Cabul: Dua lelaki warga asing ditangkap
LAHAD DATU: Polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu menahan dua lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes cabul dalam dua kejadian berasingan di Ladang Felda Sahabat 10 dan Ladang Felda Sahabat 48, Ahad lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun berkata dalam kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun telah dicabul oleh seorang lelaki warga asing berumur 23 tahun di sebuah rumah kongsi di Ladang Felda Sahabat 10.
“Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Ahad itu, mangsa yang sedang berjalan berseorangan telah dipanggil oleh suspek untuk masuk ke rumahnya, suspek kemudiannya menyuruh mangsa memijak belakangnya dan berjanji akan memberi mangsa wang sebanyak RM5,” katanya.




RANAU 29 Mei 2012: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin.