Semalam bertempat di Masjid Nur Hikmah Kg. Silou telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Bantuan Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak, sumbangan adalah daripada YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan juga merupakan Adun N.31 Paginatan Ranau.
Sumbangan ini telah di sampaikan oleh En. Japirin Sahadi Setiausaha Politik kepada YB Datuk Dr Ewon Ebin.
Seramai 44 orang telah menerima bantuan tersebut, 32 orang dari Kg. Silou dan 12 orang dari Kg. Kituntul Baru. Penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan orang kurang berkemampuan.
Dalam ucapan En. Japirin Sahadi, beliau telah menyatakan bahawa bantuan yang diberikan adalah untuk membantu meringankan sedikit sebanyak kos kepada penerima sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Turut serta dalam majlis ini ialah Pemaju Masyarakat En. Idrus Salim, Pengerusi JKKK & Masjid Kg. Silou En. Md. Hasbi Jumin dan timbalan pengerusi JKKK Kg. Kituntul Baru Pn Siti Aminah.
























"Kita tengok kadang-kadang sesebuah masjid begitu terabai, bukan terabai dari sudut fizikal seperti berlaku kerosakan atau banyak sarang labah-labah, tetapi dari sudut kehadiran dan pengimarahannya oleh umat Islam.