-------------------------------------------------
Waspada borang BR1M palsu minta pemohon isi maklumat perbankan
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ekoran terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang dikesan memalsukan borang itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, pemalsuan itu antara lain meminta pemohon mengisi maklumat perbankan seperti nama dan nombor akaun bank.
"Perkara itu kita kesan sejak semalam. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan borang palsu. Untuk makluman semua, kita tidak pernah meminta pemohon mengisi maklumat perbankan seperti yang terdapat dalam borang palsu tersebut.
"Oleh itu, orang ramai diingatkan jangan isi borang yang meminta untuk diisi apa jua maklumat perbankan. Ini kerja orang yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan (secara haram)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah yang akan diagihkan mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula hari ini hingga 10 Januari.
Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih.
Donald berkata, pengedaran borang palsu itu dipercayai sebagai usaha pihak tertentu mencuri maklumat bank orang ramai bagi tujuan penipuan.
"Saya akan berbincang dengan pegawai kementerian dan seterusnya membuat laporan polis supaya kes ini disiasat," tambahnya.
Harap pemohon akan mendapatkan borang ini dengan pihak berkuasa yang dipercayai dan menghantar borang tersebut ke jabatan yang ditentukan.
BalasPadamJangan terpedaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini yang mahu mencuri maklumat orang ramai. Berwaspadalah pada masa ini.
BalasPadampemohon kena mendaptkan borang trsebut dari agensi2 yang sah,
BalasPadamZaman sekarang ramai orang buat duit dengan jalan yang salah. Oleh itu, semua perlu berhati-hati setiap masa. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat orang.
BalasPadamBantuan untuk orang susah pun mahu tipu. Rosak betul punya orang itu.
BalasPadamtidak hairanlah tu kalau pasal2 duit..
BalasPadamperlu sebarkan kepada rakyat yang tinggal di pedalaman sebab mereka kadang2 sukar mendapat maklumat dan ini memudahkan mereka ditipu.
BalasPadamsiapa agaknya yang mensabotaj bantuan rakyat 1 Malaysia ini? siasat perkara ini dan bawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan..
BalasPadamsentiasalah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang penipuan.
BalasPadamharap mereka yang mengedar borang palsu tersebut akan diketahui dan dikenakan hukuman.
BalasPadamMaka berhati-hati ketika memperolehi borang BR1M. Mungkin ini mainan pembangkang semata-mata.
BalasPadamSiapakah agaknya yang cuba membuat penipuan mengenai borang ini. Harap pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini.
BalasPadam