RCI perlu ditubuhkan tangani PTI , kata Bumburing
KOTA KINABALU September 23, 2011: Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menangani isu pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini dengan kadar segera.
Timbalan Presiden Upko Nasional, Datuk Seri Panglima Wilfred M Bumburing berkata RCI ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock dan kenapakah ia tidak boleh ditubuhkan untuk menyiasat isu PTI di Sabah.
Katanya, jika perkara ini dibiarkan sudah tentu ia akan menjadi isu utama dalam pilihanraya akan datang dan sebagai parti komponen Barisan Nasional harus berhadapan dengan isu berkenaan.
“Satu memorandum mengenai perkara ini sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri tidak lama dahulu dan saya akan tanya sekali lagi perkara ini pada sidang Parlimen akan datang kepada kementerian yang sama kenapa sehingga kini belum mempunyai jawapan yang sahih.
“Kalau ada jawapan yang menyatakan kementerian telah mengkaji kandungan memorandum itu saya boleh terima sebagai individu tetapi pendirian Upko tetap tidak berubah dan mahukan penubuhan RCI terhadap isu PTI ini,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan Upko 2011 di sini kelmarin.
Bumburing berkata, apa yang rakyat mahukan adalah menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam banyak aspek seperti ekonomi, sosial, agama dan sebagainya.
“Kita tidak menentang orang luar mencari nafkah di negeri ini secara halal dan sah, tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa semua rakyat Sabah inginkan kerajaan menangani isu PTI dengan segera.
“Kalau proses mendapatkan kad biru itu dibuat secara sah maka ia tidak mendatangkan masalah kepada kami, tetapi kalau pengeluaran kad biru ini dipertikaikan, maka kita berhak sebagai rakyat Malaysia di Sabah meminta pemerintah negara ini agar menyelesaikan masalah PTI dengan segera.
“Satu ketika dahulu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah pernah mengatakan bahawa tidak ada satu pun kad biru dikeluarkan kepada PTI, saya meminta di Parlimen kepada menteri yang bertanggungjawab untuk mengesahkan adakah perkara itu benar dan jawapan yang diberikan adalah benar.
“Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa jika ada perkara sedemikian terjadi sila sampaikan perkara ini kepadanya dan inilah dibuat oleh Upko tetapi sehingga kini saya belum mendapat jawapan dan hanya mengatakan bahawa memorandum yang dihantar itu ‘terlalu tebal’ dan perlu masa untuk mengkajinya,” katanya.
Menurut Bumburing, sebagai seorang pemerintah yang sayang kepada kedaulatan negara ini, sememangnya mempunyai tanggungjawab bagi menyelesaikan perkara itu dengan segera untuk kesejateraan hidup rakyat.
Katanya, rakyat perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana beliau dengan berani memperkenalkan Program Tranformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan kini Program Transformasi Politik dengan memansuhkan Akta ISA.
“Ini menunjukkan beliau berani berbuat demikian walaupun terdapat juga unsur-unusr dalam pentadbiran yang tidak bersetuju dengan perkara ini tetapi beliau akur dengan kehendak rakyat untuk memansuhkan ISA.
“Dalam konteks Sabah, saya berharap beliau terus bersikap berani dengan menubuhkan satu RSCI untuk menyelesaikan isu PTI di negeri ini,” tambahnya.
-----
‘SABAH BN WILL FALL’ OVER ILLEGAL IMMIGRANT ISSUE
“The federal government must bear the ultimate responsibility if the political mood were to change for the worse,”
Hope that the leaders will not only depend solely on the RCI. They should come up with solutions as well.
BalasPadamIsu PATI bukan isu baru, penubuhan RCI perlu ditubuhkan.
BalasPadamtertanya2 juga kenapa RCI ditolak sebelum ni.
BalasPadampasti banyak perkara yang akan terbongkar lepas ni jika RCI ditubuhkan.
BalasPadamKerajaan harus membuat sebarang pembaharuan dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini.
BalasPadamkita harus berani untuk melakukan sesuatu, kerana kita tidak tahu jika itu adalah penyelesaian kepada masalah ini.
BalasPadamWhy is it so difficult for them to just set up a RCI in Sabah. No harm done what. In fact, it might help to solve the pti issue.
BalasPadamNeway, besides RCI, im sure there are other solutions that could help solve this issue. so keep brainstorming!
BalasPadammasalah PATI di Sabah hingga kini tak selesai walau pelbagai usaha dilakukan. RCI mgkin adalah satu cara yang baik.
BalasPadamharap penubuhan RCI dipertimbangkan. ini perlu untuk mencari penyelesaikan masalah PATI yang tak pernah selesai2.
BalasPadamharap cara ini akan diteliti dengan sebaiknya..jika ianya dapat membantu menyelesaikan masalah pati maka ia perlu dipertimbangkan.
BalasPadamYes, a new RCI can definitely bring some change to the community.
BalasPadamthe government should get more people to help in this case, it's getting no where.
BalasPadamMereka perlu fokas dan tegas dalam menyelesaikan sesuatu kes, janganlah buat tiga atau empat kes sekali..
BalasPadamkenalah berterima kasih kpd PM kita.
BalasPadamharap dapat mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah ini. Penubuhan RCI tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah itu. Pertimbngan yang teliti perlu diadakan.
BalasPadamKenapalah isu ini tak pandai selesai??? Takkan takda cara lain untuk menanggani perkara ini. huhu
BalasPadamWalaupun saya yakin ada sebab munasabah RCI tidak dilaksanakan, namun bukankah lebih baik kalau dicuba saja lagkah ini manalah tahu berkesan. hehe
BalasPadamKalau trak berkesan cuba lagi cara lain. Saya yakin usaha pasti akan membuahkan hasil yang diharapkan.
BalasPadamIsu pati adalah isu yang paling diharapkan oleh rakyat untuk diselesaikan segera. Terlalu banyak perkara -ve berlaku kesan daripada kedatangan pati di sini. Justeru kerajaan haruslah fokus pada hal ini dan buatlah apa yang patut.
BalasPadamJangan biarkan hal ini terus dipolitikkan. Semua pihak harus bersatu demi mencapai zero-pati:P hehe
BalasPadam6P atau 5P tidak berjaya menghalau PATI keluar dari Sabah. Kerana ada antara mereka yang enggan dengan rela keluar dari Sabah. Jadi apa yang perlu kerajaan lakukan untuk menangani masalah sedemikian?
BalasPadamThat should Federal govt set up Royal Commission of Inquiry to handle Illegal Immigrant in Sabah? FG can look nothing effect from amnesty 6P program. It's just take the detail information of Illegal Immigrant.
BalasPadamBumburing masih meminta kerajaan persekutuan untuk memastikan RCI akan dilaksanakan bagi menangani masalah kedatangan PATI yang semakin membimbangkan di Negeri Sabah ini. Masih belum ada kesan menampakkan pengurangan PATI berlaku. Harap kerajaan Persekutuan akan mengambil berat masalah ini.
BalasPadamRCI sangat diperlukah untuk Sabah. Kehadiran PTI ini tidak selesai selagi kerajaan tidak memandang serius perkara ini. Jadi sampai bila dibiarkan begini saja.
BalasPadamRCI, RCI and RCI!
BalasPadamItu satu tindakan yang amat wajar.
BalasPadamdengan kelemahan kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah2 di sabah seperti PATI, jalan raya, elektrik, air, kemiskinan.. rasanya memang patut kerajaan negeri diberikan kuasa penuh bagi menyelesaikan masalah2 ini tanpa perlu merujuk kepada kerajaan persekutuan.
BalasPadamOh come on, this issue has been haunting us since old days.
BalasPadamSepatutnya lama suda pertubuhan itu harus ada bagi menangani isu ini.
BalasPadamcakap berkata...
BalasPadamSepatutnya lama suda pertubuhan itu harus ada bagi menangani isu ini.
Rabu, September 28, 2011 3:50:00 PM
Exactly.
“Kalau ada jawapan yang menyatakan kementerian telah mengkaji kandungan memorandum itu saya boleh terima sebagai individu tetapi pendirian Upko tetap tidak berubah dan mahukan penubuhan RCI terhadap isu PTI ini,”
BalasPadamPertubuhan RCI tidak menjadi masalah untuk menubuhkannya agar masalah PATI dapat ditanggani dengan lebih pantas dan berkesan.
Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program 5P/6P. RCI seharus menjadi tindakan alternatif jika program 5P gagal menyelesaikan masalah PATI.
BalasPadamJust wonder 5P go on track to solve PATI issue? Any alternative plan if 5P could deliver positive result?
BalasPadamAny overlapping roles and responsibilites between 5P and RCI? If yes, would be a great idea to go one after another to avoid extra costs and manpower. If no, then RCI can setup anytime from now to work separately but towards same goal.
BalasPadamGo with any method that could solve the issue effectively and efficiently. The longer the time taken, the serious the issue may come.
BalasPadammasalah kemasukan PATI di Sabah tanpa penyelesaian memang membimbangkan rakyat
BalasPadamtidak ada sebab mengapa kerajaan tidak mahu menubuhkan RCI ini kecuali ada alasan yang kukuh
BalasPadamselesaikan sahaja masalah ini dengan segera supaya tidak ada lagi tanda-tanya dari semua pihak terutamnya rakyat/pembangkang
BalasPadamkerajaan tidak patut membuta-tuli sahaja tanpa memberi pertimbangan langsung mengenai cadangan ini
BalasPadamapa salahnya kerajaan tubuhkan sahaja RCI ini dan jika ianya langsung tidak dapat memberi penyelesaian, mansuhkan sahaja bila2 masa.
BalasPadamPATI yang tidak dapat control memang menakutkan, lama-kelamaan PATI ini akan bermaharaja di seluruh negeri Sabah. Dengan ini, pihak berkuasa seharus sentiasa memberi perhatian kepada PATI ini.
BalasPadamKaedah menyelesaikan masalah PATI seharus satu demi satu. Adakah perlu ditubuhkan RCI pada masa kini dimana program 5P belum tamat tempohnya?
BalasPadamTertanya juga adakah pertubuhan RCI dan program 5P dijalankan serentak akan membawa kesan yang lebih cepat dan positif?
BalasPadamBerkemungkinan kerajaan berasa RCI belum tepat masanya untuk ditubuhkan sedangkan program 5P dan 6P sedang dilaksanakan. Bilakah masanya? Apakah prosedur?
BalasPadamTindakan untuk menyelesaikan masalah PATI tidak harus ditangguh lagi, semua program seharus dikaji, dijalan dan dikaji balik. Semoga PATI di Sabah ditanggani dengan berkesan.
BalasPadam