Sabtu, Februari 19, 2011

DAPATKAN KEBENARAN PBT SEBELUM LAKSANA PROJEK, - LAJIM

Dapatkan kebenaran PBT sebelum laksana projek, kata Lajim

18th February, 2011 BEAUFORT: Pemaju luar yang mahu melaksanakan sebarang projek pembangunan di daerah tidak sewajarnya bersikap membelakangkan Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kita bukan menolak sebarang pembangunan tetapi hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Daerah (MD) apa saja projek yang mahu dilaksanakan kerana MD adalah PBT yang diberi peranan untuk merancang pembangunan bandar,” kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Lajim Haji Ukin.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Daerah dan Teknologi Hijau dan Pencahayaan Lampu yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah pada Rabu, Lajim berkata, selain itu pemaju perlu mengambil kira kepentingan lain seperti mengutamakan keselamatan, impaknya kepada persekitaran dan masa depan projek itu sendiri.

“Setiap pembangunan yang dilaksanakan termasuk berbentuk komersil perlu memberikan keutamaan kepada masyarakat bukan semata-mata untuk kepentingan pemaju semata-mata,” katanya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Beliau berkata, projek komersil ini juga perlu mengambil kira keutamaan kepada masyarakat setempat dengan menyediakan kuota untuk dijual kepada bumiputera dan non bumiputera setempat yang berhasrat mahu membeli premis-premis tersebut.

Lajim menyarankan Majlis Daerah memperbaiki sistem dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan supaya tidak ada mana-mana pihak yang sesuka hati mengikut rentak mereka melaksanakan sebarang pembinaan bangunan tanpa izin terlebih dahulu.

“Banyak yang perlu diambil kira sebelum sesuatu pembangunan itu dilaksanakan iaitu MDB perlu mengambil kira berbagai aspek dari segi kepentingan persekitaran, alam sekitar serta impaknya kepada masyarakat agar pembinaan itu tidak akan mendatangkan sebarang masalah,” tegasnya.

Lajim berkata, bukanlah menjadi hasrat beliau untuk menghalang mana-mana pemaju luar untuk melaksanakan pembangunan di daerah ini tetapi sudah menjadi amalkan dalam budaya hidup di negara ini “bila masuk ke rumah orang biarlah bersalam”.

11 ulasan:

  1. Harap semua pihak akan bekerjasama untuk pembagunan di sesuatu daerah.

    BalasPadam
  2. ya.. pemaju seharusnya memaklumkan dan mendapat kebenaran daripada PBT sebelum melaksanakan sebarang projek perumahan. diharap pemaju akan mengkuti peraturan ini agar tidak timbul sebarang masalah apabila projek dijalankan.

    BalasPadam
  3. pemaju perlu mengikut peraturan dan mendapat memaklumkan PBT jika hendak melaksanakan sebarang projek. ini bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  4. pemaju perlu mengikut prsedur yang ditetapkan dalam membuat projek agar tiada masalah timbul kelak.

    BalasPadam
  5. sebagaimana amalan dan peraturan di negara2 lain, setiap projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di negara ini juga perlu ada kawalan atau melepasi syarat atau piawaian yang telah ditetapkan sebelum kelulusan diberikan. semua itu penting bagi memastikan faktor keselamatan dan ekosistem alam tidak diabaikan.

    BalasPadam
  6. Memang patut pun pihak pemaju mendapat kebenaran daripada PBT terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang projek.

    BalasPadam
  7. Semoga perkara ini dapat kerjasama daripada semua pihak demi kebaikan bersama.

    BalasPadam
  8. sangat bersetuju dengan YB,seharusnya pemaju meminta kebenaran dari PBT ini disebabkan bila project itu siap yang menanggung beban kemarahan rakyaat adalah pihak berkuasa tempatan.....

    BalasPadam
  9. Rancangan pembagunan bandar sememangnya penting. Dengan rancangan yang betul, rakyat juga boleh mendapat manfaat.

    BalasPadam