Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Isnin, Disember 24, 2012

SATU JUTA BUJANG TAK DAFTAR BR1M

Satu juta bujang tak daftar BR1M

Ipoh 23/12/2012: Lebih sejuta individu bujang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 didapati masih belum mendaftar.

Serentak itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menggesa mereka yang belum mendaftar termasuk ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai penerima BR1M lalu, supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember ini.

“Kerajaan akan mula membuat pembayaran pada suku pertama tahun depan untuk mereka yang mendaftar sebelum akhir tahun ini.

“Justeru, kita menasihati mereka supaya mendaftar segera kerana jika lewat, mereka akan lewat menerima pembayaran,”

Isnin, Oktober 01, 2012

LEBIH SEJUTA PELAJAR, PENGANGGUR LAYAK

Pelajar, penganggur layak

Kota Bharu 1/10/2012: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, b erkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

“Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini.

Sabtu, Februari 04, 2012

THE POWER OF BR1M

Kill the issues, kill Pakatan

In the 13th general election it will boil down to cash versus cow.

February 4, 2012: The moment the Barisan Nasional federal government succeeds in killing off all the issues brought up by the opposition Pakatan Rakyat, it will call for the 13th general glection.

Already, there is widespread rumour that Parliament will be dissolved this month as Pakatan’s last bastion of defence – the cattle saga – is now almost swept under the BN carpet altogether. Coupled with the RM500 cash aid to the low-income group, BN is now riding on a high due to the feel-good factor generated by BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

Rabu, Februari 01, 2012

CM WANTS SMOOTH DISTRIBUTION OF BR1M

Some forced to travel 100km for the RM500 aid

Keningau Feb 01, 2012: some villagers while grateful for the aid meant to help family heads with monthly income below RM3,000, said they are forced to travel far from home in order to redeem their vouchers.

Villagers in Kg Bariawa Ulu, Keningau, said it made no sense for the Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) to allocate different districts as their BR1M redeem centres.

BR1M FRAUD BID FOILED

BR1M fraud bid foiled

Kota Kinabalu Feb 01, 2012: The have been attempts by individuals to cash the RM500 BR1M aid through fraudulent means, Daily Express can reveal.

However, they had to leave empty-handed when the banks found that these vouchers did not conform to the guidelines.

Some recipients also questioned why they were required to wait for the money to be disbursed by the elected representatives, instead of by the District Office.

A branch officer of a bank confirmed she had come across fake vouchers and some even without the names written on the voucher since the vouchers were first distributed.

Isnin, Januari 23, 2012

JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT, AGIHKAN BAUCHER BR1M DENGAN SEGERA

Jangan Biar Penerima BR1M Tunggu Lama Ketika Majlis Penagihan - Musa Aman

image SANDAKAN, 23 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu agensi bertanggungjawab dalam pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia membuat persiapan rapi bagi mengelakkan orang ramai di negeri ini menunggu lama.

Sehubungan itu, beliau berkata agensi bertanggungjawab perlu membuat persiapan sebelum dan ketika majlis dilaksanakan dan wakil rakyat yang dijemput melakukan pengagihan itu, perlu hadir mengikut masa yang dijadualkan.

"Jangan biarkan rakyat menunggu kita kerana tugas kita adalah berkhidmat kepada rakyat dan itu amanah yang mereka berikan,"

Khamis, Januari 19, 2012

PELANCARAN PENYERAHAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) RM500.00 DAERAH RANAU

CTH BR1M

Pelancaran penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500.00 akan diadakan pada 20/01/2012 jam 8.00 pagi di Dewan Masyarakat, Ranau oleh YB. Datuk Siringan Gubat, Ahli Parlimen Ranau.

Isnin, Januari 16, 2012

BANTUAN RM500 BR1M IKLAS DARIPADA KERAJAAN BUKAN UNTUK MERAIH UNDI

Usah kait BR1M dengan pilihanraya

capture-20120116-103804 PENAMPANG Jan 16, 2012: Usah kaitkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan pilihanraya, tegas Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Donald Peter Mojuntin.

Katanya, kerajaan ikhlas dalam memberikan bantuan terbabit yang diberikan tanpa mengambilkira fahaman politik penerima.

“Ada pihak yang ‘pandang remeh’ kepada bantuan ini tapi kita tahu dan sedar, membantu orang miskin bukanlah perkara yang tidak bagus.

“Jangan fikir pasal ‘election’ (pilihanraya). Bantuan ini adalah ikhlas daripada kerajaan,

Ahad, Januari 15, 2012

PEMBAYARAN BR1M RM500 BERMULA HARI INI SEHINGGA 15 MAC 2012

Lebih 50 Peratus Penerima Awal BR1M Mula Terima Bayaran

IPOH, 15 Jan (Bernama) -- Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai Ahad.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb ini.

"Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan. Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar,"

Khamis, Januari 12, 2012

PENERIMAAN BORANG BR1M DI LANJUTKAN HINGGA 10 FEB

Kerajaan Lanjutkan Tempoh Penerimaan Borang BR1M Sehingga 10 Feb

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama satu bulan, sehingga 10 Februari depan.

LHDN YAKIN MENINGKATKAN PUNGUTAN CUKAI PENDAPATAN BERIKUTAN KEJAYAAN MENEROKAI SUMBER YANG TERSEMBUNYI

LHDN Yakin Dapat Tingkatkan Lagi Kutipan Cukai Pendapatan Menggunakan Strategi Lautan Biru

KUCHING, 12 Jan (Benama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin akan dapat meningkatkan lagi pungutan cukai pendapatan berikutan kejayaannya menerokai sumber yang tersembunyi menggunakan strategi lautan biru, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.

Katanya keyakinan itu adalah hasil kejayaan LHDN mencapai kejayaan mencatatkan pungutan sasaran cukai berjumlah RM109.09 bilion.

Menurutnya, LHDN kini dapat mengenal pasti urusan pencukaian, termasuk aktiviti yang tidak dilaporkan berdasarkan angka yang digunakan oleh Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan yang dikaitkan kepada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Rabu, Januari 11, 2012

RM500 BR1M VOUCHERS WILL BE DISBURSED IN STAGES AT CEREMONY STARTING NEXT MONDAY - DONALD

Donald Lim: Govt representatives to give out BR1M vouchers at ceremony

PETALING JAYA: Successful applicants of the RM500 1M People's Aid (BR1M) will be asked to attend a ceremony near their area to receive payment.

Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim said government representatives would hand over the vouchers which recipients could cash at a participating bank in the same area.

“The money will be disbursed in stages from Monday. We hope to give out the cash as soon as possible,”

Ahad, Januari 08, 2012

WANG BR1M BUKAN DUIT BANK DUNIA

Bayaran BR1M Bukan Dipinjam Bank Dunia:Najib

klo8_011208_tpm_mesyuarat RAWANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Perdana Menteri, yang menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman, menegaskan bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.

Rabu, Disember 28, 2011

JANGAN TOLAK REZEKI RM500 – NIK AZIZ

Nik Abdul Aziz Minta Rakyat Kelantan Jangan Tolak Bantuan RM500

imageBACHOK, 28 Dis (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan agar jangan menolak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

"Apa yang diumumkan oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) (bantuan) sebanyak RM500 itu, saya minta rakyat terima.

"Yang gantung (kain rentang) tu mengarut sahaja...nak bagi berapa pun ambil tapi bila mengundi, undi bulan," katanya sambil menafikan beliau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang yang tertera gambarnya dan kenyataan bahawa pemberian sebanyak RM500 itu adalah haram.

Sabtu, Disember 17, 2011

BORANG BR1M YANG DIFOTOSTAT DARIPADA BORANG ASAL BOLEH DIGUNAKAN - AHMAD HUSNI

Borang BR1M Yang Difotostat Daripada Borang Asal Boleh Digunakan - Ahmad Husni

IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,"

Khamis, Disember 15, 2011

WASPADA BORANG BR1M PALSU MINTA MAKLUMAT BANK!

image-------------------------------------------------

Waspada borang BR1M palsu minta pemohon isi maklumat perbankan

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ekoran terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang dikesan memalsukan borang itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, pemalsuan itu antara lain meminta pemohon mengisi maklumat perbankan seperti nama dan nombor akaun bank.

Isnin, Disember 12, 2011

MAKLUMAT TAMBAHAN: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

MAKLUMAT TAMBAHAN BR1M : SALINAN KAD PENGENALAN TANGGUNGAN (SAMA ADA SUAMI / ISTERI / ANAK) PERLU DIKEPILKAN BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES DAN MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) DARI PORTAL RASMI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Sabtu, Disember 10, 2011

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE | BORANG BR1M LHDN |Anda boleh download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online disini.

image DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) DARI PORTAL RASMI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Menurut laporan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 16/12/2011 hanya borang original sahaja akan diterima dan boleh diperolehi dari pejabat LHDN.