Isnin, Oktober 10, 2011

PUSAT LATIHAN PETROLEUM KIMANIS BUKA PELUANG RAKYAT SABAH TEMPAH KARIER DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS

Pusat Latihan Petroleum Kimanis buka peluang rakyat Sabah tempah karier dalam industri minyak dan gas

MEMBAKUT 10th October, 2011 : Pusat Latihan Petroleum Kimanis di sini membuka peluang kepada penduduk Sabah, terutama mereka yang tinggal di kawasan pantai barat negeri, melibat diri dalam kerjaya industri minyak dan gas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pusat latihan yang dikendalikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan boleh menampung 50 pelatih itu juga meyakinkan masyarakat tempatan bahawa penglibatan mereka penting dalam membangunkan industri minyak dan gas di Sabah, terutama apabila Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis dekat sini, beroperasi sepenuhnya pada 2013.

“Pembangunan pesat sektor minyak dan gas di Sabah hanya mampu dijayakan sekiranya ia disokong oleh tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

“Justeru, program latihan melalui pusat latihan ini merupakan suatu wadah membimbing generasi muda untuk memenuhi keperluan modal insan industri ini,” katanya pada majlis perasmian kampus sementara pusat latihan itu di sini kelmarin.

101011_2a

(Dari kiri) Joseph, Ramlan, Norhaidi dan Medan pada majlis perasmian kampus sementara pusat latihan.

Teks ucapan Anifah dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Norhaidi Che Dan.

Anifah, yang juga anggota Parlimen kawasan Kimanis, berkata rakyat Sabah perlu menyedari bahawa peluang yang ditawarkan oleh Petronas itu merupakan peluang untuk membangunkan negeri kelahiran mereka sendiri, sekaligus meningkatkan tahap sosioekonomi masing-masing.

Menurutnya lebih 4,000 pekerja dalam pelbagai bahagian diperlukan di SOGT kelak, yang juga bakal memberi kesan positif terhadap ekonomi masyarakat sekitar.

Sementara itu, Naib Presiden Pengurusan Petroleum Petronas Ramlan A. Malek berkata Petronas mengambil kesempatan memberi latihan kepada belia Sabah dalam bidang minyak dan gas terlebih dahulu sambil menunggu kampus kekal di Kimanis siap pada 2013.

“Pusat latihan ini adalah satu langkah oleh Petronas dalam usaha membangunkan potensi dan mewujudkan kumpulan pekerja mahir dalam kalangan rakyat Sabah yang bakal menyertai dan menyumbang ke arah pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini,” katanya.

Seramai 25 belia, 24 daripadanya dari Kimanis dan seorang dari Sipitang, menjadi kumpulan pertama mengikuti Program Instrumentasi dan Kawalan Industri selama dua tahun di pusat latihan itu sejak Julai lepas.

------

RM50 mil Kimanis Petroleum Training Centre (KPTC) ready by 2013

Kimanis Petroleum Training Centre to offer Sabahans career in oil & gas sector

80 ulasan:

  1. Harap pusat latihan ini akan membantu Sabah lebih maju dalam industri gas dan minyak.

    BalasPadam
  2. Sabah adalah pengeluar gas dan minyak yang besar di Malaysia, kita patut memproses minyak dan gas kita juga.

    BalasPadam
  3. Pusat latihan ini akan membantu Sabah lebih membangun dalam industri gas dan minyak..

    BalasPadam
  4. Rebutlah peluang ini untuk Memajukan diri di Samping menimbah ilmu.

    BalasPadam
  5. Kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan, cubalah memohon untuk mendapatkan pekerjaan. Sedia maklum bahawa orang2 Sabah adalah keutamaan untuk memohon pekerjaan di pusat latihan tersebut.

    BalasPadam
  6. Pasti akan mendapat tempat jika anda betul2 berkelayakkan.

    BalasPadam
  7. Bagus juga nih...tapi utamakan la pengambilan dari kalangan orang2 Sabah k...

    BalasPadam
  8. dengar2 mereka yang bekerja di syarikat Petronas ni ditawarkan gaji yang sangat lumayan. pasti ramai yang berminat ni.

    BalasPadam
  9. tapi mungkin individu yang memegang kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang ini akan lebih diberi keutamaan.

    BalasPadam
  10. kepada rakyat sabah, gunakanlah peluang ini untuk membina karier dalam industri minyak dan gas.

    BalasPadam
  11. apa syarat2 yang diberikan kepada individu yang berminat memasuki Pusat Latihan Petroleum Kimanis? mahu tahu juga ni..

    BalasPadam
  12. menceburi bidang ini amat baik dan boleh menjamin masa depan yang lebuh cerah.

    BalasPadam
  13. pusat latihan ini baik dan penting untuk memberikan kemahiran kepada rakyat Sabah untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.

    BalasPadam
  14. nampaknya Pusat Latihan Petroleum Kimanis ini lebih mengutamakan mereka yang tinggal di kawasan pantai barat negeri Sabah.

    BalasPadam
  15. rakyat Sabah juga perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada..

    BalasPadam
  16. rakyat Sabah perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang minyak dan gas ini. takut nanti rakyat Sabah tidak dapat bersaing dengan pihak luar sehingga syarikat Petronas membuka peluang yang lebih kepada mereka.

    BalasPadam
  17. Bagus ni, anak2 muda seharusnya mencuba peluang ni. Jangan sia2kan peluang yang ada.

    BalasPadam
  18. Sesiapa yang beminat cepat2 la mendaftar untuk mengikuti kursus tersebut, sebelum orang luar diberi peluang yang sama berkerja dengan Petronas.

    BalasPadam
  19. melahirkan pekerja mahir dan terlatih sekaligus menambahbaikan sosioekonomi individu.

    BalasPadam
  20. peluang ini sangat bagus..dan berguna kepa pemuda dan pemudi di negeri Sabah..tidak perlu pergi jauh lagi..sbb sendiri pun ada jg...

    BalasPadam
  21. "pusat latihan yang dikendalikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan boleh menampung 50 pelatih itu juga meyakinkan masyarakat tempatan bahawa penglibatan mereka penting dalam membangunkan industri minyak dan gas di Sabah, terutama apabila Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis dekat sini, beroperasi sepenuhnya pada 2013."

    Satu program dan perancangan yang amat bijak dari Petronas. Semoga pemuda-pemudi di Sabah menyertai program tersebut dan berpeluang menceburi industri minyak dan gas yang berpotensi tinggi ini.

    BalasPadam
  22. tidak lama lagi negeri Sabah akan melahirkan pekerja yg terlatih dalam bidang ini dengan adanya krusus seperti ini..

    BalasPadam
  23. Upgrade yourself first then help to upgrade the entire state economy. We need all young generation in difference industries.

    BalasPadam
  24. Peluang dan keutamaan telah dibuka untuk golongan muda di Sabah. Yang beminat cepat-cepat la mendaftar untuk mengikuti kursus tersebut.

    BalasPadam
  25. "lebih 4,000 pekerja dalam pelbagai bahagian diperlukan di SOGT kelak, yang juga bakal memberi kesan positif terhadap ekonomi masyarakat sekitar."

    Peluang cuma diberi kepada mereka yang berkelayakan. Semoga golongan muda ini mengikuti program dan training agar mereka juga berkelayakan menyertai syarikat dan sektor yang lebih berpeluang tinggi.

    BalasPadam
  26. Peluang cuma diberi kepada mereka yang sentiasa bersedia. Kini, peluang dibuka kepada semua golongan, harap training tersebut dapat melahirkan lebih banyak pakar-pakar dan professional di industri minyak dan gas.

    BalasPadam
  27. Glad to have employments for the people. It's a good start.

    BalasPadam
  28. Bidang ini memang bagus untuk kemajuan negara kita.

    BalasPadam
  29. Hope this project can really provide more opportunities for everyone.

    BalasPadam
  30. And there are more to come in our future.

    BalasPadam
  31. Bagilah rakyat betul-betul nak belajar dalam bidang ini. Jnagan biar rakyat yang tak serius untuk menceburi bidang yang penting ini.

    BalasPadam
  32. peluang ini hanya untuk rakyat sabah...tidak perlu membuka peluang ini kepada orang luar...

    BalasPadam
  33. kepada belia sabah, peluang ini tidak harus dilepaskan...segeralah memohon kerana peluang ini hanya untuk rakyat sabah.

    BalasPadam
  34. dengan adanya tenaga kerja mahir dan berpengetahuan, industri minyak dan gas di sabah pasti dapat dibangunkan dengan pesat.

    BalasPadam
  35. “Pusat latihan ini adalah satu langkah oleh Petronas dalam usaha membangunkan potensi dan mewujudkan kumpulan pekerja mahir dalam kalangan rakyat Sabah yang bakal menyertai dan menyumbang ke arah pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini,” katanya.


    keutamaan kepada rakyat sabah...

    BalasPadam
  36. diharapkan SOGT dapat beroperasi pada masa yang telah ditetapkan.

    BalasPadam
  37. Rakyat Sabah di beri keutamaan...siapa bilang sabah di pinggirkan..kerajaan akan berusaha untuk memajukan negeri Sabah agar dapat maju lebih kehadapan.

    BalasPadam
  38. Satu pendekatan yang bagus daripada Petronas untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah. Diharap % royalti minyak untuk Sabah pun akan naik lepas ni.

    BalasPadam
  39. Orang Sabah patut rebut peluang ini. Bila sudah dapat, buatlah kerja dengan baik. Jangan sia-siakan peluang yang ada ini.

    BalasPadam
  40. "Pusat Latihan Petroleum Kimanis buka peluang rakyat Sabah tempah karier dalam industri minyak dan gas"

    Peluang terbuka untuk semua rakyat Sabah. Ambil lah kesempatan ini untuk mengambil khusus dan latihan agar berpeluang menceburi bidang minyak dan gas ini.

    BalasPadam
  41. Terbukti juga usaha Petronas memupuk dan memberi latihan agar lebih banyak pakar-pakar dan professional di sektor minyak & gas.

    BalasPadam
  42. Industri minyak & gas di Sabah pasti dapat dibangunkan dengan pesat dengan latihan & kursus yang diberi oleh Pihak Petronas. Peluang pekerjaan juga turut bertambah, ekonomi dan taraf hidup juga diperbaiki.

    BalasPadam
  43. Pastikan anda berkelayakan menceburi bidang minyak & gas Petronas. Sertai latihan yang dibuka kepada semua orang Sabah supaya berkelayakan menjawat jawatan tinggi di Petronas.

    BalasPadam
  44. Kini peluang telah diberi kepada belia Sabahan, bertindak cepat untuk menyertai program Petronas. Industri ini memerlukan darah baru dan belia yang berkeyakinan, berdedikasi dan berfikiran kreatif.

    BalasPadam
  45. Selain sektor minyak, bidang lain seperti pelancongan, pertanian, pembalakan, perikanan juga seharus memberi peluang dan latihan agar pemuda ini dapat menceburi bidang yang berlainan dan dapat memperkembangkan semua bidang masing-masing.

    BalasPadam
  46. Pembangunan sektor minyak & gas di Sabah secara tidak langsung juga membangunkan ekonomi dan taraf hidup orang Sabahan. Usaha semua golongan untuk membangunkan ekonomi adalah amat diperlukan.

    BalasPadam
  47. betul... ini sangat membantu kepada negeri Sabah.. taraf hidup kita jg akan semakin meningkat..
    bidang ini jg sangat besar peluang pekerjaannya..

    BalasPadam
  48. komitment yang ditunjukkan oleh Petronas dan kerajaan negeri pasti mampu menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap peranan Petronas di negeri ini.. tahniah dan teruskan usaha..

    BalasPadam
  49. Harap dengan ada pusat latihan Petroleum ini membuka peluang kepada penduduk Sabah untuk mencaburi dalam bidang minyak dan gas.

    BalasPadam
  50. Pendedahan perlulah diberikan kepada penduduk Sabah supaya mereka lebih arif dan tahu dalam bidang itu. Pusat latihan ini sungguh bermanfaat, maka jangan lepaskan peluang ini.

    BalasPadam
  51. It's time for Sabahans to venture in oil and gas sector.

    BalasPadam
  52. Cara yang baik untuk meningkatkan lagi kualiti.

    BalasPadam
  53. A good way to promote Sabahans in oil and gas sector.

    BalasPadam
  54. Ini boleh mengurangkan bilangan rakyat Sabah pergi ke tempat jauh untuk kerja.

    BalasPadam
  55. Baguslah kalau begini. At least nampak juga usaha kerajaan untuk bantu rakyat Sabah.

    BalasPadam
  56. So daripada merantau di negeri orang, lebih baik gunakan peluang yang ada ini.

    BalasPadam
  57. Nampak juga usaha Petronas menepis andaian -ve yang dilemparkan terhadap mereka berhubung isu kebajikan rakyat Sabah.

    BalasPadam
  58. Diharapkan usaha ini membuahkan hasil positif:)

    BalasPadam
  59. Sementara itu kita nantikan saja perkembangannya. Usaha ini pasti berjaya asalkan kerjasama dari semua pihak ada.

    BalasPadam
  60. bgus untuk remaja2 zaman skrg..:)
    amin....
    semoga smua yg bljr kat cnie,b`jaya...^_^

    BalasPadam
  61. apa kabar…saya ingin bertanya satu soalan iaitu bagai manakah untuk saya mengikuti atau mendarftar untuk memasuki KTS Kimanis nie…adakah dia menpunyai laman webnya….sekiranya ada maklum balas tolong emil di emil nie springday_91@yahoo.com…sekian terima kasih atau bantuan anda…bantuan anda akan di kenang buat selama-lamanya…

    BalasPadam
  62. apa kabar...saya ingin bertanya...andai kata tarik tutupnya sudah habis...adakah borang permohonan saya akan diterima lagi atau terpaksa tunggu pada bulan yang lain...sekiranya ada pada bulan yang lain bolehkah beri thu tarik serta bulannya...sekiranya ada maklum balas...sila hantar ke emil saya springday_91@yahoo.com...sekian terima kasih atas bantuan anda....

    BalasPadam
  63. apa kabar...saya ingin bertanya...andai kata tarik tutupnya sudah habis...adakah borang permohonan saya akan diterima lagi atau terpaksa tunggu pada bulan yang lain...sekiranya ada pada bulan yang lain bolehkah beri thu tarik serta bulannya...sekiranya ada maklum balas...sila hantar ke emil saya springday_91@yahoo.com...sekian terima kasih atas bantuan anda....

    BalasPadam
  64. Saya pelajar geologi ambilan ijazah,tamat 2013.er,adakah sesiapa di sini yang tahu bagaimana untuk menghubungi Kimanis Training Centre (ktc)?sama ada menerusi emel atau telefon..terima kasih

    BalasPadam
  65. apa syarat2 yang diberikan kepada individu yang berminat memasuki Pusat Latihan Petroleum Kimanis? Dan bagaimana untuk saya menghubungi kimanis training center (ktc) adakah melalui telefon atau email.. tq..

    BalasPadam
  66. Antara syarat2 kalau mahu masuk ni KTC tahun 2013 (Intake July).
    1. Credit SPM (BM, English, Matematik, Sains)
    2. Sihat Tubuh badan dan Tidak buta warna.
    3. Umur tidak lebih 25 tahun pada 1 Januari 2013.

    Kalau berminat, Hantar:
    1. Resume/Biodata
    2. Salinan IC dan Keputusan SPM yang telah disahkan.

    ktc@petronas.com.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pass spm..not credit..sila tg blik iklan pengambilan ktc

      Padam
  67. kredit atau setakat lullus sahaja??

    BalasPadam
  68. salam 1 malaysia..mohon bantuan bila kah tarikh pengambilan pelatih baru di kpts trima kasih

    BalasPadam
  69. macam mana mau tau kita dapat ka tidak ni

    BalasPadam
  70. saya dapat panggilan daripada petronas, d mana sya kena hadirkan diri selama 2 minggu krusus d labuan.. sblum mengikuti krusus ini pembayaran sbnyak 250 harus di dahulukan...
    soalan sya, adakah ini btl daripada pihak petronas dan adakah slps krusus petronas akn memberikan pekerjaan???

    BalasPadam
  71. kita harapkan kursus ini diberikan dengan adil terutama kepada bumiputera sabah.......

    BalasPadam
  72. Sya brmnat nak trut serta.cranya bgaimna?

    BalasPadam
  73. Di mana mau check pegambilan pelajar kursus ni ? Pengambilan tahun 2014 sdh limpas ka atau blm ada ?

    BalasPadam