Rabu, Mei 05, 2010

GST TIDAK DILAKSANA SEHINGGA AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN DILULUSKAN - AWANG ADEK

Dewan Negara: GST Tidak Dilaksana Sehingga Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan Diluluskan - Awang Adek

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan tidak akan dilakukan sehingga Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan diluluskan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin.

Beliau berkata akta tersebut dilihat mampu mengawal para peniaga daripada bertindak mengambil untung berlebihan selepas GST dilaksanakan kelak.

Akta itu kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini.

"Ada kebimbangan bahawa mungkin ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang mereka atas alasan GST untuk mendapat keuntungan berlebihan.

"Justeru atas faktor kebimbangan tersebut perlu ada undang-undang yang boleh membasmi peniaga-peniaga ini daripada mengambil untung berlebihan, iaitu akta tersebut (Kawalan Harga dan Anti Pencatutan) perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Nor Hayati Onn di Dewan Negara di sini Rabu.

Nor Hayati ingin tahu bila kerajaan akan melaksanakan GST dan usaha terkini kerajaan bagi memastikan pelaksananaanya diterima masyarakat.

Awang Adek berkata kerajaan turut sedar pada masa ini tahap pemahaman rakyat terhadap GST masih belum menyeluruh sehingga timbul kebimbangan dan kerisauan bahawa pelaksanaan GST boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik.

"Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dan negara dengan pelaksanaan GST ini, antaranya ia mampu mengembangkan cukai kerajaan yang selama ini banyak bergantung pada cukai pendapatan dan petroleum.

"Selain itu ia juga akan mengukuhkan hasil kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang yang akan memberi kerajaan sumber kewangan dalam menjalankan agenda pembangunan kerajaan dan membayar gaji penjawat awam yang lebih tinggi," katanya.

Kata Awang Adek, orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga barangan memandangkan banyak barang keperluan dibebaskan daripada dikenakan GST.

"Antara barang keperluan yang tidak dikenakan GST adalah produk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur (termasuk telur masin), ikan, udang, kerang, dan sotong (termasuk yang dikeringkan dan dimasinkan).

"Perkhidmatan yang sifar GST pula seperti bekalan elektrik bagi 200 unit pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, bekalan air bagi 35 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna dimestik, barang dan perkhidmatan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa," katanya.

Menurut beliau, GST juga memberi kelebihan kepada para peniaga dan pengilang kerana mereka boleh menuntut semula cukai yang dikenakan ke atas input yang digunakan dalam barangan yang dihasilkan atau dalam perniagaan mereka.

"Ini bermakna mereka hanya perlu membayar cukai ke atas nilai ditambah oleh mereka sahaja bagi mengelak cukai bertindih atau cukai berganda," katanya.

Pada masa sama, katanya hanya syarikat-syarikat perniagaan yang mempunyai jualan lebih besar daripada RM500,000 setahun sahaja tertakluk kepada GST.

"Ini bererti 78 peratus atau 433,558 entiti perniagaan akan dikecualikan daripada sistem GST.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar GST empat peratus yang dicadangkan juga telah mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh rakyat sebelum GST dilaksanakan iaitu secara purata adalah 2.53 peratus berbanding sebelum GST 2.88 peratus.

"Bagi golongan miskin, cukai yang perlu ditanggung setelah GST dilaksanakan adalah sebanyak 2.17 peratus berbanding 2.38 peratus (cukai sebelum GST dilaksanakan), golongan berpendapatan rendah 2.43 peratus berbanding 2.75 peratus, golongan sederhana 2.57 peratus, berbanding 2.94 peratus dan golongan berpendapatan tinggi 2.74 peratus berbanding 3.13 peratus," katanya.

-- BERNAMA

23 ulasan:

  1. disebalik pelaksanaan GST ini, masih ada kebaikan untuk orang awam. diharapkan kerajaan dapat meneliti keseluruhan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan sebelum meluluskannya agar tidak membebankan rakyat.

    BalasPadam
  2. yang penting tidak membebankan rakyat malah memberikan faedah kepada rakyat.

    BalasPadam
  3. Kerajaan akan menaikkan gaji rakyat jika dapat cukai GST? Rakyat haruslah bertimbang rasa dengan Kerajaa, bukan semua perkara adalah rugi bagi rakyat. Bagilah satu peluang kepada kerajaan!!

    BalasPadam
  4. Harap saja cukai GST ini tidak akan menjadi beban rakyat, itu saya akan mengalakkan!!

    BalasPadam
  5. nmpknya GST ini memberikan kesan positif dan negatif kepada RAKYAT...harap2 ada jalan penyelesaian (impak negatif) agar tidka membebankan rakyat terutama yang tidak mampu (miskin)...gaji juga harus dinaikkan apabila GST dilaksanakan bagi mengurangkan beban dan tanggungan rakyat...

    BalasPadam
  6. harus ada pemantauan yang proaktif daripada pihak berkuasa setelah GST dilaksanakan..ini bagi membanteras segelintir peniaga yangmengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan...

    BalasPadam
  7. Perlaksanaan GST adalah untuk menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta mengatasi kelemahan yang berlaku dalam cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini. dianggarkan Lebih daripada 140 buah negara telah melaksanakan GST. penerimaan lebih 140 buah negara ini cukup membuktikan GST patut dilaksanakan di Malaysia.

    BalasPadam
  8. Consumers should be aware of any irresponsible businessman who deliberately raised the prices. Customers have the rights to report any irrational moves.

    BalasPadam
  9. barang makanan asas rakyat dan perkhidmatan asas akan dikecualikan. kerajaan juga telah menggariskan beberapa langkah bagi membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan oleh penjual. jd rakyat tidak perlu risau dan rasa terbeban.

    BalasPadam
  10. You can report any complaints at this website:

    http://www.nccc.org.my/v2/

    BalasPadam
  11. I think the GST will not be applied to the controlled goods. So it will not burden the poor people too much.

    BalasPadam
  12. sewajarnya harus ada inisiatif lain yang akan membantu mengurangkan beban rakyat untuk membayar cukai..antara yang boleh digunakan adalah kenaikkan gaji dan pemberian bonus...
    akta kawalan harga dapat membendung daripada kenaikkan harga barangan yang melampau...diharap agar akta ini diluluskan secepat mungkin...

    BalasPadam
  13. Ini suda semestinya. Jangan bebankan rakyat.

    BalasPadam
  14. Biasanya kalau ada GST, income tax boleh dikurangkan. Itu juga satu cara mengurangkan beban rakyat, terutama rakyat yang berpendapatan sederhana.

    BalasPadam
  15. if its not burden the people, why not??? harap GST memberikan manfaat kepada semua...

    BalasPadam
  16. The people should be educated more about this GST. Perhaps we could take a look at the GST in Singpore for some ideas:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Goods_and_Services_Tax_%28Singapore%29

    BalasPadam
  17. GST is suppose to encourage competition, long term growth, and create job opportunities. It also encourage savings instead of unnecessary consumptions. It also allows the tax be contributed evenly from all citizens (and PTI also)

    BalasPadam
  18. Please do something for lower income group 1st.

    BalasPadam
  19. Kerajaan pasti dapat mengusahakan sesuatu yang praktikal bagi kita semua.

    BalasPadam
  20. GST ada banyak kebaikan daripada yang buruk.

    BalasPadam
  21. Jangan risau, kerajaan pasti akan tolong penduduk yang miskin, terutamanya berstatus bumiputera.

    BalasPadam
  22. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang paling baik untuk rakyat jelata.

    BalasPadam
  23. The government is firm enough with its decision.

    BalasPadam