Isnin, Januari 16, 2012

BANTUAN RM500 BR1M IKLAS DARIPADA KERAJAAN BUKAN UNTUK MERAIH UNDI

Usah kait BR1M dengan pilihanraya

capture-20120116-103804 PENAMPANG Jan 16, 2012: Usah kaitkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan pilihanraya, tegas Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Donald Peter Mojuntin.

Katanya, kerajaan ikhlas dalam memberikan bantuan terbabit yang diberikan tanpa mengambilkira fahaman politik penerima.

“Ada pihak yang ‘pandang remeh’ kepada bantuan ini tapi kita tahu dan sedar, membantu orang miskin bukanlah perkara yang tidak bagus.

“Jangan fikir pasal ‘election’ (pilihanraya). Bantuan ini adalah ikhlas daripada kerajaan,

bukan kerana pilihanraya sebab (tarikh) pilihanraya belum pasti…mungkin esok, mungkin tahun depan,” katanya di Pelancaran Penyampaian BR1M di Buhavan Square, di sini, kelmarin.

Seramai 100 penerima awal BR1M mendapat baucer bernilai RM500 yang kemudiannya boleh ditukar kepada wang tunai di kaunter CIMB yang dibuka di lokasi penyerahan baucer.

Jelas Donald, bantuan itu adalah usaha kerajaan untuk melaksana janji mereka kepada rakyat seperti mana yang dibuat melalui pemberian Baucer Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan Rumah Mesra Rakyat.

“BR1M adalah salah satu daripada pelbagai program kerajaan untuk kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Keadaan itu, katanya, dijelaskan melalui syarat pemberian BR1M yang memfokuskan warganegara berpendapatan RM3,000 ke bawah, Ketua Isi Rumah (KIR) yang terpaksa menyara keluarga dan warga emas yang tinggal seorang diri.

“Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2.6 billion untuk 5.2 juta penerima BR1M di seluruh negara bagi meringankan beban rakyat.

“Kerajaan sedar seluruh dunia berhadapan cabaran ekonomi dan Malaysia tidak terkecuali. Tetapi ekonomi kita yang kukuh kesan keamanan negara membolehkan kerajaan terus membantu rakyat,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog.

Dalam pada itu, Donald menyeru rakyat agar terus bersatu-padu dan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan perpaduan sekali gus memberi kesan kepada ekonomi.

“Semua pihak harus main peranan untuk membantu membangunkan negara agar Malaysia terus jadi negara yang stabil dari aspek sosial dan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata B1RM yang selebihnya akan diagihkan secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat terpaksa menunggu lama.

19 ulasan:

  1. Ooo ba. Mai toko no kopio Kinabalu, SABAH POGUN TOKOU mantad pogulu, baino om sogigisom, kaa di AKI ingkakat no hino'd lapap no, kada do mindok tindok, kotompisal ko moti.

    BalasPadam
  2. It is the government's responsibility to help the people in need, BR1M is one of the efforts from the government to reduce the people's burden.

    BalasPadam
  3. The people deserves to get the BR1M but that does not mean their votes are bought. It is all up to the people how they cast their votes.

    BalasPadam
  4. rakyat sepatutnya berterima kasih dengan kerajaan. walaupun hanya bantuan one off tapi bagi yang miskin bantuan ini sangat bermakna.

    BalasPadam
  5. ini kenyataan dari pihak pembangkang. tidak hairan sebab mereka memang suka mengambil peluang untuk menjatuhkan kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi pembangkang semua yang kerajaan buat salah. termasuk bantuan yang dberikan. pembangkang mmg suka memburukkan kerajaan. perkara baik seharusnya disokong.

      Padam
  6. A good effort by the government to aid those who GENUINELY needed this aid. Small to most of us, yet for them is a significant amount

    BalasPadam
  7. Perhaps the handing out of BR1M and the election fever just so happened to be in the same time frame. Perhaps its just a coincidence. Its just view from an optimist eye of the world.

    BalasPadam
  8. ktia seharusnya menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

    BalasPadam
  9. Harus sentiasa berfikiran positif. Usaha kerajaan ini terang-terangan memberi kebaikkan kepada rakyat.

    BalasPadam
  10. Semua usaha dan pelan yang telah dibuat memberi manfaat dan kebaikkan kepada kita. Tapi bila cara pengrusan itu tidak menepati segala yang dikehendaki itu yang membuatkan sesuatu pelan dan usaha itu tidak mencapai 100% kecermerlangan.

    BalasPadam
  11. Usaha kerajaan untuk membantu rakyat harus diterima dengan senang hati. putar belit pembangkang tidak payah peduli.

    BalasPadam
  12. Itulah yang sebenarnya. bantuan ini ikhlas dari kerajaan sendiri untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

    BalasPadam
  13. Itu cuma mainan politik pembangkang yang risau jika rakyat akan terus menyokong kerajaan yang ada sekarang ini. Tambahan lagi kerajaan telah banyak membantu rakyat dengan pelbagai bantuan ikhlas.

    BalasPadam
  14. Why want to speculate the BR1M?? Just accept it. Your vote is still in your hand. Besides, it's government's duty to help the poor people.

    BalasPadam
  15. pihak yang memandang remeh dan menimbulkan spekulasi negatif terhadap bantuan ini sebenarnya berada dalam keadaan terdesak ekoran kedudukan mereka semakin tergugat apabila melihat rakyat menyokong penuh bantuan kerajaan ini..

    BalasPadam
  16. sebelum rakyat terpengaruh dengan spekulasi pihak pembangkang, lihat dulu apa yang mereka telah janjikan kepada rakyat ketika PRU 2008.. mereka juga pernah menjanjikan bantuan yang sama iaitu berupa bantuan kewangan kepada yang layak jika mereka berjaya membentuk kerajaan..

    BalasPadam
  17. Betul, jika sesiapa yang menerima bantuan itu, masih mempunyai hak untuk memilih mana2 parti yang akan bertanding dalam PRU nanti.

    BalasPadam
  18. Rakyat seharusnya bersyukur dengan apa yang sedang kerajaan lakukan kerana semuanya adalah untuk kebaikkan rakyat juga.

    BalasPadam