Semalam bertempat di Masjid Nur Hikmah Kg. Silou telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyerahan Bantuan Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak, sumbangan adalah daripada YB Datuk Dr. Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan juga merupakan Adun N.31 Paginatan Ranau.
Sumbangan ini telah di sampaikan oleh En. Japirin Sahadi Setiausaha Politik kepada YB Datuk Dr Ewon Ebin.
Seramai 44 orang telah menerima bantuan tersebut, 32 orang dari Kg. Silou dan 12 orang dari Kg. Kituntul Baru. Penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan orang kurang berkemampuan.
Dalam ucapan En. Japirin Sahadi, beliau telah menyatakan bahawa bantuan yang diberikan adalah untuk membantu meringankan sedikit sebanyak kos kepada penerima sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Turut serta dalam majlis ini ialah Pemaju Masyarakat En. Idrus Salim, Pengerusi JKKK & Masjid Kg. Silou En. Md. Hasbi Jumin dan timbalan pengerusi JKKK Kg. Kituntul Baru Pn Siti Aminah.
Selamat Beribadah Puasa Ramadhan.
BalasPadammajlis ini dpt mengeratkan lagi hubungan silaturrahim penduduk di sana.
BalasPadambantuan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak dalam membuat persiapan Hari Raya. Majlis berbuka puasa seperti ini juga amat baik bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk.
BalasPadamAlhamdulillah, harap2 majlis seperti ini dapat diadakan sekali dua untuk merapatkan lagi silaturahim sesama penduduk. Selamat beribadah puasa. :)
BalasPadambagusnya aktiviti ini dilakukan. memang majlis sebeginilah yang sangat baik dilakukan kerana ini dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk. harap perkara sebegini akan diadakan selalu. selamt berpuasa semua.
BalasPadamA warm activity indeed.
BalasPadamIni memang aktiviti yang baik dalam mengeratkan hubungan antara rakyat.
BalasPadamSemoga bukan semasa puasa sahaha aktiviti seperti ini diadakan, dan semoga hati baik yang berkaitan diberkati oleh Tuhan... Kita berdoa untuk kebaikkan bersama...
BalasPadamBaguslah tu.. Banyakanlah beramal k :)
BalasPadamSemoga perkara baik seperti ni dijadikan amalan :)
BalasPadamSelamat berpuasa ya...