Bayaran BR1M Bukan Dipinjam Bank Dunia:Najib
RAWANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.
Perdana Menteri, yang menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman, menegaskan bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.
Beliau berkata Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.
Najib berkata kali terakhir kerajaan membuat pinjaman daripada Bank Dunia ialah pada 1998 iaitu sebanyak US$400 juta dan tiada lagi pinjaman dibuat selepas itu.
"(Dakwaan pinjaman) yang terbaru ialah di mana kerajaan terpaksa meminjam daripada Bank Dunia untuk pembayaran BR1M.
"Ini jelas tuduhan itu tidak benar sama sekali dan satu lagi dakwaan dalam bentuk pembohongan parti pembangkang," katanya semasa melancarkan Komuniti 1Malaysia di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Jumaat.
Menerusi program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas, bantuan kewangan RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.
Najib berkata walaupun kerajaan mengadakan program BR1M, defisit negara tidak meningkat malahan berkurangan.Beliau berkata pembangkang juga cuba mencetuskan kontroversi dan memberi gambaran negatif kepada program kerajaan yang berjaya.
"Tunjuk bukti, kalau tak ada bukti jangan cakap saja. Kita tidak gentar. Kita tidak takut kerana kita berdiri di atas kebenaran," katanya.
Membandingkan ekonomi negara dengan beberapa negara Eropah, Perdana Menteri berkata gaji kakitangan awam mereka dipotong sedangkan penjawat awam negara ini dinaikkan gaji di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Selain itu, kata Najib terdapat juga peruntukan mereka seperti dalam sektor pendidikan, pembangunan dan sebagainya yang dikurangkan tetapi di Malaysia ia dikekalkan malah kerajaan juga sanggup memberikan peruntukan tambahan demi rakyat.
-----------
It's good to know that the funds are not from the World Bank, no point of owing more money from the World Bank for this purpose.
BalasPadamHope that the BR1M will be able to help the needy to reduce their burdens.
BalasPadamDefinitely a sigh of relief.
BalasPadamHopefully this year 2012 will take our nation to a greater level of economic prosperity.
BalasPadamtuduhan yang dibuat adalah tidak bertanggungjawab.
BalasPadampenjelasan sudah pun diberikan. semoga semua yang layak akan menerima BR1M ini.
BalasPadamWell, some people/party like to speculate things in order to make the govt's image looks bad.
BalasPadamMembandingkan negara ini dengan negara lain di dunia bukanlah satu penanda aras yang boleh diterima bulat2 kerana keadaan di sini dengan negara luar berlainan.
BalasPadamtuduhan ini tidak berasas, bukti pun tak ada.
BalasPadamtuduhan ini pasti bertujuan untuk memburukkan kerajaan.
BalasPadamJangan asyik membuat kenyataan sebegini dan perlulah dibuang dari fikiran pembangkang.
BalasPadamKalau sudah tidak tahu mahu buat apa tidak perlulah berkata yang bukan-bukan. Pembangkang cuma menarik perhatian dari pembaca. Tapi pembaca tidak secetek ilmu dengan kenyataan yang diberikan.
BalasPadamrakyat semakin tertarik dengan bantuan2 yang disalurkan kerajaan.. mungkin inilah yang membuatkan pembangkang semakin hilang sokongan dan mula memburuk2kan setiap bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat..
BalasPadambagaimana pula dengan dakwaan kononnya Pakatan dan penganjur Bersih mendapat bantuan kewangan dari luar untuk menganjurkan demo di negara ini?? kemungkinan besar, Pakatan juga mempunyai hutang yang besar dari kuasa luar bagi membiayai setiap aktiviti politik mereka.. sebab itu Pakatan beriya2 mahu merampas kerajaan bagi membolehkan mereka membayar semua hutang2 tersebut..
BalasPadamHarap penjelasan ni cukup untuk memadamkan pandangan negatif terhadap kerajaan.
BalasPadamsekiranya ada bukti kena tunjukkan, selagi tiada bukti selagi tu la apa saja kenyataan adalah palsu.
BalasPadam