Rabu, September 19, 2012

KASTAM TELAH BERSEDIA UNTUK PELAKSANAAN GST

Kastam telah bersedia untuk pelaksanaan GST

TAWAU 19 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah bersedia menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad berkata, jabatan itu diberi tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan awal perlu dilakukan.

“Kami harus bersedia dari segi kepegawaian dan sistem yang akan digunakan.

“Tidak payah menunggu pengumuman baru bersedia. Jadi tak jadi, jabatan tetap bersedia.

“Kami tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Kastam Sabah di Tawau yang turut dihadiri Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok serta pemimpin-pemimpin tempatan.

Beliau berkata, selain mengadakan latihan dan kursus berkaitan untuk petugas jabatan itu, pihaknya turut menganjurkan kursus-kursus kesedaran untuk pihak berkepentingan lain.

12 ulasan:

  1. Semua pihak sememangnya perlu bersedia sebaiknya.

    BalasPadam
  2. Laksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

    BalasPadam
  3. Masih terdapat kakitangan yang tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan yang cukup mendalam mengenai GST. jadi, memang wajar bersiap sedia dengan pelbagai kursus dan latihan sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maklumat dan pengetahuan perlu lengkap.

      Padam
    2. Kursus amat penting agar semua belia terlatih dilahirkan.

      Padam
  4. pasti ada juga yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai ni tapi pihak pelaksana GST perlu memberi pemahaman kepada rakyat mengenai kelebihan GST berbanding sistem percukaian consumption yang digunakan sekarang.

    BalasPadam
  5. “Kami harus bersedia dari segi kepegawaian dan sistem yang akan digunakan.

    kakitangan harus bersedia untuk menghadapi perubahan dan sedia menerima sistem baru.

    BalasPadam
  6. “Kami tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya,"

    Baguslah penyediaaan dibaut terlebih dahulu untuk elakkan kelam kabut.

    BalasPadam
  7. Kursus untuk membaiki diri dan kebolehan untuk membaiki kualiti kerja memang digalakan.

    BalasPadam
  8. Mutu kerja harus sentiasa 100% berkualiti.

    BalasPadam
  9. jangan hanya bersedia dari segi pelaksanaan GST, bersedia juga untuk menjawab kritikan2 dari pelbagai pihak..

    BalasPadam