Ahad, Januari 15, 2012

PEMBAYARAN BR1M RM500 BERMULA HARI INI SEHINGGA 15 MAC 2012

Lebih 50 Peratus Penerima Awal BR1M Mula Terima Bayaran

IPOH, 15 Jan (Bernama) -- Lebih 50 peratus daripada 4.1 juta borang pemohon skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima dari seluruh negara, mula menikmati pembayaran bantuan tersebut dalam bentuk baucar tunai Ahad.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pembayaran dibuat kepada kumpulan pertama ini walaupun tempoh permohonan skim itu dilanjutkan lagi sehingga 10 Feb ini.

"Kita masih lagi buka pendaftaran sehingga Februari depan. Ini kerana dalam mesyuarat kita bersama-sama timbalan menteri, setiausaha politik, anggota parlimen, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah, mereka menyatakan masih terdapat individu yang layak belum mendaftar,"

katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar tunai BR1M kepada 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun di sini.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata bagi negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai Ahad.

Konsep BR1M adalah berdasarkan kelayakan, di mana mereka yang layak akan menerima bantuan itu, jadi pihaknya melanjutkan lagi tempoh pendaftaran untuk bantuan berkenaan bagi memberi lebih masa kepada mereka yang layak untuk memohon, katanya.

Beliau berkata

  • tempoh pembayaran skim BR1M akan dilaksanakan selama dua bulan mulai hari ini hingga 15 Mac, bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tidak ada pemohon yang layak menerimanya tercicir.
  • Semua penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk baucar tunai RM500 dan mereka boleh menunaikan baucar itu di kaunter-kaunter bank Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank yang ditempatkan pada majlis penyerahan.
  • Selain itu baucar tunai yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April depan juga boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank tersebut di seluruh negara.

Ahmad Husni berkata dalam pembangunan ekonomi negara, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua rakyat menikmati pembangunan itu.

15 ulasan:

  1. Hope that the cash vouchers for the BR1M applicants will be distributed systematically.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Other than depending solely on these governmental aids, the people especially the hardcore poor should also work hard to better themselves and improve their own quality of life.

    BalasPadam
    Balasan
    1. True. We can't depend on the govt all the time.

      Padam
  3. Hope more hardcore poor people will be able to apply and receive BR1M.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..maybe there are still more hardcore people in rural area who didn't apply for this aids because of information problem.

      Padam
    2. They should make good use this financial aid.

      Padam
    3. cherish: then perhaps efforts should be double to reach out to these groups.

      Padam
  4. harap2 tiada masalah yang berlaku bila menunaikan baucar tersebut di kaunter2 bank yang berkenaan. risau juga BR1M ni nanti ada gejala2 ketirisan atau penyelewengan.

    BalasPadam
  5. semoga semua yang memohon layak mendapat bantuan. dan semoga tiada masalah tmbul semasa mendapatkan bayaran.

    BalasPadam
  6. ini pastinya menjadi berita baik kepada penerima BR1M.

    BalasPadam
  7. semoga semua proses penyerahan bantuan akan berjalan dengan baik.

    BalasPadam
  8. Sesiapa yang masih belum memohon dan layak seharusnya menggunakan peluang ni untuk memohon.


    Bah Sabah Bah

    BalasPadam
  9. Diharap bantuan tu dapat membantu mereka yang memerlukan. Tapi perlu dipantau agar bantuan tu terus sampai ke pemohon.

    BalasPadam
  10. Semoga pembanyaran ini sampai kepada orang yang menerimannya.

    BalasPadam
  11. pastikan tidak ada pemohon yang layak menerima bantuan ini tercirir.. dan saya harap kumpulan kedua yang bakal menerima bantuan ini tidak menunggu terlalu lama..

    BalasPadam