Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 06, 2011

KU LI PERTAHAN VIDEO ‘UNDILAH’

Ku Li Pertahan Video 'Undilah'

image KUALA LUMPUR Oktober 6, 2011: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan video kontroversi pengumuman perkhidmatan awam (PKA) bertajuk 'Undilah' walaupun mendapat reaksi negatif apabila dikatakan mengandungi babak yang tidak disenangi ramai.

Menyifatkan video berkenaan sebagai 'bagus' kerana boleh menjadi salah satu medium untuk menyeru masyarakat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, Tengku Razaleigh berkata ia merupakan satu langkah baik terutama bagi mendekati generasi muda.

Khamis, September 29, 2011

KLIP VIDEO ‘UNDILAH’ TIDAK DISENANGI GOLONGAN PIHAK TERTENTU?

Klip video 'Undilah' tidak disenangi masyarakat: Rais

image

KAMPUNG GAJAH 2011/09/29 : Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata klip video ‘Undilah’ tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat dan mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak, di sini, hari ini.

Isnin, September 26, 2011

DAKWAAN MP KOTA BELUD VIDEO “UNDILAH” BAWA MESEJ TERSIRAT ‘MENGARUT’ - PETE

Dakwaan 'Undilah' bawa mesej tersirat 'mengarut'

imageSep 26, 11 Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, “Undilah” - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

 Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Ahad, September 25, 2011

“UNDILAH!” CLIP CONTAINS ANTI-BN MESSAGES – ABN RAHMAN DAHLAN KOTA BELUD MP

‘Undilah’ clip contains anti-BN messages, claims Kota Belud MP

image

KUALA LUMPUR, Sept 25 — A Barisan Nasional (BN) MP disagreed today that the “Undilah” video is apolitical, insisting that the public service announcement urging Malaysians to vote contains “subliminal” messages to ridicule the establishment.

While admitting that he appreciated the video’s catchy tune and its aim of encouraging Malaysians to vote, Kota Belud MP Datuk Abdul Rahman Dahlan pointed out that certain scenes in the 4.38-minute video appeared to be “not so pleasant to BN”.

Sabtu, Julai 16, 2011

AKIBAT TERPENGARUH VCD LUCAH

Terpengaruh VCD Lucah, Remaja 15 tahun Liwat Sepupu

KENINGAU July 16, 2011: Polis menangkap seorang remaja lelaki tempatan berusia 15 tahun disyaki meliwat sepupu perempuannya di sebuah kampung di Apin-Apin di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zahari Mohamed berkata polis menerima laporan dari seorang surirumah berusia 26 tahun pada Rabu jam 4 petang yang menyatakan anak perempuannya yang berusia tiga tahun enam bulan telah diliwat.

Katanya, ibu mangsa pada 11 Julai kira-kira jam 6 petang anak perempuannya (mangsa) mengadu sakit di duburnya ketika sedang dimandikan dan mendapati ada kesan bengkak dan kemerahan.

“Mangsa telah menceritakan kepada ibunya bahawa sepupu lelakinya berusia 15 tahun itu telah memasukkan kemaluannya dalam dubur mangsa ketika berduan di rumah suspek,” katanya.

imageZahari berkata, suspek yang tidak bersekolah telah ditangkap selepas menerima laporan dari ibu mangsa.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka lecetan baru pada dubur mangsa.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek mengaku meliwat mangsa pada 11 Julai antara jam 4 dan 4.30 petang kerana terpengaruh dengan VCD lucah.

“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.

----

PELAJAR DITAHAN KERANA MELIWAT

Ahad, Mac 27, 2011

VIDEO SEKS: ASRI AJAK RAKYAT TOLAK PEMIMPIN POLITIK SUKA SELAK KAIN ORANG LAIN

Video seks: Asri ajak rakyat tolak pemimpin politik suka selak kain orang lain

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang “suka menyelak kain” orang lain dengan sanggup “menghalalkan apa sahaja” demi kepentingan politik mereka.

“Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.

“Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang,” kata beliau dalam tulisannya merujuk kepada perkembangan semasa skandal pendedahan rakaman video seks awal minggu ini.

Tokoh agama yang menjadi tumpuan Umno dan PAS sebelum ini berkata, tidak kira kerajaan atau pembangkang rakyat telah dijadikan “penonton bodoh” yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Sehubungan itu katanya, politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotok.

“Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” kata Mohd Asri.

Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya “Datuk T”.

Dua hari kemudian misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar Rabu lalu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi.

Dalam tulisan kali ini, Mohd Asri berkata, Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik.

“Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS,” kata beliau sambil menambah, sedangkan Allah berfirman “wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain.”

Kata beliau, dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Oleh itu katanya, maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

“Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

“Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini,” katanya.

Kata beliau, sama ada PAS, Umno dan PKR ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini.

“Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadangkala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. "Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini,” ujar beliau.

Mengenai desakan diadakan suruhanjaya, Mohd Asri berpendapat bahawa tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi kerana pendekatan sedemikian hanya akan membazirkan harta rakyat.

Isnin, Ogos 30, 2010

NAMEWEE MEDIA RELEASE

Namewee Media Release

Kuala Lumpur 28 August 2010 - My name is Wee Meng Chee. I am a Malaysian who grew up harmoniously with friends from all all walks of life and different races. From my young age, I was taught under our national education system to always have an open mind so that some day I can in turn, contribute my intellectual thoughts back to my beloved country.

Over the past few weeks, servants of the government under the education system have committed certain acts which disrupted the racial sentiments in the country and like many of my fellow Malaysians, I felt saddened and at times angered by these black sheep who do not respect that Malaysia is a multi-racial country with freedom of religion.

I strongly believe that this country was built by all races including Malays, Chinese, Indians and other minorities. Hence, my main objective for uploading the new video titled ‘Nah’ was to condemn such acts and to stand up against racism.This video was about defending the constitution of the country because just like me, most Malaysians want nothing but peace and racial harmony.

I have used obscene language blatantly as a form of communication in some of my videos but that does not mean I am not educated nor that I have committed a serious crime. Vulgarity content was chosen only with the objective of bringing forward my point of view (and the view of many people) with more impact. Therefore, I believe it is more critical to highlight the subject matter instead of focusing on the choice of words.

Based on the report I have read by Utusan Malaysia, I am truly saddened and disbelief that I am now being accused of causing racial tension in my beloved country by a small group of politicians representing the government when all I was doing in my own way, was to defend the true constitution of the country and condemn those who do not respect our Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak’s hard work of building a 1Malaysia country. To show my support for our Prime Minister for enforcing ‘Zero tolerance over racist remarks’, I have also taken out the said video from my youtube account since I have already highlighted my stand over the issue, which is to STOP RACISM in this country.

Many accusations have been made upon me since 2007, and this time I like to defend for myself as nobody seems to be defending for me in the political arena. My name has been used on many incidents by politicians over the years, this time I am not going to let empty accusations with no basis being laid upon me again. I am only an individual with no political agenda or motives, who wishes to voice out his opinion against racism in this country.

Therefore I like to challenge Puteri Umno Chief for an open debate, I like to find out from her, why is she attacking the victim (the Malaysian public) when the real perpetrators of this very issue has yet to be punished? If the Chief thinks that I have no respect and sense of responsibility for my own country, please accept my invitation to have an open public debate on this issue. Help us Malaysians define, how to become a good patriotic citizen of Malaysia, educate us please.

Lastly, I love my country and I wish Malaysia a very Happy 53rd National Day !!

"1 MALAYSIA, GENERATES TRANSFORMATION"

Khamis, Jun 17, 2010

WORLD CUP MOMENTS - DIANA ROSS PENALTY MISS (1994)

Diana Ross Penalty Miss (1994)

USA ‘94 and Diana Ross is peforming in the opening ceremony. Everyone is excited beyond their wildest dreams as the first game is about to begin. All Ross has to do, after singing her song, is to take a penalty. The keeper will let her score and the goal will fall apart, signifying the games are ready to begin. Except for one little problem…Diana Ross kicks like a girl and she fluffed her penalty completely missing the goal. The goal still fell apart though and the goalie still dived. After that comedic moment then, let the games begin!

Khamis, Jun 03, 2010

BAYI PEREMPUAN JADI IRON BABY

MONTREAL, Kanada - Satu klip video yang memaparkan seorang bayi perempuan muncul seperti watak adiwiraIron Man menjadi sensasi di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa bayi itu menghantar klip tersebut di laman perkongsian video terkenal, YouTube dan ia telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali.

Klip video berjudul Iron Baby itu menunjukkan Margaret bertukar daripada seorang bayi biasa kepada hero yang lengkap berpakaian besi.

Ia dihasilkan oleh bapanya, Patrick Boivin yang merupakan seorang pembikin filem dan bekas pencipta buku komik dari Montreal, Kanada.

Seorang artis grafik tiga dimensi, Jocelyn Strob Simard pula bertanggungjawab menghasilkan kesan khas untuk klip video itu termasuklah kostum Iron Man.

Ia memakan masa selama dua bulan untuk disiapkan.

Jalan ceritanya bermula dengan Margaret yang memakai 'lampu bulat' di dadanya, sebelum dipakaikan kostum Iron Man. Hero kecil itu kemudiannya terbang untuk menumpaskan sekumpulan arnab mainan yang bersenjatakan senapang.

Dia memusnahkan musuhnya itu menggunakan pancaran laser yang keluar dari tapak tangannya.

Kejayaan video itu mula dirasai apabila Boivin menyatakan dia sudah menerima tawaran daripada penerbit-penerbit filem Hollywood. - Agensi

Selasa, Januari 26, 2010

"(SAYA) TERTONTON SATU VIDEO KLIP YANG PAPAR ALMARHUM SEMASA HAYATNYA BERADA DALAM MAJLIS PERASMIAN WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR DAN SUARA ALMARHUM TELAH DIALIH SUARA KEPADA SATU SUARA YANG TIDAK DIKENALI."

Wartawan Buat Laporan Polis Berhubung Hina Sultan

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas.

"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."

"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 November 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu.

Sabtu, Januari 23, 2010

IF THEY CAN MAKE AVATAR, THEY CAN MAKE ANYTHING. KILLING INNOCENT PEOPLE TO PROVIDE AN EXCUSE FOR WAR IS NOT NEW TO THE US.

SEPTEMBER 11, 2001

1. In my speech at the conference on the support for Palestine (Al Quds) on Jan 20, 2010, I said that if they can make the film Avatar, they can stage the attack and collapse of the World Trade Centre in New York.

15. Perhaps one of the television stations would care to air the videos mentioned without censorship.

--------

“Stability and Justice and Right of Al-Quds and Palestine”

26. In September 2001, the World Trade Centre was attacked allegedly by terrorists. I am not sure now that Muslim terrorists carried out these attacks. There are strong evidences that the attacks were staged. If they can make Avatar, they can make anything. Killing innocent people to provide an excuse for war is not new to the US.

--------

Dr. Mahathir Mohamad

 

Isnin, Ogos 31, 2009

HELL HAS NO FURY LIKE A WOMAN SCORNED

Or is this guy a gentleman or a sissy...

Man in high-heel attack a top property agent

A MAN caught on video being hit in the private parts by his girlfriend with her high-heel shoe, is a director of an international property company.

Isnin, Julai 13, 2009

PELAJAR DAKWA DIPAKSA BERGUSTI

imageSeorang pelajar perempuan Tingkatan Satu, sebuah Sekolah Menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib secara paksa dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.

image "Seorang daripada pelajar perempuan itu mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motosikal. Apabila tiba berhampiran sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, tiga perempuan yang juga dari sekolah mangsa terus bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak mangsa,"

image "Disebabkan bimbang akan terus dicederakan, mangsa terpaksa bergusti dengan rakan karibnya dan adegan itu dirakam tiga pelajar terbabit menggunakan telefon bimbit,”

"Kakak mangsa kemudiannya membawa adiknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.30 pagi semalam,"

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin

Khamis, Jun 25, 2009

POLITIK ORANG MELAYU SUDAH BERADA DALAM KEADAAN NAZAK ?

"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.

"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.

malaysiakini.com, Isuhot Dot Com, Malaysia Instinct

Isnin, Mei 11, 2009

Ahad, Mei 03, 2009

KAMBING PENGSAN

Menurut penternak kambing “pengsan” atau “Fainting Goats” ini, gejala kambing pengsan ini berpunca daripada keunikkan genetik yang terdapat pada kambing-kambing tersebut.

Adakah genetik ini ada pada manusia ?

Selasa, April 28, 2009