Isnin, Mac 30, 2009

HAIWAN BERKELIARAN DI PEKAN RANAU

30th March, 2009

RANAU: Majlis Daerah Ranau (MDR) di gesa supaya bertindak tegas terhadap para penternak ‘Keras Kepala’ (engkar), masih membiarkan ternakan berkeliaran ke kawasan pekan meskipun amaran sudah berulang-kali dikeluarkan.

Jurucakap pengusaha permis-permis perniagaan di pekan Ranau, meminta pihak berkuasa tempatan (MDR), supaya tegas menguat-kuasakan undang-undang dengan mengenakan kompaun (denda) semaksima kepada para pemilik ternakan yang engkar dengan arahan supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan pekan.

“Pihak MDR perlu tegas dalam hal ini, kerana saya perhatikan tiada ternakan positif daripada para pemilik ternakan seperti lembu, kambing dan anjing malah masih membiarkan ternakan mereka berkeliaran siang dan malam di kawasan pekan, amat menjijikkan dan mencemarkan imej keceriaan pekan,”.

Menurutnya, keadaan membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan pekan bukan sahaja menganggu pengguna jalan raya, tetapi menjejaskan kebersihan pekan apabila terdapat tombokan-tompokan najis lembu dan sampah-sarap dari tong-tong sampah bertaburan kerana diselonggar oleh anjing-anjing yang berkeliaran menimbulkan bau tidak menyenangkan, mencemarkan udara dan persekitaran permis-permis perniagaan terutamanya restoran-restoran berhampiran.

Serombongan 18 anggota keluarga pelancong dari German yang secara kebetulan turun dari kenderaan (Bas Pelancongan) singgah di pekan Ranau, selepas melawat Taman Kinabalu, kurang selesa apabila melihat ternakan berkeliaran di kawasan pekan, mendorong mereka untuk terus mengambil gambar.

“Apapun ini semua bukan kelemahan pihak MDR, sebaliknya kelemahan orang kita terutama para pemilik ternakan,” jelas pemandu itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Ayau’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan