KOTA KINABALU, 5th June, 2009: Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) akan mengadakan cabutan pengundian bagi projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) fasa 11 bagi tahun ini yang akan diadakan bermula 16 Jun hingga 2 Julai.
Pegawai Kemajuan Negeri, Haji Matusin Sunsang berkata, pengundian itu akan diadakan di enam bahagian di negeri ini yang merangkumi beberapa daerah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada para kontraktor Bumiputera.
“Ini terutamanya untuk kontraktor kelas F mendapatkan kerja kontrak dengan mengagihkan projek-projek kecil Persekutuan secara adil dan saksama di kalangan mereka melalui undian,” katanya.
Beliau berkata, bagi pengundian projek PIA dan PIAS kali ini ia didorong oleh bajet mini yang telah diumumkan sebelum ini dan Sabah menjadi penerima dana kedua tertinggi daripada Kerajaan Persekutuan, iaitu sebanyak RM25.5 juta bagi PIA dan RM59.5 juta bagi PIAS.
“Ini menjadikan jumlah peruntukan yang diterima bagi negeri Sabah bernilai RM85 juta,” katanya pada sidang media mengenai pengundian projek PIA dan PIAS fasa 11 di pejabatnya di sini, kelmarin.
Menurutnya, tumpuan projek PIA dan PIAS kali ini, menyasarkan projek yang berteraskan keperluan rakyat selaras dengan hasrat kepimpinan baru negara
Matusin berkata, untuk fasa 11 pengundian projek itu, ianya akan memberi keutamaan kepada para kontraktor yang tidak mendapat peluang dalam undian fasa 1 dan tidak mempunyai projek yang sedang dilaksanakan daripada mana-mana agensi.
“Ia sangat penting kerana projek-projek ini berteraskan keperluan rakyat negeri ini yang sentiasa mengharapkan kemajuan dalam pembangunan khususnya dari aspek infrastuktur asas dan awam,” katanya.
Berikut adalah jadual pengundian projek PIA dan PIAS yang akan bermula pada 16 Jun ini di bahagian Sandakan yang merangkumi lima daerah itu termasuk dua daerah kecil (Beluran, Kinabatangan, Tongod, Paitian dan Telupid) yang akan diadakan di Dewan Seri Lamag, Kinabatangan.
Bahagian Kota Kinabalu 11 (Kota Belud dan Ranau) pengundian akan diadakan pada 28 Jun di Dewan Masyarakat Ranau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan