Ku Li Pertahan Video 'Undilah'
KUALA LUMPUR Oktober 6, 2011: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan video kontroversi pengumuman perkhidmatan awam (PKA) bertajuk 'Undilah' walaupun mendapat reaksi negatif apabila dikatakan mengandungi babak yang tidak disenangi ramai.
Menyifatkan video berkenaan sebagai 'bagus' kerana boleh menjadi salah satu medium untuk menyeru masyarakat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, Tengku Razaleigh berkata ia merupakan satu langkah baik terutama bagi mendekati generasi muda.
"Video itu mempunyai pesanan yang bagus untuk masyarakat.
"Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat untuk mendaftar...terutama sekali banyak muda-mudi golongan melayu tak daftar, tapi kaum cina ramai, jadi saya tampil kedepan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Veteran Umno itu adalah antara yang muncul dalam video berkenaan yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, artis tempatan termasuk personaliti sukan.
Video selama 4 minit 38 saat arahan pemuzik Pete Teo yang dilancarkan sempena Hari Malaysia itu bertujuan menyeru rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi.
Dalam pada itu diminta mengulas sekiranya video berkenaan yang kini disiarkan menerusi laman YouTube ditarik balik selepas menerima bantahan pelbagai pihak, Tengku Razaleigh berkata tindakan tersebut bergantung kepada pihak berkuasa.
"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa dia haramkanlah," katanya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klipvideo "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.
Buat apa nak membesar-besarkan isu video ini? Sudah tiada isu untuk dipolitikkan?
BalasPadamSKMM ini sudah tiada tugas lain kah?
BalasPadambiarlah video tersebut, tak perlu nak dijadikan isu besar.
BalasPadamWhy so skeptic, SKMM?
BalasPadamI think majority people are okay with this clip video.
BalasPadamapa sangat yang mahu ditapis dalam video tu?
BalasPadamvideo tu tak pun mempengaruhi undian rakyat. ia cuma sampaikan mesej kepada semua rakyat untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
BalasPadamapa pun, setiap individu yang layak mengundi perlu sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
BalasPadamkepada mereka yang layak mengundi tapi belum berdaftar, silalah mendaftar..
BalasPadamRasanya video tu ok sja pun. Salah satu medium yang kreatif untuk menarik rakyat M'sia untuk mengundi terutamanya golongan muda.
BalasPadamKalau tidak suka memang akan diberi bermacam-macam alasan.
BalasPadamtindakan menyekat klip video ini dari disiarkan melalui televisyen adalah satu tindakan tidak profesional malah sengaja mengundang rakyat untuk mencari maksud tersirat dalam klip ini walaupun jika benar ianya tidak wujud langsung.
BalasPadamtapi, rasanya pembangkang juga tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama jika mereka mentadbir negara ini. belum pun berjaya merampas puterajaya, tapi sudah banyak tindakan2 mereka yang bersifat berat sebelah.
BalasPadamBiarlah rakyat sendiri memikirkan mana yang terbaik untuk mereka.
BalasPadam