Rabu, September 28, 2011

MASIDI YAKIN 363 GSTT AKAN DILANTIK SEMULA ATAU DIBERI PELUANG IKUTI KURSUS

Masidi yakin 363 GSTT akan dilantik semula atau diberi peluang ikuti kursus

KOTA KINABALU 28th September, 2011: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun yakin kesemua 363 bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini, yang kini menganggur, akan dilantik semula atau diberi peluang mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

Beliau yang juga Exco Pendidikan Negeri berkata, keyakinan itu berdasarkan reaksi positif daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga pihak-pihak berwajib.

“Saya masih berpegang kepada andaian bahawa pengumuman yang lepas meliputi guru sandaran tidak terlatih (di Sabah). Barangkali bukan semuanya layak diserap sekali gus…ada di kalangan mereka yang diserap secara berperingkat-peringkat tapi apa yang penting semua akan diserap.

“Ini kerana kalau kita mengatakan bahawa ada yang tidak layak kenapa mereka diambil sebagai guru sementara.

“Oleh itu saya berharap semua akan diserapkan…tapi beri tempoh yang munasabah kepada Kementerian Pelajaran untuk menilai kesesuaian,” katanya.

image Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pelajaran Sabah di Wisma KWSP, di sini, kelmarin.

Masidi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Dr Maximus Ongkili mengenai perkara itu pada Sabtu lepas.

Ongkili dipetik sebagai berkata, daripada seramai 557 GSTT di Sabah tahun lepas, hanya 164 orang dilantik semula tahun ini.

Daripada baki 393 orang itu hanya 30 berjaya mencari pekerjaan di tempat lain manakala yang lain masih menganggur dan mereka adalah antara 3,735 GSTT di seluruh negara yang tidak dilantik semula.

Masidi berkata beliau sudah membuat tindakan susulan termasuk membawa isu itu ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri dalam salah satu lawatannya ke Sabah baru-baru ini.

Pada 16 Jun lepas di Beaufort, Muhyiddin dipetik sebagai berkata bahawa kira-kira 13,000 GSTT termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata proses itu akan mengambil masa kerana jumlahnya agak besar.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman.

------

JABATAN PELAJARAN DIRAYU PERCEPAT PELANTIKAN GSTT

56 ulasan:

  1. Bagus jugalah kalau mereka diberi peluang mengikuti kursus. Tingkatkan kualit GSTT ini dulu dan mengambil mereka semula sebagai guru yang lebih berkemampuan.

    BalasPadam
  2. Harap Jabatan pelajaran akan mempercepatkan tindakan mereka supaya GSTT akan diserap balik untuk memenuhi keperluan guru dalam negeri.

    BalasPadam
  3. mereka yang dapat GSTT ni kira bertuahlah. lepas habis tempoh kontrak pun kerajaan bantu mereka untuk mendapatkan jawatan sebagai guru tetap.

    BalasPadam
  4. baki 363 GSTT tu perlu bersabar kerana perlantikan semula memakan masa. sementara tu carilah kerja2 untuk memenuhi masa yang kosong.

    BalasPadam
  5. GSTT saja?Bagaimana pula dengan graduan2 yg berminat utk mengambil kursus KPLI & DPLI?

    Kalau boleh, bagila juga peluang yg sama rata kepada graduan2 yg bercita2 untuk jadi guru ini...lagipun Sabah & Sarawak saya dengar masih kurang guru...jadi berilah peluang kepada graduan Sabahan untuk berbakti untuk negeri mereka sendiri...

    BalasPadam
  6. Berkenaan dengan GSTT yg belum dilantik balik ini pula, harap Jabatan Pelajaran percepatkan urusan pengambilan kembali GSTT ini kerana saya rasa sudah lama mereka menunggu untuk diserap kembali ke dalam perkhidmatan...

    bukan apa, takut nanti "berkarat" pula skill diorang :-)

    BalasPadam
  7. Keyakinan sahaja tidak mencukupi, kena ada tindakan susulan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  8. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan mereka yang menunggu akan mendapat tempat.

    BalasPadam
  9. saya pasti mereka ini akan menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  10. Para GSTT yg masih belum diserap kena faham, dalam proses menyerapkan mereka kembali dalam perkhidmatan, ada prosedur yang perlu diikuti. Lagipun, selain mereka, ada lagi guru2 lepasan IPTA & Institut perguruan yg turut perlu diserap masuk...

    Jadi GSTT ini perlu ingat mereka juga perlu ikut saluran & prosedur yang betul untuk kembali berkhidmat...hanya kerana kes mereka dapat perhatian ramai tak bermaksud mereka perlu mendapat layanan istimewa pula...

    jadi sabar2 saja la ok...

    BalasPadam
  11. perlu jg mereka diberi kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka.

    BalasPadam
  12. apapun semoga smua GSTT mendapat tempat mereka masing2.

    BalasPadam
  13. Keyakinan Masidi harap2 tidak menghampakan harapan 363 orang 363 bekas GSTT.

    BalasPadam
  14. Diharap tempoh serapan secara berperingkat tidak mengambil tempoh yg agak lama agar mereka ini tidak menganggur untuk jangka masa yang pjg.

    BalasPadam
  15. baguslah jika mereka akan dilantik semula atau atau diberi peluang mengikuti kursus untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap.

    BalasPadam
  16. semua mereka perlu bersabar..apa pun, harap semuanya akan berjalan lancar.

    BalasPadam
  17. Since Masidi is so sure about his answer, lets trust him.

    BalasPadam
  18. "...tapi apa yang penting semua akan diserap."

    baguslah kalau ini akan menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  19. harap ada 'penapisan' yang adil dan kerajaan tidak pilih-kasih

    BalasPadam
  20. Masidi memang telah banyak 'membantu' rakyat Sabah, harap beliau akan kekal terpilih sebagai wakil rakyat yang disukai ramai

    BalasPadam
  21. semoga masalah kekurangan guru di Sabah dapat diatasi dengan jayanya

    BalasPadam
  22. perlantikan secara berperingkat-peringkat ini memang mengambil masa, harap mereka yang masih menunggu akan tabahkan hati untuk menunggu giliran mereka

    BalasPadam
  23. Saya percaya dengan Masidi.

    BalasPadam
  24. I'm sure he will do his best to pursue this question.

    BalasPadam
  25. Seraplah mereka menjadi guru tetap.

    BalasPadam
  26. I really hope that the government will really make something out of it.

    BalasPadam
  27. Hope for the best to happen!

    BalasPadam
  28. Bagaimana dengan usul kuasa autonomi kepada Jabatan Pendidikan Sabah? Belum ada respon?

    BalasPadam
  29. Kalau dapat dilantik semula, sekurang-kurangnya masalah pengangguran ada berkurang.

    BalasPadam
  30. Kalau Jabatan Pendidikan Sabah diberi kuasa autonomi pasti mudah saja bekas GSTT ni diserap. tidak payah tunggu masa yang lama.

    BalasPadam
  31. sebenarnya kalau difikirkan dengan betul, bekas GSTT yang masih belum diserap ni boleh teruskan kerjaya mereka sebagai guru walaupun belum diserap masuk. mereka boleh membuka kelas tuisyen sendiri atau bekerja di mana2 pusat tuisyen swasta. maka itu tiadalah istilah 363 bekas GSTT menganggur.

    BalasPadam
  32. Hope this issue will be settle soon. These people really need to work..

    BalasPadam
  33. So some went to find other work while lots more still waiting? better solve this problem quickly.

    BalasPadam
  34. Harap mereka akan mendapatkan pekerjaan tak lama lagi, banyak oranglah yang menggangur.

    BalasPadam
  35. The education ministry should plan earlier with these people. Now they are jobless, who to blame?

    BalasPadam
  36. Bah OK jugalah kalau dibagi kursus. Ada juga kebaikannya tu.

    BalasPadam
  37. Takpa Gaile, Saya yakin ada cara juga tu untuk atasai hal ini. Cuma sebaiknya next time plan lah bagus2 kan supaya takda masalah timbul.

    BalasPadam
  38. Apapun, harap isu ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Kesian GSTT tu.

    BalasPadam
  39. Banyaknya yang menganggur. Harap tindakan yang sepatutnya disegerakan. Jangan biarkan pengangguran berlaku.

    BalasPadam
  40. Sementara itu GSTT ini pun janganlah putus asa atau jauh hati. Hal ini pasti dapat perhatian serius. So jangan risau:)

    BalasPadam
  41. Well just hope he is right bout it.

    BalasPadam
  42. But come to think about it, 363 GST might get appointed due to election is coming. Make sense right.

    BalasPadam
  43. "Muhyiddin dipetik sebagai berkata bahawa kira-kira 13,000 GSTT termasuk lebih 500 guru sandaran di Sabah akan diberi peluang mengikuti kursus perguruan selama 18 bulan di institusi perguruan di seluruh negara dalam tempoh terdekat."

    GSTT seharus menyertai khusus perguruan agar GSTT ini berkelayakan menjadi guru yang sah. Pendidikan merupakan unsur penting pembangunan negara, guru ini memainkan peranan yang amat penting.

    BalasPadam
  44. Masalah pengangguran GSTT tidak seharus berlaku jika Jabatan Pendidikan peka untuk menguruskan golongan GSTT tersebut. Berharap masalah ini menjadi satu contoh supaya JPM membaiki kelemahannya.

    BalasPadam
  45. Jabatan Pendidikan seharus berusaha lebih giat sebab taraf pendidikan di negeri Sabah masih banyak kekurangan jika berbanding dengan negeri yan glain. Jumlah penduduk yang banyak masih tiada peluang bersekolah.

    BalasPadam
  46. GSTT seharus "upgrade" dirinya sendiri dengan khusus yang dikemukakan itu supaya menjadi guru yang berkelayakan.

    BalasPadam
  47. Great job from Masidi. He contribute a lot to Sabah development such as tourism industry, pendidikan etc.. This is the "wakil rakyat" that we needed.

    BalasPadam
  48. "363 bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini, yang kini menganggur, akan dilantik semula atau diberi peluang mengikuti kursus di institusi perguruan untuk membolehkan mereka diserapkan sebagai guru tetap."

    363 GSTT ini seharus mengambil khusus supaya berpeluang menjadi guru tetap sedangkan negara kami masih berkurangan guru sekolah.

    BalasPadam
  49. Harap semua GSTT sabar menanti, kerajaan pasti akan menguruskan yang terbaik untuk mereka samada diserap balik atau mengambil khusus selanjutnya.

    BalasPadam
  50. Banyak sekolah masih kekurangan guru terutama guru tetap, GSTT seharus diatur untuk mengisi kekosongan buat sementara.

    BalasPadam
  51. GSTT yang masih tidak berkelayakan menjadi guru tetap seharus mengambil khusus perguruan. Walaupun sekolahmemerlukan guru tetapi kualiti guru juga harus dipertimbangkan.

    BalasPadam
  52. Semoga Jabatan Pendidikan boleh membaiki kelemahannya agar perkara sebegini tidak berulang.

    BalasPadam
  53. cuba selesaikan masalah ini dengan serta merta.. isu GSTT ini sudah beberapa kali mendapat perhatian media.. jika selepas ini, masalah GSTT masih berlarutan, baik berikan kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam membuat keputusan dalam bidang pendidikan..

    BalasPadam
  54. Sambil menunggu panggilan GSTT maka carilah kerja sementara. Tidak perlulah menganggur tanpa berbuat apa-apa.

    BalasPadam
  55. Kawasan pendalaman yang sesuai untuk GSTT ini. Maka berikanlah peluang kepada mereka ini untuk mendidik anak-anak bangsa kita.

    BalasPadam
  56. really a waste of time.,..

    BalasPadam