Isnin, Oktober 24, 2011

IMPAK MAKSIMA KEBANJIRAN PATI DI SABAH

IMPAK MAKSIMA KEBANJIRAN PATI DI SABAH

Oleh : SITI SALASIAH BINTI SALAMUN

ISU PENDATANG asing di Sabah bukan isu yang baru. Isu ini sudah berlanjutan berdekad lamanya. Walaupun dianggap isu yang lapuk, namun saban hari ia tetap mencuri tumpuan semua pihak kerana pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing ini keluar di corong radio dan media massa.

Kes pecah rumah, mencuri, merompak dan penyeludupan dadah dan rokok, semuanya melibatkan pendatang asing dan hal ini amat membimbangkan penduduk tempatan.

Kebanjiran pendatang asing ke negeri ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun, faktor paling dominan adalah mencari pekerjaan yang baik lantaran persaingan yang terlalu sengit untuk mencari pekerjaan di negara asal mereka.

Di Indonesia misalnya, kepadatan penduduk yang tinggi amat menuntut penduduknya untuk bersaing mendapatkan pekerjaan. Apabila lambakan penduduk terjadi, imigrasi ke negara lain akan berlaku. Pendatang asing ini akan menggunakan apa jua cara untuk memasuki negara lain terutamanya negara jiran kerana pintu sempadan yang dekat dan mudah untuk dimasuki sama ada secara sah ataupun tidak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, dalam kenyataan medianya pada 29 April 2011, berkata, keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dan bersempadan dengan pantai yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran.

Hal ini memberikan impak yang besar kepada isu pendatang ini, apatah lagi bancian pada 2010 menunjukkan bahawa seramai lebih 800,000 orang penduduk di negeri ini adalah pendatang asing. Tidak mustahil angka ini akan terus meningkat pada tahun ini. Hal ini amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian yang khusus.

Pelbagai masalah sosial yang dicetuskan oleh pendatang asing ini, sama ada mereka datang daripada Indonesia, Filipina, India, Pakistan ataupun negara lain dan sama ada mereka datang secara sah ataupun tidak.

Statistik Jabatan Penjara Sabah yang dikeluarkan pada Oktober tahun ini menunjukkan bahawa jumlah warga asing yang ramai menyebabkan kesesakan di tiga penjara utama di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Secara keseluruhannya sebanyak 60% penghuni penjara ini adalah warga asing dan 40% adalah penduduk tempatan. Warga asing ini ditahan atas pelbagai tuduhan seperti jenayah dan dadah serta kesalahan imigresen.

Selain itu, penyeludupan rokok ke negeri ini juga didalangi oleh pendatang asing. Sama ada mereka menyeludup masuk dari Tawau atau kawasan pantai timur Sabah.

Kebanyakan pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang melakukan kegiatan penyuludupan dan penjualan rokok haram ini di Sabah. Di Sandakan misalnya, mereka menjual rokok ini secara terbuka di kawasan stesen bas. Tambah menghairankan apabila mereka ini menjual rokok tersebut tanpa halangan dan sekatan dari pihak berkuasa seperti pihak Kastam dan polis.

Manakala di Kota Kinabalu juga tidak terkecuali. Di kawasan seperti di Jalan Sinsuran Kota Kinabalu, merupakan ‘hot spot’ untuk menjual rokok seludup ini dan dijual pada harga yang sangat murah.

Jika penjualan rokok ini boleh dilakukan secara terbuka, tidak mustahil jika penjualan dadah turut dilakukan oleh pendatang asing ini.

Isu penjualan arak secara haram di kawasan petempatan penduduk juga suatu fenomena yang semakin membarah dan perlu ditangani segera. Di Tuaran misalnya, penjualan arak secara haram ini dilakukan oleh pendatang asing yang mempunyai MyKad.

Kes pembunuhan yang melibatkan pendatang asing ini turut mengancam keselamatan penduduk tempatan. Seperti kes yang berlaku pada Mei tahun ini di Kota Kinabalu, yang melibatkan kematian seorang pemandu van yang dibunuh oleh perompak yang dipercayai pendatang asing dari Filipina.

Perompak ini terlebih dahulu merompak kedai emas si mati sebelum membunuhnya dengan cara menembaknya sehingga mati. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa pendatang asing ini sangat berbahaya kerana mereka turut memiliki senjata api dan terdapat juga antara mereka yang memiliki senjata tajam seperti parang dan pisau ‘Rambo’.

Gangguan seksual terhadap penduduk tempatan oleh pendatang asing ini turut menimbulkan ketakutan yang berpanjangan, terutamanya kepada golongan wanita. Pendatang asing ini tanpa rasa takut mengganggu penduduk dan kadang kala sehingga mencabul dan meraba. Hal ini terjadi di dalam pengangkutan awam, di tempat awam dan di dalam lif serta di kawasan-kawasan perumahan.

Kebanjiran pendatang asing ini juga turut menyebabkan pertambahan kawasan setinggan di negeri ini terutamanya di kawasan bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Di Sandakan misalnya, kawasan tumpuan untuk mendirikan perumahan setinggan adalah di kawasan perindustrian seperti di kawasan Batu Sapi dan di sekitar Batu 2 dan Jalan Buli Sim-Sim.

Rentetan daripada masalah setinggan ini, ia turut menyebabkan masalah lain timbul di kawasan petempatan itu seperti pergaduhan, penyeludupan dadah dan rokok, pembunuhan dan kecurian.

‘Pembiakan’ masalah sosial ini amat membimbangkan, tambahan pula budaya lain yang dibawa oleh pendatang asing ini seperti melepak, berjudi dan sebagainya juga semakin meresap dan menular di kalangan penduduk tempatan, terutamanya remaja.

Persaingan sengit penduduk tempatan dengan pendatang asing dalam bidang pekerjaan seharusnya turut dipandang serius oleh kerajaan negeri. Di Sandakan misalnya, sebuah kilang pengeluar papan lapis yang beroperasi di Batu Sapi telah membuang pekerja yang terdiri daripada penduduk tempatan dan mengupah pekerja asing yang didakwa lebih murah kadar gajinya.

Dalam sektor perkapalan pula, seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Laut Sabah, Abdul Aziz Mahamud pada November tahun lalu, 90% pekerja dalam bidang tersebut adalah terdiri daripada pekerja asing.

Statistik yang dikeluarkan pada November tahun lalu oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah merekodkan lebih daripada 15,000 belia di Sabah tidak mempunyai pekerjaan. Semua ini berlaku kerana penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Tambahan pula, jika warga asing ini diberikan upah yang lebih rendah, sudah tentu pihak majikan memilih mereka kerana ia membantu mengurangkan perbelanjaan untuk membayar upah pekerja.

Berikutan daripada situasi tersebut, tidak hairanlah apabila ramai daripada anak tempatan yang berhijrah ke negeri lain di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan, lantaran taraf hidup yang semakin menuntut untuk mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Penduduk di negeri ini sudah muak dengan pelbagai janji yang ditawarkan oleh kerjaan negeri yang berkali-kali berjanji akan menyelesaikan isu ini, namun ia ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak ada pun kesungguhan yang diperlihatkan dan jauh sekali untuk meihat hasilnya.

Pihak kerajaan negeri seharusnya bersungguh-sungguh dalam menangani masalah pendatang asing ini. Bekerjasama dengan kerajaan persekutuan juga merupakan langkah yang bijak kerana di negeri lain di Semenanjung Malaysia turut dibanjiri oleh pendatang asing dan kebanyakannya membawa masalah yang serupa.

Penubuhan suruhanjaya, Ops PATI, Makmal Pengurusan Pekerja Asing dan polisi pengurangan pekerja asing di pelbagai sektor seharusnya dapat menyelesaikan isu ini.

Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat negeri ini sangat berbesar hati sekiranya dapat ditempatkan di pelbagai sektor untuk mengisi kekosongan yang ada. Janganlah sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

62 ulasan:

  1. Kebanjiran warga asing di Sabah sememangnya satu isu yang critikal, kedatangan mereka juga membawa impak yang negatif kepada negeri kita.

    BalasPadam
  2. Diharapkan pemimpin kita akan berusaha menangani masalah warga asing ini sebelum Sabah menjadi Little Indonesia ataupun Little Philippine.

    BalasPadam
  3. "Kes pecah rumah, mencuri, merompak dan penyeludupan dadah dan rokok, semuanya melibatkan pendatang asing dan hal ini amat membimbangkan penduduk tempatan."

    Jika pihak berkuasa gagal mengambil tindakan terhadap golongan PATI ini, dijangka keadaan akan menjadi lebih kritikal dan di luar kawalan. Ketenangan dan ketenteraman di Sabah terugat dengan tambahan PATI di sini.

    BalasPadam
  4. "Hal ini memberikan impak yang besar kepada isu pendatang ini, apatah lagi bancian pada 2010 menunjukkan bahawa seramai lebih 800,000 orang penduduk di negeri ini adalah pendatang asing. Tidak mustahil angka ini akan terus meningkat pada tahun ini."

    Tidak lama dari sekarang, Sabah akan kehilangan identitinya. Jumlah PATI akan bermaharaja di sini, merampas dan mengambil alih kuasa.

    BalasPadam
  5. Apakah tindakan yang telah diambil selepas pertubuhan ahli jawatan kuasa KM? Adakah team ini gagal juga menyelesaikan masalah PATI? Apakah rancangan dan tindakan yang akan diambil?

    BalasPadam
  6. "Isu penjualan arak secara haram di kawasan petempatan penduduk juga suatu fenomena yang semakin membarah dan perlu ditangani segera. Di Tuaran misalnya, penjualan arak secara haram ini dilakukan oleh pendatang asing yang mempunyai MyKad."

    Terbukti aktiviti haram akan merebak dan menyebabkan generaasi muda terbabit dengan aktiviti haram secara tidak langsung. Jika kumpulan PATI khas II pemegang MyKad tidak dikawal dan diambil tindakan keras, keadaan akan menjadi lebih tegang. Yang merisikokan cuma rakyat di Sabah.

    BalasPadam
  7. Ini lah akibat pihak yang tamakkan kuasa dengan pengambilan PATI di Sabah. The government put the people of Sabah in high risks.

    BalasPadam
  8. Isu PATI ni sangat mengecewakan. Sudah sekian lama berlanjutan tapi tidak pernah berakhir. Lihat saja sekitar KK pun sudah tahu dan kenal yang mana orang Sabah dan yang mana pendatang.

    BalasPadam
  9. Jumlah PATI yang ramai menyebabkan pekerjaan berkurang untuk rakyat tempatan. Untuk jangka masa yang panjang apa akan terjadi dengan muda mudi tempatan.

    BalasPadam
  10. kerajaan perlu menghadkan pengambilan pekerja asing. Pekerja asing yang diambil harus mengikut keperlu sektor2 dan pengagihan kepada serata negeri di M'sia. Ini untuk mengelakan Sabah dibanjiri warga asing. Tindakan tegas dan agresif harus/perlu kepada mereka yang datang tanpa dokumen perjalanan yang sah.

    BalasPadam
  11. Persaingan demi persaingan untuk hidup akan menyebabkan gejala2 sosial bertambah. Harap isu ni diselesaikan.

    BalasPadam
  12. kebanjiran pati memberikan pelbagai kesan dan masalah seperti masalah setinggan,banyak kes pergaduhan dan sebagainya...

    BalasPadam
  13. harap usaha untuk mengatasi masalah ini akan dilakukan berterusan agar masalah pati ini tidak terus berlarutan.

    BalasPadam
  14. betul kata walai, perlu menghad kn kemasukan pekerja asing di Sabah...dan ambik tindakan yg tegas terhadap mereka yg memasuki Sabah tanpa apa2 dokumen...

    BalasPadam
  15. walaupun kerajaan Indonesia telah membuka ladang sawit secara besar2an, malah pengeluaran mereka lebih banyak berbanding dengan Malaysia, pekerja2 ladang yang terdiri dari warga mereka di negara ini masih enggan balik ke negara mereka. kenapa hal ini berlaku? malah ada yang sanggup tinggal di penjara daripada dihantar balik ke negara asal..

    BalasPadam
  16. pendatang asing byk mendatang masalah kepada kita, byk aktiviti haram mereka lakukan hngga mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

    BalasPadam
  17. ada yang sudah terlalu lama menetap di negara ini sehingga membuatkan mereka begitu selesa berada di negara ini berbanding dengan negara sendiri.. sudah tiba masanya kerajaan negeri dan persekutuan mengambil pendekatan aggresif bagi menyelesaikan masalah kebanjiran PATI ini sebelum jumlah mereka benar2 mengatasi penduduk tempatan..

    BalasPadam
  18. byk aktiviti jenayah seperti, pembunuhan, dadah, setinggan, rogol dan lain2 dilakukan oleh PATI. tanpa mereka pasti negara ini akan aman.

    BalasPadam
  19. bilangan mereka kini pun makin meningkat, kita kena bertindak untuk selesaikan kebanjiran mereka. jgn biarkan mereka terus bermaharajalela di kawasan kita.

    BalasPadam
  20. saya yakin kerajaan tidak duduk diam dan sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini, namun jika pihak lain tidak bekerjasama terutamanya kumpulan majikan, masalah ini pasti sukar untuk diselesaikan.. kadangkala rakyat tempatan juga berpotensi menjadi penggalak kepada PATI ini untuk terus menceroboh masuk ke negeri ini.. so, sama2lah bekerjasama..

    BalasPadam
  21. saya harap kerajaan dapat menguatkuasakan cadangan sebelum ini yang mana setiap pekerja asing tidak dibenarkan membawa tanggungan mereka ke negara ini, serta menghadkan jumlah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini.. selain itu, selesaikan juga masalah kelemahan kawalan sempadan samada pintu depan mahupun pintu belakang..

    BalasPadam
  22. Keadaan Sarawak juga berbukit-bukau tapi jarang ada PATI sana. Walau apa pun alasan yang diberikan, jangan jadikannya sebagai halangan untuk teruk melindungi Sabah daripada kebanjiran PATI.

    BalasPadam
  23. Mungkin agak terlambat sudah untuk mengatasi kebanjiran PATI di Sabah kerana populasi mereka saja sudah kira2 1/3 daripada rakyat tempatan. Masalah ini patut ditangani dari awal2 sebelum ia menjadi kronik. Memang satu keajaiban kalau masalah PATI ini dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  24. Daripada pemimpin hinggalah rakyat, semua perlu menggembleng tenaga bagi mengelakkan PATI ini terus-terusan membanjiri Sabah. Jangan bagi muka lagi sama mereka.

    BalasPadam
  25. Even the authorities seem have no power to control them. The PATI are sort of like 'terrorist' in Sabah.

    BalasPadam
  26. What happen to Sabah now? PATI = Terrorist? Is our government incapable to resolve and control them now?

    BalasPadam
  27. Ini berkemungkinan akibat golongan yang gilakan kuasa dan mengabaikan ketenteraman negeri yang sedia ada. Gagal mengambil tindakan terhadap PATI ini, susah nak bayangkan jika golongan ini bertindak keras.

    BalasPadam
  28. This is one of the bigger mistake that our government ever did to bring in tones of PATI to Sabah. How now? What is the solution?

    BalasPadam
  29. Golongan PATi harus dipantau selalu. Tindakan keras harus diambil terhadap PATI yang menjalankan aktiviti haram dan penjenayah.

    BalasPadam
  30. Where is CM committee? Where is UBF & SAPP? They voice up loudly to resolve PATI issues, what is their plan?

    BalasPadam
  31. memang sangat berbeza antara Sabah dan Sarawak. kalau di KK PATI boleh nampak berkeliaran di mana2 tapi kalau pergi bandar Kuching nampak tiada pun warga asing. mungkin penguatkuasaan di sana lebih baik daripada di Sabah.

    BalasPadam
  32. di Tuaran penjualan rokok seludup terang-terangan dijalankan oleh warga asing tapi nampaknya tiada pun tangkapan dibuat. sudah bertahun2 tapi takkan pihak penguatkuasa tidak dapat mengecam muka mereka untuk buat tangkapan.

    BalasPadam
  33. PATI/warga asing ni tidak boleh juga disalahkan 100% sebab penduduk tempatan sendiri ada yang bersubahat malah lebih memilih pekerja asing daripada pekerja tempatan.

    BalasPadam
  34. mungkin disebabkan wujudnya Projek IC di Sabah telah memberikan kesan yang amat besar kepada kebanjiran PATI di Sabah sekarang ini.

    BalasPadam
  35. pendatang asing ini memburukkn nama Sabah sahaja... harap jawatankuasa yg ditubuhkan dapat mencari jalan penyelesaian..

    BalasPadam
  36. Susahnya nak menyelesaikan masalah ni...tak dapat habislah.

    BalasPadam
  37. Projek IC bah yang telah "membantu" meningkatkan PATI....derita hidup orang sabah.

    BalasPadam
  38. Mereka tak rasa malu manakala telah memalukan kita semua. Tolonglah meninggalkan kita.

    BalasPadam
  39. There's no particular way to solve this, it's impossible to get each of them out of here.

    BalasPadam
  40. they are breeding like damn rabbit and they are not ashamed...s*t.

    BalasPadam
  41. This issue has been around for a very long time already. Just send those illegal immigrants back to their country. I mean those who has no working permit in Sabah.

    BalasPadam
  42. Sabah would had been a better place if there were no illegal immigrants.

    BalasPadam
  43. Isu PATI memang telah sekian lama berlanjutan tetapi jika pihak penguakuasa bertindak 'lembut' terhadap mereka nescaya masalah ini tidak akan ada penyelesaiannya dan Sabah tetap akan dibanjiri oleh PATI untuk selama-lamanya

    BalasPadam
  44. masalah rumah setinggan juga haruslah diatasi oleh pihak kerajaan kerana jika tidak pasti PATI tidak akan berganjak dan kemungkinan akan 'membiak' lebih cepat lagi

    BalasPadam
  45. harap ada tindakan/usaha dilakukan oleh pihak jawatankuasa yang ditubuhkan oleh KM berapa bulan yang lalu mengenai isu PATI/PATAI ini

    BalasPadam
  46. memang tidak dinafikan bahawa penyeludupan rokok ke negeri ini juga didalangi oleh pendatang asing. harap kerajaan dapat mencari jalan untuk membenteras kegiatan ini dengan lebih berkesan lagi

    BalasPadam
  47. impak maksima kebanjiran PATI di Sabah semaikn membimbangkan rakyat, jika tiada kawalan yang ketat oleh kerajaan, nescaya Sabah akan 'ditakluki' oleh PATI dalam masa terdekat....

    BalasPadam
  48. Isu ini takkan lapuk selagi jalan penyelesaian belum ditemukan. huhu

    BalasPadam
  49. Semakin lama hal ini berpanjangan semakin tinggi kemungkinan Sabah akan dilanda virus 'PATI'.

    BalasPadam
  50. Saya yakin hal ini pasti mempunyai jalan terbaik utk diselesaikan. Musathil juga kalau usaha dibuat tapi masih juga tak selesai.. huhu

    BalasPadam
  51. Sekarang ini semua pihak harus bekerjasama dan mainkan peranan masing-masing. Jangan asyik mengharap nanti takda hasil pula:P

    BalasPadam
  52. Semoga hal ini dapat diselesaikan segera sebelun orang tempatan jadi 'PATI' di bumi sendiri.

    BalasPadam
  53. Memang PATI membawa pelbagai masalah kenapa Sabah.

    BalasPadam
  54. Masalah PATI adalah masalah yang berdekad lamanya. Sehingga sekarang PATI ini masih belum ada jalan penyelesaian. Kerajaan pun seperti tidak begitu serius menangani isu ini.

    BalasPadam
  55. RCI disuarakan untuk ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi sehingga sekarang kerajaan Persekutuan berdalih untuk tidak menubuhkan RCI bagi menangani masalah ini. Sampai bila??

    BalasPadam
  56. Kehadiran PATI ini telah membuat penduduk tempatan sendiri hidup dalam ketakutan. Keamanan untuk mereka terancam kerana kehadiran PATI yang membimbangkan ini. Banyak isu jenayah yang berkaitan dengan PATI.

    BalasPadam
  57. harapan rakyat Sabah ialah pada masa akan datang, negeri Sabah bersih daripada PATI ini..isu jenayah yg membabitkan PATI ini semakin membimbangkan..kita harap jawatankuasa yg ditubuhkan dapat cari jalan penyelesaian...

    BalasPadam
  58. Kebanjiran PTI di Sabah sememangnya menyakitkan mata.

    BalasPadam
  59. Blaming the authorities won't solve the problem.

    BalasPadam
  60. It's like this matter won't be solved forever. Pathetic.

    BalasPadam
  61. Usaha memang ada cuma ada segelintir pihak yang hanya mengambil kesempatan.

    BalasPadam