Isnin, Januari 23, 2012

JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT, AGIHKAN BAUCHER BR1M DENGAN SEGERA

Jangan Biar Penerima BR1M Tunggu Lama Ketika Majlis Penagihan - Musa Aman

image SANDAKAN, 23 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu agensi bertanggungjawab dalam pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia membuat persiapan rapi bagi mengelakkan orang ramai di negeri ini menunggu lama.

Sehubungan itu, beliau berkata agensi bertanggungjawab perlu membuat persiapan sebelum dan ketika majlis dilaksanakan dan wakil rakyat yang dijemput melakukan pengagihan itu, perlu hadir mengikut masa yang dijadualkan.

"Jangan biarkan rakyat menunggu kita kerana tugas kita adalah berkhidmat kepada rakyat dan itu amanah yang mereka berikan,"

katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti MCA di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai adanya rungutan rakyat tentang kecekapan dan mekanisme pengagihan BR1M di negeri ini.

Musa berkata biarpun beliau berpuas hati dengan pengagihan BR1M yang berjalan lancar tetapi masih ada tempat menghadapi masalah sehngga menyebabkan penerima menunggu lama ketika majlis pengagihan.

Menurutnya bagi mengelakkan masalah itu, agensi terbabit perlu mengikut garis panduan yang diberikan dan wakil rakyat serta pemimpin tempatan memberikan kerjasama.

"Saya akan memantau pengagihan BR1M di negeri ini supaya ia berjalan lebih lancar dan tidak menyusahkan rakyat," kata Musa.

2 ulasan: