Pengerusi JKKK, JKDB perlu jadi 'role model'
11th February, 2011 KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kesejehteraan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi ‘role model’ kepada rakyat yang mereka pimpin.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Ebin, berkata mereka perlu mengamalkan prinsip integriti yang tinggi dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Perkhidmatan yang berpegang kepada prinsip cekap dan amanah dengan sendirinya akan mendorong rakyat setempat untuk terus mendokong dan menghormati badan JKKK dan JKDB,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan kursus pengurusan dan pentadbiran JKKK/JKDB bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan Inanam di sini, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau meminta pengerusi JKKK dan JKDB supaya tidak leka terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan kampung masing-masing.
“Isu-isu keselamatan seperti kehadiran pendatang tanpa izin (PATI), gejala lepak dan penyalahgunaan dadah perlu diberikan perhatian khusus dan dijadikan sebagai agenda tetap dalam mesyuarat bulanan JKKK dan JKDB,” katanya.
Ewon juga meminta supaya para belia dapat dilibatkan sama dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti JKKK danJKDB.
Menurutnya, program meningkatkan keterampilan dan jati diri seperti pelaksanaan kursus-kurus kemahiran dan peningkatan ekonomi perlu dipergiatkan.
Ini katanya, secara tidak langsung memberi ruang untuk mendekati golongan muda ini dan mengenal pasti keperluan dan aspirasi mereka.
Turut hadir pada majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad yang juga Adun Karambunai dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Bandar, Datuk Ghulam Jelani.
Saya berharap JKKK dan KKDB akan berusaha dan buatlah yang terbaik.
BalasPadamJKKK dan KKDB perlu melaksanakan tanggungjawa mereka dgn baik untuk kesejaterahan kawasan kampung.
BalasPadamBukan sahaja JKKK dan KKDB, setiap orang juga perlu menjadi role modal. Pemimpin juga tidak terkecuali.
BalasPadamSemua perlu memainkan peranan untuk kemajuan bersama.
BalasPadamJKKK dan JKDB perlulah menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab. dengan itu mereka akan dihormati dikalangan masyarakat.
BalasPadamJKKK dan JKDB juga perlu memainkan peranan aktif dalam menangani masalah seperti isu PATI, gejala lepak dan penyalahgunaan dadah.
BalasPadamkita sedar peranan dan tanggunjawab JKKK/ JKDB amat penting bagi menentukan jatuh bangun perancangan dan pembangunan di setiap kampung yang diwakili oleh JKKK/JKDB. tidak syak lagi fungsi dan perananya ini harus didepani dengan penuh tekad dan tanggungjawab yang tinggi bagi melicinkan perancangan kerajaan untuk terus membela nasib rakyat keseluruhanya.
BalasPadamSemog JKKK dan KJDB menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah.
BalasPadampemimpin JKKK/JKDB harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan menjadikan diri sebagai 'role model' khasnya kepada golongan muda.
BalasPadamdiharap JKKK/JKDB akan mengambil seruan ini sebagai motivasi memajukan diri dan kawasan mereka.
BalasPadamMmg patut jadi role model pun. Pastikan t/jawab dilaksanakan sebaik mungkin.
BalasPadamTuruti nasihat Datuk Ewon sebab jika prinsip integriti yang tinggi dan nilai-nilai murni diamalkan dalam melaksanakan tanggungjawab, pasti semua pihak akan mendapat manfaat.
BalasPadam