Khamis, Januari 12, 2012

PENERIMAAN BORANG BR1M DI LANJUTKAN HINGGA 10 FEB

Kerajaan Lanjutkan Tempoh Penerimaan Borang BR1M Sehingga 10 Feb

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama satu bulan, sehingga 10 Februari depan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.

Dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, beliau berkata sejumlah 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Jan.

Daripada jumlah itu, katanya 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sehingga 10 Jan, juga, 3,102,054 permohonan telah diluluskan.

Ahmad Husni berkata baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Jan ini.

"Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat," katanya.

Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

16 ulasan:

  1. For those who have not applied for this BR1M yet, please do so quickly before its closed.

    BalasPadam
  2. Hope that this BR1M will be able to help these hardcore poor rakyat.

    BalasPadam
  3. It is good that the govt gives more time for people out there to apply this BR1M.

    BalasPadam
  4. BR1M shows that the government cares the plight of the hardcore poor people.

    BalasPadam
  5. The exension period shown by the government with regards to this matter demonstrates that they are willing to help the poor

    BalasPadam
  6. hopefully those who really need this aaid will make full use of the extension period

    BalasPadam
  7. bgslah.. ini memberikan peluang untuk mereka yang belum memohon membuat permohonan.

    BalasPadam
  8. ada rayuan juga pula BR1M ni tapi harap2 yang dapat tu benar2 layaklah.

    BalasPadam
  9. sesuailah dilanjutkan sebab mungkin ada lagi rakyat yang jauh di pedalaman baru tau tentang BR1M ni.

    BalasPadam
  10. Baguslah dilanjutkan. Harap, sesiapa yang layak. buat la permohonan tu.

    BalasPadam
  11. rakyat harus mengambil peluang ni untuk mendapat bantuan daripada kerajaan.

    BalasPadam
  12. mereka yang lewat menghantar borang berkenaan bolehlah menghantar sekarang kerana tempoh telah dilanjutkan.

    BalasPadam
  13. harap semua yang layak akan menerima bantuan BR1M tersebut.

    BalasPadam
  14. Baguslah kalau macam itu. Kepada yang tidak sempat maka jangan lepaskan peluang ini.

    BalasPadam
  15. dengan melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M ini, saya harap tidak ada lagi yang tercicir dari menerima bantuan kerajaan ini..

    BalasPadam
  16. pihak yang dipertanggungjawabkan perlu berhati2 dan teliti semasa memproses permohonan ini bagi memastikan hanya individu yang benar2 layak sahaja diberikan bantuan ini..

    BalasPadam