Khamis, Mei 12, 2011

TELITI DULU GST SEBELUM LAKSANA

Teliti dulu GST sebelum laksana

KUALA LUMPUR 11 Mei – Kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu kemampuan rakyat sebelum melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan mampu mengurangkan cukai pendapatan persendirian.

Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

“Kerajaan perlu mengenalpasti jumlah pembayar cukai dan mereka yang tidak membayarnya bagi menentukan sama ada rakyat mampu menggalas bebanan cukai barang yang tinggi kerana sekarang ini pun ramai merungut dengan kenaikan harga barang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

17 ulasan:

  1. Ya, GST patut dipertimbangkan semula sebelum dilaksanakan.

    BalasPadam
  2. apa pun yang ingin dilaksanakan pastikan ianya diteliti terlebih dahulu.

    BalasPadam
  3. pastikan perlaksanaan sesuatu itu memberikan manfaat kepada rakyat..

    BalasPadam
  4. kerajaan perlu menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan dengan GST ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

    BalasPadam
  5. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus. Beliau juga memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

    BalasPadam
  6. Saya setuju untuk meneliti dahulu adakah ini dapat dipikul oleh rakyat. Ini adalah untuk jangka masa yang panjang lagi pun rakyat inginkan kehidupan yang senang kerana mereka yakin dengan kebolehan pemimpin yang sudah mereka pilih, untuk menyenangkan lagi kehidupan mereka dan bukannya memberi pelbagai tekanan.

    BalasPadam
  7. Penelitian dan feedback dari rakyat adalah perlu kerana mereka merupakan main actor dalam hal ini.

    BalasPadam
  8. sekarang semua harga barang naik ekoran dari kenaikan harga minyak..kenaikan harga barang ini membebankan rakyat khasnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah..

    BalasPadam
  9. gaji minimum harus dilaksanakan secepat mungkin..

    BalasPadam
  10. GST harus diteliti semula selaras dengan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

    BalasPadam
  11. yang menerima kesan dari perlaksanaan GST nanti adalah rakyat..oleh itu kerajaan harus meneliti semua aspek yang berkaitan dan tidak hanya fokus kepada keuntungan semata-mata.

    BalasPadam
  12. Kalau gaji tinggi lain cerita. Tapi ini gaji pun cukup makan saja. huhuhu

    BalasPadam
  13. Sesuatu harus dilakukan. Jangan biarkan rakyat terus rasa terbeban.

    BalasPadam
  14. pelasanaan GST perlu diteliti semula, walaupun cukai pendapatan dikurangkan, tapi harga barangan akan dinaikkan.

    BalasPadam
  15. perlu kita ketahui, cukai pendapatan hanya dikenakan kepada mereka yang berpendapatan bersih lebih RM2500 sebulan. bagi yang berpendapatan kurang dari nilai tersebut sebulan. kenaikan harga barangan ini akan membebankan mereka. oleh itu adalah wajar ia diteliti semula.

    BalasPadam
  16. Apa pun kita harapkan kerajaan akan memastikan perkara ini dapat ditangani sebaiknya. Cukai perlulah diliaht kembali kebaikkan dan keburukkannya.

    BalasPadam
  17. saya lebih suka jika kerajaan dapat menguatkuasakan akta gaji minimum kepada semua sektor..

    BalasPadam