Memaparkan catatan dengan label GST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GST. Papar semua catatan

Rabu, September 19, 2012

KASTAM TELAH BERSEDIA UNTUK PELAKSANAAN GST

Kastam telah bersedia untuk pelaksanaan GST

TAWAU 19 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah bersedia menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad berkata, jabatan itu diberi tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan awal perlu dilakukan.

Rabu, Julai 06, 2011

No GST just yet

No GST just yet

KUALA LUMPUR July 6, 2011: The Government will not introduce goods and services tax (GST) any time soon without first getting the support of the public.

“There should not be any cause for alarm even if there is a decision to introduce the GST tomorrow.

“It will take at least 18 months for it to be fully in place,” said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala.

Speaking to reporters yesterday after the announcement of the Government's six Strategic Reform Initiatives (SRIs) to boost the nation's global competitiveness, he said public engagement and education were necessary before any decision was made.

“We want to make sure the public fully understands and is supportive of the GST before it is implemented,” he said.

Other factors such as the introduction of anti-profiteering laws and recalibrating of sales accounting systems by thousands of retailers were also needed, he said.

Idris, who is Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) chief executive officer, hit out at certain quarters for portraying the GST as being a burden for the lower-income group and the poor.

“Many people have spun stories saying that it will hurt the poor and the lower-income group.

“This is absolutely not true as all staple food such as sugar, rice and flour would be exempted from the GST,” he said.

He said the exemption could also be expanded to cover public transport.

He also took to task those who claimed that Pemandu had misled the public over the Government's subsidy cuts.

He said that only “bad subsidy” was reduced while “good subsidies” such as those related to education and health were maintained.

Selasa, Jun 28, 2011

GST SUMBER PENDAPATAN BAGI KERAJAAN

GST Sumber Pendapatan Bagi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

"Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan," kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Beliau juga berkata, kadar inflasi negara masih terkawal dengan subsidi RON 95 serta barangan disubsidi lain.

"Inflasi telah menjadi fenomena global. Bagaimanapun, jika anda lihat negara-negara lain yang harga petrol dan barangan keperluan lainnya tinggi, kita masih kompetitif," kata beliau.

Najib berkata penting agar upah kompetitif dan sejajar dengan tahap produktiviti dan inovasi.

Beliau berkata kepakaran tenaga kerja Malaysia tidak harus dinilaikan rendah.

"Sesetengah daripada profesional ini perlu bekerja bagi masa yang panjang tetapi tidak mendapat banyak seperti yang seharusnya mereka dapat," kata beliau.

Untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai sasarannya, beliau berkata Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun, tambah beliau.

Khamis, Mei 12, 2011

TELITI DULU GST SEBELUM LAKSANA

Teliti dulu GST sebelum laksana

KUALA LUMPUR 11 Mei – Kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu kemampuan rakyat sebelum melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan mampu mengurangkan cukai pendapatan persendirian.

Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

“Kerajaan perlu mengenalpasti jumlah pembayar cukai dan mereka yang tidak membayarnya bagi menentukan sama ada rakyat mampu menggalas bebanan cukai barang yang tinggi kerana sekarang ini pun ramai merungut dengan kenaikan harga barang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selasa, Jun 08, 2010

MALAYSIA TIDAK AKAN BANKRAP SEPERTI ICELAND DAN GREECE: NAJIB

Malaysia Tidak Akan Bankrap Seperti Iceland Dan Greece: Najib

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang negara pada paras yang terkawal serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar hutang.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.

"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang. Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, Selasa.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil bagi memastikan Malaysia tidak mengikut jejak langkah Iceland dan Greece, menjadi negara bankrap, dan memerlukan penyelamatan masyarakat serantau atau antarabangsa.

Perdana Menteri berkata jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion pada tahun lepas berbanding RM236.18 bilion pada 2008 walaupun peratusannya meningkat sedikit.

Beliau berkata pengurangan itu disebabkan bayaran balik hutang bersih jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan. Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Dis 2009 dianggarkan pada tahap 7.0 peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.

"Nisbah rizab antarabangsa kepada hutang luar jangka pendek lebih daripada mencukupi bagi menampung 4.2 kali hutang luar jangka pendek," katanya.

Najib berkata kerajaan terus melaksanakan pengurusan hutang luar negeri yang berhemat dan pragmatik untuk memudahkan pelbagaian pinjaman luar negeri oleh sektor awam dan swasta dan meminimumkan risiko berkaitan obligasi luar negeri yang besar dan kemampuan khidmat bayaran hutang.

Menurutnya bagi sektor swasta, pinjaman luar negeri hanya dibuat jika perlu, untuk membiayai aktiviti ekonomi yang produktif, yang mampu menjana terimaan tukaran asing untuk membayar balik pinjaman.

  • Perdana Menteri berkata langkah pertama yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan hutang luar negara ialah menerusi dasar semasa kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri, yang tidak menyebabkan inflasi.

"Ini memandangkan mudah tunai yang tinggi di pasaran domestik dan kos pinjaman yang lebih murah," tambahnya.

  • Kedua, menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan, di samping memelihara kedudukan imbangan pembayaran, pengurusan hutang luar negeri yang disokong oleh sistem pengawasan dan pemantauan hutang yang menyeluruh bagi membolehkan pengesanan awal risiko dan kelemahan yang berpunca daripada pendedahan hutang luar negeri secara keseluruhan.

 

  • Najib berkata langkah ketiga, yang selaras dengan matlamat konsolidasi kedudukan fisikal secara berperingkat adalah menerusi Bajet 2010 yang memberi penekanan terhadap usaha menambah baik keberkesanan dan kecekapan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.

"Kerajaan sedang mengkaji penstrukturan sistem subsidi bahan api yang merupakan sebahagian besar dalam perbelanjaan tahunan kerajaan," katanya.

  • Keempat, bagi mempertahankan kedudukan fiskal yang berterusan tanpa menjejaskan matlamat pertumbuhan dan pembangunan menyeluruh, kerajaan akan memperhebat program perkongsian sektor awam-swasta dalam beberapa projek berimpak tinggi, termasuk projek jalur lebar berkelajuan tinggi, koridor pembangunan wilayah dan infrastruktur pengangkutan awam.

 

  • Langkah kelima yang bertujuan memperkukuh aliran pendapatan, kerajaan sedang berusaha memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST)).

Melalui GST, asas pendapatan kerajaan akan diperluas dan sekaligus lebih terlindung daripada perubahan kitaran harga minyak, kata Perdana Menteri.

Najib berkata peratusan hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dari tahun 2004 hingga 2009, kekal terurus dengan purata 34.6 peratus.

Rabu, Mei 05, 2010

GST TIDAK DILAKSANA SEHINGGA AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN DILULUSKAN - AWANG ADEK

Dewan Negara: GST Tidak Dilaksana Sehingga Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan Diluluskan - Awang Adek

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan tidak akan dilakukan sehingga Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan diluluskan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin.

Beliau berkata akta tersebut dilihat mampu mengawal para peniaga daripada bertindak mengambil untung berlebihan selepas GST dilaksanakan kelak.

Akta itu kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini.

"Ada kebimbangan bahawa mungkin ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang mereka atas alasan GST untuk mendapat keuntungan berlebihan.

"Justeru atas faktor kebimbangan tersebut perlu ada undang-undang yang boleh membasmi peniaga-peniaga ini daripada mengambil untung berlebihan, iaitu akta tersebut (Kawalan Harga dan Anti Pencatutan) perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Nor Hayati Onn di Dewan Negara di sini Rabu.

Nor Hayati ingin tahu bila kerajaan akan melaksanakan GST dan usaha terkini kerajaan bagi memastikan pelaksananaanya diterima masyarakat.

Awang Adek berkata kerajaan turut sedar pada masa ini tahap pemahaman rakyat terhadap GST masih belum menyeluruh sehingga timbul kebimbangan dan kerisauan bahawa pelaksanaan GST boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik.

"Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dan negara dengan pelaksanaan GST ini, antaranya ia mampu mengembangkan cukai kerajaan yang selama ini banyak bergantung pada cukai pendapatan dan petroleum.

"Selain itu ia juga akan mengukuhkan hasil kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang yang akan memberi kerajaan sumber kewangan dalam menjalankan agenda pembangunan kerajaan dan membayar gaji penjawat awam yang lebih tinggi," katanya.

Kata Awang Adek, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga barangan memandangkan banyak barang keperluan dibebaskan daripada dikenakan GST.

"Antara barang keperluan yang tidak dikenakan GST adalah produk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur (termasuk telur masin), ikan, udang, kerang, dan sotong (termasuk yang dikeringkan dan dimasinkan).

"Perkhidmatan yang sifar GST pula seperti bekalan elektrik bagi 200 unit pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, bekalan air bagi 35 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna dimestik, barang dan perkhidmatan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa," katanya.

Menurut beliau, GST juga memberi kelebihan kepada para peniaga dan pengilang kerana mereka boleh menuntut semula cukai yang dikenakan ke atas input yang digunakan dalam barangan yang dihasilkan atau dalam perniagaan mereka.

"Ini bermakna mereka hanya perlu membayar cukai ke atas nilai ditambah oleh mereka sahaja bagi mengelak cukai bertindih atau cukai berganda," katanya.

Pada masa sama, katanya hanya syarikat-syarikat perniagaan yang mempunyai jualan lebih besar daripada RM500,000 setahun sahaja tertakluk kepada GST.

"Ini bererti 78 peratus atau 433,558 entiti perniagaan akan dikecualikan daripada sistem GST.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar GST empat peratus yang dicadangkan juga telah mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh rakyat sebelum GST dilaksanakan iaitu secara purata adalah 2.53 peratus berbanding sebelum GST 2.88 peratus.

"Bagi golongan miskin, cukai yang perlu ditanggung setelah GST dilaksanakan adalah sebanyak 2.17 peratus berbanding 2.38 peratus (cukai sebelum GST dilaksanakan), golongan berpendapatan rendah 2.43 peratus berbanding 2.75 peratus, golongan sederhana 2.57 peratus, berbanding 2.94 peratus dan golongan berpendapatan tinggi 2.74 peratus berbanding 3.13 peratus," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, Mac 13, 2010

CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) TIDAK AKAN DIBENTANGKAN BAGI BACAAN KEDUA APABILA PARLIMEN BERSIDANG ISNIN,

Husni: Rang Undang-Undang GST Tidak Akan Dibentangkan Bagi Bacaan Kedua Di Parliamen

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

"Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.

"Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST," kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) di sini pada Sabtu.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.

Mengenai bila ia akan dibentangkan, Husni berkata: "Ia akan bergantung kepada perbincangan dengan orang ramai mengenai bagaimana rakyat melihat pelaksanaan GST itu. Jadi, kita tidak menetapkan satu tempoh masa mengenai perkara itu."

GST yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan itu, bermatlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.

Sabtu, Februari 27, 2010

“BUT WITH THE GST, THESE PEOPLE WHO DID NOT HAVE TO PAY TAX BEFORE, WILL HAVE TO DO SO. THAT IS WHY WE HOPE THE GST WILL NOT BE IMPOSED,”

Workers will spend average RM558 a year on GST: Guan Eng

GEORGE TOWN (Feb 25, 2010): The Federal Government has been cautioned that its decision to introduce the Goods and Services Tax (GST) next year will increase the financial burden on Malaysian workers, with each individual needing to fork out an average of RM558 a year for the tax.

In saying this, Chief Minister Lim Guan Eng urged the Federal Government not to impose the GST, which is expected to be enforced at the rate of 4%, to prevent the country’s 12 million-odd workers from being further stressed amid an impending inflation scenario.

Noting that the GST would cause new taxes totalling about RM6.7 billion from consumers, he calculated that each worker on the average would be required to part with RM558 every year due to the GST.

In particular, 85% of the Malaysian workforce, who currently earn less than RM3,000 a month and therefore do not have income tax payments, would be required to make new tax payments with the GST.

“Due to exemptions and rebates, those having monthly salaries below RM3,000 effectively do not have to pay anything for their income tax,” he said.

“But with the GST, these people who did not have to pay tax before, will have to do so. That is why we hope the GST will not be imposed,” said Lim.

Isnin, Februari 22, 2010

JAWATANKUASA DISIPLIN, PETROLEUM & GST DIBENTUK

Jawatankuasa Tatatertib Pakatan Pembangkang Diperkemaskan, Kata Anwar

PETALING JAYA, 22 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk memperkemaskan Jawatankuasa Tatatertibnya yang akan diminta memberi cadangan-cadangan berkaitan pada mesyuarat akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis itu di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Naib Presiden PKR R. Sivarasa telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dalam gabungan PKR, DAP dan PAS itu.

  • Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi membincangkan semua isu berkaitan disiplin yang melibatkan perhubungan antara parti dalam pakatan pembangkang,

  • Jawatankuasa khas mengenai petroleum di peringkat pakatan itu yang akan dipengerusikan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bagi memperjuangkan hak negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dalam hal ini.

  • Pakatan mengambil pendirian menolak cadangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuknya sekarang dan sebuah jawatankuasa parlimen pakatan pembangkang akan membincangkan isu ini pada 24 Feb manakala Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan forum mengenai implikasinya.

 

Sabtu, Februari 06, 2010

"BUT WITH THE INTRODUCTION OF THE GST, WE HAVE ESTIMATED THAT THE CONSUMER PRICE INDEX (CPI) COULD ACTUALLY GO DOWN BY 1.9 PER CENT,"

GST: Assurance on prices

image Kota Kinabalu: Prices of goods in Sabah which are 20 per cent higher than in the peninsula will not escalate further with the introduction of the Goods and Services Tax (GST) in the middle of next year.

In fact, Finance Ministry Tax Revision Panel secretariat chairman Datuk Kamariah Hussain said prices of certain goods such as shoes and clothing could actually drop by about 2.7 per cent.

She said the rate under the GST is only four per cent compared to the five per cent and 10 per cent under the goods and sales taxes, respectively.

Explaining the concept, she said under the present taxation system, a pair of shoes made in a factory in Kuala Lumpur with a price tag of RM100 has already included the 10 per cent tax in the price.

She said other indirect cost like phone bills is also embedded in the price or in other words, passed on to the end consumers.

"But with the introduction of the GST, we have estimated that the consumer price index (CPI) could actually go down by 1.9 per cent," she said after briefing Chief Minister Datuk Musa Aman and other state leaders and senior civil servants about the GST at Magellan Sutera on Thursday.

Nevertheless, she said the prices of goods and services would not all go down because of the element of transportation costs from the peninsula to Sabah, which causes the price of goods and services in Sabah to be higher than in the peninsula.

The rate for services such as recreation, private health care and education, would increase by about two per cent.

But under the GST system, she said freight forwarding companies could claim the service tax they paid for transportation charges.

The savings they gain in turn would be passed on to the consumers.

To ensure the traders do not profit from the reduction in the costs of goods, Kamariah said the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry is in the midst of drafting the anti profiteering law.

"The Bill will be tabled during the March and April (parliamentary) session," she said.

Kamariah said the introduction of the GST would not affect the lower income group as certain basic foodstuff including rice, sugar, salt, flour, eggs, meat and chicken as well as the first 200 units of electricity and 35 cubic metres of water consumed were exempted.

The tax model the Ministry is using, she said, is meant to address the lower-income group.

To a question, she said the GST would not burden the higher and middle-income group as they could afford it. "At the end of the day, the GST is a more efficient and better system," she assured.

The Government could collect more revenue and carry out more development projects for the people.

Jumaat, Februari 05, 2010

KERAJAAN GAGAL MEMBERIKAN PENJELASAN TENTANG KETIRISAN YANG BERLAKU DALAM PERBELANJAAN KERAJAAN SEBANYAK RM28 BILION.

Kerajaan Gagal Jelaskan Ketirisan RM28 Bilion

imagePETALING JAYA, 5 FEB – Kerajaan gagal memberikan penjelasan tentang ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak RM28 bilion. Ini ditegaskan oleh Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru ketika berucap merasmikan portal berita KonsumerKINI, pada hari ini di Petaling Jaya.

Beliau, yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, seterusnya menyatakan, ketirisan perbelanjaan ini telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris pada bulan Oktober 2009, dengan memetik kenyataan daripada Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara.

Kerajaan, ujar beliau, perlu menggunakan semua saluran komunikasi yang ada untuk menjelaskan kepada  rakyat tentang ketirisan atau pembaziran tersebut agar tidak wujud kekeliruan atau ia boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Dalam hal ini kerajaan perlu mempunyai dasar tertentu dalam menyebarkan sesuatu maklumat tentang dasar dan peraturan yang dilaksanakan.

”Kerajaan sudah tentu mempunyai maklumat sebelum sesuatu dasar atau peraturan itu dibuat. Maklumat itu perlu dikongsi bersama-sama oleh rakyat, termasuk pegawai kerajaan, penghulu dan ketua kampung. Apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup, mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang dasar kerajaan,” tambah beliau lagi.

Begitu juga penjelasan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 dan penstukturan subsidi petrol pada Mei 2010. Rakyat perlu diberikan maklumat tentang perlaksanaan dasar-dasar ini supaya mereka tahu apa yang sebenarnya hala tuju kerajaan.

Beliau selanjutnya berkata, usaha FOMCA mewujudkan KonsumerKINI sesuatu yang amat baik bagi menyalurkan maklumat dan kesedaran kepenggunaan agar pengguna dapat membuat keputusan yang bijak dalam perbelanjaan mereka.

Khamis, Disember 31, 2009

CAN SOMEONE PLEASE EXPLAIN THIS TO ME ?

Go and Squeeze Them (GST)

Our Rakyat do not fully understand the implication of GST, until it is implemented and prices of goods spiralling upwards. By then it is too late.

A rich country like Singapore introduced GST at 3%.

A poor Malaysia wants to implement GST at 4%

GST is a multi-stage tax system.

Everything the sellers sold, from manufacturer, wholesaler to retailers, collect GST for the government. Unlike the the current sales and service tax (SST) is a single-stage tax. Only one party along the supply chain collect the SST for the government. If the manufacturer collects the tax, the rest are not allowed to collect.

Just imagine every seller add GST when they sell.

For example: The current Sales Tax for Toilet soap is 10%. With GST, the manufacturer pays 4% to the govt when he sells it to the Wholesaler, the Wholesaler pays the govt another 4% when he sells to a Retailer; and when the Retailer sells it to the Consumer, he pays another 4% to the govt. The Consumer actually ends up paying more than 12% in cummulative GSTs for the same piece of soap or > 20% more in taxes. (10% vs 12%+++)

If the supply chain is longer than 3 stages, the consumer ends up paying 4% more for each addition stage. Eg Manufacturer to Agent (4%) to Wholsaler (4%) to Retailer (4%) to Consumer (4%). Total 16% ++++ (vs 10%) or 60% more in taxes!!!!

If the GST is not stopped, the Rakyat will ended up paying very very very high prices for everything.

'When you have a government that can't cut down on financial wastage and curb corruption, the next best thing is to tax the rakyat and squeeze them further.'

Isnin, Disember 21, 2009

NOT THE RIGHT TIME FOR GST, SAYS FEDERATION

KOTA KINABALU: The implementation of the Goods and Services Tax (GST) will have Sabahans paying higher tax than people in Peninsular Malaysia due to the higher price of goods, Federation of Sabah Manufacturers (FSM) president Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau said yesterday.

Most goods in Sabah are at least 20 per cent costlier.

"I do not think it is the right time for Malaysia to implement the GST until most consumer products are of equal price."

He said the tax would burden consumers, particularly rural people who had not been paying tax.

Consumers in Sabah will also be affected by the different pricing in different areas such as rural areas where prices are sometimes higher.

"The GST would also negatively affect business people as it involves more paperwork to be submitted to the government."

He said factories and wholesalers would also face problems because the GST would have to be included into their products when these were sold to retailers, resulting in an increase in price.

Rabu, Disember 16, 2009

DENGAN MELAKSANAKAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (CBP) PADA PERTENGAHAN 2011 KERAJAAN MENJANGKAKAN DAPAT PENDAPATAN CUKAI RM13 BILION

Rang Undang-undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2009 Dibentang Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang menyediakan peruntukan bagi mengenakan dan memungut cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dibentangkan di Dewan Rakyat Rabu.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 201 fasal dan 18 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang itu akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang pada masa ini dikenakan dan dipungut di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Menurut rang undang-undang itu, cukai barang perkhidmatan ialah suatu cukai kepenggunaan berasas luas yang berdasarkan konsep nilai tambah.

Berbeza dengan cukai jualan ketika ini yang merupakan cukai seperingkat, cukai barang dan perkhidmatan ialah cukai berperingkat, dan pembayaran cukai dibuat dalam berbilang peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

Rang undang-undang tersebut juga menyatakan bahawa cukai itu sendiri bukan suatu kos kepada perantara dan tidak ditunjukkan sebagai butiran perbelanjaan dalam penyata kewangannya.

Menurut rang undang-undang itu, CBP meliputi semua sektor industri dan ialah suatu cukai ke atas penggunaan terakhir barang dan perkhidmatan, dan ia dipungut melalui suatu sistem kredit yang ditanggung atas input diimbangkan terhadap CBP yang dikenakan ke atas output.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Husni berkata kerajaan berharap dapat melaksanakan CBP pada pertengahan 2011 dan menjangkakan dapat meraih pendapatan RM13 bilion dalam tahun pertama pelaksanaannya berbanding RM12 bilion yang dikutip daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang.

Katanya sektor perniagaan dapat menjimatkan RM4.1 bilion dalam bentuk cukai manakala sektor eksport pula dijangka menjimatkan RM1.4 bilion.

"Tujuan utama kerajaan melaksanakan CBP ialah untuk menjadikan sistem percukaian lebih komprehensif, cekap, telus dan mesra perniagaan," katanya.

Ahmad Husni berkata kerajaan akan memberi pengecualian cukai itu bagi barang-barang perlu seperti produk pertanian termasuk padi dan sayur-sayuran serta bahan makanan utama seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam agar ia tidak membebankan rakyat terutama golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata CBP akan dapat mengurangkan amalan birokrasi dalam pengurusan dan pentadbiran sistem percukaian dan mengatasi kelemahan yang kini terdapat dalam cukai jualan dan perkhidmatan.

Ahmad Husni berkata syarikat yang berpendapatan RM500,000 dan ke bawah setahun akan dikecualikan daripada mengenakan CBP manakala 70 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana akan juga dikecualikan.

 

GST Boleh Dilaksana Kerana Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Dihapuskan

Jumaat, Disember 04, 2009

PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN GST AKAN BANTU MALAYSIA ATASI PENURUNAN HASIL CUKAI

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membantu Malaysia mengatasi penurunan dalam hasil cukai, selari dengan penurunan rizab minyak,

Walaupun pendapatan dan pertumbuhan negara bergantung kepada hasil minyak, sumber pendapatan akan habis perlahan-lahan memandangkan sumbernya tidak dapat ditentukan.

"Bagi meneruskan GST, kami akan laksanakannya secara berstruktur dan perlahan-lahan, dengan cukai diperkenalkan secara semula jadi, selari dengan paras semasa perkhidmatan dan cukai jualan supaya ia tidak membebankan,"

Barangan asas dan keperluan akan dikecualikan bagi memastikan kutipan cukai pada tahap yang cekap.

Sistem kutipan akan sentiasa dianalisis bagi memastikan tahap kutipan cukai yang cekap.

"Matamat kami bukan cukai asas barangan dan perkhidmatan, tetapi meluaskan asas kutipan hasil supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sektor untuk menjana pertumbuhan masa depan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak