''Perkembangan H1N1 di Sabah yang berlaku sekarang ini telah menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak berikutan berlaku peningkatan kes jangkitan baru virus H1N1 khususnya di kalangan pelajar sekolah di negeri ini.
''Keadaan ini agak membimbangkan dan ia sesuatu yang amat mengejutkan kerana berdasarkan laporan, mereka yang dijangkiti adalah pelajar sekolah yang tidak ke luar negara, bermakna mereka dijangkiti virus ini di dalam negara,"
''Kalaulah mereka tidak ke luar negara tetapi dijangkiti H1N1, ia membahayakan kerana ia sudah menjadi wabak tempatan.
''Justeru, kita minta supaya Jabatan Kesihatan mengadakan siasatan atau kajian yang lebih menyeluruh supaya jangkitan H1N1 di Sabah dapat dicegah atau sekurang-kurangnya dikawal.
''Kita juga mahu pihak berkenaan menyebarkan maklumat pencegahan khususnya kepada ibu bapa memandangkan berlakunya peningkatan jangkitan virus ini di kalangan murid-murid sekolah,"
''Kita mahu pihak berkenaan memberikan maklumat dan nasihat supaya orang ramai terutama pelajar dilindungi daripada jangkitan wabak ini,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan