Memaparkan catatan dengan label pengganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengganas. Papar semua catatan

Selasa, Mac 26, 2013

POLIS KESAN KIRIMAN WANG DARI SABAH KE JOLO BIAYAI KUMPULAN PENGGANAS

Lahad Datu: Polis Jejak Individu Kirim Wang Ke Pulau Jolo Bantu Pengganas

LAHAD DATU 26/03/2013: Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,"

Sabtu, Mac 09, 2013

PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM

image -----------------

Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Jumaat, Disember 21, 2012

“…, THIS IS A SERIOUS MATTER AND WHEN WE FOCUS ON AIR TRAVEL SERVICE, IT REQUIRES AN APPROACH AND SOLUTION THAT IS BASED ON SAFETY,” - PAIRIN

Transport Minister must check KKIA runway – Pairin

KOTA KINABALU 21/12/2012: Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha must come to Sabah and personally check the condition of the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) runway, said Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

The Infrastructure Development Minister said that he concurred with Putatan member of parliament Datuk Dr Marcus Mojigoh on the need for the Transport Minister to check on the matter as it is an issue of public safety.

Jumaat, Mac 11, 2011

PREMIUM INSURANS TAK MASUK AKAL

Premium insurans tak masuk akal

KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Isu mengenakan premium insurans pihak ketiga yang terlalu tinggi pernah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.

''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mencelah telah meminta isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu meliputi pembelian insurans hayat.

Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

Chong Chieng Jen''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.

''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya.

Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.

Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.

---

Premium tambahan sehingga 150 peratus 'sakitkan' pengguna

Selasa, Oktober 06, 2009

WARGA ASING (PATI) MENGANCAM MENGGUNAKAN PARANG DI KENINGAU

KENINGAU, 6th October, 2009: Dua pertubuhan bukan kerajaan – Peribumi dan Kepengguna , kesal dengan kejadian pergaduhan diantara anak-anak warga asing melibatkan penggunaan senjata merbahaya.

“Ia berlaku dalam sebuah bandar kecil yang selama ini dianggap selamat…kenapa ia berlaku? Kejadian ini amat memeranjatkan,” jelas kedua-dua kelab itu dalam satu kenyataan.

Pada Ahad lalu, seorang pemuda warga asing berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota polis, selepas dikatakan diburu oleh empat orang pemuda yang juga warga asing dalam satu drama kejar-mengejar di kawasan pasar malam.

Empat pemuda warga asing itu menggunakan sebilah parang bersarung plastik hitam, dipercayai dibeli di salah sebuah kedai di Bandar itu yang bertujuan untuk niat yang boleh mengancam nyawa terhadap seorang rakan lepak mereka.

Kesemua pemuda yang diburu dan memburu dikalangan anak-anak warga asing yang sering melepak di kawasan Bandar Keningau.

Peribumi yang merupakan kelab penyokong dasar-dasar kerajaan memberitahu dalam satu kenyataan :

Generasi warga asing yang dilahirkan oleh pendatang tanpa izin (Pati) merupakan satu bebanan besar kepada kerajaan,”.

“Mereka tidak mempunyai hala tuju, tidak memiliki dokumen dan penyumbang kepada pelbagai masalah sosial di sini,” tambah Kepengguna.

Kedua-dua kelab itu mahu kerajaan bertindak tegas untuk menangani masalah itu, sebelum ia menjadi ancaman besar kepada Negara secara keseluruhan.

Pemimpin-pemimpin akar umbi turut berkongsi kebimbangan kedua kelab itu dan mencadangkan kepada kerajaan, supaya memastikan Bandar kecil yang sedang membangun itu,bersih daripada kegiatan lepak.

“Terlalu banyak aduan bahawa terlalu ramai kaki lepak di Bandar itu, terutamanya pada waktu malam,” jelas seorang pesara kerajaan yang hanya mahu namanya dipetik sebagai Jimi.

Selasa, September 08, 2009

"DON'T THEY KNOW THAT SABAH IS SITTING ON A TIME BOMB?,"

Kota Kinabalu: It is disheartening to see the leaders of Sabah arguing about the issuance of Permanent Residence (PR) status to Malaysians, which foreigners in Sabah have all this while been enjoying, said political activist, Dr Chong Eng Leong.

The last few days, he said BN component parties like LDP and PBS as well as opposition, SAPP had been giving their opinion on work permits and PR for Malaysians from the peninsula and Sarawak.

"They touch on protecting Sabah rights and interests. Well, last year Minister in the Prime Minister's Department Datuk Nazri Mohamed revealed that thousands of IMM13 holders or so-called refugees in Sabah were given PR status without the State Government's knowledge let alone consent.

"We, rakyat of Sabah vigorously protested followed by the State Government and only then the issuance of PR stopped but nothing about revocation since from the first place it was illegal without Sabah's consent."

And now, Dr Chong said, they talk about protecting Sabah's rights and interests.

"Not to forget foreigners in Sabah already outnumber us locals, hundreds in possession of Project ICs.

Our sovereignty is at stake and yet they argue about PR for Malaysians in Sabah.

"Don't they know that Sabah is sitting on a time bomb?," he asked.

Khamis, September 03, 2009

MARIN SANDAKAN TAHAN 14 PATI CUBA MASUK KE SABAH

SANDAKAN, 1 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini berjaya menggagalkan cubaan 14 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk masuk ke negara ini melalui perairan Sandakan selepas menahan mereka di pantai Pulau Nunuyan dekat sini Isnin.

Pegawai Pemerintah PGM Sandakan ASP Muhammad Sallam Spawi berkata dua bot laju yang dinaiki PATI berkenaan dikesan menuju ke arah pantai di Pulau Nunuyan pada pukul 9.50 malam.

"Hasil pemeriksaan dalam kedua-dua bot laju itu terdapat 14 warga Filipina yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang terdiri lima lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan selebihnya kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Katanya kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Katanya pendatang asing terbabit ditahan dalam operasi `Op Octopus' membabitkan tugas rondaan di perairan Sandakan bagi membanteras kemasukan PATI, kegiatan penyeludupan dan jenayah di laut.

"Lokasi daerah ini yang terletak berhampiran dengan sempadan negara jiran menjadikan perairan Sandakan menjadi laluan kepada PATI untuk masuk secara haram ke negara ini," katanya.

Beliau meminta orang ramai di pesisir pantai dan pulau-pulau di sekitar daerah ini supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mengancam keselamatan masyarakat.

Rabu, September 02, 2009

BOAT WITH BOMB ITEMS SEIZED

SEMPORNA, 2009/09/02: A boat with 1,500 detonators and nine rolls of fuses was intercepted by marine police here at 3.30am on Monday.

Six Filipinos, all in their 40s, were also detained.

The detonators and fuses could be used to make bombs for fishing.

District police chief Deputy Superintendent Mohd Azim Khan Abdullah said yesterday police nabbed the boat following a tip-off from the public.

He said the detonators and fuses were kept in a black plastic bag.

"The suspects were about to hurl the plastic bag into the sea when the patrolling team seized it."

He said the items might have been smuggled into the country to make bombs that immigrants used to catch fish.

"This district depends heavily on the tourism industry because of its beautiful corals. I hope more people will come forward to help us."

MALAYSIA…. GET LOST ?

Misuari wants Malaysia out of talks

“Malaysia is not the right mediator in this case, they cannot render justice to our case with respect to Sabah, it is well known that Sabah belongs to our people,”

Moro leader Nur Misuari

 

-------------

“I don’t understand why a country like Malaysia, with whom we are technically in conflict with, was allowed to penetrate our kitchen, counting the kitchen knives we have and they are running soldiers around and this is not to the best interest of our country,”

North Cotabato Vice Governor Emmanuel Piñol

----------------------

“We have over a hundred countries [which could help] here and we have our criteria, considering the conflict of interest with Malaysia, we need to consider other foreign players here,”

earlier suggestion of Zamboanga City Mayor Celso Lobregat that Indonesia can be part of the talks should be considered.

Doctor Grace Rebollos, president of the Western Mindanao State University

Jumaat, Ogos 28, 2009

BAHAN LETUPAN KILANG MALAYSIA DI JUAL PATI?

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Polis telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kilang membuat bahan letupan di Batu Arang, Rawang, susulan penemuan lima bungkusan berisi bahan letupan dan peledak di hutan Bukit Kiara View, Desa Sri Hartamas, pada 21 Ogos lepas.

"Memang baru-baru ini kita ada memeriksa kilang terbabit. Kita mahu tahu siapa yang membeli bahan letupan dari kilang itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kilang selalunya memang ada simpan senarai pembeli (bahan letupan) untuk tujuan rekod,"

Dalam serbuan pada pukul 3 petang 21 Ogos itu, polis menemui bungkusan bahan letupan terbabit disembunyikan di bawah lantai kayu di sebuah rumah kongsi yang diduduki pendatang tanpa izin warga Indonesia di kawasan hutan Bukit Kiara View, Desa Sri Hartamas.

"Itu bukan C4, sebaliknya bahan letupan yang biasanya digunakan untuk meletup batu di kuari,"

Polis sedang memburu dua lelaki Indonesia keturunan Flores yang dipercayai pemilik bom berkenaan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Rabu, Ogos 12, 2009

PENJENAYAH TERMUDA DI MALAYSIA ?

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

ALOR SETAR, Rabu, 12 Ogos 2009: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.

Muhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya.

Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal.

"Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah untuk mengambil kotak pensil kerana waktu sekolah sudah tamat.

"Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian.

"Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Muhammad Amir terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendapati seluar anaknya berlumuran darah.

"Ketika membuka seluarnya saya dapati ada kesan luka dan meminta penjelasannya mengenai kejadian itu sebelum membawa anak saya berjumpa guru kelasnya,” katanya.

Selasa, Julai 14, 2009

PHILIPPINE FORCES CAREFULLY RENEWS CAMPAIGN AGAINST ABU SAYYAF

image "As per the order of the secretary of national defense, we will intensify our combat operations in the area. When we say intensified operations, we would like to differentiate it from all- out war,"

image "We are not on an all-out war in Sulu and Basilan because when we say all-out war, there is that connotation that we will fight the war regardless of any collateral damage. We would like to emphasize that we will just conduct intensified operations because we would like prevent any collateral damage and we would like to prevent any civilian lives from being wasted,"

image image "What the secretary of national defense said is for us to conduct intensified operations. This was relayed by the chief of staff general Victor Ibrado, to the units on the ground so the commanders on the ground will now make the necessary adjustments according to how they perceive the operations should go on,"

"In other words, from this level, from the strategic level, we are not going to micromanage. It's up to the commanders on the ground,"

The Armed Forces of the Philippines Military Public Affairs Office chief Lt. Col. Romeo Brawner Jr

Isnin, Julai 13, 2009

KUMPULAN AH LONG TERLIBAT DENGAN JENAYAH

image Rangkaian kumpulan ah long terbesar, yang kini dalam radar siasatan, dikesan bergiat aktif dalam kegiatan jenayah termasuk dadah dan pelacuran di dalam dan luar negara selain menjalankan kegiatan ceti haram mereka.

'Kepala' kumpulan itu menjadikan kegiatan jenayah sebagai platform kepada mereka untuk membiayai dan mengembangkan kegiatan ceti haram mereka.

image "Hasil siasatan awal polis terhadap beberapa 'kepala' yang ditahan mendapati ada kemungkinan mereka terlibat dengan politik, jenayah seperti dadah, pelacuran dan perniagaan haram lain.

"Rangkaian mereka ini luas sehingga ke luar negara dan kami memerlukan masa yang secukupnya dan juga bantuan orang ramai bagi menghapuskan rangkaian ini dari terus berleluasa,"

"Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas, dipercayai berada di luar negara,"

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin

Rabu, Julai 08, 2009

DASAR KESELAMATAN NUKLEAR NEGARA BELUM MANTAP

Keselamatan Perlu Diutamakan Dalam Dasar Nuklear

imagePETALING JAYA, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada isu keselamatan apabila membuat satu draf dasar nuklear bagi negara ini, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Tenaga dan Air Malaysia (WECAM) S. Piarapakaran.

Perkara itu tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan memerlukan satu kajian mendalam dan berbincang dengan semua pemegang saham, katanya.

image Beliau mengulas pengumuman Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili bahawa draf dasar tenaga alternatif yang termasuk penggunaan tenaga nuklear kini berada di peringkat akhir dan akan disiapkan menjelang tiga bulan akan datang.

image Piarapakaran memberitahu Bernama hari ini kebocoran pada reaktor nuklear adalah bahaya dan perlu ditangani kerana ia bukan sahaja memudaratkan manusia tetapi juga kepada alam sekitar.

imageKesan daripada pencemaran nuklear juga memakan masa yang lama seperti yang dapat dilihat di Hiroshima dan Nagasaki," katanya.

Katanya negara yang maju dalam nuklear seperti Perancis juga berdepan dengan masalah untuk mengurangkan kebocoran.

"Terdapat 115 kebocoran pada loji nuklear dilaporkan tahun lepas di negara itu," katanya.

image Untuk keselamatan "sistem pelupusan bahan buangan yang tidak boleh dipertikaikan perlu diadakan jika Malaysia tidak mahu terdedah kepada sasaran pengganas yang mencari produk nuklear kerana dengan hanya 5kg sisa nuklear sudah mencukupi untuk membuat senjata nuklear yang boleh membawa kemusnahan.

image Piarapakaran berkata Malaysia perlu melatih sekumpulan pakar tenaga nuklear terlebih dahulu "sebelum memulakan perjalanan untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan pembangunan.