Isnin, September 26, 2011

DAKWAAN MP KOTA BELUD VIDEO “UNDILAH” BAWA MESEJ TERSIRAT ‘MENGARUT’ - PETE

Dakwaan 'Undilah' bawa mesej tersirat 'mengarut'

imageSep 26, 11 Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, “Undilah” - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

 Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Abdul Rahman juga menulis bahawa perkara pokok yang dibincangkan boleh diterima tetapi video itu condong kepada mesej-mesej yang cuba dibawa oleh pembangkang.

 Ketika dihubungi, Teo memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak tahu bahawa Abdul Rahman, dalam laporan berita, mendakwa video itu turut memaparkan akhbar organ rasmi PAS, Harakah sehingga perkara itu dibangkitkan.

Katanya, pihak penerbitan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa video berkenaan memaparkan kedua-dua pihak kerajaan dan pemimpin pembangkang secara adil.

Bagaimanapun, menurut Teo, jika Abdul Rahman mahu menjadikan babak yang membabitkan Harakah sebagai isu, terdapat juga babak dalam video itu di mana seorang lelaki membaca akhbar Malaysia Nanban, milik milik MIC.

Soalnya, dengan babak sedemikian, adakah ini bermakna video berkenaan juga mempunyai mesej pro-BN.

Rosnah Abd Rashid Shirlin in Undilah video

"Betapa mengarut dan tidak masuk akal perkara ini? Jadi adakah ini bermakna kita menyokong MIC? Babak membabitkan Nanban jauh lebih lama daripada babak Harakah," katanya.

Wee Ka Siong in undilah video

Teo berkata terdapat juga beberapa adegan di mana Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berdiri di hadapan patung Tunku Abdul Rahman.

"Jadi adakah ini bermakna kita pro-BN? Sudah tentu, kita tidak, kita adalah pro-rakyat," katanya.

Ulanginya, video siaran pengumuman khidmat awam itu diterbitkan tanpa memihak dan pasukan penerbitannya tidak mempunyai niat menjadikan ia kontroversi.

undilah video tengku razaleigh

"Kami merakamkan banyak adegan di jalanan (untuk video itu). Kebetulan ada seorang yang membaca Harakah dan seorang lagi pula yang membaca Nanban.

"Jika anda ingin menjadikan (isu), apa-apa perkara sekalipun boleh dijadikan,” katanya.

Jumaat lalu, dalam satu kenyataannya, SKMM berkata arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana ia masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

-----

What insult? ‘Undilah’ producer asks

“there is nothing wrong with a Star Wars character standing next to Najib.”

“It’s just a zany thing I do in all my videos. Does this mean that other people sitting at the bus stop are also mocking the PM? I’d like them to explain to me how it insults him,”

Musician Pete Teo, who produced the public service announcement (PSA) “Undilah”

12 ulasan:

  1. Rakyat sendiri pandai membuat penilaian mengenai mesej yang tersirat. Jangan menganggap mereka sebagai budak-budak yang perlu diasuh.

    BalasPadam
  2. Video ini semata-matanya menyedari rakyat tentang kepentingan mengundi.

    BalasPadam
  3. pandai-pandailah rakyat menilai pekara ini..apa pun, setiap orang perlu ada kesedaran terhadap kepentingan mengundi.

    BalasPadam
  4. tak perlu nak perbesarkan pasal video tersebut.

    BalasPadam
  5. siarkan saja video tersebut. ia tidak pun menggugat mana2 pihak.

    BalasPadam
  6. yang penting PRU nanti rakyat jalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

    BalasPadam
  7. Some people are just being too paranoid.

    BalasPadam
  8. I am sure people out there know how to judge this video.

    BalasPadam
  9. Susah juga mahu mencari yang tersirat dalam klip video undilah tersebut.

    BalasPadam
  10. Kalau mahu ban tu video ok ban lah tidak perlu lagi mahu diheboh-hebohkan.

    BalasPadam
  11. menurut SKMM tindakan itu diambil kerana klip video Undilah tiada kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran. arahan itu tidak membabitkan kandungan klip berkenaan. Ia hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.

    BalasPadam
  12. sama ada betul atau tidak tanggapan umum bahawa SKMM sudah menjadi agen politik, adalah wajar suruhanjaya ini sentiasa mengambil sikap berkecuali dan profesional agar kewujudannya lebih dihormati.

    Memang alasan SKMM adalah kena dan termaktub mengikut undang2 yang ada, tetapi apabila ia berkait dengan politik, termasuk pembangkang, suruhanjaya ini perlu lebih cermat dan waspada bagi mengelak tindakannya ditanggapi “berbau politik”.

    BalasPadam