Borang BR1M Yang Difotostat Daripada Borang Asal Boleh Digunakan - Ahmad Husni
IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,"
katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.
Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Menurutnya sehingga Khamis lepas, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan tersebut.
Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.
Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.
------------------------
Ahmad Husni berkata, walaupun penggunaan borang fotostat dibenarkan, orang ramai diminta berhati-hati dengan borang permohonan yang telah ditokok tambah bagi mengelakkan kegiatan penipuan.
Ini kerana katanya, terdapat aduan mengenai borang permohonan tiruan yang meminta orang ramai menyertakan nombor akaun bank.
"Kita minta orang ramai sekiranya didatangi individu yang mahu menjual borang tersebut dan perlu disertakan dengan nombor akaun bank, segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.
Mengulas mengenai edaran borang permohonan di kawasan-kawasan terpencil, beliau berkata, beberapa pegawai LHDN dengan dibantu pekerja sambilan akan ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, Sarawak dan Pahang bagi mengedarkan borang tersebut.
Berhati-hati dengan pihak yang cuba nak menipu rakyat masa pemohonan BR1M ini.
BalasPadamSemoga mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan ini akan berjaya mendapat kelulusan daripada kerajaan.
BalasPadamHarap mereka yang benar2 layak saja dapat bantuan tersebut.
BalasPadamTapi macam pun setiap rakyat yang memohon harus juga berhati-hati dengan penipuan2 yang menjadi isu sekarang.
BalasPadamU Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......
sebelum ini kata borang fotostat tak boleh digunakan, kini boleh guna pula, bikin keliru sahaja.
BalasPadamapapun, yang penting kini ia dah jelas dan semoga semua permohonan berjalan dgn lancar.
BalasPadamBoleh digunakan semula? ini dapat memudahkan lagi orang ramai agar siapa2 yang belum memperolehi borang itu boleh la copy dari rakan2.
BalasPadamDalam memproses permohonan, pastikan semua borang diteliti.
BalasPadambuatlah permohonan dengan borang yang betul sebelum bulan Disember ini berakhir.
BalasPadammasa2 macam inilah ramai yang ambil kesempatan ni. kadang2 golongan yang sudah tua dan tidak tahu membaca atau menulis mereka jadikan sasaran.
BalasPadamKenapalah ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu memanipulasi borang itu.
BalasPadamYang ingin mohon bantuan itu pastikan maklumat yang betul danlengkap disediakan. Dan jangan mudah terpedaya jika ada pihak yang meragukan datang berkaitan dengan bantuan ini.
BalasPadambagus juga ada kelonggaran seperti ini supaya tidak juga sesak ketika rakyat berpusu2 mendapatkan borang tersebut.. dan penduduk kampung juga tidak perlu datang beramai2 ke pekan berhampiran untuk mendapatkan borang tersebut..
BalasPadamyang paling penting sekali ialah dokumen yang diperlukan mestilah sah seperti slip gaji dan juga kad pengenalan..
BalasPadamMana satu yang betul sekarang ini? HArap pihak LHDN akan memantau mengenai borang palsu yang diberikan kepada rakyat.
BalasPadambaguslah..harap semuanya berjalan dengan lancar.
BalasPadammereka yang layak tapi belum memohon, bolehlah membuat permohonan.
BalasPadam