Khamis, Julai 01, 2010

PBT MESTI MENINGKATKAN PEMANTAUAN TERHADAP KAFE SIBER BAGI MEMBANTU MEMBANTERAS GEJALA PONTENG SEKOLAH

MBI Pantau Kafe Siber Jadi Pusat Ponteng Sekolah

IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan pemantauan terhadap kafe siber bagi membanteras gejala ponteng sekolah, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata MBI tidak akan bertolak ansur terhadap pengusaha kafe siber yang membiarkan premis mereka dijadikan tempat pelajar ponteng sekolah berkumpul.

"MBI menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kafe siber yang beroperasi sehingga anak mereka terlalu leka bermain komputer.

Picture1(13)"Kami tidak mahu pusat siber ini menjadi masalah kepada masyarakat. Pelajar digalakkan ke pusat siber hanya untuk tujuan akademik, bukan bermain permainan komputer dan berjudi. Ini boleh merosakkan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MBI Rabu.

Roshidi berkata MBI telah mencadangkan kepada pengusaha kafe siber supaya menyediakan buku kehadiran pengunjung sebagai usaha membendung masalah itu.

MBI, katanya telah membekukan sementara pengeluaran lesen pusat siber sementara usaha pemantauan berkenaan dijalankan dan semua pengusaha dinasihati mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Pemantauan melalui operasi akan diadakan dua atau tiga kali seminggu untuk mengawal pusat siber yang beroperasi selepas jam 12 tengah malam dan yang membenarkan budak-budak berumur 12 tahun ke bawah tanpa ibu bapa dan penjaga," katanya.

Roshidi berkata sehingga Mei lepas, 737 pemeriksaan premis telah dilakukan dan sebanyak 69 premis dikenakan kompaun.

17 ulasan:

  1. Pemantauan perlu dilakukan supaya aktiviti ponteng tak akan bertambah.

    BalasPadam
  2. pemantauan memang perlu dibuat di siber cafe bagi membendung masalah ini. pihak siber cafe juga seharusnya tidak membenarkan pelajar sekolah ponteng di tempat mereka. pihak berkuasa perlu juga mengambil tindakan terhadap mana2 siber cafe yang membenarkan pelajar ponteng ditempat mereka.

    BalasPadam
  3. Absent in school because of cybercafes and loitering in shopping malls is nothing uncommon. But it doesn't mean we must allow this to continue. Something must be done about it.

    BalasPadam
  4. Kerjasama rakyat adalah penting untuk membantu membanteras gejala ponteng sekolah. Cadangan MBI di mana pengusaha kafe siber menyediakan buku kehadiran pengunjung merupakan satu idea yang bagus. Pengusaha kafe siber mestilah memastikan pengunjung menunjukkan kad pengenalan semasa mengisi buku kehadiran tersebut untuk mengesahkan umur mereka. Selain itu, pengusaha kafe siber atau sesiapa pun haruslah menelefon polis segera apabila mendapati pelajar ponteng sekolah. Mana2x pengusaha kafe siber yang tidak melaporkan pelajar ponteng di tempat mereka haruslah diambil tindakan. Polis juga perlu membuat pemantauan sekerap mungkin di tempat2x yang mempunyai byk kes ponteng sekolah.

    BalasPadam
  5. kalau pemilik cybercafe bagi kerjasama mungkin gejala ni dapat dikurangkan. apa2pun lakukan yang terbaik untuk pelajar2 kita.. goog luck..

    BalasPadam
  6. golongan pelajar juga memerlukan kemudahan ini untuk tujuan pembelajaran. oleh itu, pihak cybercafe perlu menyediakan satu ruang atau tempat khas untuk pelajar2 dimana komputer2 yang digunakan mempunyai aplikasi tertentu bertujuan untuk mengawal komputer yang mereka gunakan. pemilik cybercafe juga perlu memastikan tiada pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini semasa waktu belajar.

    BalasPadam
  7. gejalah seperti ini perlu dibendung.. ia hanya boleh merosakkkan fikiran remaja.

    BalasPadam
  8. Lots of things can be done to have them love to gone to school. And most of all teachers and parents need plays their own role.

    BalasPadam
  9. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana ini akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak. Dan saya fikir kita perlu untuk menetapkan setiap rumah mempunyai rangkaian internet agar anak2 dapat meluangkan masa melayarai internet dirumah dan tidak perlu pergi ke cyber cafe.

    BalasPadam
  10. pihak berkuasa haruslah menguat kuasakan undang-undang terhapad hal ini. pemilik cyber kafe pula haruslah berkerjasama dengan pihak berkuasa bagai menangani masalh ini.

    BalasPadam
  11. Ini memang salah pihak siber kafe itu juga kerana membiarkan pelajar ponteng ditempat tersebut. oleh itu pihak siber kafe haruslah melaporkan kepada MDi sekiranya pelajar itu enggan mematuhi peraturan yang telah diberikan.

    BalasPadam
  12. I don't think any cybercafe would be willing to cooperate, they wanted to do business, not babysit students. If there are customers, I'm sure they are more than willing to do their business. We must come up with a better solution.

    BalasPadam
  13. Parents and the school must also be responsible in making sure that their students does not go absent for no reason.

    BalasPadam
  14. jenayah siber harus dipantau jika ia mendatangkan sikap dan amalan buruk para pelajar

    BalasPadam
  15. peraturan terhadap siber cafe beroperasi ini harus diperketatkan dan tidak harus membenarkan para pelajar 17 tahun dan ke bawah untuk memasuki premis tersebut ketika musim persekolahan atau jam 7am - ?pm...pihak berkuasa wajar membantu memantau siber cafe yang tidak mengikut peraturan..

    BalasPadam
  16. Mmg patut pun dipantau. Sekurang-kurangnya,kes ponteng sekolah dapat juga dibendung. hehe

    BalasPadam
  17. Ibu bapa serta pihak sekolah bertanggungjawab menperhatikan anak ataupun murid juga.

    BalasPadam