Alam Sekitar TV3, Karam Singh Walia, kerugian kira-kira RM100,000 apabila rumahnya di Taman Sri Andalas di sini, dipecah masuk malam kelmarin.

Kejadian itu disedari isterinya, Bhagwant Kaur, 49, jam 10.15 malam sebaik pulang dari kerja dan mendapati rumah berselerak.

Karam Singh, 50, berkata Bhagwant menghubunginya yang ketika itu masih di pejabat di Sri Pentas, Bandar Utama.

Katanya, beliau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang memaklumkan kejadian itu.

“Polis mendapati jeriji di bilik belakang rumah diumpil sebelum tingkap itu dipecahkan,” katanya.

Karam Singh berkata, antara barang yang hilang adalah jam tangan, telefon bimbit, barang kemas, komputer bimbit dan mata wang asing selain beberapa kerosakan akibat rumah diumpil pencuri.

Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku sejak mereka menetap di situ 24 tahun lalu dan mereka tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau penggera berikutan kawasan itu dekat jalan utama.

Bagaimanapun, katanya, sejak lima tahun kebelakangan ini, kejadian jenayah kerap termasuk pecah rumah dan ugut.

Khamis, Mei 21, 2009

JERITAN MAUT

image

IPOH: “Mana bini aku, mana bini aku...,” jerit Jafri Tajul Aripin, 47, kepada seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan bunuh dua beranak dan seorang pembantu rumah di Laluan Pinji Seni 4, Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Jafri yang menangkap lelaki terbabit dengan bantuan seorang rakan berkata, dia mulanya bergegas pulang ke rumah apabila mendengar jeritan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, ketika berbual menggunakan telefon bimbit sebelum talian itu terputus.

Bimbang kejadian buruk menimpa keluarganya, Jafri segera memasuki rumahnya lalu mendapati mayat Wah Yah dan pembantu rumah terbujur di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam keadaan terkejut itu, dia terus mencari anak bongsunya, Ermin Denish, 5, sebelum mayatnya ditemui di dalam bilik air.

Dia kemudian terserempak seorang lelaki dipercayai suspek yang terburu-buru cuba melarikan diri dari rumahnya dengan melompat pagar sambil membawa sebuah beg menuju ke sebuah motosikal.

Berang dengan kejadian kejam itu, kata Jafri, dia mencapai sebilah parang dalam keretanya sebelum mengejar suspek di hadapan rumah.

Dengan bantuan rakan, Ahmad Hanafiah, 38, yang kebetulan ternampak lelaki terbabit dikejar Jafri, mereka berjaya menghalang suspek daripada melarikan diri dengan menggunakan kereta.

“Lelaki terbabit terjatuh sebelum saya menangkapnya dengan dibantu rakan yang kebetulan berada di kawasan rumah.

“Kami mengikatnya dengan hos getah sementara menunggu ketibaan polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, Wah Yah yang juga pemilik salun, Ermin serta pembantu rumah mereka dikenali sebagai Dani, 18, ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan kelar di beberapa bahagian badan dalam kejadian samun bersenjata.

Harian Metro difahamkan, Wah Yah baru saja mengeluarkan wang RM4,000 dari bank berdekatan sebelum dia dipercayai diekori penjenayah terbabit sehingga ke rumah.

Saksi kejadian yang juga kenalan Jafri, Ahmad Hanafiah, 38, berkata dia hairan apabila melihat rakannya berlari masuk ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Saya cemas sebelum berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila tiba di tempat kejadian, saya melihat seorang lelaki melompat keluar dari pagar rumah mangsa dengan membawa sebuah beg dan bergegas menaiki motosikalnya.

“Saya dan Jafri menghalang suspek dengan menggunakan kereta dan terus keluar menangkap lelaki terbabit yang terjatuh sebelum sempat dia melarikan diri,” katanya.

Ahmad berkata, ketika kejadian, dia baru saja mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran rumah mangsa sebelum ternampak rakannya itu kelihatan cemas.

“Sebelum itu, saya baru saja selesai melakukan kerja mengecat pagar di Jabatan Penerbangan Awam dan kebetulan melalui kawasan kediaman mangsa,” katanya.

Sementara itu, Jafri terpaksa ditenangkan saudaranya dan lebih menyayat hati apabila anak perempuan mangsa berusia 10 tahun berlari sambil meraung “Mami, Mami” sebelum mendapatkan ayahnya selepas mengetahui kejadian menimpa ibu.

Keadaan di sekitar rumah mangsa juga sesak dengan kehadiran 300 orang menyebabkan polis mengeluarkan arahan supaya orang ramai beredar.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa keluar dari rumah berkenaan jam 6.10 petang sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Rabu, April 22, 2009

KERANA RM0.50 SEN DI DENDA RM500.00

Jual Kad Prabayar Telefon Lebih 50 Sen, Pemilik Kedai Gambar Didenda RM500

imageKUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit.

Selasa, April 21, 2009

NOTHING ESCAPES US NETIZENS

CERITALAH

By KARIM RASLAN

In more mature markets, the newspapers are the forum for debate and analysis, while the Internet is the news hub, churning out updates.

However, as a citizen and a reader, I expect the news media to give choices (the pros and cons) so that I can make up my own mind.

The Internet is democracy gone wild. It is unregulated and can, in certain instances, verge on the wholly insane.

However, the “Wild Wild West” of news and views where fiction becomes fact and mere speculation the touchstone for the truth is strengthened by the continued government influence on the mainstream media.

Now, with technology’s extraordinary advances, we can immediately counter-check what we read in the newspapers through our own WAP-enabled and/or Internet-ready hand-held devices.

It is estimated that the Internet penetration of Malaysian 18-21-year-olds is in the region of 70%-80%. This means that the vast majority of new and soon-to-be voters are highly familiar with alternatives to newspapers and TV.

Indeed, it’s arguable that for this sought-after section of the voting public, the alternative media may well have become the “mainstream”.

Indeed the growing fluency of Malaysians in various languages – most of us are bilingual if not tri- or quadri-lingual – means that what someone says in one language will be read across the nation within nanoseconds.

In short, there are no “racial and linguistic silos” left and Malaysian leaders have to come to terms with the increasing openness of the media landscape, especially if they wish to win middle-of-the-road, middle-class Malaysians or all races, most of whom feel uncomfortable with language that is disrespectful to one community or another.

Finally, ladies and gentlemen, you may sit in your palaces and official residences but rest assured we’re watching and judging your every moves on our computer screens, our iPhones, our Nokias and Blackber­ries.

endtigertrade banner

Nothing escapes us – the people of Malaysia – and nothing is sacred.

Selasa, Januari 06, 2009

SUBAHANALLAH... WALHAMDULILAH... ALLAHUAKHBAR!


Pagi Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2008 yang baru lepas, para jemaah masjid Kg. Silou yang sedang tiba untuk menunaikan solat sunat berjemaah, telah dikejutkan dengan berita sedih, apabila dimaklumkan oleh Ajk masjid En. Hasbi Jumin mengenai kecurian alat pembesar suara "amplifier" masjid.

Pengerusi Ajk mesjid En. Mohd. Harman Abdullah setelah berbincang dengan ajk masjid dan para jemaah, telah mengambil keputusan untuk menunaikan solat hajat, selepas selesai khutbah Aidil Adha, untuk memohon kepada Allah S.W.T. agar orang yang telah mengambil peralatan tersebut terbuka hatinya menyerahkan kembali peralatan tersebut.

Malam pula jemaah masjid telah membaca surah Yasin sebanyak 3 kali untuk memohon agar peralatan masjid di kembalikan.

Pada esok paginya, apabila isteri ketua kampung sedang membuka pintu luar dapur rumah, Alhamdulillah, "amplifier" yang hilang  telah di letakkan depan pintu luar dapur ketua kampung Silou.

Subahanallah... Walhamdulilah... Allahuakhbar