Isnin, Februari 22, 2010

JAWATANKUASA DISIPLIN, PETROLEUM & GST DIBENTUK

Jawatankuasa Tatatertib Pakatan Pembangkang Diperkemaskan, Kata Anwar

PETALING JAYA, 22 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk memperkemaskan Jawatankuasa Tatatertibnya yang akan diminta memberi cadangan-cadangan berkaitan pada mesyuarat akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majlis itu di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Naib Presiden PKR R. Sivarasa telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dalam gabungan PKR, DAP dan PAS itu.

  • Jawatankuasa itu ditubuhkan bagi membincangkan semua isu berkaitan disiplin yang melibatkan perhubungan antara parti dalam pakatan pembangkang,

  • Jawatankuasa khas mengenai petroleum di peringkat pakatan itu yang akan dipengerusikan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bagi memperjuangkan hak negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dalam hal ini.

  • Pakatan mengambil pendirian menolak cadangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuknya sekarang dan sebuah jawatankuasa parlimen pakatan pembangkang akan membincangkan isu ini pada 24 Feb manakala Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan forum mengenai implikasinya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan