Satu juta bujang tak daftar BR1M
Ipoh 23/12/2012: Lebih sejuta individu bujang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 didapati masih belum mendaftar.
Serentak itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menggesa mereka yang belum mendaftar termasuk ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai penerima BR1M lalu, supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini.
“Kerajaan akan mula membuat pembayaran pada suku pertama tahun depan untuk mereka yang mendaftar sebelum akhir tahun ini.
“Justeru, kita menasihati mereka supaya mendaftar segera kerana jika lewat, mereka akan lewat menerima pembayaran,”