Malaysia Tidak Akan Bankrap Seperti Iceland Dan Greece: Najib
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang negara pada paras yang terkawal serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar hutang.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.
"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang. Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, Selasa.
Lim meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil bagi memastikan Malaysia tidak mengikut jejak langkah Iceland dan Greece, menjadi negara bankrap, dan memerlukan penyelamatan masyarakat serantau atau antarabangsa.
Perdana Menteri berkata jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion pada tahun lepas berbanding RM236.18 bilion pada 2008 walaupun peratusannya meningkat sedikit.
Beliau berkata pengurangan itu disebabkan bayaran balik hutang bersih jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).
"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan. Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Dis 2009 dianggarkan pada tahap 7.0 peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.
"Nisbah rizab antarabangsa kepada hutang luar jangka pendek lebih daripada mencukupi bagi menampung 4.2 kali hutang luar jangka pendek," katanya.
Najib berkata kerajaan terus melaksanakan pengurusan hutang luar negeri yang berhemat dan pragmatik untuk memudahkan pelbagaian pinjaman luar negeri oleh sektor awam dan swasta dan meminimumkan risiko berkaitan obligasi luar negeri yang besar dan kemampuan khidmat bayaran hutang.
Menurutnya bagi sektor swasta, pinjaman luar negeri hanya dibuat jika perlu, untuk membiayai aktiviti ekonomi yang produktif, yang mampu menjana terimaan tukaran asing untuk membayar balik pinjaman.
- Perdana Menteri berkata langkah pertama yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan hutang luar negara ialah menerusi dasar semasa kerajaan yang mengutamakan pinjaman dalam negeri, yang tidak menyebabkan inflasi.
"Ini memandangkan mudah tunai yang tinggi di pasaran domestik dan kos pinjaman yang lebih murah," tambahnya.
- Kedua, menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan, di samping memelihara kedudukan imbangan pembayaran, pengurusan hutang luar negeri yang disokong oleh sistem pengawasan dan pemantauan hutang yang menyeluruh bagi membolehkan pengesanan awal risiko dan kelemahan yang berpunca daripada pendedahan hutang luar negeri secara keseluruhan.
- Najib berkata langkah ketiga, yang selaras dengan matlamat konsolidasi kedudukan fisikal secara berperingkat adalah menerusi Bajet 2010 yang memberi penekanan terhadap usaha menambah baik keberkesanan dan kecekapan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.
"Kerajaan sedang mengkaji penstrukturan sistem subsidi bahan api yang merupakan sebahagian besar dalam perbelanjaan tahunan kerajaan," katanya.
- Keempat, bagi mempertahankan kedudukan fiskal yang berterusan tanpa menjejaskan matlamat pertumbuhan dan pembangunan menyeluruh, kerajaan akan memperhebat program perkongsian sektor awam-swasta dalam beberapa projek berimpak tinggi, termasuk projek jalur lebar berkelajuan tinggi, koridor pembangunan wilayah dan infrastruktur pengangkutan awam.
- Langkah kelima yang bertujuan memperkukuh aliran pendapatan, kerajaan sedang berusaha memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST)).
Melalui GST, asas pendapatan kerajaan akan diperluas dan sekaligus lebih terlindung daripada perubahan kitaran harga minyak, kata Perdana Menteri.
Najib berkata peratusan hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dari tahun 2004 hingga 2009, kekal terurus dengan purata 34.6 peratus.
diharapkan penjelasan ini cukup untuk mengelakkan rakyat dari terus dibayangi dengan fenomena bankrap seperti yang berlaku di Iceland dan Greece.
BalasPadamWalaupun negara tidak akan bankrap, tapi pelbagai perlakuan yang akan merugikan negara tidak sepatutnya diteruskan.
BalasPadambaguslah jika negara tidak akan bankrap pada tahu 2019, bagaimanapun Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk meningkat ekonomi negara.
BalasPadamwalaupun kenyataan telah dikeluarkan bahwa Malaysia takkan bankrap, namun malaysia perlu juga berusaha untuk mencapai matlamat wawasan 2020 untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
BalasPadamrakya tak perlu lagi risau kerna negara kita takkan bankrap, harap ekonomi malaysia akan terus kukuh dan matlamat malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 akan tercapai
BalasPadamkita perlu melihat dari sudut positif setiap usaha kerajaan sebagai langkah terbaik bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih kukuh. bukan disebabkan m'sia berhadapan dengan fenomena bankrap, tetapi bagi menghadapi dan merialisasikan wawasan 2020 yang semakin hampir.
BalasPadamnegara tidak akan bankrap...kerajaan menjalankan berbagai usaha dengan mempelbagaikan jenis perniagaan utk menarik pelabur2 melabur di malaysia..ini akan menjana ekonomi negsrs...
BalasPadamSebagai rakyat kita juga harus menyokong sepenuhnya kerajaan. Tidak mustahil untuk bankrap dan tidak mustahil juga untuk tidak bankrap. Semuanya perlukan usaha dari semua pihak..
BalasPadamEverything is possible so never say never to something. But, do something before it's too late.
BalasPadamMuflis ka tidak,saya sendiri pun bingung. Tapi kalau Tsunami boleh membadai Thailand,nescaya Malaysia turut mendapat tempiasnya.
BalasPadam船到桥头自然直。在多猜测也没办法了解真相的所在。我们现在能做的事,就是把国家搞得好。
BalasPadamAs they say, never say never coz we won't know when it will hit us..But finding a solution to protect is better rather than doing nothing..
BalasPadamWhere there is a will, there will be a way. Hopefully there will be solution to counteract this financial woes before it gets worsen.
BalasPadamEven though they are confident that we wouldn't go bankrupt, but it is wise to have some precaution.
BalasPadamThe wastage and abuse of funds must be stopped whether there is danger of bankruptcy or not.
BalasPadamWalaupun tidak akan bankrap, tapi tak wajar juga kita meneruskan tindakan yang memboros.
BalasPadamI hope he's right.
BalasPadam