Khamis, September 29, 2011

KLIP VIDEO ‘UNDILAH’ TIDAK DISENANGI GOLONGAN PIHAK TERTENTU?

Klip video 'Undilah' tidak disenangi masyarakat: Rais

image

KAMPUNG GAJAH 2011/09/29 : Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata klip video ‘Undilah’ tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.

"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat dan mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak, di sini, hari ini.

Katanya, penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.

"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video ‘Undilah’ belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

Mengenai program merakyatkan seni, Rais berkata, tujuannya untuk memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa akar umbi budaya, seni dan bahasa dalam konteks membina negara.

"Kaum lain pula cuba berazam mengekalkan budaya mereka sementara orang Melayu mengetepikan soal perpecahan menerusi siasah dan bersatu di bawah panji seni budaya kita," katanya.

Rais berkata, 180 program Merakyatkan Seni yang diadakan setiap tahun akan diselitkan dengan pengertian 1Malaysia dan penterjemahan transformasi kerajaan ke arah pembaharuan yang positif.

-----

“UNDILAH!” CLIP CONTAINS ANTI-BN MESSAGES – ABN RAHMAN DAHLAN KOTA BELUD MP

image at one point in the clip, a man dressed as Star Wars’ character “Jabba the Hutt” is seen standing next to a poster of Datuk Seri Najib Razak, a scene that appeared to mock the prime minister.

Kota Belud MP Datuk Abdul Rahman Dahlan

------

DAKWAAN MP KOTA BELUD VIDEO “UNDILAH” BAWA MESEJ TERSIRAT ‘MENGARUT’ – PETE

image“there is nothing wrong with a Star Wars character standing next to Najib.”

“It’s just a zany thing I do in all my videos. Does this mean that other people sitting at the bus stop are also mocking the PM? I’d like them to explain to me how it insults him,”

Musician Pete Teo, who produced the public service announcement (PSA) “Undilah”

9 ulasan:

  1. jika video tersebut bakal mencetuskan rasa tidak puas hati, lebih baik tak perlu siarkan.

    BalasPadam
  2. beberapa bahagian dalam video tersebut mungkin akan dipotong atau video tersebut langsung tidak dibenarkan untuk ditayangkan.

    BalasPadam
  3. apapun, kena tunggu keputusan dari LPF barulah SKMM boleh buat keputusan.

    BalasPadam
  4. video klip tersebut menerima pelbagai reaksi..

    BalasPadam
  5. tunggu sajalah keputusan yang dibuat oleh LPF.

    BalasPadam
  6. Tak kisahlah, video ini masih boleh ditonton di youtube jika mahu.

    BalasPadam
  7. Rasanya kebanyakan rakyat sudah pernah menonton video ini.

    BalasPadam
  8. tidak heran la semua perkara2 yang tersirat itu boleh muncul walaupun ia sebenarnya tidak wujud jika ahli2 politik yang memberikan pandangan berdasarkan ideologi politik masing2.. apa2pun akur sajalah dengan keputusan kerajaan kerana tidak mustahil pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan negara..

    BalasPadam
  9. Klip itu tidak penting sekarang. Yang penting adalah berikan mesej yang berguna kepada kita.

    BalasPadam