Khamis, Mac 29, 2012

IMM13, WARGANEGARA SONGSANG II (EPISOD VI)

IMM13, WARGANEGARA SONGSANG II (EPISOD VI)


Oleh : MUTALIB M.D

KITA ambil contoh sebuah keluarga pendatang asing Filipina yang tinggal di negara ini menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara pasport Filipina yang tamat tempoh dan dokumen IMM13 yang dikhuatiri palsu.

Siti Binti Nuhin yang memegang Pas bernombor IP 13195 dan suaminya Ghani Binti Ismail yang memegang pas bernombor IP 1164, namun mengikut rekod klinik kad kesihatan ibu, nombor pas mereka dicatat masing-masing P/L H 101621 dan P/L H 076839.

Siti telah melahirkan anak perempuan pada 4.11 pagi, 27 November 2002 di Wad Bersalin, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan diberi nama Nurul Syafiqah Ezetty dan Jabatan Pendaftaran Negara telah mendaftarkan kelahiran tersebut sebagai SB 138406 dan kad pengenalan 021127-12-1102.

KLINIK… Rakyat Sabah bukan sahaja terpaksa berkongsi udara Sabah yang semakin sesak oleh pencemaran alam sekitar, malah terpaksa membiayai kos rawatan warga asing dan bersaing dengan mereka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan. Kad klinik ini amat berharga bagi warga asing sekalipun status anak mereka bukan Warganegara.

KOD 12… Ramai rakyat Sabah mempunyai kad pengenalan yang diberikan kod 49, namun warga asing ini mempunyai kos 12. Pemberian nombor kad pengenalan kepada kanak-kanak warga asing ini amat menyukarkan sistem pentadbiran kerajaan kerana umum mengetahui bahawa kod 12 adalah untuk anak negeri Sabah. Malaysia tidak mengamalkan konsep kerakyatan Jus Sanguinis (darah) tetapi Jus Soli (tanah). Kerakyatan mengikut tanah kelahiran dan taraf warganegara Ibu bapa dan bukannya tanah kelahiran anak.

KEDUA.. Rekod klinik anak kedua pasangan Siti Binti Nuhin dan Ghani Bin Ismail menambahkan garam ke luka di hati rakyat Sabah yang mengharapkan penyelesaian tuntas krisis kerakyatan songsang dan bukannya menanam spesis baru yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian yang dikecap selama ini. Lima belas tahun akan datang masalah baru akan timbul apabila anak mereka membesar dan meneruskan krisis identiti songsang.

KRISIS… Dokumen Sijil Lahir ini yang dikeluarkan kepada anak kedua pasangan Siti dan Ghani ini mengikut Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951, Sabah (Cap 123), Seksyen 31 (1), Kaedah 15 berdasarkan permohonan di bawah Seksyen 10. Dokumen ini diterima sebagai Dokumen Rasmi di bawah Akta Keterangan tetapi diberi secara wewenang kepada warga asing. Nombor kad pengenalan 040222-12-0419 ini akan menjadi senjata rahsia anak ini.

Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah rupa kuihnya.Jika Ibu bapa Indakim Binti Lamokan berasal daripada Filipina dan telah lama menetap di Sabah, namun bukanlah jaminan untuk beliau mendapat taraf warganegara Malaysia.

Sekalipun kemungkinan kebarangkalian Indakim lahir di Malaysia, namun dokumen Ibubapanya meragukan dan beliau hanya layak mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan bukannya taraf Warganegara Malaysia.

Nasib malang yang menimpa Indakim, akan terus meranjau masa hadapan anaknya, Noraini semata-mata kerana suami Indakim, Cesar Paraji hanyalah penduduk sementara yang wajar digantikan dengan pasport bagi membolehkannya tinggal di Sabah.

Noraini akan terus membesar dan akan mewarisi nasib malang ibubapanya sebagai ‘RAKYAT TERAPUNG’ sekalipun kad pengenalannya bernombor 950604-12-5058.

DAFTAR… Walaupun Noraini dilahirkan di Tanjung Labian, Lahad Datu, namun tidak menjanjikan dia akan menjadi warganegara Malaysia dalam waktu yang singkat jika sistem pertahanan negara ampuh. Namun kesilapan JPN tidak meletakkan taraf kerakyatan menyebabkan ia mudah dimanipulasikan untuk mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah.

LEGASI… jika lembu dikahwinkan dengan Seladang akan menghasilkan spesis baru iaitu ‘SELEMBU’. Tetapi jika ‘Penduduk Sementara’ bernikah dengan ‘Penduduk Tetap’ apakah taraf kerakyatan anak? Kesilapan JPN memberikan nombor kad pengenalan kod 12 menyebabkan umum menganggap Noraini Warganegara Malaysia!

PERPADUAN… Demi perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara sanggup melakukan apa sahaja termasuk membenarkan kanak-kanak ‘bukan warganegara’ bersekolah dan menggunakan segala kemudahan asas secara percuma. Ketika kanak-kanak tempatan di luar bandar masih belum mengenal huruf dan tidak mengerti apa itu Tadika, Noraini telah pandai membaca dan menulis sekalipun ibubapanya buta huruf.

Dalam pada itu, sindiket kad pengenalan projek masih berjalan sekalipun dalam skala kecil terutama berikutan penangkapan Ketua Unit Bahagian Khas, Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu atas tuduhan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing oleh Badan Pencegah Rasuah.

Namun selagi BPR tidak menghadapkan tuduhan tertuduh di mahkamah dan sebelum mahkamah menjatuhi hukuman bersalah, saya tidak ingin mengulas isu berkenaan, sekalipun kad pengenalan dijual dengan harga sehingga RM18, 000 sekeping.

Sekalipun sindiket Kad Pengenalan Projek semakin mengancam keselamatan negara, namun modus operandinya semakin dipelbagaikan bagi mengelakkan mereka ditangkap.

Kaedah terkini ialah melalui gerakan mengemaskini rekod persatuan dan parti politik sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Perhimpunan Keluarga Indonesia Sabah dan Sarawak (Perkisa) dan Pertubuhan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS). Namun kali ini mereka menyalahgunakan gerakerja pengumpulan data penduduk Sabah dengan menyediakan borang khusus untuk menjalankan bancian.

Mengikut peraturan yang berkuat kuasa, tidak ada persatuan boleh memungut cap jari di dalam setiap borang persatuan, namun sebagaimana gerakerja PKBS pada 1991-1993, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah meniru modus operandi yang sama iaitu Borang Pendataan Penduduk di Sabah (Kaji Selidik UMNO).

Saya paparkan empat borang yang ‘dirampas’ daripada warga asing Filipina ketika sedang sibuk meneliti borang berkenaan kerana mereka tidak tahu menulis atau membaca dan hanya perlu menurunkan cap jari.

UDANG… Memang ada udang di sebalik mi rebus. Borang kaji selidik ini milik Adzmil Bin Isa yang mengaku dilahirkan pada 5 November 1987 di kampung Panji Semporna. Adzmil merupakan warganegara Filipina yang menumpang dengan saudara maranya yang berstatus pelarian. Adzmil telah dipengaruhi orang tertentu yang mengaku Ketua Cawangan UMNO untuk membantunya mendapatkan kad pengenalan hanya dengan menurunkan cap jari kiri dan kanan dan menyertakan dua keping gambar.

KELUARGA 69… jika bapa pun belum mendapatkan kad pengenalan, bagaimana anaknya, Adzmil mahu memohon kad pengenalan menggunakan Borang Rahsia JPN Swasta? Jika filem ‘keluarga 69’ arahan P.Ramlee mencuit hati penonton, maka keluarga 69 yang diciptakan UMNO dengan kerjasama JPN ini lebih menarik apabila anak dan bapa memohon kad pengenalan pada masa dan hari yang sama. Anaknya, Adzmil Bin Isa berusia hampir 21 tahun dan bapanya Isa Bin Jailani berusia hampir 40 tahun, namun masih belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri melainkan IMM 13 palsu.

MUDAH… Bukannya susah untuk mendapatkan kerakyatan Negara ini. Hanya cap jari dan lekatkan gambar. Nama akan diberikan kemudian atau dicatatkan nama di atas sekeping kertas dan kelipkan. Data lain akan ‘digoreng’ sendiri oleh petugas yang mengisi borang.

Tinjauan saya ke Kampung Bahagia Sandakan, iaitu salah satu kampung yang ditubuhkan UNHCR untuk sebagai penempatan Pelarian Perang Filipina mendedahkan beberapa keajaiban.

Kebanyakan rumah di kampung tersebut tergantung plastik yang didalamnya ada kertas bancian milik Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) yang dimasukkan ke dalam plastik agar tidak dibasahi hujan.

Senario ini memperlihatkan bahawa PPKP baru sahaja menjalankan bancian untuk menentusahkan bilangan pemegang IMM 13 yang berstatus Pelarian.

Namun apabila kertas banci ini dilekatkan di rumah Sharif Jul Bin Titing, saya agak terkejut kerana beliau bukan lagi pemegang IMM 13, sebaliknya pemegang kad pengenalan projek Malaysia.

Mengikut maklumat yang saya perolehi, UNHCR telah menyediakan peruntukan sejumlah RM5 juta pada 1981 untuk mendirikan rumah pelarian di Kampung Bahagia, Sandakan; Kampung Kinarut, Papar dan beberapa lokasi terpilih di seluruh Sabah.

Salah seorang penerima rumah tersebut ialah Sharif Jul Bin Titing yang dilahirkan di Jolo, Filipina dan merupakan pelarian MORO yang tiba di Sabah pada tahun 1972. Beliau menerima rumah tersebut daripada UNHCR.

Tetapi Sharif Jul menjadi pengundi berdaftar di DUN Sekong, mempunyai beberapa permit teksi dan kereta sewa. Paling menakjubkan beliau telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri Sekong oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Mantan Ketua Daerah Sandakan, Hassnar M.P. Ebrahim turut menemani saya dalam lawatan tersebut.

BANCI… Banci dua dalam satu ini menimbulkan tandantanya kerana jika semua penghuni rumah UNHCR ini memiliki kad pengenalan, maka siapakah yang dibanci?

PERKOSA… Kegiatan memberikan kerakyatan songsang kepada Warga Asing umpama menoda ibu pertiwi. Insaflah!

SELAMAT… Selamatkah ‘Putrajaya’ jika pintu sentiasa terbuka?

Bagi mengakhiri bab ini, saya menaruh harapan yang tinggi kepada Ketua Menteri Sabah (walaupun siapa juga yang dilantik) agar menjaga Legasi Anak Negeri yang selama ini diabaikan semata-mata kerana mahu mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa sampai bila-bila dengan membenarkan banyak kepincangan berlaku termasuk memberikan status penduduk tetap dan IC Projek kepada PATI.

Jika hari ini, esok atau lusa, saya tiada lagi di dunia ini, apatah lagi ramai PATI yang ingin melihat saya mati, maka saya mengharapkan agar Ketua Kerajaan Negeri Sabah melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Isu kad pengenalan, kerakyatan songsang, pelarian perang dan pencabulan kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah isu baru, malah wujud sejak British membawa masuk kaum Cina, India, Gurkha, Kokos dan sebagainya ke Sabah dan Tanah Melayu bagi membolehkan mereka terus memerintah dan meninggalkan legasi mereka yang cuba diselamatkan para pemimpin negara pada zaman sekarang tanpa sangsi.

Legasi British ini menjiwai watak dan corak berfikir pemimpin negara dan saki baki mereka di Sabah telah meletakkan Sabah di atas papan catur politik Malaysia.

Saya berharap akan muncul ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ di Sabah kerana rakyat Sabah lebih cintakan Malaysia sekalipun dianaktirikan oleh pemerintah bagi memastikan teori legasi penjajah ‘Pecah dan Perintah’ terus berjalan.

Apa gunanya kita mengaku lelaki jika gagal mempertahankan nasib ibu pertiwi?

TEMBAK… Amnestly International akan terus mendesak pemansuhan hukuman bunuh di China yang menamatkan riwayat sekurang-kurangnya 10,000 orang setiap tahun iaitu lima kali ganda daripada pembunuhan yang serupa di seluruh dunia. Antara pesalah terbesar ialah memasuki Negara China secara haram, memiliki dokumen palsu, mengedar dadah dan menderhaka kepada negara. Apakah Malaysia akan melakukan perkara yang serupa iaitu menembak petualang Negara? Mari kta tanya pada hud-hud…

EPISOD I

EPISOD II

EPISOD III

EPISOD IV

EPISOD V

41 ulasan:

  1. Bagi say ahal ini tidak akan berlaku, kalau bukan ada orang tempatan yang terlibat sama.Bukan menuduh tapi, hairan takkan begitu senang senario ini berlaku. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tidak mustahil warga tempatan boleh membantu PATI ni boleh memasuki dan tinggal di Sabah dengan senang. Apatah lagi kalau sudah ada talian persaudaraan sebab mungkin ada ahli keluarga warga tempatan yang berkahwin dengan PATI. tapi yang lebih teruk bila semua tu dilakukan hanya kerana wang.

      Padam
    2. Ya. Orang tempatan juga yang membenarkan semua tu. Mengupah PATI, membeli apa yang jual oleh PATI. memberi kemudahan kepada PATI. Bilangan mereka yang semakin ramai membuatkan orang2 tempatan takut untuk masuk campur atau menghalang PATI yang membuat kacau.

      Padam
    3. sudah lama masalah pati ini berlaku. semua pihak harus bersungguh-sungguh untuk selesaikannya.

      Padam
    4. Hidup bw tempurung..lihatlah skrg siapa yg bnyk di dlm bndar brbisnes..dan siapa yg krja kuleh kuleh...tanya owner segala kdai maupun dll apaka suku mereka. Jngn asyik fikir ini smpai botak...tapi fikit untuk masa depn ank ank kmu.klu kmu pun ada ic tpi mals. Yg goyng kaki pndatng..cina kmu tdk fkir...sbp kmu d bw tpk kaki cina..sy pmegng im 13 tp sy bisnes sndri tk mo cium ktiak cina..sy ada semua ada kreta krna usaha..bukn mngata

      Bumi allh bha ni ckuplh mnjga kselamatn..

      Padam
  2. Saya mahu tahu yang bagi kelulusan dokumen tu pati atau orang tempatan? Kalau orang tempatan memang tidak hairanlah kalau suatu masa nanti pati yang akan kuasai bumi Sabah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tindakan beberapa orang warga tempatan boleh mempengaruhi keseluruhan masa depan rakyat Sabah. Jadi, fikir2lah dulu sebelum bertindak.

      Padam
    2. warga tempatan yang membantu pati patut dikenakan hukuman yang berat.

      Padam
  3. Mungkinkah senario ini memungkinkan RCI ditubuhkan suatu masa nanti???

    BalasPadam
    Balasan
    1. RCI tidak boleh dilengah2kan lagi. memang patut ditubuhkan sekarang.

      Padam
    2. rata-rata pemimpin Sabah memperjuangkan RCI ini. harap ianya akan berhasil.

      Padam
  4. Tolonglah jaga hak anak negeri dan bukannya sewenang-wenang diberi kepada orang luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka yang terlibat ni memang patut dikenakan tindakan yang berat sebab ini berhubung dengan isu keselamatan negeri.

      Padam
    2. kepentingan dan hak rakyat tempatan harus sentiasa dipertahankan.

      Padam
  5. Kalau ya pun tamak sangat tapi agak-agak jugalah. Ingatlah masa depan generasi kita.

    BalasPadam
  6. Hope that JPN will verify the stateless children's status before approving them as citizens during this moment at Senallang.

    BalasPadam
  7. IMM13 holders must return to their home country once it was safe to return to.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Why donts you think about returning to Haven or hell? Ingat ne tanah kamu ble bawah p hell ka? X Kira ic ka apa kah tu cuma ketas x tahan d dalam tanah dlm kubur, kalau jak dekat tu America dalama kami p Sana ingat mewah sangat ka me Sabah kalau bukan org pati yg tolong buat walaupun sikit gaji...entah org ic may buat ka?org ic mau goyang kaki jak kc Salah menteri minta suit dari mentiri jak...even its safe to return but theres nothing for us there we get use to living here....bukan mau curi negara kamu we just trying to live our kubur parents kmi d sini we don't know anyone there even our parents from there...come on la ini tuk sementara jak jangan la kejam sangat nnti datang kiamat na ko cuim la habis2an ne tanah ko hancur juga tu...as long we fallow the rules we got legal document I'm sure it won't bother u to much right#

      Padam
  8. Fed up betul dengan isu yang tiada kesudahan ini. Kalau betul2 mahu tangani masalah ini, buatlah tindakan tegas. Jangan bagi muka sama PATI dan mereka yang bersubahat memberikan PATI ini MyKad.

    BalasPadam
  9. pendidikan adalah penting bagi generasi muda kita kerana tanpa pendidikan yang mencukupi, negara kita akan melahirkan satu generasi yang buta-huruf yang mana akan mengugat pembangunan ekonomi negara

    BalasPadam
  10. jika memang ada udang di sebalik mi rebus maka perlu ada siasatan secara terperinci dari pihak berkuasa..

    BalasPadam
  11. kerajaan tidak patut berdiam diri sahaja mengenai hal ini...isu ini melibatkan kerakyatan warga asing yang boleh membahayakan kedaulatan tanah air Sabah dan juga rakyat Sabah

    BalasPadam
  12. dasar pendidikan negara yang tidak membenarkan kanak-kanak tanpa kad pengenalan untuk belajar di sekolah tempatan adalah wajar kerana ini dapat melindungi kepentingan dan keistimewaan kanak-kanak tempatan, tetapi, jika isu warganegara songsang ini tidak ditangani, sudah tentu akan mengugat nasib kanak-kanak tempatan kita..

    BalasPadam
  13. isu PATI ni dah lama dan tak pernah selesai, ia perlu ditangani segera.

    BalasPadam
  14. kerajaan dah jalan pelbagai usaha dalam membanteras PTI seperti program 5P dan operasi2 penangkapan, dan RCI jg bakal ditubuhkan.

    BalasPadam
  15. Harapan yang ada sekarang ini adalah RCI. Pengumuman RCI patut dipercepatkan.

    BalasPadam
  16. Sudah masanya RCI dilaksanakan bagi menangani isu PATI ini.

    BalasPadam
  17. Jika kita lihat juga sekarang pihak berkuasa kerpa kali melakukan operasi dan rondaan bagi menangkap PATI ini. Jika usaha ini berterusan pasti akan dapat menangani masalah PATI.

    BalasPadam
  18. hrap RCI akan ditubuhkan dengan segera agar masalah pati akan cepat selesai.

    BalasPadam
  19. siapa yang boleh menafikan bahawa rakyat Sabah juga terlibat dalam membantu 'mewarganegarakan' PATI yang datang ke negeri ini?? bila terdesak mahu mendapatkan $$$ ada yang sanggup membantu anak2 PATI yang baru lahir untuk mendapatkan dokumen dan ada juga yang sanggup menjual dokumen atau sijil2 kerakyatan keluarga samada yang telah meninggal mahupun masih hidup kepada PATI..

    BalasPadam
  20. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya memperoleh pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman kepada saya telah memerlukan pinjaman untuk 3 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya untuk sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk menjalankan, sehingga satu hari setia bahawa seorang kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
    jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Allah terus memberkati dan mengasihi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya

    BalasPadam
  21. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya memperoleh pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman kepada saya telah memerlukan pinjaman untuk 3 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya untuk sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk menjalankan, sehingga satu hari setia bahawa seorang kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
    jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan kepada anda bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Allah terus memberkati dan mengasihi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya

    BalasPadam