Terpengaruh VCD Lucah, Remaja 15 tahun Liwat Sepupu
KENINGAU July 16, 2011: Polis menangkap seorang remaja lelaki tempatan berusia 15 tahun disyaki meliwat sepupu perempuannya di sebuah kampung di Apin-Apin di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zahari Mohamed berkata polis menerima laporan dari seorang surirumah berusia 26 tahun pada Rabu jam 4 petang yang menyatakan anak perempuannya yang berusia tiga tahun enam bulan telah diliwat.
Katanya, ibu mangsa pada 11 Julai kira-kira jam 6 petang anak perempuannya (mangsa) mengadu sakit di duburnya ketika sedang dimandikan dan mendapati ada kesan bengkak dan kemerahan.
“Mangsa telah menceritakan kepada ibunya bahawa sepupu lelakinya berusia 15 tahun itu telah memasukkan kemaluannya dalam dubur mangsa ketika berduan di rumah suspek,” katanya.
Zahari berkata, suspek yang tidak bersekolah telah ditangkap selepas menerima laporan dari ibu mangsa.
Katanya, pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka lecetan baru pada dubur mangsa.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek mengaku meliwat mangsa pada 11 Julai antara jam 4 dan 4.30 petang kerana terpengaruh dengan VCD lucah.
“Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.
----
Suspek yang tidak bersekolah masih boleh digelar pelajar?
BalasPadamPandai nak tengok VCD Lucah tapi tidak pandai nak berfikir.
BalasPadamsungguh teruk remaja tersebut.
BalasPadamkelakuan remaja tersebut sungguh mengaibkan.
BalasPadamdiharap budak remaja tersebut mendapat pengajaran dan insaf setelah dikenakan hukuman atas kelakuannya.
BalasPadamibu bapa perlu memantau anak-anak mereka. penjualan vcd ludah juga perlu diperangi kerana ianya hanya merosakkan akhlak remaja.
BalasPadamInilah yang kita risaukan jika perkara begini berlaku. Pengaruh sangat kuat jadi seseorang itu tidak dapat mengawal diri mereka.
BalasPadamRemaja tersebut harus dikenakan hukuman.
BalasPadamzaman sekarang jangan mudah percaya dengan orang. keluarga terdekatpun boleh bertindak diluar batasan terhadap keluarganya sendiri.
BalasPadam