Selasa, Februari 14, 2012

“APA SUDAH JADI DENGAN NEGERI KITA,”?

RAKYAT ASING DI TENOM MILIKI MYKAD TERIMA BR1M

image

image

TENOM (Sabah Malaysia):   Kehadiran seorang warga asing berbangsa Pakistan pada 19 Januari lepas di Dewan Masyarakat Seri Antenom, untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menimbulkan keresahan ratusan penerima tempatan.

“Kenapa dia berada di sini,” demikian rata-rata persoalan yang mendorong siasatan dilakukan oleh pasukan keselamatan daerah itu.

Bagaimanapun beliau dibenarkan berbaris selepas menunjukkan MyKad, yang nilainya sama seperti yang dimiliki oleh rakyat tempatan.

Sekumpulan pemimpin tempatan berbisik tidak jauh daripada lokasi itu yang kedengaran berkata;

 image “Apa sudah jadi dengan negeri kita,”.

Aktiviti penerima bantuan ini ialah penjaja kain ke kampung-kampung serta ais krim di Tenom, yang asalnya berada di daerah itu sebagai pelawat (memiliki visa pelancong).

Di Keningau keadaan serupa terjadi apabila ratusan warga asing yang memiliki MyKad berduyun-duyun untuk menerima bantuan itu.

Penerima BR1M ini seorang yang berkemampuan dan ketika tiba untuk menerima bantuan itu, beliau menunjukkan sejumlah wang yang banyak dalam dompetnya

15 ulasan:

  1. Hope that this issue can be investigated, I'm sure many people are displeased with this.

    BalasPadam
  2. The BR1M should be given to those who need extra help such as the hard core poor, the registration should approve the applications carefully.

    BalasPadam
  3. This is puzzling. A pakistani man, with MyKard, eligible for BR1M?

    BalasPadam
  4. See, if serious actions were taken at earlier stage, the illegal immigrants problems won't be chronic as nowadays.

    BalasPadam
  5. perlu diperjelaskan, bagaimana dia boleh menerima bantuan tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara tersebut harus diperjelaskan, sebab itu akan memburukkan imej BR1M.

      Padam
  6. Harap RCI dapat diluluskan. RCI dapat membantu menyelesaikan masalah PATI dan isu yang berkaitan.

    BalasPadam
  7. inilah masalah, dimana2 pun ada. Inilah duit, yang tidak berkenaan juga datang untuk mendapatkan RM500.

    BalasPadam
  8. Memang tidak logik, bagaimana dia boleh memiliki Mykad sedangkan dia adalah seorang yang berbangsa Pakistan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sudah menetap lama ataupun sebelum merdeka dia di Malaysia pasti tidak hairan dapat Mykad.

      Padam
  9. Benarkah dia ini Pakistan? mungkin juga dia sudah khawin dengan orang Sabah maka ada kebenaran juga dia layak mendapat mykad.

    BalasPadam
  10. Ada yang nampak layak mendapat BR1M tapi tak dapat, ada pula yang tak dapat tapi kalau selidik latar belakang memang dia layak pun. macam mana perkara ni boleh berlaku?

    BalasPadam
  11. kalau tidak silap sudah dua kali sindiket mengeluarkan IC palsu di negeri ini berjaya dibanteras oleh pihak polis.. namun usaha pihak polis itu hanya berjaya membanteras kerja2 sindiket itu, bukan PATI yang telah diberikan IC atau MyKad.. jadi ada kemungkinan kes diatas mungkin sebahagian dari hasil sindiket itu..

    BalasPadam
  12. mana2 PATI yang memiliki Mykad tidak akan mengaku bahawa MyKad yang mereka miliki itu dibeli dari sindiket.. mereka akan cakap dikeluarkan oleh kerajaan.. hanya ini sahaja cara mereka untuk menyelamatkan sindiket itu sekaligus mengelakkan MyKad palsu mereka dikesan..

    BalasPadam