Ahli politik paling rasuah berbanding pekerja bidang lain
BANGKOK 17/12/2012: Ahli politik lebih rasuah berbanding mereka yang terbabit dalam pekerjaan lain, menurut laporan Soal Selidik Suan Dusit, semalam.
Ditanya kumpulan mana yang mereka rasa paling rasuah, 45.39 peratus memilih ahli politik, 30.24 peratus penjawat awam, 12.86 peratus anggota polis dan tentera dan 11.51 peratus ahli perniagaan dan pelabur.

