Selasa, Jun 28, 2011

GST SUMBER PENDAPATAN BAGI KERAJAAN

GST Sumber Pendapatan Bagi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sumber pendapatan bagi kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan cukainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa sesi Soal dan Jawab dengan peserta daripada Golongan Muda Korporat Malaysia, di sini, hari ini, Najib ditanya sama terdapat kemungkinan untuk mengurangkan cukai bagi kereta diimport.

"Kita tidak ada banyak pilihan berkaitan dengan ini. Kita tidak boleh menaikkan pendapatan atau cukai korporat atau malahan menaikkan harga RON 95 dan kerajaan perlu mencari pendapatan," kata Perdana Menteri.

Oleh itu GST adalah jawapannya, kata beliau.

Beliau juga berkata, kadar inflasi negara masih terkawal dengan subsidi RON 95 serta barangan disubsidi lain.

"Inflasi telah menjadi fenomena global. Bagaimanapun, jika anda lihat negara-negara lain yang harga petrol dan barangan keperluan lainnya tinggi, kita masih kompetitif," kata beliau.

Najib berkata penting agar upah kompetitif dan sejajar dengan tahap produktiviti dan inovasi.

Beliau berkata kepakaran tenaga kerja Malaysia tidak harus dinilaikan rendah.

"Sesetengah daripada profesional ini perlu bekerja bagi masa yang panjang tetapi tidak mendapat banyak seperti yang seharusnya mereka dapat," kata beliau.

Untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan mencapai sasarannya, beliau berkata Malaysia perlu mencapai pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun, tambah beliau.

13 ulasan:

  1. Memang betul, tapi jangan melampaulah. Rakyat pun kesian juga.

    BalasPadam
  2. Tanggungjawab kerajaan untuk meringgankn beban rakyat

    BalasPadam
  3. harap kebajikan rakyat lebih diutamakan.

    BalasPadam
  4. cukai mmg sumber pendaptan kerajaan, tapi harap cukai yang dikenakan jgnlah terlalu tinggi.

    BalasPadam
  5. Betul tapi bagaimana dengan golongan yang berpendapatan rendah? Mampukah nak menampung kos sara hidup yang semakin tinggi?

    BalasPadam
  6. harap setiap yang dilaksanakan akan mengambilkira kepentingan dan kemampuan semua rakyat.

    BalasPadam
  7. Harap duit cukai yang dikenakan ke atas rakyat bukan digunakan untuk kesenangan peribadi oleh pihak2 tertentu.

    BalasPadam
  8. Cari idea lain untuk menambahkan pendapatan negara selain dari GST.

    BalasPadam
  9. Jika hanya bergantung kepada GST alamat hancur la rakyat.

    BalasPadam
  10. Apa pun kerajaan perlulah merancang sebaiknya apa yang terbaik untuk rakyat.

    BalasPadam
  11. Tak dinafikan GST sumber penadapat kerajaan, tapi bagaimana pula dengan rakyat???

    BalasPadam
  12. Kerajaan harus mengambil langkah bijaksana demi berdepan perkara ini.

    BalasPadam
  13. kerajaan perlu mencari jalan lain bagaimana meningkatkan pendapatan negara selain memaksa rakyat memikul beban itu. bagaimana dengan amalan rasuah dikalangan pemimpin2 kerajaan??

    BalasPadam