LHDN Yakin Dapat Tingkatkan Lagi Kutipan Cukai Pendapatan Menggunakan Strategi Lautan Biru
KUCHING, 12 Jan (Benama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin akan dapat meningkatkan lagi pungutan cukai pendapatan berikutan kejayaannya menerokai sumber yang tersembunyi menggunakan strategi lautan biru, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar.
Katanya keyakinan itu adalah hasil kejayaan LHDN mencapai kejayaan mencatatkan pungutan sasaran cukai berjumlah RM109.09 bilion.
Menurutnya, LHDN kini dapat mengenal pasti urusan pencukaian, termasuk aktiviti yang tidak dilaporkan berdasarkan angka yang digunakan oleh Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan yang dikaitkan kepada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Saya anggap RM109.09 billion yang disasarkan oleh kerajaan sebagai "sebahagian kecil sahaja yang tidak dilaporkan" walau pun keadaan ekonomi agak lembap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Percukaian Malaysia (APM) berharga RM140 juta di sini hari ini.
Kampus APM Kuching, yang mulai menerima peserta kursus dari seluruh Malaysia sejak April tahun lepas, menempatkan pusat latihan siasatan, pusat latihan undang-undang, cawangan siasatan Kuching dan makmal forensik.
Mohd Shukor berkata perkembangan ekonomi, termasuk kenaikan harga petroleum, telah menyumbang kepada 30 peratus sahaja kerana 70 peratus adalah dari segi motivasi dan strategi dalaman bagi mengenal pasti halangan dalam kerja harian.
Bagi Sarawak, beliau berkata LHDN telah memungut cukai berjumlah RM3.5 bilion pada tahun lepas dari pembayar cukai yang menggunakan alamat di negeri ini.
Namum pembayar cukai, seperti syarikat multinasional, yang beroperasi di Sarawak tetapi beribu pejabat di Kuala Lumpur akan ditunjukkan di sana untuk tujuan pungutan, katanya.
Mengenai permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya LHDN, sebagai pelaksana untuk mendaftar pendaftaran, belum dapat arahan dari Kementerian Kewangan sama ada ia akan dilanjutkan dari tarikh tutup pada Selesa lepas, khasnya di kawasan pendalaman.
Setakat ini seramai empat juta pemohonan telah diterima, katanya.
Hope that the LHDN will continue to bring in more taxes for the country.
BalasPadamDon't let anyone get away from their responsibility for the country.
BalasPadamTiada yang terkecuali daripada membayar cukai jika mereka layak terutamanya mereka yang enggan isytiharkan harta mereka yang sebenar.
BalasPadamMay from these taxpayers money, it will give something beneficial to the people in return. Depends with the wise government administration.
BalasPadamrupanya ada juga pula mereka yang digelar sebagai pembayar cukai tegar. jadi, kepada mereka2 yang berkenaan janganlah tunggu sampai kertas sisatan dibuka untuk cukai2 yang tertunggak.
BalasPadambagi mereka yang layak untuk menbayar cukai, mereka harus membayarnya. ini tanggungjawab mereka.
BalasPadamJangan lari dari bayar cukai
BalasPadamharap tu duit cukai digunakan sebaik mungkin untuk membangunkan Sabah.
BalasPadamtunaikan tanggungjwab sebagai pembayar cukai.
BalasPadamhasil cukai akan digunakan untuk membangunkan negara. sebab itulah cukai perlu dibayar.
BalasPadamPastikan orang yang benar-benar layak membayar cukai perlu dipastikan.
BalasPadamjangan terlalu gairah memungut cukai sehingga tidak sedar ada pihak yang semakin terjejas kesan daripada pengenalan pelbagai cukai di negara ini..
BalasPadam