Memaparkan catatan dengan label parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parti. Papar semua catatan

Rabu, April 18, 2012

NEW BN-FRIENDLY SULUK PARTY, PARTI KEBENARAN SABAH, REGISTRATION APPROVED

New BN-friendly party formed

image SANDAKAN April 18, 2012: Parti Kebenaran Sabah has its registration approved and is now actively looking to attract new members to expand itself across Sabah.

Kebenaran’s main goal and purpose is to serve as a catalyst to United Suluk Community Organization (USCO) in upholding their principle of improving the socio-economic status of Suluks in the state, according to sponsoring chairman of Sandakan Parti Kebenaran Sabah Datu Omar Ali Datu Bachtiyal.

Ahad, Mac 20, 2011

IMIGRESEN TAWAU TAHAN 117 WARGA ASING DALAM TIGA OPERASI SEMALAM

Imigresen Tawau Tahan 117 Warga Asing Dalam Tiga Operasi Semalam

TAWAU, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Imigresen Tawau berjaya menahan 117 warga asing dalam tiga operasi di sekitar bandar Tawau semalam.

Pengarah Imigresen Sabah Mohammad Mentek berkata mereka terdiri daripada 104 warga Indonesia dan 13 rakyat Filipina yang ditahan di atas pelbagai kesalahan bersabit Akta Imigresen.

Dalam operasi di kawasan Batu-Batu, seramai 24 orang iaitu 16 rakyat Indonesia dan lapan warga Filipina ditahan, manakala dalam operasi di sekitar pelabuhan dan pasar ikan Tawau 69 lagi ditahan meliputi 66 warga Indonesia dan bakinya warga Filipina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Operasi Kutip di sekitar Stesen Bas Lama Tawau pula menyaksikan 24 ditahan dengan 22 dari Indonesia dan bakinya rakyat Filipina.

"Kesemua warga asing berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta yang sama iaitu tinggal melebihi masa," kata Mohammad.

Kesemua warga asing terbabit ditempatkan di pusat tahanan sementara untuk siasatan lanjut, katanya.

Beliau berkata operasi itu yang bermula dari 10 pagi hingga 6 petang disertai 34 pegawai Imigresen Tawau.

"Saya mengucapkan tahniah kepada 34 pegawai Jabatan Imigresen Tawau kerana berjaya melaksanakan ketiga-tiga operasi tersebut sehingga berjaya menahan 117 orang dalam tempoh sehari," katanya.

Isnin, Januari 31, 2011

BN KEKALKAN KERUSI DUN TENANG DENGAN MAJORITI BERTAMBAH

BN Kekalkan Kerusi DUN Tenang Dengan Majoriti Bertambah

azlanLABIS, 30 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang apabila calonnya Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti bertambah.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala memperoleh 2,992 undi yang memberikan majoriti 3,707 kepada calon BN.

Pada pilihan raya umum lepas, calon BN allahyarham Datuk Sulaiman Taha memperoleh majoriti 2,492 mengalahkan calon PAS Md Saim Siran.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Md Asri Amir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis pada kira-kira pukul 10.05 malam.

Keputusan itu yang pada mulanya dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam bagaimana terlewat sedikit disebabkan kelewatan tiba beberapa peti undi akibat banjir besar yang melanda kawasan DUN berkenaan pada Ahad.

Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaik keputusan diumumkan, Mohd Azahar, yang berkemeja batik biru dan bersongkok, dijulang oleh para penyokongnya yang turut melaungkan "Hidup BN!"

Walaupun banjir besar melanda beberapa kawasan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil itu, namun proses pengundian berjalan lancar dengan 67 peratus atau 9,833 daripada 14,753 pengundi berdaftar di dalam DUN Tenang telah keluar mengundi.

azlanBanjir dan cuaca buruk dengan hujan lebat sepanjang hari telah menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot pada kali ini iaitu 67 peratus berbanding pada pilihan raya umum yang lalu, 73.52 peratus.

Sebahagian daripada para pengundi di tempat pengundian yang laluannya terputus akibat banjir terpaksa menggunakan perkhidmatan bot dan trak yang disediakan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Mohd Azahar, 39, yang juga dikenali dengan panggilan mesra Tok Ai ialah bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, manakala Normala ialah bekas guru.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.

Jumaat, Januari 28, 2011

SEBELAS RAKYAT MALAYSIA DITAHAN KERANA BEKERJA SECARA HARAM DI UK

Sebelas Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Bekerja Secara Haram Di UK

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Sebelas rakyat Malaysia adalah antara 200 pekerja asing yang ditahan kerana bekerja secara haram oleh Agensi Sempadan United Kingdom (UK) dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang musim sejuk lepas.

Suruhanjaya Tinggi British dalam satu kenyataan di sini hari Khamis berkata mereka yang ditahan dalam serbuan di beberapa restoran Cina di UK itu didapati melanggar peraturan yang berkaitan kerja menyalahi visa, tinggal melebihi tempoh visa, atau bekerja secara haram.

"Para majikan mereka dikenakan amaran dan berhadapan dengan denda sehingga 10,000 bagi setiap pekerja yang diambil bekerja secara haram, kecuali mereka dapat membuktikan segala prosedur yang ditetapkan untuk pengambilan pekerja sudah dipatuhi," katanya.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone berkata walaupun rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melawat UK, tapi adalah menjadi kesalahan bagi mereka untuk bekerja di UK sekiranya mereka hanya melawat, atau tinggal lebih tempoh enam bulan tanpa kebenaran.

Simon Featherstone"Kami mengalu-alukan ketibaan pelawat tulen dari Malaysia ke UK, tapi kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi syarat-syarat visa, dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.

"Mereka yang mempunyai rekod pernah ditahan atas sebab-sebab itu akan dihalang daripada masuk semula ke UK selama tempoh 10 tahun," katanya.

Menteri Imigresen UK Damian Green berkata pihak kementerian bersama polis dan Agensi Jenayah Berat Terancang akan terus bertindak tegas terhadap mereka yang cuba manipulasi sistem imigresen.

"Pegawai-pegawai Agensi Sempadan UK sedang meningkatkan operasi di seluruh negara bagi membanteras jenayah ini dan banyak rampasan harta benda serta tunai dibuat, selain pendakwaan terhadap mereka yang bersalah," tambahnya.

Isnin, Julai 05, 2010

KERAJAAN SABAH SEDIA RUNDING AMBIL BALIK TANAH SYARIKAT DI KOTA MARUDU

Kerajaan Sabah Sedia Runding Ambil Balik Tanah Syarikat Di Kota Marudu

KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah sedia berunding dengan pemilik tanah atau syarikat yang diberi kelulusan tanah ribuan hektar di Kota Marudu bagi pengambilan balik tanah berkenaan terutama kawasan yang menjejaskan kepentingan kampung dan tanah adat (NCR).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, bagaimanapun, berkata proses itu agak susah kerana pemberian kawasan tanah berkenaan telah diluluskan oleh Ketua Menteri atau pemimpin negeri yang terdahulu.

"Jadi apa yang kita lakukan sekarang ini berunding dengan tuan punya tanah, dan kalau boleh kita ambil balik tanah ini dan berikan kepada penduduk kampung yang sudah lama duduk di situ.

"Proses ini agak susah dan akan mengambil masa namun kerajaan negeri tetap berusaha untuk mengambil tanah berkenaan. Saya selaku Ketua Menteri merasa sedih mengapa tanah ini diluluskan sesuka hati dahulu sedangkan tanah ini diduduki oleh orang-orang kampung...ini adalah salah dan inilah yang saya cuba perbetulkan sekarang,".

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam bahawa isu pemilihan tanah, pendatang tanpa izin dan ketidakseimbangan dalam perkongsian kuasa di antara parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah boleh mengancam kekuatan gagasan itu pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini, PBS bahagian Tandek pernah mendesak kerajaan negeri supaya membatalkan kelulusan tanah seluas 60,000 hektar di Kota Marudu dan Pitas kepada sebuah syarikat kerana menjejaskan 35 buah kampung dan tanah adat di kawasan itu.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata kerajaan negeri juga bertekad untuk menukar status Hutan Simpan yang sudah sekian lama didiami penduduk kampung yang asli kepada tanah kerajaan negeri bagi membolehkan keluarga mereka terus tinggal atau kekal di kawasan itu.

Beliau berkata penduduk berkenaan diberikan hak milik tanah secara berkelompok yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

"Kita tidak berikan mereka hak milik secara individu kerana kita tidak mahu mereka menjual tanah yang diberikan itu sehingga mereka tidak ada tanah lagi atau tercicir di muka bumi sendiri. Sekarang ini mereka boleh duduk di situ seumur hidup dan kita buat ini ( pemberian tanah berkelompok) secara besar-besaran," katanya.

Sambil mengambil contoh pemberian tanah secara berkelompok kepada penduduk kampung di Nabawan, Keningau baru-baru ini, Musa berkata ia ternyata memberi keselesaan dan diterima baik oleh penduduk terbabit.

Mengenai masalah pendatang tanpa izin di negeri ini,

"Hampir setiap hari pasukan keselamatan kita mengadakan operasi mengesan pendatang tanpa izin dan menghantar mereka balik ke negara asal tetapi kita tidaklah laporkan kepada media," katanya.

Katanya kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk menubuhkan makmal khas bagi mencari formula dan cara terbaik untuk menangani masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan di negeri ini.

Mengenai isu perkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN negeri,

"Seboleh-bolehnya kita mahu beri peluang kepada semua anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen BN untuk memegang jawatan namun jawatan adalah terhad," katanya.

Bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, Musa berkata pengisian kekosongan jawatan kanan atau kenaikan pangkat adalah berdasarkan "merit" atau kekananan dalam perkhidmatan awam, tanpa mengira bangsa dan agama.

Ahad, Mac 07, 2010

"YA, SAH ZULKIFLI DILUCUTKAN KEANGGOTAAN PARTI,"

PKR Pecat Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.

Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.

"Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

---

Zulkifli Enggan Rayu Pemecatan, Kekal Ahli Parlimen

zulkulim1 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

"Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

"Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

Jumaat, Mac 05, 2010

KES ZULKIFLI BUKANNYA BERKAITAN DENGAN ISLAM TETAPI PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SOAL MELANGGAR DISIPLIN PARTI

Wan Azizah: Biar Zul Noordin tentukan masa depannya di PKR

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin, yang memulaukan sesi lembaga disiplin petang semalam, dinasihatkan agar menentukan masa depannya dalam PKR, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sambil menegaskan wakil rakyat itu terus-menerus menguji kesabaran parti, Wan Azizah berkata Zulkifli perlu mematuhi peraturan PKR dalam soal berkaitan dengan isu-isu disiplin.

Wan Azizah menyatakan pendirian tegasnya itu beberapa jam selepas Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasutioan Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa lembaga disiplin yang menyiasat kes Zulkifli tidak akan dibubarkan, malah anggota panel sedia ada akan kekal.

Zulkifli memulaukan sesi bersama lembaga disiplin 3 petang semalam selepas permintaannya agar kesnya diteliti oleh anggota panel beragama Islam ditolak.

Ia merupakan satu daripada lapan permintaan diletakan di hadapan lembaga disiplin dan kepimpinan parti itu. Kesemuanya diketepikan.

Bagaimanapun menurut wakil rakyat ini yang lazimnya lantang bersuara, beliau tiada hasrat untuk meninggalkan parti atau mengikut langkah tiga rakannya, Datuk Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar parti dan bertindak sebagai anggota Bebas di Parlimen.

Wan Azizah menjelaskan, kes Zulkifli bukannya berkaitan dengan Islam tetapi perkara yang berkaitan dengan soal melanggar disiplin parti.

“Kami akan menunggu laporan daripada lembaga disiplin. Kami juga ada mesyuarat biro politik dan telah membuat syor kami tetapi kami menyerahkan kepada lembaga disiplin sebab ia adalah masalah yang berkaitan dengan soal disiplin.

“Kami menerima perbezaan pandangan tetapi apabila ia menyentuh soal yang melanggar disiplin parti, kemudian ia menjadi isu,” katanya.

Oleh itu jelas Wan Azizah, mereka yang disiasat tidak harus mempertikaikan sama ada jawatankuasa yang dibentuk itu Islam ataupun sebaliknya.

“Anda merupakan ahli parti dan anda kena mematuhi peraturan (yang telah ditetapkan),” kata beliau kepada pemberita di kediamannya malam tadi.

Wan Azizah menegaskan, Zulkifli telah menguji kesabaran parti dan pucuk kepimpinan akan menentukan masa depannya dalam waktu terdekat.

“Lihat, jika anda mahu bermain-main maka anda mesti bermain mengikut peraturan.

“Tetapi anda tidak boleh berkata, 'saya (mahu) melakukan ini dan itu'. Jadi, ia adalah isu disiplin dan saya merasakan beliau sudah cukup menguji kesabaran kami.

“Kita akan adakan mesyuarat kami dan memutuskan (tindakan susulan). Apa yang beliau harapkan daripada kami?” kata Wan Azizah.

Dalam pada itu, Wan Azizah menolak dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa PKR kini di persimpangan menuju kehancuran.

“Jika anda berkata (kami sudah) mula hancur, kita (sebenarnya) telah melalui sekali pada 2004.

“Kemudian dalam pilihan raya 2008, kita telah memperoleh majoriti yang cukup baik dan besar, untuk menjadikan kami sebagai pemimpin bagi sebuah parti yang kecil.

“Jadi, apabila kita mempunyai mereka yang meninggalkan kita, maka kita akan mempunyai darah baru, ia adalah baik untuk parti,” katanya.

---

Wan Azizah: Zul must decide his future in PKR

Khamis, Mac 04, 2010

ZULKIFLI NOORDIN HARI INI ENGGAN BERDEPAN DENGAN LEMBAGA DISIPLIN KERANA TIDAK MENGIKTIRAF BADAN YANG DIANGGOTAI BUKAN ISLAM.

Zulkifli Enggan Berdepan Lembaga Disiplin

PETALING JAYA: Zulkifli Noordin hari ini enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin kerana tidak mengiktiraf badan yang dianggotai bukan Islam.

Ini kerana katanya,isu yang dibangkitkan ialah penggunaan kalimah Allah yang mungkin mengakibatkan keputusan tidak adil.

MCA BERGOLAK LAGI

Soi Lek Letak Jawatan, Mahu Pemilihan Baru Diadakan

Ketika ditanya sama ada beliau telah memberitahu presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai tindakannya itu, Dr Chua berkata beliau tidak berbuat demikian.

"Yang penting ialah parti bukannya soal pemimpin atau kepentingan diri melebihi parti,"

---

Pemimpin MCA Harus Fokus Pilihan Raya Umum Sekarang, Kata Tee Keat

Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata tidak ada makna memenangi pertandingan di peringkat parti tetapi akhirnya kalah pada pilihan raya umum.

"…, saya fikir kita harus memberi tumpuan utama untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum.

"Jika anda bercakap mengenai maruah dan harga diri, buktikan amalan anda itu kepada masyarakat dan bukan mengenai jawatan di dalam parti…,"

Rabu, Mac 03, 2010

MP BAGAN SERAI BERTINDAK KELUAR PARTI KERANA ISU ALLAH

MP Bagan Serai pula umum keluar PKR

NONEAhli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

azlanPada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.

Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongankepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

azlanBercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

---

Anggota Parlimen Bagan Serai Keluar PKR

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka pada Rabu apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas.

Selasa, Mac 02, 2010

“KEMARAHAN BELIAU MEMUNCAK APABILA ‘PERMOHONANNYA’ UNTUK MENJADI CEO (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF) SYARIKAT PERANGSANG, YANG MEMBAWA GAJI LEBIH RM50,000 SEBULAN, DITOLAK TIDAK LAMA SEBELUM BELIAU MELETAKKAN JAWATAN.”

Syed Husin: Salehuddin marah PKR tak dilantik CEO Perangsang

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak andaian bekas setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim (gambar, kiri) bahawa lebih ramai akan keluar PKR sambil mendakwa beliau kini bertindak membelakangi kepentingan parti kerana marah tidak dilantik mengetuai Kumpulan Perangsang, sayap pelaburan Selangor.

Sambil menegaskan tidak tahu peranan yang dimainkan oleh Salehuddin dalam perkembangan politik semasa, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa “kemarahan beliau memuncak apabila ‘permohonannya’ untuk menjadi CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.”

Salehuddin melepaskan jawatan setiausaha agung PKR berkuat kuasa 31 Jan lalu.

“Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh Datuk Salehuddin Hashim (dalam isu wakil rakyat dan bekas wakil rakyat keluar PKR).

“Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Ahli Parlimen yang keluar parti dan saya mempercayainya,” kata Syed Husin dalam kenyataannya hari ini.

Kata beliau, Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada PKR sepanjang enam tahun iaitu tiga tahun sebagai setiausaha pengelola dan tiga lagi sebagai setiausaha agung.

“Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan walaupun asalnya beliau meminta AS$3,000 sebulan.

“Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

“Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap parti, terutama pimpinannya sering turun naik.

“Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila ‘permohonannya’ untuk menjadi CEO syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan,” katanya.

Mengenai kenyataan Salehuddin yang meramalkan kira-kira 10 orang lagi Ahli Parlimen akan keluar PKR, Syed Husin berkata, biarkan Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa yang akan membuktikan sama ada ia terbukti tepat atau tidak.

“Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh,” katanya.

Salehuddin muncul pada kedua-dua sidang media yang diadakan oleh Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng, masing-masing Ahli Parlimen Bayan Baru dan Nibong Tebal untuk mengumumkan keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Semalam, Salehuddin secara terbuka mengakui lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan keluar dalam waktu terdekat.

Menjawab soalan desas-desus akan ada 10 anggota Dewan Rakyat akan keluar dalam waktu terdekat, Salehuddin semalam membayangkan jumlah itu “mungkin lebih.”

“Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan,” kata beliau kepada wartawan ketika menemani Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR dan jadi Ahli Parlimen Bebas.

Justeru, apabila ditanya sama ada BN akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, beliau yang turut telah keluar PKR bulan lalu memberitahu:

“Mereka keluar jadi ahli bebas, Pakatan Rakyat akan hilang satu pertiga (kedudukan kerusi) tetapi tidak bermakna BN akan menang (dapat balik) majoriti dua pertiga,” katanya.

Kini di Parlimen BN mempunyai 137 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing 28 dan PAS pula 23 serta seorang dari Parti Sosialis Malaysia. Lima yang lain ialah wakil rakyat Bebas termasuk dua bekas anggota PKR.

BN memerlukan 11 kerusi untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Syed Husin dalam kenyataannya menambah, orang ramai menyedari bahawa kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Namun tidak dinafikan ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, (Datin Seri) Rosmah Mansor sebelum bertindak keluar.

“Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat.

“Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan Umno menghadapi masalah presiden, setiausaha agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Syed Husin berkata Mohd Fairus Khairuddin, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang yang menyertai Umno kelmarin, bekas Adun Penanti itu menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya.

Pun begitu, katanya atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000.

MCA MP TO QUIT PARTY ?

Possible "exodus" of MCA MPs - to BN

KUALA LUMPUR: Eight of the 15 MCA’s members of parliament are considering quitting the party once they can apply through the Barisan Nasional direct membership, party sources revealed today.

They said the eight MPs, which included one minister and four deputy ministers, believed that it was the best route to take in registering their protest to the MCA leadership but at the same time not jeopardising the BN.

“They feel their position in the MCA has become so untenable that they do not want to remain in the party. However, they are very much aware if they act rashly, BN will suffer.

“They believe strongly in the BN concept of power sharing and the coalition’s aspirations. Yet, they can’t remain in the MCA which leadership had failed to check the slide and in fact contributed further by not listening to the demand of its members,” a source said.

Under the proposed BN direct membership, individuals, political groups and non-governmental organisations would be eligible to apply.

Sources said the eight were - Bentong MP and Health Minister Datuk Liow Tiong Lai, Alor Star MP and Deputy Finance Minister Datuk Chor Chee Heung, Ayer Hitam MP and Deputy Education Minister Datuk Wee Ka Siong (he is also the MCA Youth Chief), Tanjong Piai MP and Deputy Youth and Sports Minister Datuk Wee Jeck Seng, Kluang MP and Deputy Higher Education Minister Dr Hou Kok Chung, Tanjong Malim MP and former MCA secretary-general Datuk Ong Ka Chuan, Tebrau MP Teng Boon Soon and Gelang Patah MP Tan Ah Eng.

They claimed that former MCA president Tan Sri Ong Ka Ting, who is also Kulai MP, is with the eight though he had not explicitly said he would join them if they took the route to quit the MCA and apply to be the BN direct members.

Asked if there were any recourse for them not to pursue their plans, a source said: “The only recourse is for the party leadership to revert back to the party’s status quo after the party election of 2008 and re-instate those who were sacked from the central committee and other positions after the EGM of October 10 last year.

“Otherwise, the party must hold a fresh election so that the top leadership who were rejected during the EGM can regain the mandate of the party members.

“As it is right now, the party leadership had reject ed a resolution calling for a fresh election from being tabled in next week’s AGM (March 7).”

Sources also said that when Prime Minister Datuk Seri Najib Razak responded to calls to help resolve the MCA crisis, certain leaders in the party used it to rally support to their side by a cusing that Umno was interfering in MCA’s affairs.

“In the first place, it was MCA leaders who felt that Najib can act as a mediator to our crisis. Furthermore, Najib has all the right to intervene because he is the BN chairman,” a source said.

Isnin, Mac 01, 2010

WHEN MOHAMMAD FAIRUS RESIGNED AS DCM, HE DEMANDED THAT PKR PAY FOR HIS LOANS ON TWO LUXURY CARS AND PAY HIM RM15,000 PER MONTH FOR A PERIOD TO BE DECIDED BY HIM

Fairus A Liability To PKR - Syed Husin

KUALA TERENGGANU, March 1 (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) on Monday described former Penang deputy chief minister I, Mohammad Fairus Khairuddin as a liability to the party.

"We must be thankful to Allah that Fairus has finally left the party. Since he joined the Penang government and after resigning from the post (of deputy chief minister) until now, he had been a liability," said PKR deputy president Dr Syed Husin Ali.

In his e-mail to Bernama, he claimed that Mohammad Fairus had relinquished his post as the deputy chief minister as he was then being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), besides the factor of his poor performance.

"When he resigned, he demanded that the party pay for his loans on two luxury cars and pay him RM15,000 per month for a period to be decided by him," he said.

---

Let The People Judge The Actions Of Fairus And Tan: Lim